Berita

Lelaki Indonesia Maut, Empat Rakan Senegara Selamat Dalam Kebakaran
GEORGE TOWN, 29 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga Indonesia yang menyewa sebuah bilik maut manakala empat lagi rakan senegaranya cedera dalam kebakaran dua rumah kedai dua tingkat di Lebuh Melaka, di sini hari ini. Lelaki itu yang identitinya masih belum dikenal pasti, ditemukan di atas lantai tingkat atas rumah kedai itu dan dia dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi tidak […]

Polis Klasifikasikan Penemuan Mayat Rentung Dalam Kenderaan Terbakar Sebagai Kes Bunuh
SEPANG, 29 Okt (Bernama) — Polis mengklasifikasikan penemuan satu mayat rentung di bahagian tempat duduk penumpang hadapan sebuah kenderaan yang terbakar di kawasan semak di Kota Warisan, Sepang awal pagi semalam sebagai kes bunuh. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, yang memaklumkan perkembangan kes itu kepada media di sini hari ini, berkata siasatan akan […]

KKM Kenalpasti Lima Lagi Kluster Baharu Covid-19 Di Tiga Negeri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti lima (5) lagi kluster baharu Covid-19 melibatkan beberapa daerah di tiga negeri. Menurut perkongsian KKM, lima (5) kluster baharu itu dikesan melibatkan negeri Selangor dan Sabah masing-masing dua (2) kluster dan Negeri Sembilan satu (1) kluster. Berikut merupakan perincian lima (5) kluster baharu iaitu Kluster Sakti, Kluster Tuguson, Kluster […]
106 Pesakit Covid-19 Di Malaysia Dirawat Di ICU, 23 Kes Perlu Bantuan Alat Pernafasan
Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini meningkat kepada 106 orang dan 23 kes memerlukan bantuan alat pernafasan setakat Khamis (29 Oktober 2020) jam 12 tengahari. Negara pada hari ini mencatatkan pertambahan 649 kes positif jangkitan baharu Covid-19 termasuk dua kes import menjadikan keseluruhan kes kini mencecah 30,090 kes. Namun, sedikit […]

TERKINI: 685 Kes Sembuh Hari Ini, Catat Jumlah Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu, 649
Sebanyak 649 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 30,090 kes setakat Khamis (29 Oktober 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menjadi 10,087 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital. Daripada […]

Rakyat Malaysia Disaran Jaga Sensitiviti Elak Sentimen Agama
MELAKA, 29 Okt (Bernama) — Masyarakat berbilang kaum di negara ini diseru supaya saling bertoleransi serta menjaga sensitiviti masing-masing agar tidak menimbulkan sebarang isu yang boleh menggores hati atau mewujudkan kebencian dan menyentuh sentimen agama. Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada insiden di Perancis yang mengundang kemarahan […]

Syamsul Yusof Beri Bayangan KL Gangster 3: The Finale Akan Datang Pada Tahun 2022
Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof dalam satu kiriman terbaharu di laman Instagram beliau seakan memberi bayangan bahawa sekuel kepada filem KL Gangster iaitu KL Gangster 3 bakal diterbitkan pada tahun 2022. Dalam kapsyen kiriman tersebut Syamsul berkata,”Kta Jaga Kita. Don’t even tryna get inside ma head. Its too dark for u too handle.” Syamsul juga […]
Belanjawan: Lanjutkan Moratorium Hingga Jun 2021 – MATTA
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mencadangkan agar kerajaan melanjutkan tempoh moratorium sekurang-kurangnya sehingga Jun ini dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan tidak lama lagi. Presidennya Datuk Tan Kok Liang berkata disebabkan sektor pelancongan adalah antara industri terjejas teruk, ramai individu serta perniagaan berkaitannya tidak dapat membayar hutang […]
549 Individu Ditahan Ingkar PKP
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — Seramai 549 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 547 individu dikompaun manakala dua lagi direman. Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (188), gagal menyediakan peralatan […]
Lebih 80 Buah Rumah Di Besut Rosak, Dilanda Ribut & Hujan Lebat
BESUT, 29 Okt (Bernama) — Lebih 80 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di sini rosak akibat ribut dan hujan lebat yang melanda petang semalam. Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Asbi Salleh berkata kejadian yang berlaku menjelang waktu Maghrib itu menyebabkan bumbung beberapa rumah serta premis perniagaan di enam buah kampung […]
(Video) “Kenapalah Takda Orang..,” Ayah Sebak Satu Keluarga Buat Kejutan Selepas Semua ‘Buat-Buat’ Lupa Tarikh ‘Birthday’
Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada melihat orang yang tersayang bahagia. Apatah lagi jika insan itu adalah ibu bapa sendiri yang menjaga kita dari kecil hingga dewasa dengan penuh cinta. Biarpun bakti mereka tidak mampu terbalas dengan apa jua bentuk balasan mahupun harta, sebagai anak, pasti kita ingin melihat mereka tersenyum gembira. Baru-baru ini, seorang […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 11 Buah Negeri Sehingga 6 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:30 petang tadi melibatkan 11 buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 […]
(Video) “Ingatkan Sudah Mati,” Cubaan Kali Pertama Masak Belut Gagal, Bersepah Habis Lantai Bila ‘Bahan Utama Cabut Lari’
Cubaan pertama seorang wanita berkongsi tutorial memasak belut goreng kunyit gagal apabila bahan masakannya bertempiaran lari. Dalam video dikongsikan di TikTok, Nenty memulakan rakaman dengan menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak belut goreng kunyit, iaitu belut, bawang, halia, kunyit dan garam. Pun begitu, sebaik bahan tersebut dicampurkan, hampir kesemua belut yang diletakkan di dalam besennya […]
Melaka Tutup Sementara Pulau Besar Elak Penularan COVID-19
MELAKA, 29 Okt — Kerajaan Melaka menutup sementara Pulau Besar daripada sebarang aktiviti dan kunjungan orang awam bermula Rabu (28 Okt) sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak, bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 dan mencegah wujudnya kluster baharu. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata arahan itu selari dengan keputusan mesyuarat majlis keselamatan negeri baru-baru ini yang […]
(Video) Kereta Api Tergelincir Di Segamat, Semua Penumpang Selamat
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — Semua penumpang dan kakitangan selamat apabila sebuah keretapi tergelincir berhampiran Stesen Genuang, Segamat, Johor awal pagi tadi. Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Kamarulzaman Zainal berkata dalam insiden 2.40 pagi itu, keretapi dengan 10 penumpang berkenaan dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral […]
Gadis Dakwa Dirogol Ketika Ditempatkan Di Hospital Kerana Masalah Pernafasan
Seorang wanita berusia 21 tahun yang telah dimasukkan ke sebuah hospital Gurugram, India pada 21 Oktober lalu akibat masalah pernafasan didakwa dirogol oleh seorang individu, lapor Gulf News. Menurut Hindustantimes, gadis itu didakwa telah dirogol ketika dia berada berada dalam keadaan separuh sedar di Unit Kecemasan Rapi (ICU), kata polis pada Rabu. Bapa mangsa telah […]
“Jangan Brek,” Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Tayar ‘Meletup’ Ketika Memandu
Kejadian tayar meletup boleh menyebabkan bahaya, baik kepada pemandu mahupun pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, kita diingatkan agar selalu menjaga dan memantau keadaan tayar sebelum melakukan perjalanan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Pun begitu, jika anda berada dalam situasi cemas ketika tayar kereta anda meletup pada kelajuan lebih 100 km/j, ini […]
UiTM Kurangkan Yuran Konvokesyen
SHAH ALAM, 29 Okt — Universiti Teknologi Mara (UiTM) memutuskan untuk mengurangkan yuran konvokesyen sesi ke-92 bagi semua peringkat pengajian yang akan berlangsung pada 1 Dis depan, susulan pandemik COVID-19. Ketua Perhubungan Awam, Media, Protokol dan Pengurusan Acara Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Nora Noordin berkata yuran yang dikenakan sebelum ini antara RM150 sehingga RM230 akan […]
Bayi 4 Bulan Dilapor Mati Kelaparan Dipercayai Ditinggalkan Sendirian Ketika Ibu Bapa Sedang Bergaduh
Kaherah: Seorang bayi berusia 4 bulan di Mesir dilaporkan maut akibat kelaparan selepas ibu bapanya meninggalkannya sendirian di rumah ekoran daripada perselisihan faham yang terjadi di antara mereka. Bapa bayi yang berusia empat bulan itu memberitahu kepada pihak polis bahawa dia tiada di rumah selama beberapa hari kerana bekerja dan ketika dia pulang ke rumahnya, […]
Muhyiddin Ajak Umat Islam Bermunajat Hadapi COVID-19
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seluruh umat Islam untuk terus bermunajat di kala negara masih diuji dengan penularan jangkitan COVID-19, serta dalam usaha memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat. Bermunajat bermaksud mengharapkan keredaan, hidayah dan pertolongan Allah dengan membanyakkan zikir dan doa. Perdana Menteri berkata ujian itu seharusnya mengukuhkan iltizam umat Islam untuk lebih […]