Berita
Ibu Derita Kanser Payudara & Dua Anak Hidap Sakit Kronik, Perlu Bantuan Untuk Beli Susu Dan Mesin Nebulizer
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu yang boleh diungkap apabila melihat situasi keluarga ini yang diuji dengan penyakit kronik. Menerusi kiriman Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di laman Facebook, Nurulhaslina dan dua anaknya menderita penyakit kronik namun tidak mempunyai punca kewangan yang tetap. Tabung untuk mereka dilancarkan bagi membantu membeli keperluan mereka. […]
McDonald Akan Melancarkan “McPlant”, Burger Khusus Untuk Vegetarian
Pada tahun 2021, McDonald dilapor akan melancarkan satu produk baru iaitu “McPlant” di mana ianya merupakan burger berasaskan tumbuhan, khusus untuk vegetarian. McDonald tidak ingin ketinggalan untuk bersaing dengan Burger King, yang pertama kali melancarkan burger versi vegetarian yang digelar “Whopper” pada April 2019 di Amerika Syarikat. McDonald juga telah menguji burger nabati di Kanada […]
TERKINI: Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di 1,279 Kawasan Lembah Klang Babitkan Lebih 1 Juta Akaun Pengguna Bermula 6 Petang Ini- Air Selangor
KUALA LUMPUR, 10 Nov – Gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh (7) wilayah di sekitar Lembah Klang akan bermula pada 6 petang ini. Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan pencemaran bau seakan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor. “Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 […]
Dua Rumah Musnah Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Jalan Kimanis-Keningau
KOTA KINABALU, 10 Nov — Dua rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Batu 18, Jalan Kimanis-Keningau, pada awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis Johainin Ruslan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 pagi di kawasan berbukit setinggi 150 meter dan terdapat sejumlah rumah dibina di kawasan […]

Bukan Sekadar Fesyen, Jam Tangan Lasak Ni Tahan 7 Tahun & Boleh ‘Survive’ Walau Jatuh Dari Ketinggian
Jam tangan merupakan satu keperluan, tidak kira siapapun anda. Dari seorang pelajar hinggalah seorang doktor, saintis ataupun kontraktor, jam tangan diperlukan sejak dahulu kala untuk menentukan ketepatan masa. Malah, sejarah penciptaan awal jam tangan juga menunjukkan betapa pentingnya peranti ini dalam kehidupan manusia. Menurut catatan, masyarakat pada zaman dahulu lazimnya menggunakan jam poket untuk melihat […]
(Video) Puluhan Bot Datang Serbu Saat Agih Bantuan, Netizen Tersentuh Dengan Misi Kemanusiaan Ardell Di Sabah
Kaum Bajau Laut di perairan Sabah kini sedang ‘menikmati’ detik-detik sukar kerana perlu berhadapan dengan dua situasi yang mencengkam hidup. Selain tinggal di penempatan yang jauh dari daratan, di sebalik pandemik COVID-19 ini mereka juga sering terputus sumber makanan. Maka dengan itu, pelbagai agensi daripada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulur bantuan atas […]
Tiga Termasuk Dua Bergelar Datuk Direman Bantu Siasatan Sindiket Penipuan SMS
PUTRAJAYA, 10 Nov — Tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman lima hari sehingga 14 Nov (Sabtu), kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketiga-tiga lelaki berumur antara 41 dan 48 […]
TERKINI: Loji Rawatan Air Rantau Panjang, SSP 1, 2 & 3 Dihenti Tugas, Pencemaran Bau Seakan Solvent Dikesan Di Sungai Selangor- LUAS
BESTARI JAYA, 10 Nov – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2 dan 3 telah dihenti tugas pada sekitar 12.20 ke 12.45 tengah hari tadi. Lembaga Urus Air Selangor berkata, ia disebabkan berlaku pencemaran bau seakan-akan solvent yang telah dikesan di Sungai Selangor. {PENGUMUMAN} Dimaklumkan LRA Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 […]
Dua Mayat Penghuni Resort Pelancongan Ditemukan Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah
IPOH, 10 Nov — Dua mayat ditemukan tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah resort pelancongan yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini, awal pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata mayat mangsa lelaki ditemukan pada pukul 9.55 pagi sebelum mayat mangsa wanita dijumpai beberapa minit kemudian di dalam jakuzi […]
12 Tahun Tinggal Di Bangsal Usang, Ustaz Ebit Datang & Bina Rumah Baru Buat Nenek Ini
Sentiasa pantas dalam membantu orang-orang yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew sekali lagi dipuji oleh warganet kerana membantu seorang nenek yang hanya tinggal di sebuah bangsal kecil. Melalui kirimannya semalam, Ustaz Ebit Lew telah sampai ke Tumpat, Kelantan bagi menziarahi nenek tersebut yang dipercayai telah tinggal selama 12 tahun di situ. Terbaru, Ustaz Ebit Lew pagi […]
‘Sales 11.11’ Shopee Vs Lazada, Cara Ni Bandingkan Harga Barang Sebelum Beli
Selepas tarikh bersejarah 10.10 yang lalu, dunia digemparkan lagi dengan jualan hebat yang akan berlangsung pada 11.11 di Shopee dan tidak dilupakan juga di Lazada. Hal ini, membuatkan kaki “shopping” tidak ingin melepaskan peluang yang ada untuk mendapatkan barangan yang diingini dengan harga yang murah lagi berpatutan. Sempena 11.11, kami ingin senaraikan barang keperluan yang […]
Penantian 28 Tahun Berakhir, Selepas 14 Kali Lahirkan Anak Lelaki, Ibu Ini Akhirnya Dapat Anak Perempuan
Penantian pasangan bertuah ini sejak 1993 lalu akhirnya menemui hasil apabila si isteri akhirnya ”berjaya’ melahirkan seorang anak perempuan selepas 14 kali melahirkan anak lelaki berturut-turut sebelum ini. Kateri Schwandt, 45, menikmati detik indah itu bersama suaminya, Jay Schwandt dengan menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Maggie Jaynie. “Kami sangat gembira dan begitu teruja […]
Sony Dilapor Intai Henry Golding Untuk Bawa Watak Saitama Dalam Filem “Live Action” One Punch Man
Sony Picture dilapor sedang mengintai pelakon, Henry Golding untuk membawa watak terkuat di dunia, Saitama dalam siri anime, One Punch Man yang bakal difilemkan nanti. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, siri anime One Punch Man bukan sahaja menjadi kegilaan di Jepun, malah menjadi fenomena di serata dunia. One Punch Man mengisahkan Saitama, seorang Hero yang […]
Remaja Dilapor Meninggal Dunia, Disambar Petir Ketika Dengar Lagu Di Telefon
Seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat dipanah petir ketika mendengar lagu melalui telefon bimbitnya, lapor Liputan 6. Kejadian yang berlaku di Dusun Kuyukan Desa Limbangan, Kecamatan Kutasari, Kabupaten Purbalingga itu juga menyaksikan hujan turun dengan lebat. Mangsa yang berada di dalam bilik bersama rakannya membuka lagu di telefonnya. Ketika alunan muzik […]

Pasangan Pungut Sampah Yang Dibuang Oleh Jiran, Tak Sangka Rupanya Jumpa Koleksi “Rare” Star Wars Bernilai Lebih RM 2 Juta
LONDON- Penemuan koleksi mainan Star Wars yang dianggarkan bernilai $525 000 (RM2.1 juta) di dalam plastik sampah disambut gembira oleh pasangan dari UK. Menurut The Times, barang tersebut dikumpul selama sedekad dan ditinggalkan oleh jiran mereka. Pasangan dari Stourbridge di tengah England tidak mengetahui tindakan yang perlu dilakukan terhadap barang tersebut seperti koleksi patung dan […]
COVID-19: Harapan Untuk Seluruh Dunia, Vaksin Dengan 90 Peratus Keberkesanan Dilapor Ditemui – Kajian
Dunia kini mempunyai harapan untuk mendapat vaksin COVID-19 yang berkesan apabila ujian dari Pfizer dan BioNTech menyaksikan 90% keberkesanan dalam melindungi orang ramai dari jangkitan virus tersebut. Menurut The Guardian, vaksin ini jauh lebih baik daripada yang diharapkan oleh kebanyakan pakar dan ia menunjukkan potensi untuk mengakhiri pandemik yang membunuh jutaan orang ini. Data tersebut […]
Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.4 Dikesan Di Barat Daya Sumatera Pagi Tadi
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Ritcher dikesan berlaku di barat daya Sumatera, Indonesia pada 8.52 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, pusat gempa bumi itu terletak pada 6.5 darjah selatan dan 103.9 darjah utara dengan kedalaman 68 kilometer, serta sejauh 192 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia. Bagaimanapun, tiada amaran […]

Dua Mangsa Dikhuatiri Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Tambun
IPOH, 10 Nov (Bernama) — Dua individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah hotel yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan yang menginap di hotel itu pada pukul 1.28 […]
5,700 Anggota Polis Siap Siaga Pantau Pematuhan SOP PKPB Di Perak
IPOH, 9 Nov — Seramai 5,700 anggota dan pegawai polis di Perak sedia diatur gerak bagi melaksanakan tugas-tugas memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri mulai hari ini. Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata ketika ini seramai 1,800 pegawai dan anggota terlibat dalam melaksanakan 51 sekatan jalan raya meliputi 28 […]
(Video) Mendebarkan, Ular ‘Muncul’ Depan Cermin Ketika Kereta Sedang Dipandu Di Jalan Raya
Satu rakaman video yang memaparkan berkenaan kemunculan seekor ular daripada bonet hadapan sebuah kereta telah menjadi tular di media sosial Instagram. Video rakaman yang dikongsikan oleh akaun Instagram @makassar_iinfo itu menunjukkan seekor ular secara tiba-tiba muncul daripada hadapan bonet kereta yang sedang dipandu itu. Dapat didengari, pemandu yang sedang merakam kehadiran ular tersebut terkejut dengan […]