Berita

Berita
Maritim Negeri Perak Usir 40 Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara Di Perak Semalam
Maritim Negeri Perak semalam dilaporkan telah mengusir 40 buah bot nelayan Indonesia yang telah menceroboh perairan negara di beberapa kedudukan sekitar 28.5 hingga 30 batu nautika barat laut Pulau Jarak. Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Facebook, kesemua bot telah diarahkan untuk menghentikan penangkapan ikan dan keluar dari perairan Malaysia. Dalam tempoh ini, tindakan pengusiran […]
Berita
Oldtown Nafi Dakwaan Jual Makanan Mengandungi Babi, Tindakan Undang-undang Menanti Individu Buat Tuduhan Palsu
KUALA LUMPUR, 15 Nov – OLDTOWN White Coffee sedang berbincang dengan pihak guaman dan akan menjalankan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu yang membuat tuduhan palsu mengenai ramuan makanan yang didakwa mengandungi babi. Menerusi satu kenyataan, pihaknya menegaskan orang ramai untuk segera berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih seperti video yang tular baru-baru ini. “Kami juga ingin […]
Berita
Gaji Penjawat Awam, Barisan Hadapan Tidak Boleh Dibayar Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus- Menteri Kewangan
KUALA LUMPUR, 14 Nov — Kerajaan tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi COVID-19 sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun beliau optimis belanjawan melibatkan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan yang memfokuskan kepada […]
Berita
Pekerja Warga Bangladesh Dilapor Ditemui Mati Dalam Bilik, Bomba Dipanggil Lakukan Proses Sanitasi
Seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai telah meninggal dunia di dalam bilik tidur di sebuah asrama di Klang pagi tadi. Menurut kiriman yang dimuatnaik Info Roadblock JPJ/POLIS di Facebook, pasukan bomba telah dipanggil untuk melakukan sanitasi di luar dan dalam bangunan sebelum mangsa dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Proses itu dikatakan bagi memberi keyakinan kepada […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: 4 Kluster Baru Dikesan Termasuk Dua Di Pulau Pinang
Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam kenyataan media sebentar tadi memaklum sebanyak 4 kluster baru COVID-19 dikesan. Daripada jumlah berkenaan, dua kluster dikesan di Sabah manakala dua lagi adalah di Pulau Pinang. Kluster Istimewa (Sandakan, Sabah) Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22026) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan […]
Berita
TERKINI COVID-19: Kekal Empat Angka, 1,114 Kes Baharu Dilaporkan & Dukacita 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 14 Nov – Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat pertambahan 1,114 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini. Angka tersebut menjadikan kes kumulatif kini meningkat kepada 46,209 kes bersamaan 12,131 kes aktif dengan kebolehjangkitan. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua (2) kes import dilaporkan iaitu dari Indonesia dan Jordan, serta […]
Kesihatan
Satu Daripada Dua Pesakit Tidak Tahu Hidap Diabetes – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, Nov 14 (Bernama) — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mendedahkan seorang daripada dua pesakit di negara ini tidak tahu mereka menghidap diabetes sehinggalah mereka menjalani saringan gula dalam darah. Beliau juga berkata sebahagian besar kes diabetes boleh dicegah menerusi gaya hidup sihat, dan dengan saringan berkala penyakit itu […]
Berita
Perintis Penerbangan Negara Meninggal Dunia, YDP Agong Zahir Ucapan Takziah
KUALA LUMPUR, 14 Nov – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga perintis penerbangan awam negara, Allahyarham Kapten Datuk Khairi Mohamad yang meninggal dunia kelmarin. Istana Negara menerusi satu perutusan memaklumkan, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham […]
Kesihatan
Enggan Dirawat & Berdegil Teruskan Perkahwinan, Pengantin Wanita Dilapor Maut Akibat COVID-19 & Mak Ayahnya Turut Terkorban
Seorang pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 dua minggu selepas bernikah. Menurut Kompas.com, pengantin perempuan tersebut pulang dari Jakarta dua hari sebelum majlis perkahwinan yang diadakan pada 24 Oktober lalu. Semasa tiba di kampungnya di Desa Wonorejo, Kabupaten Kalijambe, Sragen, dia mengadu sakit dan dibawa berjumpa doktor. Disebabkan keadaannya itu, doktor memintanya untuk […]
Berita
(Video) Lucu, Lelaki Ambil Cuti MC ‘Kantoi’ Dengan Pengurus Sendiri Ketika Leka Berparti
Setiap pekerja sememangnya mempunyai hak untuk memohon cuti jika mengalami sebarang masalah kesihatan, namun ia tidak seharusnya disalahguna untuk kepentingan diri. Ada sesetengah dari pekerja yang memandang remeh mengenai perkara ini tanpa menyedari ia akan memberi kesan yang besar kepada kerjaya mereka. Mungkin korang boleh ambil pengajaran melalui situasi ‘kantoi’ yang dihadapi oleh lelaki ini […]
Berita
Nigeria Dilanda Wabak Demam Kuning, Sekurang-kurangnya 76 Maut Setakat Ini
Wabak demam kuning yang melanda tiga wilayah di Nigeria dilapor telah meragut sekurang-kurangnya 76 nyawa setakat ini dalam tempoh 10 hari pertama November. Menurut laporan Xinhua, sebanyak 35 kematian dicatatkan di wilayah Delta, 33 kes di wilayah Enugu manakala 8 kematian lagi di wilayah Bauchi. Manakala sebanyak 222 kes disyaki demam kuning dan 19 kes […]
Hiburan
“Saya Mohon Maaf…”, Disebalik Tawa Penonton, Rowan Atkinson Luah Pernah Tak ‘Gembira’ Bawa Watak Mr. Bean
Di sebalik gaya kelakar, memek muka dan aksi ‘bodoh’ yang dilakonkan, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean mengakui bahawa bukan mudah untuk menjayakan perkara itu demi membuat orang terhibur. Hakikatnya, Rowan turut mendedahkan bahawa usaha untuk menjayakan watak lucu Mr. Bean (secara tanpa suara) agak sukar hingga dia pernah berasa tertekan ketika penggambaran. […]
Berita
(Video) “Adat Berjuang, Tidak Semua Usaha Dipandang…”, Menteri Kongsi Lakonan Semula Pengorbanan “Frontliners”, Buat Ramai Tersentuh
Sepanjang negara bergelut dengan wabak COVID-19, pasti kita akan lebih tertumpu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah. Namun dalam masa sama, janganlah kita lupakan juga jasa menteri kesihatan kita, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang turut sama bertungkus-lumus memimpin dan menguruskan gerak kerja Kementerian Kesihatan (KKM). Hari ini, Dr. […]
Luar Negara
Tetap Nak Tayang ‘Muka’ Walau Pakai “Mask”, Lelaki Ini Lukis Wajah Atas Pelitup Muka
Dalam keadaan dunia masih lagi bergelut dengan COVID-19, seorang lelaki di Brazil menggunakan kreativiti dan bakat seninya untuk mencipta pelitup muka dengan gambaran wajah sebenar seseorang. Jorge Roriz sebelum ini menghiasi sebarang karnival di Rio de Jeneiro dengan kostumnya yang berwarna-warni. Menurut Economic Times, dia melukis pelitup muka yang sangat tepat dengan wajah pelanggannya sehingga […]
Berita
Indonesia Dilapor Merancang Kempen Vaksinasi COVID-19 Besar-besaran Menjelang Hujung Tahun Ini
Indonesia dilapor merancang untuk menjalankan kempen vaksinasi COVID-19 secara besar-besaran menjelang hujung tahun ini, lapor CNA semalam. Dalam satu sidang media, Presiden Jokowi memaklumkan pihaknya kini berada di fasa perancangan untuk mengagihkan vaksin berkenaan di seluruh negara republik itu. Sekiranya plan berkenaan diluluskan oleh Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia, ini bermakna negara itu […]
Berita
COVID-19: Tapak Penjaja Sementara Taman Free School Pulau Pinang Diarah Tutup- Exco
GEORGE TOWN, 14 Nov (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penutupan Tapak Penjaja Sementara (TPS) Taman Free School di sini bermula 4 petang semalam sehingga 27 Nov ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata penutupan tersebut bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja mencegah penularan penyakit berjangkit […]
Berita
Kelantan Tangguh Aktiviti Kuliah Agama Di Semua Surau, Masjid Bermula Hari Ini Hingga 28 November- MAIK
KOTA BHARU, 14 Nov — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan semua surau dan masjid di seluruh negeri Kelantan menangguhkan aktiviti kuliah agama bermula hari ini hingga 28 Nov. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata pendekatan itu […]
Berita
(Video) Pertama Kali Masuk “Mall”, Remaja Dari Kampung Menangis ‘Member’ Ajak Lepak Sama-sama Di Bandar
Dalam hidup kita ni antara benda yang paling bernilai dan buat kita boleh ‘steady’ berdiri walaupun banyak masalah ialah kawan rapat. Berkawan ni memanglah boleh seramai mungkin. Facebook boleh sampai 5,000 kawan. Instagram dan Twitter boleh berjuta-juta pengikut (followers). Tapi secara teknikal, jumlah itu hanya angka. Boleh jadi yang benar-benar menyelami hati kita hanyalah beberapa […]
Berita
Penduduk Medan 88 Sila Serah Diri Buat Ujian COVID-19 Atau Ditahan Polis – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) — Penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang masih dikesan tidak kembali ke kawasan itu selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Rabu lepas diminta tampil menyerah diri serta-merta atau akan ditangkap polis. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka diminta kembali ke kawasan […]
Berita
(Video) “Tengok Mata Dia” Oyen Lumpuh ‘Terharu’ Dijaga Dengan Baik, Siap Bubuh Bedak Sebelum Dipakaikan “Pampers”
Menjaga haiwan yang sakit memerlukan perhatian yang penuh agar keselamatan dan kesihatannya terjamin, apatah lagi jika mengalami masalah lumpuh. Seperti kucing misalnya, ada saja tuan yang sanggup menghabiskan wang berpuluh ringgit semata-mata untuk kos perubatan agar kucingnya sihat seperti sediakala. Baru-baru ini, Siti Nur Hidayah ada berkongsi satu rakaman video dia memakaikan lampin pakai buang […]