Berita

Berita
(Video) Tiga Kaum Bersatu ‘Main’ Muzik & Sama-sama ‘Goyang Kepala’, Netizen Terharu Dengan Perpaduan Rakyat Malaysia
Kepelbagaian dan keunikan bangsa di Malaysia sememangnya menjadi kebanggaan buat semua rakyat di negara ini. Walaupun diakui banyak cabaran yang cuba untuk menggoyahkan kesejahteraan namun kebersamaan semua bangsa masih tetap utuh dan realitinya masih lagi boleh dilihat. Sama seperti video yang tular ini, walaupun masing-masing hanya bermain alat muzik namun ia memperlihatkan semangat kepelbagaian bangsa. […]
Berita
“Kepada Ibu Dan Ayah Tercinta,” Dr Sheikh Muszaphar Kongsikan Surat Yang Ditulis Sehari Sebelum Ke Angkasa
Siapa saja yang tak kenal angkasawan negara pertama Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar. 10 Oktober 2007 adalah tarikh dimana sejarah negara tercipta apabila seorang anak jati Malaysia telah berlepas ke ruang angkasa lepas untuk melakukan pelbagai eksperimen selama 10 hari. Pasti ramai diantara kita yang tertanya-tanya tentang bagaimanakah perasaannya sebelum beliau dijadualkan berlepas ke angkasa […]
Berita
LHDN Diharap Capai Sasaran Kutipan Cukai RM127 Bilion Tahun Ini
PUTRAJAYA, 19 Nov — Kerajaan menaruh harapan tinggi agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat mengutip cukai berjumlah RM127 bilion yang ditetapkan pada tahun ini selain kutipan cukai langsung sebanyak RM143.9 bilion bagi 2021. Ketika berkongsi harapan itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata LHDN berperanan penting untuk memastikan kutipan cukai sentiasa di […]
Luar Negara
Didakwa Tak Hirau Tanda Amaran, Tiga Sekeluarga ‘Tertanam’ Hidup-Hidup Dalam Kejadian Tebing Runtuh
Siapa sangka, percutian tiga ahli keluarga ini ke sebuah pantai berakhir dengan tragedi apabila tebing tinggi di situ telah runtuh dan ‘menguburkan’ mereka hidup-hidup, lapor Daily Mail. Pihak berkuasa telah mengenal pasti mangsa sebagai pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki yang berusia tujuh bulan. Kejadian yang berlaku di Rio Grande do Norte, bahagian timur […]
Luar Negara
‘Tikus Gergasi’ Naik Pengangkutan Awam, Curi Tumpuan Warga Kota New York
Sejak berlakunya pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia, pihak berkuasa mewajibkan masyarakat untuk memakai topeng muka pada setiap masa terutamanya di tempat awam. Kini, topeng muka menjadi alat pelindung malah juga dianggap sebagai aksesori pemakaian. Di New York, seorang lelaki atau dikenali sebagai “Buddy The Rat” adalah orang yang pandai dalam menghiburkan penumpang dengan […]
Didakwa Sentuh Sensitiviti Kaum, Laporan Polis Dibuat Terhadap Poster Filem Baharu Namewee
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee, berkenaan poster filem terbaharunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum. Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang […]
Berita
Penternak Rugi, 20 Ekor Kambing Mati Dalam Banjir Kilat Di Kuala Pilah
KUALA PILAH, 19 Nov (Bernama) — Seorang penternak mengalami kerugian selepas 20 ekor kambing yang diternaknya mati, dalam kejadian banjir kilat yang melanda Kampung Air Taling, Johol pagi tadi, akibat limpahan air Sungai Taling. Amir Mohd Talib, 58, yang mengusahakan ternakan lembu dan kambing di atas ladang seluas 0.81 hektar sejak empat tahun lalu berkata, […]
Berita
Suri Rumah ‘Balas Dendam’ Bengang Perniagaan Tak Disokong Suami
Setiap daripada kita pastinya pernah menjalani fasa-fasa ‘pahit’ sehingga mungkin ada yang berlaukkan air. Ia mungkin momen yang sukar untuk dilupakan namun momen itu membuatkan kita bangkit menjadi seseorang yang lebih berjaya hari ini. Siapa sangka sosok ini yang dahulunya hanya seorang suri rumah kini mampu membangunkan ‘mahligai’ atas tanah sendiri, membahagiakan orang tua dan […]
Berita
(Video) “Ini Siapa? Abang Saya Tengah Tidur,” Adik Kantoikan Abang Sedang Tidur Ketika Kelas ‘Online’
Kelas secara atas talian mempunyai cabarannya tersendiri. Daripada gangguan capaian internet hinggalah ‘godaan’ untuk tidur, kedua-duanya boleh menjejaskan fokus pelajar ketika sesi pembelajaran berlangsung. Seperti kisah seorang remaja bernama Noah yang tular gara-gara dikantoikan si adiknya ketika tidur semasa kelas online. Dalam video dikongsikan rakan sekelasnya, Melissa Saldana di TikTok, mereka sedang menghadiri kelas kimia […]
Luar Negara
(Video) ‘Dipercayai’ Malas Nak Terbang, Aksi Burung Naik Kereta Api Jadi Viral
Burung itu sifat semulajadinya ialah terbang. Sebab itulah ia dicipta dengan dua sayap di kiri dan kanan badannya. Tapi ‘penemuan’ pelik yang sempat dirakam ini menunjukkan dua ekor burung didapati menuju ke destinasi lain bukan dengan kedua-dua sayapnya. Sebaliknya ia dengan ‘selambanya’ menaiki kereta api seperti manusia, berehat sambil membersihkan bulu pelepahnya sehinggalah tiba di […]
Hiburan
(Video) Reaksi Kucing Ini Selepas Bau Makanan Masam Jadi Perhatian
Saat yang mencuit hati apabila seekor kucing membuat reaksi wajah tersedak setelah menghidu makanan yang paling tidak digemarinya. Belyash, kucing dari Moscow, tidak tahan dengan krim diberikan kepadanya masam, menurut pemiliknya. Dalam sebuah video berdurasi enam saat, menunjukkan Moggy kucing berwarna putih sedang duduk diatas selimut bercorak, pemiliknya meletakkan bekas makanan terbuka di hadapannya. Ekspresi […]
Berita
Bayaran Bulanan Serendah RM 300, Ini Cara Nak Mohon Rumah Mesra Rakyat & Dokumen-dokumen Yang Diperlukan
Selalu kita terdengar keluhan beberapa pihak tentang harga rumah yang semakin hari semakin tinggi nilainya, tambahan lagi keadaan ekonomi yang masih tidak menentu pada hari ini. Namun sebagai rakyat, kita sebenarnya kena tahu bahawa terdapat banyak peluang yang disediakan kerajaan, khususnya dalam memiliki rumah sendiri pada harga yang mampu milik. Tahukah anda, Syarikat Perumahan Negara […]
Berita
Sewaan Tanah Pertanian Cameron Highlands RM4,500 Seekar
KUANTAN, 19 Nov — Pahang Corporation Sdn Bhd menetapkan kadar sewaan tanah pertanian sebanyak RM4,500 seekar (0.4 hektar) setahun kepada pekebun di Cameron Highlands, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak. Beliau berkata seorang pekebun hanya dibenarkan menyewa tidak melebihi tiga ekar (1.2 hektar) dengan tempoh pajakan selama 10 tahun […]
Kesihatan
Bulan Sabit Merah Sabah Kumpul 5,252 Pain Darah Sejak Mac Lepas
KOTA KINABALU, 19 Nov — Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah telah mengumpul sebanyak 5,252 pain darah melalui Program Derma Darah COVID-19, yang dilaksanakan di seluruh negeri itu, sejak Mac lepas. Penyelaras Program Derma Darah BSMM Sabah Leslie Chan Boon Siang berkata darah berkenaan berjaya dikumpul melalui 129 program derma darah yang diadakan 21 daerah di Sabah. […]
Berita
APMM Usir Bot Nelayan Thailand Ceroboh Perairan Negara
LANGKAWI, 19 Nov (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengusir sebuah bot nelayan Thailand, yang dikesan menceroboh perairan negara di kedudukan 2.7 batu nautika utara Pulau Langgun, dekat sini, pagi semalam. Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, tindakan pengusiran dilakukan bot peronda Petir yang sedang melaksanakan Op […]
Macau Scam, Judi Dalam Talian: Kertas Siasatan Babit Pegawai, Anggota Polis Akan Dibuka – KPN
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Kertas siasatan pembabitan pegawai kanan dan anggota polis disyaki mempunyai kaitan dengan individu ditahan bagi membantu siasatan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam akan dibuka berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya ketika ini sedang menunggu maklumat lanjut daripada SPRM untuk […]
Berita
Polis Jadi Hero, Tindakan Pantas Bantu Selamatkan Wanita Dipercayai Keguguran Tepi Jalan
Dua orang anggota kereta peronda polis ini layak dijulang sebagai ‘hero’ apabila bertindak pantas membantu seorang wanita tempatan yang dipercayai mengalami keguguran dalam satu kejadian kelmarin. Anggota tersebut, Koperal Muaz Abdul Qayyum Mohd Zin dan dibantu rakan setugas, Koperal Abdul Aziz Mohamed Zulkifli menerima arahan dari Bilik Gerakan Balai Polis Sri Damansara untuk bergegas ke […]
Berita
(Video) Detik-Detik Cemas Letupan Di Restoran Dipercayai Ketika Waktu ‘Lunch’, 34 Orang Dilaporkan Cedera
Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan tercedera selepas satu letupan besar menggegar sebuah restoran kecil di China, lapor Daily Mail. Letupan itu dilaporkan berlaku pada waktu makan tengah hari di dapur sebuah kedai di Miluo, wilayah selatan Hunan, China. Pihak berkuasa Miluo mendakwa bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut. Polis tempatan serta pasukan bomba masih […]
Berita
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 12 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Putrajaya, 19 Nov – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hari ini. Negeri yang terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. Berikut merupakan kawasan yang dijangka ditimpa ribut petir hingga jam 5 petang […]
Berita
Jalan Bangsar Ditutup Sementara Pagi Ini, Dipercayai Berlaku Satu Kes Jenayah
Orang ramai pada pagi ini kecoh kerana penutupan jalan di Jalan Bangsar dari arah KL Sentral menghala ke Abdullah Hukum kerana dipercayai terdapat satu kes jenayah di lokasi tersebut. Menerusi ciapan ITIS_TRAFIK pada pagi ini, lokasi tersebut berada dalam kawalan Polis Trafik sementara dalam proses menunggu pihak forensik sampai. Trafik juga dilaporkan sesak dari susur […]