Berita
COVID-19: Kluster Tapak Bina Puteh Lama Muncul Di KL Antara 4 Kluster Baru Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak empat kluster telah dikenalpasti pada hari ini. Berikut merupakan perincian bagi kluster-kluster tersebut. KLUSTER JALAN TUARAN Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 27 November 2020 hasil saringan di […]
TERKINI: Dukacita Dimaklumkan, Dua Lagi Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sabah
Menerusi sidang media hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak dua pertambahan kes kematian dicatatkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 350 kes bersamaan 0.57%. Berikut merupakan perincian bagi kes-kes kematian tersebut. Kes kematian 349 iaitu kes nombor 60, 141 melibatkan seorang lelaki Bukan Waragnegara dari Sabah […]
TERKINI COVID-19: Kes Baru Kembali Empat Angka, 1,109 Kes Positif & 1,148 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 27 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,109 lagi kes positif COVID-19 baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan kes keseluruhan terkini meningkat kepada 61,861 kes dengan kes aktif sebanyak 11,307 kes. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, hanya 10 kes import dikenal pasti dan selebihnya merupakan kes penularan […]
Guru Muzik Dan Guru Al-Quran Dibenar Mengajar ‘One To One’ Bermula Esok-Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa guru muzik dan guru al-Quran dibenarkan untuk mengajar secara one to one (perseorangan) bermula esok (28 November). “Perkara ini dibangkitkan oleh MKN dalam mesyuarat khas hari ini dan kita membuat keputusan bersetuju untuk membenarkan guru muzik ini untuk mengajar secara one to one, begitu juga dengan […]
Operasi Pasar Harian Dilanjutkan Dari 10 Pagi Hingga 4 Petang Berkuatkuasa Esok- Ismail Sabri
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa operasi pasar harian akan dilanjutkan dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Menurutnya, kerajaan mengambil maklum mengenai rungutan berkaitan kekangan yang dialami oleh peniaga-peniaga kecil di pasar-pasar harian di kawasan PKPB di mana ketika ini pasar beroperasi dari pukul 10 pagi […]
100,000 Ujian Saringan COVID-19 Ke Atas Pekerja Warga Asing Di Beberapa Negeri Akan Dibuat Bermula 1 Disember Ini – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 27 Nov – 100,000 saringan wajib COVID-19 akan dijalankan ke atas semua pekerja warga asing di beberapa negeri bermula 1 Dis ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dijalankan memandangkan peningkatan kes positif COVID-19 melibatkan pekerja warga asing begitu tinggi. “Ujian ini akan bermula 1 Disember ini di Selangor […]
Malaysia Dapat Bekalan 12.8 Juta Dos Vaksin COVID-19 Pfizer Tahun Depan- PM
PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) — Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini, demikian menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Perdana Menteri berkata penghantaran bekalan pertama sebanyak satu juta dos akan dibuat pada suku pertama tahun depan […]
TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Naik Tiga Sen, Diesel Naik Empat Sen
PUTRAJAYA, 27 Nov – Harga runcit bagi minyak petrol RON95 naik sebanyak tiga (3) sen seliter, iaitu daripada RM1.64 seliter ke RM1.67 seliter. Dalama masa sama, harga runcit bagi minyak petrol RON97 juga naik sebanyak tiga (3) sen seliter, iaitu daripada RM1.94 seliter kepada RM1.97 seliter. Manakala bagi minyak diesel, harga runcitnya juga turut naik […]

Polis Tahan Tiga Suspek Ugut Pegawai Kastam Guna Peluru Hidup
KUCHING, 27 Nov (Bernama) — Polis Sarawak menahan tiga lelaki untuk siasatan berhubung kes ugutan terhadap seorang pegawai kanan kastam yang menerima dua butir peluru hidup di sini semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail. Katanya, ketiga-tiga suspek yang berumur antara 35 hingga 39 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat pegawai kastam berkenaan yang mendakwa menerima […]
Salah Guna Kedudukan: Hukuman Terhadap Bekas Pengarah Eksekutif DBKL Diketepikan
KUALA LUMPUR, 27 Nov — Bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali, tidak dapat menahan sebak selepas dilepaskan daripada hukuman penjara lapan bulan, atas kesalahan salah guna kedudukannya berhubung lapan unit kondominium bernilai hampir RM2 juta, tujuh tahun lepas. Syed Afendy Ali, 58, yang berada […]

Penganggur Mengaku Salah Ugut Bunuh Ibu
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, atas tuduhan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya, Ahad lepas. G.Surendran, 38, didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya berusia 63 tahun dengan niat untuk membunuh, di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang, Gombak di sini pada 1 pagi, 22 Nov lepas mengikut […]

Jambatan Gantung “Stesen Internet” Putus, Dua Remaja Cedera Parah Di Ranau
KOTA KINABALU, 27 Nov – Jika sebelum ini tular klip video pelajar di negeri ini terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses Internet, Isnin lepas, seorang pelajar antara dua remaja cedera selepas jambatan gantung setinggi 18 meter yang menjadi “stesen Internet” mereka putus ketika mengikuti pembelajaran dalam talian. Kejadian di Kampung Gusi, kira-kira 80 kilometer dari pekan […]
Kerap Alami Sakit Belakang Yang Berpanjangan Dan Lenguh ? Mungkin Ini Puncanya
Tidak sedikit golongan muda yang mula mengalami masalah sakit belakang badan. Malah, golongan yang sering melakukan kerja-kerja berat lebih terdedah kepada risiko ini yang mungkin berlarutan hingga kemudian hari. Jika anda merupakan antara individu yang mengalami masalah sakit belakang badan dalam tempoh lama, penjelasan oleh Hello Doktor ini mungkin membantu anda. Mari baca. Farid terbaring […]
Barangan Keperluan Asas Di Perak Mencukupi
IPOH, 27 Nov — Bekalan barang kawalan dan keperluan asas di Perak dijamin mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan musim banjir kilat di beberapa daerah ketika ini. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak Saifullizan Kamarul Zaman berkata hasil pemantauan di pasaraya utama, peruncit dan pemborong mendapati semua […]
Polis Melaka Hubungi Penduduk Dapatkan Maklum Balas Kegiatan Jenayah
MELAKA, 27 Nov — Polis Melaka menghubungi penduduk di tiga daerah di negeri berkenaan iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bagi mendapatkan maklum balas mengenai kegiatan jenayah di kawasan kejiranan mereka. Polis Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa panggilan telefon itu dilakukan bermula pada minggu kedua November dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat […]

Dua Beradik Mengaku Tidak Salah Eksploitasi Wanita Indonesia
TELUK INTAN, 27 Nov (Bernama) — Dua beradik wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memperdagangkan enam wanita warga Indonesia berumur antara 22 hingga 40 tahun untuk eksploitasi paksa kerja dan mengambil pekerja tanpa pas yang sah di Tanjung Malim sejak 11 tahun lepas. Lie Ying Har, 53, yang didakwa […]
Bob Lokman Mohon Bantuan Orang Ramai, Perlukan RM60K Untuk Beli Alat Kawal Degupan Jantung
Pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik yang pernah mewarnai industri tanah air, Bob Lokman, 57, merayu sumbangan orang ramai untuk pemasangan IACD (Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator) bagi mengawal degupan jantung beliau. Katanya, pembedahan akandijalankan lebih kurang sebulan dari sekarang dengan kos mencecah RM60 ribu ringgit. Sebelum ini, Bob pernah dikejarkan ke hospital akibat rebah ketika […]
Negeri Sembilan Umum Bantuan Khas Kewangan Setengah Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam
SEREMBAN, 27 Nov — Seramai 5,379 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar selewat-lewatnya minggu kedua Januari 2021. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun ketika mengumumkan perkara itu pada pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 (Belanjawan 2021) Negeri Sembilan berkata ia bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat […]
(Gambar) Mula-Mula Beli Untuk Anak, Kucing ’Selamber’ Guna Barang Ini Macam Miliknya
Kucing adalah sejenis haiwan yang mempunyai logik akalnya tersendiri. Mereka tidak langsung memerlukan sofa cantik yang empuk apabila adanya kotak untuk mereka boleh berbaring. Malahan mainan yang dibeli khas untuk mereka juga tidak endahkan mereka. Pemilik haiwan comel ini rata-ratanya telah mengetahui perangai pelik haiwan mereka itu. Seperti yang terjadi kepada pasangan warga Vietnam yang […]
Sarjan Norihan Sedar Dan Tunjuk Perkembangan Positif
GEORGE TOWN, 27 Nov – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan a/l Tari, 39, yang ditembak semasa bertugas di Pos Sempadan Malaysia-Thailand, telah sedar dan mula menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan membuang dua daripada tiga peluru di dalam badannya semalam. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan yang melawat Norihan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau […]