Berita

Berita
Noraseela Lakar Sejarah Sebagai Wanita Pertama Sandang Jawatan Presiden MOA
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Bekas pelari berpagar Malaysia Noraseela Mohd Khalid melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dinobatkan sebagai Presiden Persatuan Olympian Malaysia (MOA). MOA dalam kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan Noraseela bersama-sama tujuh lagi penyandang jawatan MOA bagi penggal 2020-2022 tanpa melalui proses undian kerana pencalonan mereka tidak dicabar. Pelantikan beliau diumumkan bekas […]
Berita
Penambahbaikan Strategi, Rondaan Sempadan Negara Diperkukuh – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Penambahbaikan strategi dan rondaan untuk memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tembakan di kawasan berkenaan baru-baru ini sudah mula dilaksanakan sejak Khamis lalu bagi mengekang jenayah rentas sempadan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata penambahbaikan berkenaan antaranya melibatkan penugasan rondaan dengan lebih ramai anggota berbanding […]
Kesihatan
KKM akan pastikan kualiti vaksin ikut panduan WHO – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan vaksin COVID-19 yang lulus didaftar dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat, berkualiti dan mempunyai keberkesanan optimum mengikut keperluan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dokumen garis panduan yang diterbitkan WHO iaitu ‘WHO Target Product […]
Berita
Hujan Lebat Sejak 3 Petang, Tiga Daerah Di Kedah Dilanda Banjir Kilat
ALOR SETAR, 28 Nov- Penduduk di beberapa kawasan di tiga daerah di Kedah terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat yang bermula sejak 3 petang tadi. Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata daerah terjejas ialah Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda. […]
Berita
Kerajaan Diminta Kaji Semula Belanjawan 2021 Untuk KKM Bagi Logistik Dan Penyimpanan Vaksin
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Meskipun pengumuman perjanjian pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan Malaysia semalam adalah satu perkembangan yang mendapat pujian pelbagai pihak, sebuah badan pemikir percaya Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kesihatan (KKM) harus dikaji semula terutama yang berkaitan dengan keperluan logistik dan penyimpanan vaksin itu. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial […]
Berita
Anggota Polis Cedera Di Kaki Terkena Tembakan Tidak Disengajakan
ALOR SETAR, 28 Nov- Seorang anggota polis wanita cedera ringan selepas terkena tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja dalam kejadian di Balai Polis Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam hari ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata kejadian berlaku pada 1.50 tengah hari ketika pemeriksaan mengosongkan senjata sedang […]
Berita
Lelaki Ditahan Pukul Pengawal Keselamatan
KUALA LUMPUR, 28 Nov- Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki memukul seorang pengawal keselamatan di Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan di hadapan sebuah pos pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Jalan Sepah Puteri 5/1 jam 11.45 […]
Berita
TERKINI: 1,315 Kes Positif, 1,110 Kes Sembuh Serta 4 Kes Kematian Covid-19 Dilaporkan Hari Ini
Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 1,315 kes baharu dijangkiti Covid-19 di Malaysia. Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes Covdi-19 meningkat kepada 63,176 kes. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah KKM, Tan Seri Dr Noor Hisham menerusi laman Facebooknya sebentar tadi. KKM juga telah melaporkan sejumlah 1,110 kes telah sembuh dan sibenarkan […]
Berita
Mayat Reput Ditemukan Terdampar Di Pantai Pulau Kekabu
MARANG, 28 Nov (Bernama) — Mayat lelaki ditemukan terdampar di Pantai Pulau Kekabu di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata mayat remput tanpa sebahagian anggota badan itu ditemukan orang awam pada kira-kira 3.30 petang. ”Berpandukan kepada bentuk badan, mayat tersebut dipercayai bukan warganegara dan telah dihanyutkan arus sebelum terdampar di pantai berkenaan,” […]
Berita
Sarjan Norihan Terima Watikah Wira Negara Dari Yang Di-Pertuan Agong
GEORGE TOWN, 28 Nov (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Watikah Wira Negara dan surat penghargaan kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan a/l Tari, 39, atas sumbangannya mempertahankan benteng negara. Penyerahan watikah dan surat itu dilakukan juruiring baginda, Datuk Yahaya Othman bersama Ketua Polis Pulau Pinang Datuk […]
Berita
ATM Sedia Tambah Pos Kawalan, Anggota Di Sempadan
BUKIT KAYU HITAM, 28 Nov- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menambah pos kawalan dan anggotanya bagi mengukuhkan kawalan di kawasan sempadan negara jika keadaan memerlukan, kata Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad. Beliau berkata sejumlah 12 pos kawalan sedia ada dengan 80 hingga 100 anggota ditugaskan di kawasan penugasan ketika ini masih […]
Berita
30 Peratus Rakyat Dijangka Dapat Vaksin Covid-19 Tahun Depan – PM Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Seramai 9.6 juta atau 30 peratus rakyat Malaysia dijangka memperoleh vaksin COVID-19 tahun hadapan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Perdana Menteri berkata kerajaan telah menandatangani dua perjanjian bagi tujuan itu. Semalam, beliau mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer untuk mendapatkan 12.8 juta […]
Berita
‘Fendouzhe’ Berjaya Tamatkan Misi Menyelam Ke dasar Laut Terdalam Dunia
BEIJING, 28 Nov – Kapal selam Fendouzhe selamat berlabuh di pelabuhan Sanya, Hainan di selatan China pagi tadi selepas berjaya menjalankan misi menyelam sedalam 10,909 meter di Jurang Mariana. Jurang Mariana merupakan parit terdalam di lautan dunia. Fendouzhe dibawa oleh kapal ekspedisi saintifik Tansuo-1. Presiden China, Xi Jinping merakamkan ucapan tahniah kepada saintis serta penyelidik […]
Berita
3 Pekerja Positif Covid-19 Setakat Ini, Restoran Uncle Don’s SS2 Mohon Pelanggan Bergejala Buat Ujian Saringan
Pihak pengurusan Uncle Don’s memohon kepada pelanggan yang bergejala berkunjung ke cawangan SS2 di Petaling Jaya pada 20 November hingga 25 November 2020 untuk menjalani ujian saringan Covid-19. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya mengesahkan seorang pekerja restoran telah dijangkiti Covid-19. Dalam kenyataan itu memberitahu pekerja tersebut telah menunjukkan gejala pada 25 November dan kini […]
Berita
Air Naik Mendadak, Ibu Bersama Bayi Usia Tujuh Hari Berpantang Di PPS
KEMAMAN, 28 Nov (Bernama) — Seorang ibu yang baharu sahaja melahirkan anak tujuh hari lepas tidak menyangka akan merasai pengalaman berpantang di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak semalam, ekoran rumahnya di Kampung Air Putih di sini ditenggelami banjir. Nor Atiqah Najwa Zaniza, 21, berkata kira-kira pukul 9.00 pagi Khamis lepas, beliau membawa bayinya Ahmad Faiq Arsyad Ahmad Fahmi […]
Berita
Abang Meninggal Dunia Dipercayai Mangsa Langgar Lari, Adik Rayu Saksi Kejadian Tampil Bantu Siasatan
Nahas jalanraya di Lebuhraya Damansara Puchong pada 24 November lalu telah mengorbankan nyawa Ustaz Ahmad Sofwatullah. Menerusi perkongsian oleh adik arwah dkenali sebagai Shideen di laman sosial Twitter, arwah abangnya dipercayai telah menjadi mangsa langgar lari. Namun, sehingga kini, katanya, masih belum ada seorang saksi pun yang tampil memberi keterangan walau pihak polis sudah mula […]
Berita
Amaran Cuaca Waspada: Hujan Lebat Dijangka Berlaku Di Negeri Pantai Timur, Sabah Dan Sarawak Hingga 30 November
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran cuaca waspada di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga 30 November 2020. Amaran cuaca waspada yang dikeluarkan pada jam 1:00 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak. Hujan lebat dijangka berlaku hingga 29 November 2020 melibatkan kawasan […]
Berita
Rempuh Treler: Pemandu Dan Kelindan Lori Maut
JOHOR BAHRU, 28 Nov (Bernama) — Seorang pemandu dan kelindan lori maut apabila lori tiga tan dinaiki bersama seorang lagi rakan sekerja terbabas dan merempuh sebuah treler di Kilometer 158.7 Lebuhraya Plus Arah Utara berdekatan Bukit Gambir, Tangkak dekat sini, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir PPgB Nurashid Mamat berkata, pemandu lori berkenaan dikenali sebagai E. Gunaseelan, 31, manakala kelindannya masih belum diperoleh identiti. […]
Berita
Warga Bangladesh Cederakan Lelaki Guna Besi Diburu
JOHOR BAHRU, 28 Nov- Polis sedang mengesan seorang suspek yang memukul seorang lelaki dipercayai menggunakan sebatang besi di Jalan Tebrau di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek merupakan lelaki warga Bangladesh berumur dalam lingkungan 30-an manakala mangsa ialah warga tempatan berusia 39 tahun. Katanya, polis menerima maklumat berhubung kejadian […]
Berita
Kadar Caruman Berkanun KWSP Diturunkan Dari 11 Peratus kepada 9 Peratus Bagi Tahun 2021
KUALA LUMPUR, 28 Nov — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus bagi tahun 2021. Dalam satu kenyataan, KWSP berkata kadar caruman berkanun baharu itu akan terpakai untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Bagi pekerja yang berumur 60 tahun […]