Berita

“Beratap Nipah, Berdindingkan Plywood…,” Keluarga Ini Perlu Bantuan RM7,000, Nak Siapkan Rumah Terbengkalai
Jika sekarang kita kurang selesa dengan keadaan rumah sendiri percayalah ada lagi orang yang hidup susah dan hanya berlantaikan tanah dan beratapkan nipah sahaja. Walaupun bekerja keras namun nasib seorang insah yang bernama suami ini masih tidak mampu memberi keselesaan kepada keluarganya. Namun, percayalah setiap ujian yang diterima seseorang pasti ada hikmahnya. Seperti kisah hidup […]
Jadi Pilihan Ramai Ibu Bapa, Muhammad Muncul Nama Bayi Paling Popular Bagi 2020
Tahun 2020 kini sudah hampir ke penghujungnya, pakar keibubapaan di BabyCentre, Amerika Syarikat, telah mendedahkan mengenai nama-nama bayi yang paling popular yang diberikan oleh para ibu bapa pada tahun ini, lapor Mirror UK. Ribuan ibu bapa dipercayai telah mengunjungi laman web ini untuk mendaftarkan pilihan nama bayi mereka dan BabyCentre telah mengumpulkan semua data 100 […]

Kisah ‘Buddy’ Yang Panjang Umur, Pernah Ditembak Di Kepala Kini Makin Sihat Dan Tunggu Pemilik Baharu
Seekor kucing yang ditembak di kepala oleh seorang individu, berjaya diselamatkan setelah menjalani rawatan dan kini bersedia untuk diserahkan kepada pemilik baru. Persatuan Diraja Untuk Menghalang Kekejaman Ke Atas Haiwan (RSPCA), telah melancarkan siasatan berhubung insiden itu yang berlaku di Gregg House Road, Shiregreen pada Khamis (26 November) lalu. Di dalam kejadian tersebut, kucing jantan […]
Ibu Bersama Bayi 30 Hari Harung Banjir Pukul 1 Pagi
MARANG, 4 Dis – Dalam keadaan cuaca yang hujan dan sejuk, seorang bayi yang baru berusia 30 hari terpaksa dibawa keluar dari rumahnya ke pusat pemindahan sementara (PPS) seawal 1 pagi, akibat banjir yang berlaku secara mengejut. Fateema Nur Arbaiyyah Jusoh, 29, sambil mendukung bayinya itu Nur Syafia Fakhira Mohd Shahrul, terpaksa mengharungi air setinggi satu […]
KPDNHEP WPKL Rampas Cermin Mata, Topi Tiruan Bernilai RM1.5 Juta
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas 36,722 unit cermin mata dan topi tiruan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di dua premis di sekitar Chow Kit hari ini. Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur Ariffin Samsudin berkata serbuan pada 1.30 petang itu dilakukan susulan […]
Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis
SHAH ALAM, 3 Dis — Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), jelas Polis Selangor. Jurucakap Khas Ops COVID-19 Polis Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, pekerja berkenaan memanjat pagar itu untuk keluar membeli barangan keperluan di sebuah […]
(Video) Seram, Pemuda Dakwa Tak Sedar ‘Terakam’ Bunyi Gamelan Sayup Di Puncak Gunung
Setelah bersusah payah mendaki gunung, pastinya kita ingin menikmati keindahan pemandangan di puncak, bukan? Ada antara pendaki yang gemar merakam keindahan alam sekitar dari puncak gunung untuk dijadikan kenangan. Namun bagi seorang pemuda di Indonesia, video kenangannya mungkin mempunyai sedikit unsur misteri apabila ia didakwa mengandungi bunyi seakan muzik gamelan yang sayup ketika sedang merakamkan […]
Enggan Jual Rumah Pembelian Ibu, Pemaju Hartanah Dilapor Terpaksa Bina Kondominium Keliling Rumahnya
Sebuah syarikat pemaju hartanah dipercayai di Singapura terpaksa memikirkan pelan baru untuk mendirikan sebuah kondominium di sebuah tanah apabila dua pemilik unit rumah teres yang menduduki tanah tersebut tidak mahu menjual rumah mereka. Disebabkan pemilik rumah tersebut tidak mahu menjual rumah mereka, pemaju hartanah terpaksa membina kondominium tersebut mengelilingi rumah itu. Menurut Shin Min Daily […]
Wanita Maut Dilanggar Sebelum Kereta Jatuh Terhumban Dari Tempat Parkir
GEORGE TOWN, 3 Dis (Bernama) — Seorang wanita maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang warga emas wanita, sebelum kereta itu merempuh tembok dinding parkir dan jatuh terhumban dari tingkat satu pada ketinggian kira-kira enam meter, di Kondominium Green Lane Park, di sini hari ini. Kejadian pada kira-kira pukul 11.45 pagi itu mengakibatkan […]
Syarat i-Sinar Terlalu Ketat Dan Tidak Adil – Pakar Ekonomi
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Meskipun program i-Sinar, iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru-baru ini telah diperluaskan kepada lebih ramai ahli yang terjejas, namun masih banyak rungutan dan keluhan yang kedengaran. Ada yang memperli i-Sinar sebagai ‘i-Sedih’, ‘i-Malap’ dan pelbagai lagi nama ejekan, berikutan syarat yang dikenakan terlalu […]
“Ramai Antara Anda Boleh Memohon,” KWSP Kongsikan Senario-Senario Sebagai Contoh Ahli Yang Layak Mohon i-Sinar
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui laman Twitter rasmi mereka ada berkongsikan beberapa senario-senario sebagai contoh bagi ahli yang layak memohon i-Sinar. Menerusi perkongsian tersebut, KWSP memaklumkan bahawa ada ramai antara anda yang boleh memohon i-Sinar. Antara contoh senario yang diketengahkan oleh KWSP adalah seorang krew filem yang pendapatannya mengikut projek dan merupakan ahli KWSP […]
“Apa Yang Jadi Semalam Memang Tidak Dijangka,” Peniaga Pasar Besar Kedai Payang Rugi Ratusan Ribu Akibat Banjir Kilat
KUALA TERENGGANU, 3 Dis (Bernama) — Selepas perniagaan merosot akibat COVID-19, nasib kira-kira 20 peniaga di Pasar Besar Kedai Payang (tempat letak kereta) kini ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, apabila kedai mereka dilanda banjir kilat malam tadi sehingga memusnahkan barangan kedai. Seorang peniaga pakaian Arif Mohd, 37, berkata sebelum ini perniagaannya mengalami kekurangan pelanggan disebabkan […]
Indonesia: Jangkitan Baharu COVID-19 Lepasi Angka 8,000 Kes
JAKARTA, 3 Dis — Jangkitan baharu COVID-19 di Indonesia buat pertama kalinya mencatatkan angka melebihi 8,000 kes dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac 2020. Sebanyak 8,369 kes baharu dicatatkan di seluruh republik itu, menjadikan kes keseluruhan kini meningkat kepada 557,877 kes. Rekod tertinggi kes baharu sebelum ini ialah pada […]
Wajarkah Program ‘Harimau Muda 2.0’ Diwujudkan?
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sejak kebelakangan terdapat ura-ura sebuah pasukan dibarisi pemain muda negara seakan program Harimau Muda yang ditubuhkan pada 2007 akan bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021. Bagi penulis ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai rasional penubuhan pasukan itu tatkala keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memansuhkan program Harimau Muda pada 2015 bertujuan mengembalikan tanggungjawab membangun pemain belia […]
“Sayu Jer Suasana Di Situ,” Ustaz Ebit Lew Beri Kata Semangat Dan Doa Buat Keluarga Saudara Loqman Yang Dipercayai Lemas
Insan hebat, Ustaz Ebit Lew, yang penuh nilai kemanusiaan sekali lagi tampil membantu individu memerlukan dan kali ini membabitkan seorang lelaki, Saudara Loqman Hamka dipercayai lemas dan hilang di sungai Pahang. Ustaz Ebit Lew dalam hantaran Facebook miliknya berkongsikan dirinya ke Temerloh demi memberi bantuan, kata semangat dan doa buat keluarga itu telah menyentuh hati […]
TERKINI: Dukacita Dimaklumkan, 11 Kes Kematian COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 3 Disember – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebelas lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan hari ini. Menurut kemaskini KKM, kematian tersebut melibatkan negeri Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Johor, Kelantan dan Sabah. Kesemua mereka merupakan warga emas berusia 50 sehingga 81 tahun di mana sepuluh daripadanya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing […]
TERKINI: 1,075 Kes Baharu COVID-19, 948 Telah Sembuh Dan 4 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,075 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,075 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 69,095 kes secara keseluruhan. Status Terkini COVID19, 3 Dis 2020 Kes sembuh=948Jumlah kes […]
“Tengok Dompet Ibu Ada 1 Je Duit,” Anak Ini Masukkan RM5 Dalam Dompet Ibu Sebab Hanya Nampak Sekeping Duit
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tingkah laku si anak yang baik pastinya akan menyejukkan hati ibu bapa dan orang sekeliling. Pendek kata, sejuk perut ibu mengandung melihat kelakuan anak soleh solehah. Mungkin itulah yang dirasakan Puan Nurul Khalib ketika anak lelakinya yang berusia lapan tahun bermurah hati berkongsi wang dengan wanita itu. Menurut perkongsian beliau […]
Amaran Cuaca Bahaya Di Kelantan Dan Terengganu, Amaran Cuaca Buruk Dan Waspada Di 7 Negeri Sehingga 4 Disember
Putrajaya, 3 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca bahaya sehingga hari esok. Menurut kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Amaran tahap merah (bahaya) telah dikeluarkan di beberapa tempat di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir […]
Keputusan Muzakarah Khas Mengenai Vaksin COVID-19 Diketahui Esok
PUTRAJAYA, 3 Dis (Bernama) — Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di Malaysia dijangka diketahui esok, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas ke-10 Tahun 2020, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia itu sedang bersidang di sini hari […]