Berita
Enam Direman Disyaki Terlibat Culik Ahli Perniagaan Di Kedah
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Enam individu direman selama 10 hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes culik seorang ahli perniagaan dan isterinya di Jitra, Kedah pada 30 Nov lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua suspek berumur lingkungan 24 hingga 58 tahun ditahan antara 1 hingga 4 […]
TERKINI COVID-19: Tiga Kluster Baharu Dikesan Termasuk Di Seremban Dan Johor Bahru
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster yang dicatatkan hari ini iaitu Kluster Ceram, Kluster Pulau Berhala dan Kluster Jalan Tampoi. Berikut merupakan perincian bagi semua kluster tersebut. KLUSTER CERAM Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-65468) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 November 2020 […]
TERKINI COVID-19: 1,335 Kes Baharu, Selangor Catat Kes Tertinggi Diikuti Negeri Sembilan & Sabah
PUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 1,335 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat ke 72,694 kes, bersamaan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 11,039 kes. Menurut kenyataan ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, hanya tiga kes import dikesan dalam kes […]
Harimau Kumbang: Penduduk Minta Perhilitan Perhebat Pencarian
KUALA PILAH, 6 Dis — Penduduk di Kampung Tengah, Tanjung Ipoh di sini meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan, untuk memperhebatkan lagi pemantauan dan pencarian seekor harimau kumbang di kawasan itu. Ini susulan dakwaan penemuan kesan tapak haiwan berkenaan di sebuah kebun tinggal oleh penduduk dan anggota polis yang melakukan […]
Bakal Jadi Jutawan, Nelayan Jumpa ‘Bongkah Batu’ Dipercayai Bernilai Tinggi Ketika Berjalan Di Pantai
Seorang nelayan di Thailand dilaporkan bakal menjadi seorang jutawan apabila menemui ‘batu’ di tepi pantai pada minggu lalu. Menurut laporan Coconuts.co, nelayan itu, Narit Suwansang, melihat beberapa ‘batu besar’ yang kekuningan ketika sedang berjalan di tepi pantai. Dia dipercayai tidak pernah menemui sesuatu seperti itu sebelum ini dan segera pulang ke rumah dan mengumpulkan ahli […]
Kembar Dilapor Maut Lemas, Selepas Seorang Jatuh Kolam Dan Seorang Lagi Cuba Selamatkan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun disahkan maut secara tragis setelah jatuh ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan kembarnya yang sedang lemas. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Afrika Selatan dan masih berada dalam siasatan pihak polis. Menurut laporan, pasukan paramedik cuba menyelamatkan mereka tetapi tidak berjaya dan mereka disahkan meninggal dunia akibat lemas. […]
Cincin Dihias 12,638 Butir Berlian Catat Rekod Dunia Guiness
Sebentuk cincin yang mempunyai 12,638 butir berlian kecil diiktirafkan sebagai rekod baharu di Guiness World Records kerana memiliki lebih banyak berlian berbanding cincin yang lain. Namun begitu, penciptanya dari India belum ada rancangan untuk menjual cincin tersebut. Cincin tersebut dikenali sebagai The Marigold – The Ring of Prosperity kerana mempunyai bentuk bunga yang unik serta […]
Cedera Semasa Bertempur Dengan Penyeludup, Sarjan Norihan Disambut Sebagai Wira Setelah Dibenarkan Keluar Hospital
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari dilaporkan telah dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang pada hari ini setelah menjalani rawatan akibat terkena tembakan semasa pertempuran dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November lalu. Menerusi perkongsian Batalion 3, Pasukan Gerakan Am, di Facebook sebentar tadi, kepulangan Sarjan Norihan ke kem Batalion 3 […]
Ayah Syafiq Sedih Tidak Sempat Melihat Cucu Lelaki Berusia 22 Hari
NIBONG TEBAL, 6 Dis — “Saya sangat sedih kerana tidak sempat melihat cucu lelaki yang baru lahir bulan lepas,” demikian luahan Ahmad Ibrahim, ayah kepada pemain bola sepak kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad, yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan anaknya awal pagi tadi. Ahmad, 56, berkata keluarganya sudah merancang untuk melawat Syafiq di Johor yang baru […]
Sebak, Syafiq Ahmad Cium Jenazah Anak Selepas Selesai Dikafankan
Penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad mencium jenazah anak lelakinya Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, selepas selasai dikapankan di Hospital Sungai Bakap, Pulau pinang, petang ini. Terdahulu, Syafiq dan ahli keluarganya dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Km163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap sekitar 5.30 pagi tadi. Dua lagi yang maut dalam nahas itu […]
Tak Tahan Suami Selalu Mabuk, Wanita Kapak Kepala Suami Hingga Mati Setelah Penat Beri Nasihat
Seorang wanita dilaporkan telah membunuh suaminya dengan menggunakan kapak setelah tidak tahan melihat sikap lelaki itu yang sering mabuk, lapor Tribun Manado. Wanita itu juga telah beberapa kali meminta suaminya untuk menghentikan tabiat buruknya namun tidak diendah. Kesal permintaannya tidak dituruti, mangsa telah dipukul dengan kapak di kepala sehingga mati. “Dari pengakuan pelaku, didapati bahawa […]
(Video) Tular Rakaman Babi ‘Masuk’ Pusat Beli-belah, Dipercayai Di Putrajaya Jadi Bualan Netizen
Isu haiwan tersesat masuk ke kawasan manusia bukanlah perkara baharu, malah ia sering terjadi di luar jangkaan tanpa mengira waktu. Ada kes monyet masuk rumah orang, ada kes buaya tersesat sambil mengganggu anak gadis di tepi sungai, malah ada kes gajah menceroboh kebun milik manusia. Sebentar tadi, satu rakaman yang memaparkan aksi seekor babi ‘menceroboh’ […]
UMNO Tidak Tolak Kemungkinan Bekerjasama Dengan PH Termasuk DAP Di Perak
IPOH, 6 Dis (Bernama) — Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP bagi membentuk penjajaran politik baharu di Perak. Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penjajaran baharu politik itu merupakan pilihan yang akan diambil oleh parti sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) […]
Perhatikan 4 Jenis Warna Asap Ekzos Ini, Tanda-tanda Kereta Ada Masalah Semua Pemandu Kena Tahu
Bagi yang mempunyai kereta, anda pasti tahu bahawa banyak perkara yang perlu diberi perhatian sama ada perkara besar atau kecil kerana ia boleh memberi kesan kepada kereta yang dipandu. Mungkin ada di antara anda yang tidak terfikir bahawa asap kereta juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam memberi amaran terhadap ‘kesihatan’ kereta anda. Kalau anda perasan, […]
Pejabat KWSP Johor Bahru Ditutup Sementara Atas Arahan KKM, Dilapor Untuk Proses Disinfeksi & Sanitasi
Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru dilaporkan akan ditutup sementara bermula dari 6 Disember 2020 sehingga ke satu waktu yang akan dimaklumkan kelak. Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Facebook, penutupan itu adalah berikutan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi. Ahli-ahli yang telah membuat janji […]
Pemuda Sanggup Kayuh Basikal 550km Demi Pulang Ke Kampung Bertemu Mak Ayah
Kemudahan awam bukan lagi menjadi pilihan sesetengah masyarakat pada hari ini terutamanya mereka yang bernasib baik menjadi kreatif dengan cara perjalanan mereka. Seorang lelaki, Rahul R Nair tidak ingin mengambil risiko ketika wabak pandemik COVID-19 dengan menggunakan pengangkutan awam untuk berjumpa ibu bapanya di kampung. Malah, dia berinisiatif menggunakan cara lain untuk pulang ke kampung […]
Penantian Berakhir, Pasangan Sambut Bayi Pertama Selepas 21 Tahun Menunggu Cahaya Mata
Tempoh panjang yang dilalui seorang ibu dari Indonesia ini akhirnya berakhir apabila dia hamil dan berjaya melahirkan zuriat sulungnya selepas ‘penat’ menanti selama 21 tahun. Kisah tragis ini dikongsikan Pakar Kebidanan dan Kehamilan Klinik Bayi Tabung Morula IVF Surabaya, Dr. Benny Arifin yang menceritakan tentang kejayaan pasangan bertuah tersebut, Su’udiyah, 44 dan suaminya, Somidi, 51 […]
Lahir Tanpa Jari Tangan Kanan, Wanita Simpan Hasrat Mahu Jadi Model
Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu juga dengan seorang wanita yang dilahirkan tanpa jari tangannya berharap impiannya menjadi model akan tercapai. Olivia Chapman, 22 merupakan seorang pelatih peribadi yang tidak mempunyai jari pada tangan kanannya. Ketika usinya dua tahun, dirinya telah menjalani pembedahan untuk memindahkan salah satu jari kakinya ke tangannya agar memberi […]
(Video) “Bye Mak…”, Anak Tak Dapat Tahan Sebak, Ambulans Datang Jemput Ibu Disahkan Positif COVID-19
Penularan jangkitan COVID-19 di negara ini masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti virus berbahaya tersebut tanpa disedari. Bagi sesiapa yang pernah mengalami keadaan di mana ahli keluarga dijangkiti COVID-19, anda pasti tahu bagaimana perasaan yang perlu dihadapi ketika itu. Sama dengan Fazyana yang berkongsi detik-detik ketika ibunya dijemput petugas […]
NASA Dilapor Akan Beli Sampel Debu Bulan, Harga Sehingga RM 60k
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepasa (NASA) dilapor mengikat kontrak dengan empat syarikat untuk mengumpulkan sampel debu di bulan dalam beberapa tahun yang akan datang. Menerusi kontrak tersebut, empat syarikat itu akan mengumpulkan sampel bulan dan menyerahkan bahan tersebut kepada NASA dengan harga $ 1 (RM4.06) hingga $ 15,000 (RM60,960.13). Tambahnya, syarikat berkenaan telah merancang untuk […]