Berita

Waktu Sukan Seawal 4:56 Pagi, Warganet Terhibur Tengok Jadual Budak Ni, Siap Ada Waktu Khas Untuk Berak
Ramai yang percaya, untuk berjaya, kita perlu menyusun masa dengan baik setiap hari. Jika ditanya kepada para individu cemerlang, pasti ramai antara mereka yang mengaku mempunyai jadual tersendiri untuk membahagikan masa dengan baik. Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi tindakan anak saudaranya yang membuatkan warga maya tidak kering gusi. Dalam kiriman Syamimi Mat Lik di group Anak […]
“Batu Bersinar Secara Berbeza,” Kehidupan Petani Ini Dilapor Berubah Setelah Temui Berlian Bernilai Lebih RM300 Ribu
Kehidupan seorang petani dari India berubah selepas dia menemui sebuah berlian bernilai £60,000 (RM 326,605) semasa sedang mengusahakan tanahnya, lapor Daily Mail. Lakhan Yadav, 45, telah menjumpai batu seberat 14.98 karat itu ketika sedang menggali tanah yang mulai disewanya bulan lalu di Madhya Pradesh, India. Yadav hampir buang batu permata itu kerana beranggapan bahawa ia […]

Premis Sediakan Latihan Promosi Judi Diserbu, Lima Warga Asing Ditahan
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Polis menyerbu sebuah premis yang dipercayai menyediakan latihan untuk mempromosi judi dalam talian dan pelaburan saham di sebuah hotel di Jalan Changkat Thambi Dollah dekat sini, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata empat lelaki warga China dan seorang wanita Vietnam berusia antara 21 hingga 33 tahun […]
Malaysia Perlu Ada Keupayaan Bangunkan Vaksin Sendiri
KUALA LUMPUR, 8 Dis – Malaysia perlu mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri pada masa depan bagi mengelakkan negara terpaksa bergantung kepada pihak luar sekiranya berlaku wabak baharu. Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata negara mempunyai ramai pakar dalam membangunkan penyelidikan mengenai vaksin tetapi […]

Lelaki Gantung Kotak Iklan Di Belakang, Gigih Jual Keropok Lekor Sebab Nak Cari Duit Untuk Kahwin
Sekiranya lelaki sudah sayang kepada pasangannya, mereka sanggup berkorban apa sahaja dan berusaha bersungguh-sungguh asalkan dapat mengumpul wang demi menghalalkan kekasih hati yang dicintai. Pengorbanan itu kadang-kala terpaksa menuntut lelaki untuk membuang rasa malu dan melakukan apa yang termampu seperti usaha seorang lelaki ini yang tular di media sosial. Menerusi perkongsian oleh seorang individu dikenali […]
Antara Akhbar Tertua Di Negara Ini, New Sabah Times Dijangka Hentikan Operasi Akhir Bulan Ini
KOTA KINABALU, 8 Dis – New Sabah Times, antara penerbit surat khabar tempatan tertua di negeri ini sejak 1949, dijangka menghentikan operasinya pada akhir bulan ini. Pengarah Urusannya Felix Gusti yang mengesahkan rancangan itu berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua petugas syarikat pada hari Khamis ini, dan satu kenyataan rasmi syarikat akan menyusul kemudiannya. Beliau […]
Terselamat Dari Perang Dunia Ke-2, Ini Ikan Paling Tua Di Dunia Dijumpai Di Australia Barat
Terumbu karang di lautan mempunyai pelbagai spesies ikan di seluruh dunia. Namun terdapat sesetengah ikan yang mempunyai risiko kematian disebabkan pelunturan daripada karang akibat daripada perubahan iklim. Satu kajian dan penelitian telah dibuat dari Institut Sains Laut Australia (AIMS) telah menemukan ikan paling tua di dunia berusia 81 tahun. Nama saintifik ikan tersebut ialah (Macolor […]
Pemenang Pertandingan Mencipta Logo Ulang Tahun UDA Ke-50 Tahun
KUALA LUMPUR, 7 Disember 2020 – UDA Holdings Berhad (UDA) syarikat pemaju hartanah dan pengurusan aset yang bakal menyambut usia 50 tahun pada tahun hadapan mengumumkan barisan pemenang bagi ‘Pertandingan Mencipta Logo Ulang Tahun UDA ke-50’ di sini, hari ini. Pertandingan yang dibuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas itu telah […]

Thailand Bakal Buka Pintu Kepada Pelancong Dari Semua Negara
BANGKOK, 8 Dis (Bernama) — Thailand bakal membuka pintunya kepada lebih ramai pelawat asing dalam usaha merangsang sektor pelancongannya yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19. Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata jemaah menteri hari ini meluluskan pelan untuk memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat dari semua negara. Menurutnya, sebelum ini […]

Sabah Benarkan Aktiviti Ibadat Di Masjid Dan Surau
KOTA KINABALU, 8 Dis- Kerajaan Sabah hari ini membenarkan semua aktiviti ibadat di masjid dan surau di negeri itu mengikut syarat tertentu walaupun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selaras dengan cadangan Mufti Negeri. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap khas COVID-19, berkata seluruh masjid dan surau di negeri ini dibenarkan […]

(Video) Detik-Detik ‘Ngeri’ Ular Baham Siput Macam Makan Siput Sedut
Ular merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk. Haiwan ini sangat berbahaya kepada kehidupan manusia. Mana taknya, pada musim panas, ia akan mencari tempat yang lembab untuk berteduh, salah satu contohnya di dalam rumah. Paling ‘famous’ berita ular berada di kawasan dapur kediaman. Umum mengetahui, haiwan seperti tikus dan katak adalah ‘makanan’ ular tetapi menerusi satu […]
Murid Dibenar Pilih Pakai Kasut Hitam Atau Putih Ke Sekolah Menjelang Sesi Persekolahan 2021
Pemakaian kasut berwana hitam yang sebelum ini diwajibkan kepada murid sekolah rendah dan menengah, dibatalkan bermula sesi persekolahan 2021. Berdasarkan laporan Sinar Harian, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 7 Disember lalu. Menurut Sinar, menerusi edaran Surat Pekeliling Iktisas (SPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang juga bertarikh 7 Disember, semua […]

Penderma Tanpa Nama Hadiahkan Sejumlah Wang Untuk Kucing Jalanan Di Mesium Hermitage
Seorang dermawan Perancis yang murah hati telah memberikan sejumlah wang kepada beberapa penerima faedah yang tidak biasa dengan faedahnya, sekumpulan kucing yang tinggal di ruang bawah tanah State Hermitage Museum di Rusia. Kira-kira 50 ekor kucing tinggal di muzium St. Petersburg yang terkenal tersebut atau mungkin boleh juga digelar meowseum? Museum ini menempatkan 3 juta […]

Nenek Usia 90 Tahun, Inidvidu Pertama Dalam Dunia Disuntik Vaksin Covid-19
Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Britain menjadi individu pertama di dalam dunia menerima suntikan vaksin Covid-19, hari ini. Margaret Keenan, dari Coventry, berkata, dia merasa “istimewa” ketika menerima suntikan itu setelah mendapat persetujuan klinikal ketika Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) melancarkan kempen vaksin terbesarnya pada Selasa. Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, mengatakan bahawa dia […]

TERKINI: 1,750 Kes Covid-19 Sembuh, 1,012 Kes Positif Baharu & Selangor Catat Kes Tertinggi Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 1,750 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 64,056 kes (85.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pada hari ini, 8 Disember 2020, negara telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,012 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif […]
Pasangan Suami Isteri Diperintah Bela Diri Tuduhan Bunuh Anak Lelaki 8 Tahun
SHAH ALAM, 8 Dis – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan sepasang suami isteri membela diri atas pertuduhan membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut tempat mereka bekerja, tiga tahun lepas. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Aaron Teoh […]
Tiru Suara Keluarga Atau Rakan Taktik Baru ‘Si Penipu’, Waspada Jawab Panggilan Dari Nombor Tak Dikenali
Meniru suara ahli keluarga dan rakan merupakan satu taktik baharu yang digunakan oleh penjenayah penipuan dalam talian. Mereka menggunakan helah ini untuk memperdaya mangsa kononnya bagi meminjam wang. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu bahawa selepas memperkenalkan diri, suspek akan memberitahu mangsa nombor telefon yang digunakan itu adalah nombor baharu mereka […]
Mayat Mohd Loqman Ditemui Selepas 11 Hari Hilang Di Sungai Pahang
KUANTAN, 8 Dis (Bernama) — Penantian keluarga Mohd Loqman Hamka yang dipercayai lemas di Sungai Pahang sejak 11 hari lepas berakhir apabila mayat remaja itu ditemukan terapung di jeti Laman Lesung, Batu Papan, Temerloh kira-kira 120 kilometer (km) dari sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata mayat Mohd Loqman, 20, […]
Tragis, Mayat Budak 3 Tahun Dilapor Ditemui Dengan Paku Tembusi Tengkorak, Mata Dan Alat Kelamin Dikeluarkan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Thembalihle, dekat Estcourt, Afrika Selatan pada Sabtu, petik laporan Mirror. Menurut Mirror, mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan paku tertusuk menembusi tengkorak dan matanya serta alat kelaminnnya dikeluarkan. Mayat mangsa tersebut dilaporkan telah ditemui oleh ahli keluarganya sendiri. Bapa kanak-kanak […]
Gempa Bumi Sederhana Landa Myanmar
KUALA LUMPUR, 8 Dis — Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Myanmar pada 1.14 tengah hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku kira-kira 76 kilometer (km) barat dari Monywa, Myanmar pada kedalaman 89km. Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA