Berita

Kesihatan
Rakyat Malaysia Mahu Vaksin Diwajibkan – Tinjauan
KUALA LUMPUR, 10 Dis — Berbanding masyarakat di negara lain, rakyat Malaysia hampir sebulat suara percaya bahawa suntikan vaksin untuk penyakit berjangkit harus diwajibkan kepada semua orang, mengikut satu tinjauan. Menurut IPSOS, sebuah syarikat penyelidikan pasaran, 86 peratus rakyat Malaysia yang terlibat dalam tinjauan itu sangat bersetuju bahawa vaksinasi terhadap penyakit berjangkit yang serius harus diwajibkan, […]
Berita
(Video) Sebak, 6 Tahun Menanti Untuk Cahaya Mata, Pasangan Pasrah Anak Kembar Meninggal Dunia Pada Usia 7 Hari
Setiap pasangan suami isteri yang berkahwin pastinya akan menginginkan sebuah keluarga yang dilengkapi dengan anak-anak. Pun begitu, tidak ramai yang begitu bernasib baik. Ada yang selepas kahwin sahaja rezeki untuk mempunyai anak itu dikurniakan manakala ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan berita gembira itu. Seperti satu pasangan dari Indonesia ini, berkat doa yang tidak […]
Berita
Tak Turun Kereta Pun Boleh ‘Setel’ Beli Barang, Cuma Ikut 6 Langkah Ni
Pembayaran tanpa tunai sudah menjadi ‘trend’ terkini. Pernahkah korang membuat pembayaran tanpa tunai di stesen-stesen minyak berdekatan dengan korang? Ya, aplikasi Setel adalah cara baru dan lebih lancar untuk mengisi petrol. Bukan itu sahaja, lagi selamat dengan Deliver2Me, boleh kurangkan interaksi fizikal jika nak beli barang dekat Kedai Mesra. Deliver2Me? Kalau korang nak tau, Setel […]
Berita
Mungkin Tidurnya Terganggu, Gelagat Tupai Sergah Burung Belatuk ‘Buat Bising’ Sampai ‘Terpelanting’ Jadi Perhatian
Seorang jurugambar telah berjaya merakamkan ‘shot’ lucu berkenaan detik-detik tupai kelihatan seakan marah pada seekor burung belatuk yang mengacaunya. Tupai itu tampak seakan sedang ‘berusaha untuk tidur’ namun diganggu oleh seekor burung belatuk yang mulai mengetuk pokok di mana terletaknya sarang tupai tersebut. Tupai yang berang dengan burung pelatuk itu terus keluar daripada sarangnya dengan […]
Berita
Polis Nafi Keluarkan Kompaun Terhadap Lelaki Tidak Pakai Pelitup Muka Di Depan Rumah
SHAH ALAM, 10 Dis (Bernama) — Polis menafikan pihaknya telah mengenakan kompaun RM1,000 terhadap seorang warga emas kerana tidak memakai pelitup muka di hadapan rumahnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata lelaki berkenaan sebaliknya berada di kawasan awam, iaitu di sebuah taman permainan yang […]
Berita
Kerana Rindu Anak Dan Isteri, Rakyat Malaysia Selinap Masuk Narathiwat Ditahan Polis Thai
NARATHIWAT, 10 Dis (Bernama) — Seorang rakyat Malaysia yang lama berpisah dengan isteri dan anaknya selepas pihak berkuasa menutup pintu sempadan negara bagi mengekang penularan COVID-19 sejak awal tahun, bertindak menyelinap masuk ke Narathiwat di selatan Thailand dengan menaiki sampan. Ketua Pegawai Daerah Sungai Kolok, Rungruang Thimabut berkata lelaki berusia 53 tahun dari Kelantan itu ditahan polis […]
Berita
(Video) Boleh Ke Bernikah Jika Lelaki & Perempuan Terdampar Di Pulau Yang Jauh? Ini Penjelasan UAI
Bayangkan jika hanya dua orang sahaja yang terselamat bot karam di sebuah pulau jauh dari penempatan manusia, apa yang akan terjadi? Tambah-tambah lagi bila hanya lelaki dan wanita sahaja serta tiada orang lain. Menurut seorang Ulama’ Syeikh Ismail Usman Zain dalam kitabnya QurratulAin, maka dimaafkan mereka itu mengakad nikah sendiri. Difahamkan menerusi penjelasan Ustaz Azhar […]
Berita
AGC Bantah Permohonan Hamid Sultan Cabar Jawatankuasa Etika Hakim
KUALA LUMPUR, 10 Dis- Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer bagi mencabar tindakan Jawatankuasa Etika Hakim (JEC) menjalankan prosiding inkuiri terhadapnya secara tertutup. Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambali memaklumkan pemberita bahawa bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang […]
Berita
KKM Kesan Lima Lagi Kluster Baharu Covid-19 Libatkan Negeri Selangor, Kuala Lumpur & Johor
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima lagi kluster COVID-19 melibatkan tiga negeri iaitu satu di Selangor dan masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Johor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata di Selangor, ia melibatkan Kluster Tapak Bina Jalan Bukit yang dikesan di daerah Hulu Langat dengan kes indeks (kes ke-67,596) […]
Berita
Pegawai, Anggota Polis Disaran Tidak Main TikTok Ketika Bertugas, Cemar Imej PDRM – KPN
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran untuk tidak bermain aplikasi media sosial Tik Tok ketika sedang bertugas kerana ia tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak “manis” dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota […]
Berita
11 Isu Punitif Dikenal Pasti Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1
KUALA LUMPUR, 10 Dis — Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid memaklumkan terdapat 11 isu punitif daripada 153 isu yang telah dikenal pasti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1. Bagaimanapun, katanya beliau tidak dapat mendedahkan maklumat terperinci berhubung perkara itu kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang akan dijalankan. “Daripada 153 isu […]
Berita
Tiga Ditahan Edar Dadah Bernilai RM87,880 Di Sebuah Kondominium
KUALA LUMPUR, 10 Dis — Seorang lelaki warga tempatan dan dua wanita warga Vietnam ditahan kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM87,880 di dalam kawasan sebuah kondominium di Segambut, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ben Eng Lai berkata dadah yang dirampas dalam tiga pemeriksaan berasingan ialah methamphetamine dengan anggaran berat 1292.35 gram, […]
Berita
(Video) “Misteri Ketukan Tingkap,” Lelaki Ini Tenang Selepas Tiba-Tiba Tingkap ‘Diketuk’ Ketika Rakam Video
Misteri ketukan pintu yang menghantui penduduk di beberapa daerah di Sabak Beram, Selangor bulan lalu, ternyata menggemparkan ramai. Malah, baru-baru ini khabar angin bertiup kencang bahawa ketukan pintu sudah sampai pula ke Negeri Sembilan dan Melaka. Sehingga kini, tidak dapat dipastikan ‘makhluk’ yang mengganggu ketenteraman ramai tersebut. Terbaharu, menerusi perkongsian video di Youtube oleh Bilfami […]
Berita
Ada Unsur Rasuah Dalam Isu Penyeludupan Sempadan Negara – KPN
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat unsur-unsur rasuah berhubung penyeludupan di sempadan negara baru-baru ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu. Beliau berkata JIPS telah diarahkan untuk menyiasat beberapa dakwaan dan menimbang […]
Berita
FAM Beri Petunjuk Positif Penonton Bakal Kembali Ke Stadium 2021
PETALING JAYA, 10 Dis – Kerinduan peminat bola sepak tanah air untuk kembali bersorak di stadium dan merasai kehangatan saingan Liga Malaysia (Liga-M) bakal terubat menjelang musim 2021. Ia selepas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam konteks norma baharu yang akan diperkenalkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) […]
Berita
15 Keluarga Orang Asli ‘Lari’ Ke Hutan Takut Dijangkiti Covid-19
JOHOR BAHRU, 10 Dis – Sekumpulan masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Simpang Arang di Iskandar Puteri didapati ‘melarikan diri’ dari kampung mereka sendiri sejak dua hari lepas, gara-gara khuatir dijangkiti COVID-19. Kumpulan 15 keluarga itu bertindak demikian kerana bimbang dijangkiti COVID-19, setelah mendapat tahu mengenai seorang guru agama di kampung mereka disyaki positif virus […]
Berita
Kanak-Kanak Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi Di Sungai
LAHAD DATU, 10 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dibaham buaya ketika sedang mandi di sebuah sungai di Kampung Sabah Baru di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika kanak-kanak itu bersama rakannya sedang mandi di sungai sebelum tiba-tiba […]
Berita
Kanak-Kanak 12 Tahun Dakwa Jadi Mangsa Rogol 15 Lelaki Termasuk Kenalan Yang Dikenali Melalui ‘Whatsapp’
Nasib malang menimpa seorang kanak-kanak berusia 12 tahun apabila dia mendakwa menjadi mangsa rogol 15 lelaki dalam kejadian yang berlaku di dua buah kediaman berasingan di Kemaman, Ahad lalu. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa Tahun Enam itu mendakwa dirogol pada hari kejadian antara jam 4 petang dan 3 […]
Berita
(Video) Perlu Tekan Butang Atau Tidak Sebelum Tarik ‘Handbrake’? Ini Penjelasan Yang Pemandu Perlu Tahu
Jika anda seorang pemandu, mungkin anda perasan bunyi geseran ketika menarik brek tangan. Sebahagian pemandu mungkin percaya, geseran ini boleh menyebabkan gergigi pada gear menjadi haus. Justeru, mereka akan menekan butang pada brek semasa menariknya. Soalannya, perlukah kita berbuat demikian? Bagi memahami bagaimana brek tangan berfungsi, mari kita ikuti penjelasan oleh Car Throttle ini. Menurut […]
Berita
Orang Bisnes Kena Tahu, Fungsi ‘Google Contacs’ Dapat Bantu Yakinkan Pelanggan, Mudahkan Untuk ‘Close Sale’
Biasanya kalau kita simpan (save) nombor telefon orang di telefon pintar kita, mesti kita hanya akan simpan nama ringkas dan nombornya saja, kan? Umum mengetahui, perisian sistem telefon pintar kita semakin canggih, dan inilah fungsi yang kita kena gunakan sebaiknya melalui Google Contacts. Google Contacts ini bukan sahaja boleh simpan data nombor, malah ia juga […]