Berita

Berita
Dipercayai Permintaannya Untuk ‘Berasmara’ Ditolak, Lelaki Didakwa Bunuh Kekasih Sebelum ‘Nodai’ Mayat Mangsa
Gara-gara permintaan mahu melakukan seks ditolak, seorang lelaki tergamak membunuh kekasihnya di sebuah pondok yang terletak di Situjuah Limo Nagari, Kabupaten Limapuluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia, lapor Tribun. Pegawai polis bernama Mochamad Rosidi yang mengesahkan berkenaan kejadian tersebut menyatakan bahawa jasad mayat perempuan itu telah ditemui oleh warga setempat pada 9 Disember lalu. “Kes pembunuhan […]
Berita
TERKINI: PKPB Dilanjutkan Di Kuala Lumpur & Selangor Kecuali 3 Daerah Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di 19 daerah di Selangor kecuali daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 31 Disember 2020. Perkara ini disampaikan oleh Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media yang berlangsung sebentar tadi. Keputusan ini adalah berdasarkan […]
Berita
Lelaki Ini Hilang Selera Makan, Tak Sangka Ada Ketumbuhan Di Buah Pinggang Seberat Hampir 6kg
Salah satu tumor ginjal yang terbesar di dunia berjaya dikeluarkan dari pinggang seorang lelaki oleh pasukan perubatan Hospital Serdang. Menerusi perkongsian oleh Public Health Malaysia, ketumbuhan yang berada di dalam pinggang kanan lelaki itu seberat 5.85kg, bersamaan dengan berat dua bayi yang baru lahir. Mujurlah, tumor yang tumbuh itu bukan sejenis kanser dan pesakit telah kembali […]
Berita
Sony Tarik Balik Permainan Video ‘Cyberpunk 2077’
MOSCOW, 18 Dis – Sony Interactive Entertainment (SIE) pada Jumaat berkata akan menarik balik permainan video “Cyberpunk 2077” dari pasaran dan menawarkan bayaran balik secara penuh kepada pembeli, berikutan aduan mengenai gangguan teknikal dan beberapa masalah lain, lapor Agensi Berita Sputnik. “SIE berusaha untuk memastikan pelanggan mencapai tahap kepuasan yang tinggi, oleh itu kami akan tawar bayaran balik secara penuh kepada pembeli Cyberpunk 2077 melalui […]
Berita
PLUS Jangka Trafik Meningkat 30 Peratus Semasa Krismas, Tahun Baharu
KUALA LUMPUR, 18 Dis – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengunjurkan aliran trafik meningkat hingga 30 peratus semasa cuti umum bersempena sambutan Krismas dan tahun baharu 2021 minggu depan. Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata bagi tempoh itu, dijangkakan jumlah trafik di lebuh raya utama meningkat hingga 1.7 juta kenderaan pada waktu puncak setiap hari […]
Berita
Seram Dan Gayat, 10 Gambar Ni Buat Ramai ‘Panik’
Media sosial beberapa hari lalu ‘dibanjiri’ gambar yang mampu membuatkan seseorang itu menjadi panik. Melalui gambar yang dimuat naik oleh The Fashion Ball, ia pasti membuatkan seseorang menjadi gelisah dan cenderung untuk tapak tangannya berpeluh sebaik melihatnya. Antara gambar-gambar yang dikongsikan seperti selipar yang tersangkut di eskalator, cawan kaca yang hampir jatuh dari meja, orang […]
Gaya hidup
Benarkah Kipas Dengan Lima Bilah Lebih Laju Daripada Tiga Bilah? Ini Jawapannya
Pernah tak anda terfikir mengapa kipas mempunyai tiga atau lima bilah? Adakah semakin banyak bilah yang digunakan akan mempengaruhi kelajuan kipas? Ramai memberi tanggapan bahawa kipas yang mempunyai bilah yang banyak akan menghasilkan udara dan kelajuan yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya? Berikut merupakan fakta mengenai jenis bilah kipas dan faktor -faktor yang mempengaruhi kelajuan kipas […]
Berita
Hujan Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di 2 Buah Negeri, Amaran Cuaca Waspada Dikeluarkan Bagi 7 Negeri Hingga 21 Dis
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan cuaca buruk berterusan di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga 19 Disember. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.20 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Negeri yang dijangka hujan lebat berterusan : 18 Disember – 19 Disember 2020 : Terengganu […]
Berita
Ibu Sarat Mengandung Redah Banjir Paras Pinggang Untuk Dapatkan Rawatan
PERMAISURI, 18 Dis (Bernama) — Seorang wanita hamil yang menanti saat melahirkan anak terpaksa meredah banjir setinggi paras pinggang sejauh 50 meter, untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Permaisuri setelah kawasan rumahnya di Kampung Padang di sini, dinaiki air pagi tadi. Malah, Nor Hazwani Ghazali, 30, yang sarat mengandung 37 minggu itu terpaksa bersusah payah menaiki […]
Berita
(Video) Terpisah Dari Kumpulan, Detik-Detik Singa Ini ‘Dibelasah’ Dan Dilambung Kerbau Bagi Pertahankan Diri
Seekor singa betina maut selepas dipijak dengan sekawanan kerbau di Afrika Selatan, lapor Daily Mail. Singa tersebut difahamkan terpisah daripada kumpulannya yang lain dan terperangkap diantara satu kawanan kerbau yang banyak berdekatan dengan kawasan sungai di Kruger National Park. Naluri mempertahankan diri kerbau tersebut telah membuatkan mereka mula menyerang singa betina itu menggunakan tanduk mereka […]
Berita
Rahsia ‘Tarik Sales’ Enam Bulan Boleh Capai RM1,000,000 Yang Ramai ‘Founder’ Ikut
Walaupun tahun 2020 tidak seperti yang diharapkan, namun ia bukanlah alasan untuk berputus asa dan terus mengalah. Mungkin ada di luar sana tidak putus doa agar tidak dibuang kerja serta mengharapkan jualan perniagaan ‘meroket’ seperti sebelum pandemik menyerang. Beberapa hari sahaja lagi tahun 2021 akan tiba. Pastinya yang baru sahaja memulakan perniagaan atau yang sudah […]
Luar Negara
Masih Tidak Ada Bukti Kukuh Vitamin D Mampu Melawan Corona Virus- Pakar
Menurut pakar vitamin D yang dinyatakan mampu melindungi dari jangkitan Covid-19 masih tidak mempunyai bukti yang kukuh. Namun begitu pengamalamnya masih manjadi satu keperluan, menurut panel pakar. Panel, yang terdiri daripada pakar dari Institut Kesihatan dan Kecemerlangan Penjagaan Nasional (Nice), Kesihatan Awam England (PHE) dan Jawatankuasa Penasihat Ilmiah mengenai Pemakanan (SACN), telah menghasilkan penemuan ini […]
Berita
Tiada Bahan Yang Boleh Bahayakan Tubuh Badan, KKM Dedah 7 Bahan Yang Terkandung Dalam Vaksin
Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang kandungan vaksin terutamanya para ibu bapa yang sering mendengar pelbagai spekulasi negatif tentang penggunaan vaksin. Jadi, untuk tidak megnelirukan orang ramai, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan kandungan yang ada pada setiap vaksin yang digunakan untuk merawat pesakit. Apa itu vaksin? Menurut KKM, vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi […]
Berita
“Dari Semalam Lipas Mati Bergelimpangan,” Lelaki Kongsi Cara Guna Asid Borik Untuk Umpan Hapuskan Serangga Perosak
Pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah serangga perosak di rumah. Dah beli pelbagai produk untuk menghalau serangga perosak ini pun, ianya tetap ‘kebal’ juga. Justeru daripada itu, seorang pengguna Twitter bernama @ChairmanGLC ada berkongsikan caranya mengatasi masalah ini dengan menggunakan asid borik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut: 3 hari lepas […]
Berita
Covid-19: EU Tarik Balik Larangan Perjalanan 7 Negara
BRUSSELS, 18 Dis (Bernama) — Negara Kesatuan Eropah (EU) mula membuka semula sempadannya untuk beberapa negara selepas ia ditutup ekoran penularan COVID-19 pada Mac lalu. Menurut laporan Agensi Anadolu, Majlis Eropah telah mengemas kini senarai nama negara dan mengeluarkan versi terbaru, sejak kali terakhir ia dikemas kini 22 Oktober lalu. Antara negara yang tersenarai ialah […]
Berita
(Video) 2 Orang Didakwa Cuba Samun Sebuah Kereta Gagal, Akhirnya Dirempuh Semula Oleh Kereta Yang Sama
Terbaharu, menerusi satu video rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial dipercayai berlaku di luar negara, sebuah kereta didatangi oleh dua orang dipercayai penyamun yang menaiki motosikal. Salah seorang suspek kemudiannya dilihat mengacukan senjata ke arah tingkap pemandu sebelum pemandu berjaya memecut kenderaannya pergi dari kawasan tersebut. Menerusi video berdurasi 28 saat itu, […]
Berita
Wanita ‘Berang’ Guru Didakwa Tutup Mulut Anaknya Dengan Pita Pelekat Kerana Banyak Bercakap Dalam Kelas
Seorang wanita di New Zealand telah bertindak menghalang anaknya ke sekolah kerana mendakwa bahawa seorang guru di sekolah itu telah menutup mulut anaknya menggunakan pita pelekat kerana dikatakan bergosip di dalam kelas, lapor Daily Star. Pelajar sekolah yang berusia tujuh tahun itu difahamkan telah terlepas persekolahan selama dua minggu kerana terlalu takut untuk kembali ke […]
Luar Negara
(Video) Pemuda Ini Berjaya Tukar Kereta Lama Jadi Model Transformer Dengan Ketinggian 12 Meter
Seorang pemuda Cina di Baoding, Provinsi Hebei, China utara telah menyambung dan menukarkan kereta lama menjadi model Transformer yang menakjubkan. Transformer terbesar yang dihasilkan oleh team-nya itu mencapai ketinggian lebih dari 12 meter. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh twitter @CGTNOfficial, dia dan team mengambil masa lebih dari setahun untuk membuat model transformer tersebut. ” […]
Berita
Terkenal Dengan Watak Boba Fett Dalam Star Wars, Pelakon Jeremy Bulloch Dilapor Meninggal Dunia
Pelakon bernama Jeremy Bulloch yang pernah melakonkan watak Boba Fett dalam filem trilogi Star Wars yang asal telah dikatakan meninggal dunia di usia 75 tahun, lapor BBC. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital pada Khamis akibat daripada komplikasi kesihatan selepas hidup dengan penyakit Parkinson selama bertahun-tahun, kata ejennya. “Beliau mempunyai karier yang panjang […]
Berita
(Video) Ceria Bertukar Suram, Ternampak Wajah Dipercayai ‘Adik’ Ketika Gunakan ‘Filter’, Reaksi Wanita Ini Undang Sebak
Sudah menjadi trend di media sosial berkenaan aplikasi kamera yang boleh mengubah wajah seseorang itu menjadi apa yang dipilihnya. Ada camera filter yang boleh merubah wajah seseorang menjadi kartun, ada yang boleh mengubah menjadi tua, mengubah menjadi gemuk dan bermacam-macam lagi. Namun antara yang paling digemari ramai adalah filter yang boleh membuatkan wajah seseorang itu […]