Berita

15 Anggota IPD Kota Bharu Kontak Rapat Tahanan Positif Covid-19 Dikuarantin
KOTA BHARU, 29 Dis – Seramai 15 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kini dikuarantin di rumah masing-masing selepas dikenal pasti kontak rapat dengan seorang tahanan positif COVID-19 dari Selayang, Selangor. Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Muhammad Pian berkata, mereka termasuk seorang pegawai telah menjalani ujian swab pada 25 Disember lepas […]

Amaran Cuaca Waspada, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Bermula Esok Sehingga 2 Januari
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri, bermula esok hingga 2 Jan ini. Ketua Pengarahnya Jailan Simon dalam satu kenyataan hari ini berkata amaran peringkat kuning di Sabah akan melibatkan kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat (Kota […]

Tiga Syarikat Pengeluar Daging Terbesar Dijamin Halal – Rosol
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Tiga syarikat pengeluar daging sejuk beku terbesar iaitu Allana Group, Amroon dan Al-Aali adalah antara pembekal daging yang dijamin halal, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid. Oleh itu, beliau berkata masyarakat Islam di negara ini tidak perlu berasa was-was dengan pembelian daging daripada tiga syarikat berkenaan. “Jangan terpengaruh dengan maklumat tersebar […]

Covid-19: Sembilan Kluster Baharu Dikesan Di Selangor, KL, Pahang, Sabah, Melaka Dan NS
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan kluster baharu hari ini, yang dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster baharu pertama dikenal pasti, Kluster Seri Lanang, melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling, Selangor dengan kes dilaporkan positif COVID-19 […]

Happy Meal McDonald’s Ceriakan Penghuni Rumah Anak Yatim
KUALA LUMPUR, 29 Dis — Dalam usaha membawa keceriaan kepada kanak-kanak di rumah anak yatim, McDonald’s Malaysia dan pelanggannya menyumbang 35,000 hidangan Happy Meal kepada kanak-kanak di rumah anak yatim terpilih di seluruh negara yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Pengarah Kanan Operasinya Felina Lim berkata inisiatif terbaharu McDonald’s itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk menceriakan dan […]

Kartel Daging: Syarikat Guna Logo Halal Palsu Pada Kenderaan Didakwa Esok
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan dengan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah esok kerana menggunakan logo halal palsu pada kenderaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid. Menurut beliau, tindakan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan […]
Ini Info Tentang Virus Covid-19 Varian B.1.1.7 Yang Dikesan Di Beberapa Negara Termasuk Singapura
Seperti anda semua tahu, baru-baru ini pihak kesihatan di London, United Kingdom telah mengesan satu variasi baharu virus Covid-19 yang dikenali sebagai B.1.1.7 yang turut dikesan di beberapa negara lain termasuk Singapura. Sehingga hari ini (29 Disember 2020), variasi baharu ini belum dikesan di Malaysia. Institute for Medical Research Malaysia (IMR) terus menjalankan ujian bagi […]

TERKINI: 1,925 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini, Selangor, KL & Pahang 3 Negeri Rekod Kes Paling Tinggi
Sebanyak 1,925 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara adalah sebanyak 108,615 kes setakat Selasa (29 Disember 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor mencatatkan kes baharu paling tinggi dengan 747 kes diikuti Kuala Lumpur 360 kes, Pahang 288 kes, Sabah 230 kes, Johor […]
“Please Adopt Me”, Seolah-olah Sedang Merayu, Kucing Tidak Berumah & Tidak Bertuan Ini Harap Ada Yang Sudi Membelanya
“Rumah? Kami tiada rumah. Hidup kami hanya di jalanan, makan kami tak menentu. Kami tahu, kami hanya kucing buangan. “Apalah nasib kami…Kalaulah ada tempat tinggal…” Andai kata kucing jalanan tidak berumah dan tidak bertuan bisa berbicara, mungkin kalimat-kalimat di ataslah yang diluahkan. Malangnya, apa yang didengari di telinga kita, cuma ‘meow, meow, meow’ sahaja. Takde […]

Polis Tahan 15 Ahli Dua Kumpulan Samseng
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Polis menahan 15 ahli dua kumpulan samseng kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan menggunakan kayu dan topi keledar ketika berebut kawasan di Pandan Jaya, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata penahanan dibuat selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya terserempak dengan […]

Polis Terima 13 Laporan Berhubung Kegiatan Kartel Daging Import, Dikesan Didalangi Sindiket Dalam & Luar Negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima 13 laporan di seluruh negara berhubung kegiatan kartel daging import, memetik laporan Bernama. Hasil siasatan polis mengesan bahawa kartel daging import melibatkan rangkaian luas di mana didalangi oleh sindiket dari dalam dan luar negara. Siasatan kartel daging import tersebut merangkumi pemerolehan, penyimpanan dan Permit Import oleh syarikat yang membekal […]

Mekanik Hilang Dihanyut Arus Di Sungai Benus
KUANTAN, 29 Dis (Bernama) — Seorang mekanik dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Benus, Bentong kira-kira 185 kilometer dari sini, semalam. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan Tan Kok Meng, 59, pada kira-kira pukul 7.30 malam. Beliau […]

PKPD Di Kemta, Taiping Serta Kuaters Kakitangan Mulai Esok Hingga 12 Jan
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Pusat Koreksional Kamunting (Kemta), Taiping, Perak dan kuarters kakitangannya mulai esok sehingga 12 Jan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memaklumkan perkara itu berkata pelaksanaan PKPD itu bertujuan mengawal kluster sedia ada dan menghalang penularan COVID-19 kepada banduan lain, kakitangan, ahli keluarga serta komuniti di luar […]

Mesyuarat Ketiga Dewan Negara Ditangguh, Sembilan Rang Undang-Undang Lulus
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 Dewan Negara ditangguhkan hari ini selepas tujuh hari bersidang dengan sembilan Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan. Empat RUU yang diluluskan hari ini ialah Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020, Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020, Rang Undang-Undang Pelancongan (Pindaan) 2020 dan Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020. Rang Undang-Undang Cukai Jualan […]

Penduduk Felda Kerteh 4 Bimbang Ternakan Diserang Harimau
DUNGUN, 29 Dis (Bernama) — Serangan harimau yang semakin kerap di ladang Felda Kerteh 4 sejak akhir-akhir ini menyebabkan 30 peneroka yang menternak lembu di kawasan itu mengalami kerugian lebih RM150,000 sepanjang tahun ini. Pengurus Felda Kerteh 4, Mohd Azimi Hassan berkata sejak Januari lepas, sebanyak 35 ekor lembu mati atau hilang, dipercayai akibat daripada serangan […]

Moderna Setuju Bekal 20 Juta Vaksin Untuk Korea Selatan Pada Suku Kedua 2021
SEOUL, 29 Dis (Bernama) — Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Moderna bersetuju membekalkan dos vaksin COVID-19 untuk 20 juta rakyat Korea Selatan bermula suku kedua tahun depan, umum Pejabat Presiden, Cheong Wa Dae pada Selasa. Persetujuan itu dicapai dalam sidang video antara Presiden Moon Jae-in dan Ketua Pegawai Eksekutif Moderna Stephane Bancel pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap menurut Pejabat […]

PDRM Beri Jaminan Turut Siasat Isu Kartel Daging Import – KPN
LANGKAWI, 29 Dis (Bernama) — Polis DiRaja Malaysia (PDRM) beri jaminan untuk turut membantu siasatan kes kartel daging import, walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah agensi paling relevan dalam isu itu. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya juga sudah membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu itu […]
Warga Nigeria Mengaku Salah Tipu Pengurus Syarikat Hartanah Lebih RM300,000
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Seorang lelaki warga Nigeria mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengurus syarikat hartanah membabitkan pelaburan projek pembekalan produk marin berjumlah lebih RM300,000. Innocent Uchechukwu Christian, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Hasbullah Adam yang […]

(Video) Ayah Tertunduk Sebak Ketika Lepaskan Anak Gadis Untuk Bernikah, Pesanan Buat Puterinya Bikin Menangis
Detik pernikahan boleh menjadi saat menggembirakan dan menyedihkan. Selesai akad, bermulalah kehidupan baru sebagai suami isteri dan bagi wanita, terlepaslah dirinya daripada tanggungan si ayah. Berlangsunglah kehidupan berbekalkan nasihat dan pesanan si ayah mengharungi liku-liku rumah tangga. Baru-baru ini, dalam video yang tular di seberang, seorang ayah telah memberi nasihat menyentuh hati kepada anak perempuannya […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Membadai 7 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:10 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 […]