Berita
Tampar Ibu Sehingga Patah Gigi & Ugut Bunuh, Penagih Dadah Dipenjara Lagi
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Seorang penagih dadah yang baru dua minggu keluar penjara kerana mengugut ibunya, hari ini dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mencederakan ibunya itu dengan menamparnya sehingga patah gigi dan mengugut mahu membunuh wanita terbabit. Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke […]
214 Pengusaha Bas Sekolah Di Kelantan Gulung Tikar, Jual Bas & Van
KOTA BHARU, 16 Feb (Bernama) — Seramai 214 pengusaha bas dan van sekolah di Kelantan gulung tikar akibat hilang punca pendapatan sejak Mac tahun lepas susulan penutupan sekolah akibat penularan COVID-19. Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat berkata rata-rata pengusaha bas dan van sekolah amat terdesak, sehingga ada yang terpaksa menjual bas […]

TERKINI COVID-19: 5,718 Kes Sembuh Direkodkan Hari Ini, Jauh Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu Hanya 2,720 Kes
PUTRAJAYA, 16 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 2,720 kes baharu COVID-19 hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 269,165 kes setakat ini. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh yang direkodkan pula adalah lebih tinggi iaitu 5,718 kes, menjadikan jumlah sembuh […]
Aktiviti Sosial Seperti Majlis Perkahwinan & Pertunangan Dibenarkan Di Negeri PKPB, Tetapi Perlu Ikut SOP- Ismail Sabri
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa beberapa aktiviti sosial dibenarkan di negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menurutnya, majlis perkahwinan, pertunangan, akad nikah, kenduri akikah, tahlil, doa selamat, majlis ulang tahun dan majlis sosial lain dibenarkan namun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan. “Walau bagaimanapun, saya akan […]
Aktiviti Merentas Negeri & Daerah Masih Tidak Dibenarkan- Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 16 Feb – Aktiviti merentas negeri dan daerah masih lagi tidak dibenarkan buat masa ini, umum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelasnya, larangan tersebut masih lagi berkuatkuasa walaupun larangan had pergerakan dalam radius 10 kilometer telah dimansuhkan. “Walau bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dan negeri masih lagi dikekalkan. Kita akan umumkan nanti […]
TERKINI: Status PKP Beberapa Negeri Termasuk Kedah, Kelantan & Putrajaya Bertukar Kepada PKPB Mulai 19 Feb Ini
PUTRAJAYA, 16 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri ditukar statusnya kepada PKP Bersyarat (PKPB) mulai 19 Feb ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Bagaimanapun, hanya Perlis satu-satunya negeri yang ditukar […]
TERKINI: Status PKP Dilanjutkan Di Negeri Selangor, KL, Johor & P. Pinang Sehingga 4 Mac Ini-Ismail Sabri
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikekalkan di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. “Sidang khas hari ini bersetuju untuk mengekalkan status PKP di Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang,” katanya. Menurutnya, PKP kali ini akan berkuatkuasa dari 19 Februari 2021 sehingga […]
“Isi Terlalu Penuh…,” 4 Kesalahan Ini Mungkin Anda Buat Ketika Guna Air Fryer
Boleh dikatakan alat penggoreng tanpa minyak atau lebih mesra dengan ‘air fryer’ ini sudah menjadi kegilaan ramai untuk memiliknya di ruangan dapur. Bahkan, ia menjadi barang keperluan setiap suri rumah. Tidak dinafikan, kegunaannya sangat memudahkan para ibu ketika berada di dapur. Sedar tak sedar, rupanya ada beberapa kesalahan yang sering berlaku ketika menggunakan alat ‘air […]

Ebit Lew Nak Bagi RM500 Untuk 400 Orang Yang Mengajar Dan Berkhidmat Di Masjid, Surau, Kuil, Tokong, Gereja
Ebit Lew, insan hebat yang dikenali ramai ini tidak pernah mengenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau akan turun padang membantu. Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada […]

(Video) “Memang Keluar Terus Air Mata..” Suami Isteri Menangis Gembira, Bakal Timang Anak Buat Netizen Sebak
Setiap pasangan suami isteri pastinya menginginkan kehadiran cahaya mata untuk melengkapkan lagi hubungan yang dibina. Momen indah saat pertama kali mengetahui kehadiran si kecil, pastinya akan diingati oleh sesiapun. Seperti perkongsian oleh sebuah video penuh emosi yang menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih setengah juta tontonan oleh warganet yang terharu melihat pasangan ini yang […]
Mayat Warga Emas Ditemukan Terapung
JOHOR BAHRU, 16 Feb – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Emerald Bay, Puteri Harbour, di Iskandar Puteri semalam ditemukan lemas, tengah malam tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri Shamsul Komari Bakar berkata mayat mangsa dijumpai terapung di bawah jeti ‘long side boat’, kira-kira 10 meter dari tempat mangsa dipercayai […]
Lelaki Ditahan Guna Beg Penghantar Makanan Seludup Daun, Air Ketum
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Menggunakan beg perkhidmatan penghantar makanan untuk menyeludup daun dan air ketum, itulah taktik licik yang digunakan seorang lelaki tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk mengedarkan bahan terlarang itu. Bagaimanapun, taktik itu terbongkar selepas polis membuat pemeriksaan secara rawak di Taman Sri Timah, Kajang di sini semalam sebelum menahan suspek. Ketua Polis Daerah Kajang ACP […]

Indonesia Masuki Fasa Kedua Proses Vaksinasi Covid-19
JAKARTA, 16 Feb – Bermula esok, Indonesia akan melaksanakan fasa kedua proses vaksinasi COVID-19 untuk pekerja ‘publik’ yang melibatkan sasaran 38.5 juta orang, termasuk golongan warga emas di republik berkenaan. Pekerja publik itu terdiri daripada golongan pendidik, peniaga pasar, tokoh agama, wakil rakyat, pegawai pemerintah, tentera, polis, pengawal keselamatan, pemadam (bomba), pekerja berkaitan industri pengangkutan awam, […]

Ahli Politik Dan Isteri Didakwa Edar, Tanam Kanabis
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Seorang ahli politik dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam dadah jenis kanabis di rumah mereka, pada bulan lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, 35, dan isteri, 34, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Rahim, kerana kes […]

Vaksin Covid: Saringan Sejarah Alahan, Kesihatan Dilakukan Sebelum Suntikan – Muhyiddin
PUTRAJAYA, 16 Feb (Bernama) — Saringan sejarah kesihatan dan alahan individu akan dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaian menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Mereka yang tidak sesuai, tidak diberi suntikan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, di sini hari ini. Muhyiddin berkata selepas seseorang diberi suntikan […]

Vaksin Covid: Lima Kaedah Pendaftaran Secara Dalam Talian Atau Manual
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di negara ini. Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan VaksinCOVID-19 (JKJAV) hari ini, dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang khas […]

Bantuan RM500 Sekali Beri: Pesara, Bekas, Petugas Polis Perlu Kemaskini Maklumat
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Pesara, bekas dan juga petugas polis era darurat yang menerima pembayaran RM500 secara sekali beri perlu mengemaskinikan maklumat peribadi dalam sistem laman web e-pesara polis iaitu [email protected]. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata bagi memudahkan pesara polis, bekas polis dan petugas polis untuk mengemas kini maklumat dalam sistem berkenaan, polis Kuala Lumpur akan mengadakan Hari […]

Ini Cara Mudah Mohon Semula Keputusan Peperiksaan Yang Hilang Secara Online Je, Terus Dihantar Ke Rumah
Korang yang dah lama tinggalkan zaman sekolah mesti tengah hadapi masalah ketika mohon kerja kan? Ye lah, ada sesetengah syarikat yang mahukan pelbagai rujukan termasuklah perlu lampirkan sijil keputusan peperiksaan awam bersama resume. Masalahnya sekarang sijil-sijil termasuk ada yang dah rosak dan hilang. Jadi macam mana nak buat? Jangan risau, sebenarnya ada jalan penyelesaian yang […]

Ahli Parlimen, Adun, Terima Vaksin Covid-19 Fasa Pertama
PUTRAJAYA, 16 Feb (Bernama) — Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara penerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata perkara itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memandangkan Ahli Parlimen dan ADUN biasanya berdamping rapat dengan […]

Tiada Lagi SMS TAC Untuk Transaksi RM5,000 Ke Atas, Maybank Perkenalkan Secure2u, Ini Cara Nak Daftar
Mulai hari ini pengguna Maybank tidak akan mengalami masalah lagi dengan sistem TAC kerana Maybank telah memeprkenalkan Secure2u yang lebih canggih dan mudah. Menerusi laman Twitter Maybank berkata mulai hari ini pelanggan boleh menggunakan Secure2u untuk sebarang transaksi RM 5,000 dan ke atas. Ya, tak perlu menunggu mesej TAC lagi. Klik menu untuk daftar sekarang. […]