Berita

Tukang Cat Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Adik Perempuan
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh adik perempuannya, tahun lepas. Lim Poo Teck, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid. Lelaki itu didakwa membunuh Lim Poh Ling, 38, di sebuah […]

Bekas Tentera Guna Tayar Terpakai Buat Arca Menarik, Jadi Sumber Pendapatan
SEREMBAN, 26 Feb – Kebiasaannya tayar yang sudah tidak elok akan terus dibuang atau disimpan, namun berbeza bagi fasilitator, Zazali Iberahim yang menjadikan tayar terpakai itu sebagai sumber pendapatannya sejak setahun yang lepas. Bukan untuk kegunaan pada motosikal atau diubah suai menjadi landskap halaman rumah, sebaliknya berbekalkan kreativitinya, tayar terpakai berkenaan direka bentuk sebagai arca menjadi pelbagai objek menarik termasuk koleksi haiwan, di kediamannya di […]
Viral Foto Ikan Koi Dimasak Gulai, Ramai ‘Menangis’ Tengok Resepi Ini
Ikan hiasan biasanya menjadi haiwan peliharaan yang sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri. Salah satu jenis ikan hiasan yang digemari adalah ikan koi yang diketahui mempunyai keunikan tersendiri seperti gaya dan bentuknya. Ramai orang yang sanggup membelanjakan ratusan dan ribuan ringgit untuk membeli ikan tersebut. Pun begitu, berbeza pula dengan ikan koi yang tular di Indonesia. […]

Covid: Rakyat Malaysia Antara Dua Kes Baharu Penularan Tempatan Di Singapura
SINGAPURA, 26 Feb – Seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun adalah antara dua kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan republik itu. Dilabelkan sebagai Kes 60448, pemegang permit kerja itu merupakan pekerja PSA Corporation Ltd, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini lewat malam tadi. “Keputusan ujian […]
APMM Selamatkan Empat Pemancing, Tekong Terkandas Bot Rosak
KUALA TERENGGANU, 26 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menyelamatkan empat pemancing dan seorang tekong yang terkandas akibat kerosakan enjin bot, pada jarak 15 batu nautika dari Pulau Redang petang semalam. Pengarahnya Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata sejurus maklumat diterima, bot Penggalang 17 milik APMM Terengganu yang berada di kawasan berhampiran telah diatur gerak ke lokasi […]

Betul Ke Jangan Pandang Mata Orang Yang Tengah Sakit Mata, Nanti Boleh Berjangkit?
Ramai pastinya pernah mengalami masalah sakit mata yang menyebabkan mata menjadi kemerahan, gatal dan berair. Antara ‘cakap-cakap’ yang sering didengar ketika mengalami sakit mata ialah orang lain tidak dibenarkan melihat terus ke mata pesakit kerana akan dijangkiti. Adakah kondisi ini sememangnya boleh berjangkit atau tidak? Ikuti perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah ini untuk […]
Menabung Duit Sampai Berkarung-karung Guni, Lelaki Terpaksa ‘Jemput’ Jiran-jiran Datang Tolong Kira
Seorang warga emas berusia 81 tahun di Payakumbuh, Sumatera Barat tular di media sosial kerana menyimpan banyak wang di rumahnya. Menurut Tribunnews, pada awalnya, hanya sekarung sahaja wang ditemui. Namun selepas rumahnya dibersihkan, terdapat berkarung-karung lagi wang yang ‘dibongkar’. Warga emas yang bernama Palyuri atau lebih dikenali sebagai Biyok itu menyimpan wang di rumahnya di […]
“Kasih Hingga Hujung Nyawa..,” Isteri Meninggal Dunia Selepas 3 Hari Suami ‘Pergi’ Bikin Hati Tersentuh
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan jodoh mereka berkekalan di dunia sehingga ke syurga. Impian tersebut perlu disertai dengan tanggungjawab antara suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga mengikut panduan Islam yang sebenar. Perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia menerusi Facebook ketika menguruskan jenazah pasangan suami isteri yang dijemput ilahi selang 72 jam […]

(Video) Giliran Pak Long Mail Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Hari Ini
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini. Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada kira-kira 9.30 pagi ini oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi. Ismail Sabri yang tiba sekitar 9.09 […]

Kenali Pasangan Saintis Muslim Ini, Pengasas Vaksin Covid-19 Pfizer Yang Jadi Pilihan Seluruh Dunia
Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’. Beliau telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit. Bahkan sudah bertahun-tahun dalam penyelidikan rawatan imunoterapi khusus untuk penyakit kanser. Dalam mausim pandemik Covid-19 ini mereka memutuskan untuk mencipta satu vaksin yang […]
(Video) Ditonton Lebih 3 Juta Kali, Geng Ini Buat ‘Magnet Fishing’ & Apa Yang ‘Dipancing’ Memang Mengejutkan
Jika dulu, sungai adalah sumber air utama yang bersih untuk kegunaan segala hidupan termasuk manusia dan haiwan. Namun ianya sudah berbeza pada hari ini apabila kebanyakan sungai tidak sebersih dulu, ditambah lagi dengan pencemaran akibat buangan sisa pepejal mahupun cecair. Tidak mustahil, sungai juga dijadikan tempat membuang benda-benda tertentu, salah satunya dipercayai untuk menghilangkan barang […]
Senang Pantau Anak-Anak Main “Phone”, Wanita Saran Ibu Bapa “Install” Google Family Link
Setiap lapisan umur pada masa kini pastinya tidak terlepas dalam kepesatan teknologi digital yang memperlihatkan penggunaan gajet atau telefon pintar yang semakin meluas kerana wujudnya pelbagai platform media sosial. Ini termasuk dalam kalangan kanak-kanak di mana mereka terkadang diberikan akses yang penuh untuk menggunakan telefon pintar sendiri. Tanpa disedari, ia sebenarnya boleh memberikan kesan yang […]
Penduduk Selangau Kecewa Peniaga Pamer Barangan Jualan Di Lorong Pejalan Kaki
SIBU, 25 Feb (Bernama) — Orang ramai meluahkan perasaan marah dengan tindakan beberapa peniaga di pusat komersial Bazar Selanggau di sini yang meletakkan barangan jualan mereka di lorong pejalan kaki di premis perniagaan mereka. Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) yang menerima aduan tersebut mengakui bahawa perbuatan itu bukan sahaja menimbulkan pelbagai kesulitan malah ia […]
Cegah Sebelum Terlambat, Ikuti 7 Tip ‘Hindar’ Sakit Jantung Yang Anda Patut Amalkan
Sakit jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, hatta kepada individu yang mengamalkan gaya hidup aktif. Oleh itu, penting untuk kita menjaga segala aspek kesihatan bukan sahaja dari segi senaman, tapi termasuk pemakanan, menghindari produk tembakau serta mengamalkan jadual tidur yang teratur. Tanpa mengira umur dan jantina, setiap daripada kita perlu lebih peka dalam menjaga kesihatan […]
Vaksin COVID-19 Jalan Terbaik Rancak Ekonomi
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Ketersediaan vaksin COVID-19 dalam negara disifatkan sebagai jalan terbaik dalam usaha merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi. Felow Akademi Sains Malaysia Datuk Dr Madeline Berma berkata dengan adanya vaksin itu juga memberi petanda bahawa kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi. “Ketika kerajaan […]
Individu Ingkar SOP COVID-19 Berdepan Denda RM10,000 Mulai 11 Mac 2021
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021. Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam Portal rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini. Ordinan itu turut […]
Malaysia Rujuk Ulama Dunia Tentang Fatwa Ambil Vaksin, Kata Menteri
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Malaysia telah mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada ulama terkemuka dunia tentang hukum pengambilan vaksin COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Katanya beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin, antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh […]
(Video) Seram, Rakaman Budak Didakwa ‘Ditarik’ Ke Bawah Katil Sambil Memanggil Ibunya Seperti Sedang Takut
Satu video TikTok yang memaparkan detik-detik seorang kanak-kanak didakwa ditarik di bawah katilnya telah menjadi tular di media sosial. Bapanya, telah berkongsikan klip video yang dirakam dari bilik tidur anaknya itu pada Isnin. Pada tepat waktu 11:37 malam, kanak-kanak itu difahamkan terjaga, berjalan-jalan dan merangkak ke bawah katilnya. Kanak-kanak itu secara tiba-tiba kelihatan takut, mula […]

(Video) “Ini Lah Kanak-Kanak Yang Pernah..,” Bapa Ainul Luah Rasa Syukur, Ucap Terima Kasih Pada Semua
Perjalanan buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah daripada awal kelahiran sehingga kini pastinya menjadi bukti kasih ibu bapa dan orang sekeliling terhadap bidadari kecil berkenaan. Biarpun terpaksa menjalani episod ujian kesihatan, keluarga yang sememangnya positif ini boleh menarik nafas lega dan bersyukur melihat perkembangan Ainul pada hari ini. Kini sudah menjadi kakak, telatah Ainul yang […]
Mayat Lelaki Ditemukan Di Siling Sebuah Restoran Di Tawau
TAWAU, 25 Feb (Bernama) — Misteri bau busuk dan titisan darah pada siling sebuah restoran di Jalan Chung Thien Vun di sini terjawab apabila satu mayat lelaki ditemukan semalam. Mayat yang lengkap berpakaian itu ditemukan dalam keadaan kembung dan melecur hampir 70 peratus oleh pemilik restoran pada 10 malam. Difahamkan sebelum penemuan itu, pemilik yang berusia 40-an tiba di premisnya untuk […]