Berita
Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Jerutan, Lelaki Tergantung Di Ruang Tamu
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Seorang wanita ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher manakala mayat seorang lelaki Pakistan ditemukan tergantung, di dalam sebuah rumah flat di Jalan Seri Sentosa di sini, semalam. Mayat lelaki berusia 41 tahun itu ditemukan dalam keadaan tergantung di ruang tamu, manakala mayat wanita warga tempatan berusia 53 tahun […]

Polis Labuan Buka Kertas Siasatan, Bantah Laungan Azan
LABUAN, 28 Feb (Bernama) — Polis Labuan telah membuka kertas siasatan berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V. Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, siasatan telah dimulakan dari pelbagai sudut bagi menyelesaikan isu sensitif berkenaan. “Kita mengambil berat kepada laporan yang […]
PGA8 Rampas Cecair Vape Bernilai RM422,000 Di Rantau Panjang
KOTA BHARU, 28 Feb (Bernama) — Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan merampas 20 kotak cecair vape bernilai RM422,000 yang ditemukan di dalam semak di tebing Sungai Golok berdekatan pangkalan haram Rambutan di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam. Pegawai Pemerintah Batalion Ke-8 PGA Supt Muhammad Shamsuddin berkata pihaknya percaya bahan berkenaan disorokkan di situ oleh penyeludup sebelum […]

Suami Isteri Bunuh Anak, Dihukum Gantung Sampai Mati
KUALA TERENGGANU, 28 Feb (Bernama) — Tindakan tidak berperikemanusiaan pasangan suami isteri terhadap anak perempuan mereka akhirnya terbalas, apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah mereka didapati bersalah kerana membunuh. Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan tersebut ke atas Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40, yang merupakan […]

Beritahu Saya Jika Ada Langkau Giliran Untuk Vaksin Covid – Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Khairy Jamaluddin mahu mereka yang mempunyai maklumat tentang individu melangkau giliran bagi menerima vaksin itu agar melaporkannya terus kepada beliau. Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata beliau telah memaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang pentingnya memastikan […]

Berhenti Sebar Maklumat Mengelirukan Tentang Vaksin Covid-19 – Pendakwah
LABUAN, 28 Feb (Bernama) — Seorang pendakwah terkenal di sini hari ini menasihati golongan antivaksin agar berhenti menyebarkan maklumat mengelirukan tentang vaksin COVID-19. Ustaz Muhammad Shafei Abdul Ghani berkata program imunisasi COVID-19 tidak harus dipertikaikan memandangkan angka kematian akibat penyakit itu terus bertambah. “Kita mesti berikhtiar untuk membendung penularan pandemik ini. Tindakan ini selaras dengan ajaran […]

Tujuh Pasangan Ditangkap Khalwat Ketika PKP
BUTTERWORTH, 28 Feb (Bernama) — Sebanyak tujuh pasangan ditahan kerana berkhalwat di bilik hotel dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di sekitar Butterworth di sini, malam tadi. Semua 14 individu berusia 25 hingga 40 tahun itu, ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi di lima […]
Jokowi Minta Pembinaan ‘Tol Langit’ Ditingkatkan, Mahu Rakyat Dapat Manfaat Akses Digital Sepenuhnya
Presiden Indonesia, Joko Widodo, meminta agar pembangunan tol langit Palapa Ring dipertingkatkan, lapor Kompas.com. Menurutnya, utiliti infrastruktur ini hanya baru mencapai 50 peratus, atau mungkin kurang dari itu. “Utiliti Palapa Ring harus ditingkatkan, jangan hanya sebanyak 50 peratus sahaja, penggunaan di Indonesia tengah dan timur yang masih sekitar 20 peratus juga perlu dilanjutkan,” katanya. Jokowi […]
Rasa Sedih Bila Tengok, Viral Batu Nisan Dipakaikan “Face Mask” & Buat Ramai Insaf Bahaya COVID-19
Semua sudah maklum, salah satu usaha mencegah penularan wabak COVID-19 adalah dengan memakai topeng pelitup muka. Malah kebanyakan negara pun melaksanakan mandatori pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang awam dan jika tidak dipatuhi, kompaun akan dikenakan. Namun apa yang tular di media sosial baru-baru ini sangat menginsafkan. Kecoh sekeping foto yang dimuat naik oleh seorang […]
“Tidak Boleh Menulis,” Amitabh Bachchan Dedah Alami Masalah Kesihatan, Jalani Pembedahan
Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, menerusi entri blog terbarunya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya dan dia memaklumkan bahawa telah menjalani pembedahan, lapor NDTV. Pun begitu, dia tidak mendedahkan apakah masalah kesihatan yang dihadapi olehnya. “Masalah kesihatan.. pembedahan..tidak boleh menulis,” katanya dalam entri blog itu. Pendedahannya itu telah membuatkan para peminatnya di media sosial risau dan mereka […]
Warga Emas Sanggup Redah 7km Tanpa Lesen Bawa Suami Buta Untuk Rawatan
BATU PAHAT, 28 Feb (Bernama) — Demi suami tercinta, seorang warga emas sanggup meredah perjalanan sejauh kira-kira tujuh kilometer dengan membawa suaminya yang buta setiap bulan ke klinik dengan motosikal, walaupun tidak mempunyai lesen. Fauziah Ali, 64, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana hanya itu sahaja caranya untuk membawa suaminya, Mahat Juraimi, 66, mendapatkan rawatan […]
Guru Kecewa, Bersemangat Nak Ajar Anak Murid Siap Bawakan Sarapan Tapi Seorang Je Hadir
Bukan mudah untuk menjadi seorang guru, apatah lagi ketika zaman serba moden ini, ditambah pula dengan cabaran pandemik COVID-19. Setiap pelajar pasti ada peribadinya masing-masing. Ada yang baik lagi cemerlang, sudah tentu sering dipuji. Namun ada juga yang sebaliknya, kelompok ini kadangkala sering menduga kesabaran seseorang guru itu. Baru-baru ini, tular di media sosial dua […]
Perunding Kewangan Kongsi 9 Perkara Kena Buat Elak ‘Terciduk’ Ketika Kegawatan Ekonomi
Dengan situasi gawat dan ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, pelbagai cara dilakukan orang ramai untuk meneruskan hidup. Ada yang mula berniaga, ada juga yang berjinak-jinak dengan kerja bebas seperti menjadi penghantar makanan atau pemandu e-hailing. Di waktu inilah kita perlu mengikut rapat penasihat-penasihat kewangan untuk mengatur semula strategi kita untuk memastikan kestabilan ekonomi diri dan keluarga […]

Covid-19: Kumpulan Pertama Petugas Barisan Hadapan Hospital Labuan Divaksin
LABUAN, 28 Feb (Bernama) — Kumpulan pertama 150 petugas barisan hadapan Hospital Labuan menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bermula hari ini. Program vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu dimulakan dengan Pengarah hospital itu Dr Adnan Musa Balidran menerima suntikan berkenaan di pekarangan hospital disaksikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari. “Ini adalah objektif kami untuk memastikan […]

Thailand Memulakan Program Vaksinasi Covid-19
BANGKOK, 28 Feb (Bernama) — Thailand pada Ahad memulakan program vaksinasi COVID-19 dengan Timbalan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul menjadi antara individu pertama untuk menerima suntikan vaksin Sinovac COVID-19, CoronaVac dari China. Anutin, yang juga Menteri Kesihatan Masyarakat dan empat menteri kabinet lain menerima vaksin Sinovac di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura di Wilayah Nonthaburi untuk meningkatkan […]
Lelaki Dilapor Maut, Kena Taji Dengan Ayam Laganya Yang Dipasang Dengan Pisau
Ibarat ‘senjata makan tuan’, seorang lelaki di India dilaporkan terbunuh selepas ‘ditikam’ oleh ayam laganya sendiri. Memetik laporan BBC, ‘pergelutan’ itu berlaku apabila ayam laga itu cuba melarikan diri ketika ditangkap, dikatakan pada ketika itu ia sedang ‘disiapkan’ tuannya untuk bersedia bagi sebuah perlawanan. Bagaimanapun haiwan itu berlaku agresif sebelum sebilah pisau berukuran tiga inci […]
(Video) Arab Saudi Dilapor Berjaya Pintas Serangan Peluru Berpandu & Drone ‘Dipenuhi’ Bom Sasar Riyadh
Arab Saudi dilaporkan telah berjaya memintas dan menghentikan serangan peluru berpandu dan drone yang membawa muatan bom ke ibu negara itu pada Sabtu yang mensasarkan wilayah selatan. Menurut ABC News, Arab Saudi mendakwa bahawa serangan terbaru itu telah dilancarkan oleh pemberontak Houthi dari Yaman. Gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi yang berperang dalam perang Yaman selama […]
Pengambilan Alkohol Boleh Meningkatkan Risiko Terhadap 7 Jenis Kanser Ini – Kajian KKM
Satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 11.8% rakyat Malaysia meminum alkohol. Umum mengetahui bahawa alkohol ini merupakan salah satu punca kanser. Hal ini kerana hampir 6 peratus kematian akibat kanser berpunca daripada tabiat minun minuman keras. Justeru itu, pengambilan alkohol meningkatkan risiko terhadap 7 jenis kanser iaitu kanser mulut dan tekak, […]

Zii Jia Buru Keputusan Positif Di Basel
KUALA LUMPUR, 28 Feb – Selepas bergelut mencapai tahap prestasi terbaik, pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia merasakan beliau perlu membuat sesuatu pada dua pertandingan utama di Eropah bermula dengan kejohanan badminton Terbuka Switzerland di Basel pada 2 hingga 7 Mac ini. Secara peribadi, Zii Jia yang enggan meletakkan tekanan terhadap dirinya pada […]

Kandang Terbakar, 25 Ekor Kambing Rentung Dijilat Api
KEPALA BATAS, 28 Feb – Seorang penternak kambing kerugian puluhan ribu ringgit selepas 25 ekor kambing rentung dalam kebakaran sebuah kandang di Jalan Permatang Kerai Besar, malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.18 malam sebelum jentera dari […]