Berita

Luar Negara
(Video) Pokok Nangka ‘Tumbuh’ Dalam Rumah Sampai Tembus Bumbung, Pemuda Terpaksa Sapu Daun Selalu
Tinggal di kampung sememangnya sangat menyeronokkan, bukan sahaja boleh mendapatkan ketenangan tetapi juga dapat menikmati buah-buahan yang dipetik fresh dari pokok. Kebiasaannya, pokok-pokok tersebut akan ditanam berdekatan dengan halaman rumah. Pun begitu, berbeza pula dengan pemuda ini yang mempunyai pokok nangka di dalam rumah. Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, pokok nangka itu dilihat berbuah […]
Berita
TERKINI COVID-19: Kurang Berbanding Semalam, Hanya 1,327 Kes Baharu Hari Ini & Selangor Catat Kes Tertinggi
PUTRAJAYA, 21 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 1,327 kes positif COVID-19 baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif positif meningkat kepada 317,289 kes dengan 14,518 kes aktif. Selangor mencatatkan angka kes harian tertinggi dengan 356 kes, diikuti Sarawak dengan 276 kes dan Pulau Pinang 205 kes. Dalam pada itu, kes sembuh […]
Bekas Pengurus Besar PPNT Didenda RM5,000, Kemuka Resit Palsu
KUALA TERENGGANU, 21 Mac (Bernama) — Gara-gara mengemukakan resit palsu bagi menuntut pembelian ikan kerapu hibrid bernilai RM600, lima tahun lalu, bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) didenda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Jamaludin Mat, menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati tertuduh, Che Sa’adon Che Yahya, […]
Rentas Negeri: Pasangan Instafamous Kemuka Bukti Perjalanan Untuk Urusan Perniagaan
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Polis mengambil keterangan pasangan instafamous yang didakwa merentas negeri untuk berbulan madu di sebuah pusat peranginan di Johor Bahru, semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata berdasarkan keterangan serta bukti-bukti dikemukakan, tiada tindakan diambil terhadap pasangan berusia lingkungan 20-an itu yang mendapat kelulusan rentas negeri […]
Berita
(Video) Dikata Pemalas Sebab Masak Ikan Goreng Je Untuk Suami, Wanita ‘Show Off’ Masakan Hingga Buat Netizen Terliur
Bagi isteri, hari-hari mereka tidak akan lengkap tanpa menyediakan masakan yang enak untuk sang suami. Tidak kira waktu, isteri pasti akan sentiasa bersedia untuk memasak segala makanan yang diinginkan suami. Sama seperti video di TikTok yang dimuatnaik oleh Amirah Husain ini, dia dilihat menyediakan makanan untuk suaminya pada jam 2 pagi. Sedang menonton drama pada […]
Luar Negara
(Video) Viral Rakaman Percubaan Tol RFID Di Indonesia, Kereta Lalu ‘Sepantas Kilat’ Tak Perlu Berhenti
Satu video yang menunjukkan sebuah kenderaan yang melepasi tol tanpa membuat sebarang transaksi telah tular di Indonesia. Menurut Kompas.com, ia ditularkan oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa bahawa kenderaan tersebut sedang menjalani ujian pembayaran tol dengan menggunakan Radio Frequency Identification (RFID). Ia menunjukkan pengguna jalan raya tidak perlu berhenti untuk melakukan transaksi. “Ujian untuk membayar […]
Berita
“Golf Punya Pasal…”, Tunku Azizah Masuk Wad Kaki Tercedera Sampai Berbalut, Netizen Doa Agar Cepat Sembuh
Beruntung negara kita mempunyai raja permaisuri agong yang begitu berjiwa rakyat orangnya, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Boleh dikatakan, pasti ada sahaja cerita-cerita yang dikongsikan di laman Instagramnya setiap hari secara terbuka untuk tatapan rakyat jelata. Namun keceriaan Baginda Tunku Azizah kali ini seakan ‘terganggu’ sedikit apabila berlaku satu insiden kecederaan yang dialaminya baru-baru […]
Berita
Viral Foto Penunggang Basikal Naik Pintasan Saloma, Didakwa Tak Patuh Arahan & Tunggang Di Celah Orang Ramai
Baru-baru ini tular beberapa keping foto di media sosial memaparkan aksi penunggang basikal yang melalui laluan Pintasan Saloma di Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Apa yang menimbulkan isu adalah penunggang tersebut didakwa tidak mematuhi peraturan sedia ada yang telah pun ditetapkan di pintasan tersebut. Berdasarkan arahan, sekiranya mana-mana penunggang basikal mahu melalui pintasan itu, mereka hanya […]
Berita
“Fuhhh, Menitik Air Liur…”, Kecur Mulut Bila Tengok, Abang Ni Kongsi Resepi Nak Buat Jeruk Belimbing Buluh
Pasti ramai yang ada pokok belimbing buluh di halaman rumah tetapi tidak tahu nak buat apa dengan buahnya yang banyak. Selain diproses untuk membuat sambal, anda juga boleh membuat jeruk belimbing buluh. Menerusi perkongsian Andak Ahmad di Facebook, dia menunjukkan cara-cara untuk membuat jeruk belimbing buluh tersebut. Ikuti perkongsiannya di bawah ini. Sengaja aku tak […]
Berita
APMM Kelantan Tahan Kapal Tangki, Bot Nelayan Asing Ceroboh Perairan Negara
PASIR PUTEH, 21 Mac (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua kapal asing bersama 12 kru kerana menceroboh perairan negara dalam dua kejadian berasingan, minggu lepas. Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata penahanan pertama dilakukan semasa penugasan Op Kuda Laut melibatkan sebuah kapal tangki yang disyaki dari […]
Berita
(Video) Diberi Masa 48 Jam, Kakitangan Kedutaan Korea Utara ‘Berkemas’ Keluar Dari Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilapor telah meninggalkan premis kedutaan dengan bas sewa khas dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 11 pagi tadi. Difahamkan, pegawai dan keluarga kedutaan yang tiba di KLIA pada 11.45 pagi tadi mendaftar masuk bagi urusan penerbangan pulang ke Korea Utara. Warga kedutaan […]
Pegawai, Dua Anggota Polis Ditahan Dipercayai Bersekongkol Dengan Sindiket Dadah- KP Johor
JOHOR BAHRU, 21 Mac (Bernama) — Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan pada Selasa dan Khamis lepas, selepas dipercayai bersekongkol dengan sindiket dadah termasuk melakukan pemerasan. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pegawai berpangkat Inspektor berumur 31 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara itu ditahan […]
Berita
Isu “Loud Speaker” Masjid: Perlukah Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Dihentikan? Ini Pendapat Mufti Perlis
Baru-baru ini tular video tentang seorang individu yang didakwa menutup pembesar suara masjid kerana dikatakan bunyinya mengganggu ruang awam. Difahamkan, tindakannya itu dipercayai ‘terpaksa’ dilakukan kerana individu itu didakwa sedang menjalani sesi pengajian atas talian (online) di rumahnya. Bagaimanapun, tindakan ‘berani’ tersebut seakan dibantah oleh pihak masjid, malah ahli jawatankuasa (AJK) masjid tersebut mendakwa akan […]
Gaya hidup
KKM Jelaskan Penilaian 6 Perkara Ini Tentukan Boleh Merentas Negeri Atau Tidak
Akhir-akhir ini, kes harian COVID-19 yang dilaporkan hari ke hari semakin menunjukkan keadaan yang semakin memulih. Justeru, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), telah banyak kelonggaran diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) rakyat seperti pembukaan semula institusi pendidikan, had masa operasi kedai makan, penambahan had jemaah di surau dan masjid dan banyak lagi. Malah rentas daerah […]
Luar Negara
(Video) Rebah & Meninggal Dunia Ketika Mahu Sujud, Kematian Imam Solat Jumaat Ini Dicemburui Ramai
Kematian yang dicemburui, seorang imam masjid di Thailand dipercayai telah meninggal dunia ketika mengimamkan solat di masjid di Nakhon Si Thammarat. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ustaz Hanafi di Facebook, imam tersebut dilihat rebah ketika mengimamkan solat Jumaat pada 19 Mac lalu. Pemergian imam itu juga dikongsikan menerusi Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Si […]
Hiburan
Gambar Perkahwinan Tular, Pelakon Popular Elizabeth Tan Sudah Berkahwin?
Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon Malaysia berbangsa Cina paling ‘cun’ idaman jejaka-jejaka zaman kini, Elizabeth Tan? Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy sering mengetuk pintu hati abang-abang setiap kali dia memuat naik fotonya di Facebook atau Instagram. Mungkin ramai antara kita yang ada ‘crush’ dengan Lizzy kan? Tapi tahukah anda, ada satu […]
Berita
(Video) Gadis Buat Kejutan, Hadiahkan Anugerah Dekan 5 Sem Berturut-turut Buat Ibu Ayahnya Gembira Tak Terkata
Tiada apa yang lebih bermakna buat ibu bapa selain melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan. Salah satu momen yang paling diimpikan juga adalah untuk melihat anak mengenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang. Menerusi video yang dimuatnaik Elyana Shaheera di TikTok, dia berkongsikan detik ketika menghadiahkan keputusan cemerlang kepada ibu bapanya. Dibungkuskan dalam kotak, ibu bapanya […]
Berita
(Video) Detik-detik Pesawat Kargo Trigana Air Tergelincir Ketika Mahu Berlepas Di Jakarta
JAKARTA, 20 Mac (Bernama) — Sebuah pesawat kargo milik Trigana Air tergelincir ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta. Jurucakap Kementerian Perhubungan Adita Irawati dalam satu kenyataan berkata tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan. “Kejadian berlaku jam 11.26 pagi waktu Indonesia Barat. Pesawat cargo Trigana Air dalam jadual penerbangan dari Halim ke […]
Berita
TERKINI: Gempa Bumi 7.2 Gegar Timur Laut Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Gempa bumi berkekuatan 7.2 dilapor melanda kawasan Timur Laut Jepun, di Wilayah Miyagi. Susulan kejadian berkenaan, amaran tsunami turut dikeluarkan. Kejadian gempa berkenaan dilaporkan berkalu pada 6.09 petang (waktu tempatan). Gempa dikatakan berpusat di kawasan berdekatan pantai Wilayah Miyagi pada kedalaman 60 kilometer. Setakat ini, tiada maklumat berhubung kerosakkan harta benda atau kehilangan nyawa. [BREAKING […]
Berita
(Video) ‘Berjangkit’ Perangai Oyen, Kucing Kelabu Nakal Tersangkut Kepala Celah Besi Buat Ramai Terhibur
Selalu buat hal yang pelik-pelik, kenakalan kucing berwarna oren sememangnya telah diketahui. Pun begitu, title ‘kucing paling nakal’ nampaknya bakal diberikan kepada kucing berwarna kelabu ini. Walaupun tubuhnya kecil sahaja namun ia sangat aktif sehingga tersangkut di jaring besi. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Emr_rfiqi di TikTok, kucing itu dilihat bagaikan sudah ‘pasrah’ dengan nasib […]