Berita

Berita
Pelancongan: Pakej, Harga Istimewa Menanti Penjawat Awam Di Wilayah Utara
IPOH, 31 Mac (Bernama) — Pakej dan harga istimewa kepada penjawat awam antara tawaran menarik daripada Tourism Malaysia Wilayah Utara dalam usaha mempromosikan sektor pelancongan di Perak ketika era pandemik COVID-19. Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara M.Yoganthiran berkata promosi secara berterusan itu antara yang ditawarkan di laman sesawang https://www.malaysia.travel/deals-packages untuk direbut terutama semasa pelaksanaan gelembung pelancongan […]
Berita
Rentas Negeri Tanpa Kebenaran, Tiga Wanita Dikompaun RM5,000
KOTA BHARU, 31 Mac (Bernama) — Tiga wanita dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang, kerana kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Pasir Puteh, dekat sini, semalam. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ketiga-tiga wanita berusia 30 hingga 40an itu dikesan semasa Operasi Pematuhan SOP […]
Berita
Malaysia Terima 600,000 Dos Pertama Vaksin AstraZeneca Pada Jun
PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) — Malaysia akan menerima 600,000 dos pertama vaksin AstraZeneca pada bulan Jun, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Khairy berkata beliau menerima jadual penghantaran itu daripada AstraZeneca Malaysia hari ini dan vaksin terbabit adalah dari kilang pembuatan kontrak AstraZeneca di Thailand. “Saya mempunyai pengesahan bahawa penghantaran vaksin AstraZeneca itu […]
Berita
1,482 Kes Baharu, Tujuh Lagi Kematian Direkodkan – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Kes harian COVID-19 di negara ini kekal empat digit dalam tempoh 24 jam lepas dengan 1,482 kes dan tujuh kematian dicatatkan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes sembuh pula ialah 1,070, menjadikan kumulatif kes pulih kini 329,624 manakala kes aktif setakat ini 14,604. ”Daripada jumlah kes baharu (hari ini), 1,480 adalah penularan tempatan dan dua kes […]
Kerjaya
Dulu Kancil Sekarang Porsche, Ini Rahsia Bekas Penjual Nasi Lemak
“Gawat-gawat ni founder boleh hadiah empat kereta sport?” Siapa yang tak bersyukur ada majikan yang baik kan? Memiliki founder yang baik dan menghargai penat lelah adalah salah satu nikmat terbesar bagi pekerja. Apatah lagi dalam situasi gawat, menerima bonus atau hadiah daripada syarikat tentunya rezeki yang tak semua ejen dapat. Bagi Siti Azlina, nasibnya kini […]
Berita
Jual Sabun RM5 Sampai Bergelar Jutawan, Kisah ‘Founder’ Hebat Mula Dengan Jaja Pisang Goreng Tepi Jalan Je
Bermula dari gerai tepi jalan sehingga bergelar jutawan! Bukan calang-calang kisah kejayaan seorang wanita, anak kampung dari keluarga biasa yang berjaya mengubah hidupnya malah memberi manfaat kepada ramai insan lain. Tidak sekadar mencetuskan inspirasi tetapi wanita besi ini adalah “‘role model’’ yang harus dicontohi. Puan Nor Shahila Ahmad, pengasas di sebalik jenama empayar produk kecantikan […]
Berita
(Video) Ceroboh Ibu Pejabat Polis Indonesia, Individu Dipercayai Pengganas Ditembak Mati
Seorang individu dipercayai pengganas dilapor ditembak mati setelah menceroboh masuk Mabes Polri (Ibu Pejabat Polis Indonesia) di Jakarta. Insiden berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.30 petang tadi. Dalam video yang dikongsikan oleh BERNAMA itu, terdengar beberapa bunyi letupan dipercayai bunyi tembakan sebelum individu berkenaan dilihat rebah. Bagaimanapun setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan. Berita […]
Gaya hidup
Modal Sekitar RM3k, Lelaki Usahakan Kolam Renang Mini Kat Tepi Rumah, 7 Hari Boleh Siap Buat Sorang-sorang
Anak kecil mana yang tak suka main air? Kalau ada kolam renang di rumah sendiri, pasti mereka gembira. Bagi mereka yang tidak mempunyai ruang yang luas, sudah memadai menggunakan kolam boleh kembung (inflatable) untuk anak-anak bermain air. Jika rumah anda mempunyai halaman, anda mungkin boleh mempertimbangkan teknik lelaki ini membina kolam renang buat anak-anaknya. Dengan modal […]
Luar Negara
(Video) Ingenuity, Helikopter Kecil Ini Bakal Jadi Kenderaan Pertama Ciptaan Manusia Berlepas Dari Planet Marikh
Sejarah baharu akan tercipta iaitu sebuah helikopter kecil kini sedang bersiap sedia untuk terbang di sekitar langit planet Marikh. Menurut ABC News, helikopter yang dikenali Ingenuity itu dilapor akan melakukan penerbangan pertamanya sekitar 8 April nanti. Helikopter berukuran meja kecil itu tiba di Marikh pada bula Februari lalu dan tersimpan dengan selamat di bawah Perseverance […]
Gaya hidup
Benarkah Masak Guna Air Fryer Boleh Sebabkan Kanser? Ini Penjelasan Dari Hello Doktor
Perkakas pemanggang udara atau air fryer pastinya memudahkan kerja ibu-ibu di dapur. Masukkan makanan, setkan pemasa dan tunggu sahaja pemanggang siap memasak sambil lakukan kerja lain pula. Malah, ia juga sinonim dengan alat untuk menyediakan makanan yang sihat bagi individu yang ingin berdiet. Pun begitu, timbul juga dakwaan bahawa pemanggang ini boleh menyumbang kepada risiko […]
Berita
Biden Umum Inisiatif Baharu Tangani Keganasan Terhadap Asia-Amerika
WASHINGTON, 31 Mac (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Selasa mengumumkan inisiatif baharu untuk menangani keganasan terhadap orang Asia-Amerika, lapor Sputnik. “Kami tidak boleh berdiam diri dengan peningkatan keganasan terhadap orang Asia-Amerika. Oleh itu, hari ini saya mengambil langkah tambahan – termasuk mewujudkan inisiatif tangani jenayah anti-Asia di Jabatan Kehakiman,” kata Biden melalui Twitter. Menurut kenyataan Rumah Putih, […]
Berita
PBAPP Mulakan Operasi Saluran Paip Dasar Laut Berkembar Tiga
GEORGE TOWN, 31 Mac (Bernama) — Saluran paip dasar laut berkembar ketiga Pulau Pinang (PTSP ke-3) kini beroperasi bagi menyalurkan sehingga 315 juta liter air terawat sehari (JLH), dari Seberang Perai ke bahagian pulau. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata set saluran paip dasar laut berkembar yang baharu […]
Berita
CVR Pesawat Sriwijaya Air Yang Terhempas 9 Jan Lepas, Ditemukan
JAKARTA, 31 Mac (Bernama) — Satu lagi komponen kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Jan lepas iaitu “Cockpit Voice Recorder” (CVR) ditemukan pihak berkuasa Indonesia pada Selasa. Menteri Perhubungan Indonesia Budi Karya Sumadi dalam sidang media hari ini berkata CVR itu dijumpai di dasar laut di Pulau Laki (Laki Island), di kawasan […]
Gaya hidup
Polis Besut Tanggal Poster ‘Along’, Elak Orang Ramai Terpedaya
BESUT, 31 Mac (Bernama) — Sebanyak 800 poster iklan pinjaman wang tanpa lesen ‘Along’ diturunkan dalam usaha mengekang aktiviti berkenaan daripada berleluasa sekali gus mengelakkan masyarakat terjebak dengan sindiket pinjaman wang haram itu. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata Op Vulture yang dijalankan selama empat hari bermula 26 Mac lepas itu membabitkan […]
Berita
Bizzakat Platform Promosi Produk, Perkhidmatan Usahawan Islam Pahang
KUANTAN, 31 Mac (Bernama) — Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang hari ini, melancarkan aplikasi Bizzakat sebagai platform mempromosikan produk dan perkhidmatan oleh peniaga serta usahawan Islam di seluruh daerah negeri ini secara percuma. Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang Datuk Halidan Md Daud berkata setakat ini, lebih 2,500 syarikat atau usahawan telah berdaftar sebagai ahli di […]
Berita
Enam Khemah Peniaga Di Klebang Musnah Dipukul Ribut
MELAKA, 31 Mac (Bernama) — Enam khemah peniaga musnah dipukul ribut dalam kejadian kira-kira 10.15 malam tadi di Uptown Jebat Street, Klebang di sini. Menceritakan kejadian mencemaskan itu, seorang peniaga, Muhamad Syahir Abd Rahman, 32, berkata keadaan angin kencang berserta hujan lebat berlaku sangat pantas antara lima hingga tujuh minit turut menerbangkan khemahnya dan peniaga lain […]
Berita
Singapura Sedia Tawar Geran US$20.57 Juta Kepada IMF Bantu Negara Rentan
SINGAPURA, 31 Mac (Bernama) — Singapura bercadang menyertai usaha antarabangsa untuk meningkatkan kemampuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) membantu negara berpendapatan rendah dalam menangani kejatuhan ekonomi akibat wabak COVID-19. Menurut Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), Singapura akan memberikan geran berjumlah US$20.57 juta kepada Catastrophe Containment and Relief Trust IMF; Relief Trust; COVID-19 Crisis Capacity Development Initiative; […]
Berita
Bekas Polis Bunuh Anak Tiri Ke Tali Gantung
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Seorang bekas koperal polis sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya reda dan menjaga anak-anaknya selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan tirinya, enam tahun lepas. Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 39, selepas mendapati […]
Berita
Rakyat Pakistan Dambakan Kedamaian, Kerjasama Dengan Negara Jiran – PM Imran
ISLAMABAD, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berkata rakyat Pakistan mendambakan kerjasama dan hubungan yang aman dengan semua negara jiran termasuk India. Khan berkata demikian sebagai membalas surat tahniah daripada Perdana Menteri India Narendra Modi sempena Hari Pakistan yang disambut pada 23 Mac. “Terima kasih atas perutusan tahniah sempena Hari Pakistan. Rakyat […]
Berita
PLUS: Lorong Kanan Antara Senai Utara Ke Kulai Ditutup
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Lorong kanan antara Senai Utara ke Kulai di KM21.85 hingga KM25.50 (arah utara) akan ditutup selama tiga setengah bulan kepada semua kenderaan bermula 4 Apr hingga 25 Julai depan. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan berkenaan bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf penghadang jalan konkrit dilaksanakan […]