Berita
Warga Emas, OKU & Individu Berpenyakit Kronik Yang Telah Mendaftar Vaksin COVID-19 Akan Mula Terima Tarikh Temujanji Melalui MySejahtera Bermula Hari Ini – KKM
Seperti yang diketahui, Program Imunisasi COVID-19 fasa pertama yang melibatkan petugas barisan hadapan telah dilaksanakan sejak 24 Februari lalu. Kini, fasa kedua yang melibatkan warga emas, OKU dan individu berpenyakit kronik akan bermula pada 19 April ini. Menurut KKM, golongan tersebut yang telah mendaftar vaksin akan mula menerima tarikh temujanji melalui aplikasi MySejahtera bermula hari […]
MYDIN Bantu Golongan Memerlukan, Beri Bekalan Barang Runcit Enam Bulan Untuk 50 Pelanggan Bertuah
Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) terus menyantuni golongan memerlukan melalui kempen MYDIN Prihatin Girang Syawal Tiba yang dilancarkan sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kempen ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun. Sepanjang Ramadan dan […]

TERKINI COVID-19: 1,070 Kes Dicatatkan Hari Ini, Selangor Dan Sarawak Catat Kes Tertinggi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 1,070 kes baharu yang dicatatkan hari ini. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 352,029 kes. Selangor masih lagi mencatatkan kes tertinggi dengan 327 kes, diikuti oleh Sarawak dengan 225 kes dan Pulau Pinang dengan 133 kes. Terkini. 5 April. […]
(Video) “Door Gift” Mewah Atta Halilintar & Aurel Tarik Perhatian Ramai, Siap Hadiahkan Rantai ‘Mahal’
Selamat bernikah pada Sabtu lalu, majlis pernikahan anak Krisdayanti, Aurel Hermansyah dan Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar mendapat liputan yang meluas di Indonesia. Turut disaksikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, upacara akad nikah mereka telah diadakan di Hotel Raffles, Jakarta, dalam keadaan yang mematuhi SOP Covid-19. Ia juga telah disiarkan secara langsung di stesen televisyen […]
Pengantin ‘Terduduk’ Dakwa Ditipu Catering, Meja Tak Siap & Makanan Tak Ada, Terpaksa Bungkus Nasi Untuk Tetamu
Bila merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan, setiap pasangan dan ahli keluarga masing-masing pasti mengharapkan agar ianya berjalan dengan lancar. Dari pelamin hingga katering, semua perlulah sempurna ketika hari yang paling bahagia itu. Pun begitu, terkadang tidak semua berlaku seperti yang dirancang. Sama seperti yang berlaku bagi sebuah majlis perkahwinan di Indonesia ini. Pihak katering didakwa […]
Lagunya Pernah Jadi Siulan Anak Muda, Faizal Tahir & Mirwana Bakal Buat Kemunculan Semula?
Suatu ketika dahulu, lagu-lagu nasyid sering menjadi siulan ramai. Walaupun bukan penggemar genre nasyid, lirik-liriknya pasti akan meniti di bibir setiap orang. Jika anda masih ingat, Mirwana merupakan antara kumpulan nasyid yang popular pada ketika itu. Dengan ahli asal seramai lima orang, Mirwana pernah popular dengan lagu Hikmah Kembara, Aku Tanpa CintaMu dan Inni Akhofullah. […]

NASOM Lancarkan Program Pakar E-Dagang Bertauliah Pertama Di Dunia Bagi Belia Autistik Di Malaysia
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) telah mengumumkan pelancaran program Pakar E-dagang Bertauliah (CES) Tahap 1 kendaliannya. Program latihan dan perantis khusus ini bertujuan memperkasakan belia penghidap autisme di Malaysia dengan kemahiran pemasaran digital dan E-Dagang, seterusnya membuka peluang kerjaya baharu dalam kalangan komuniti autisme. Sejajar dengan tema Hari Kesedaran Autisme Sedunia (WAAD), iaitu Keterangkuman di […]
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Dengar Rayuan SRC
PUTRAJAYA, 5 April (Bernama) — Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd diteruskan hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan pendengarannya. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim […]
Guru Meninggal Bukan Kerana Suntikan Vaksin COVID-19 – Polis
SEREMBAN, 5 April (Bernama) — Polis hari ini menafikan maklumat tular menerusi media sosial kononnya seorang guru meninggal dunia selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed menjelaskan wanita itu mengalami sawan semasa berada di rumah dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson pada 1 April untuk menerima rawatan sebelum […]

Baru Lepas Kemalangan & Badan Luka-luka Hingga Berbalut, Lelaki Terpaksa Bersanding Pakai Seluar Pendek
Tidak semua yang dirancang akan berlaku, terkadang banyak ujian yang datang menerpa terlebih dahulu termasuk apabila melibatkan majlis perkahwinan. Seperti situasi yang tular di Indonesia ini yang menyaksikan seorang pengantin lelaki terpaksa bersanding dengan hanya mengenakan seluar pendek dan tidak berbaju. Menurut Kompas.com, pengantin lelaki itu dipercayai cedera akibat kemalangan. Dalam foto yang tular, lengan […]
Earbuds Pertama Sokong ANC TWS Dengan Harga Murah, Mula Dijual 3 April Ini
Bila bercakap tentang telefon pintar, pasti ramai yang turut mencari earbuds namun pening memikirkan earbuds mana yang sesuai dengan korang. Ada dikalangan korang yang mementingkan tentang reka bentuk earbuds tersebut, ada yang mementingkan tentang kegunaannya dan ada juga yang mementingkan fungsi yang boleh diperoleh apabila menggunakan sesuatu earbuds itu. Bercakap tentang earbuds, korang pasti nak tahu […]
(Video) 44 Dilaporkan Terkorban Dan 24 Hilang Dalam Kejadian Banjir Lumpur Di Flores Timur
Seramai 44 orang dilaporkan telah terkorban dalam kejadian banjir lumpur di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Menurut Berita Satu, Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) mengatakan bahawa seramai 256 orang penduduk telah dipindahkan di Balai Desa Nelemawangi dan sejumlah penduduk yang lain pula dipindahkan di Balai Desa Nelelamadike. Tidak cuma itu, terdapat 24 orang dilaporkan […]
“Harus Mulai Berani Melangkah,” Wanita Ini Kongsi Kisah Naik Turun Kehidupannya Sebelum Berjaya Bina Empayar Sendiri
Setiap kejayaan yang ditempa, pastinya tidak lari daripada disulami dengan rintangan serta cabaran. Walaupun sesebuah kejayaan itu tampak manis di luaran, namun hanya orang yang melaluinya sahaja yang tahu betapa susah dan getirnya sebelum berjaya mengecapi kejayaan. Seperti yang dilalui oleh seorang ahli perniagaan bernama Nor Shahlina Abu atau lebih dikenali dengan Liena Montana yang […]
(Video) Mungkin Ramai Tak Pernah Tengok, Ini Rupanya Cara Kren Panjang ‘Dilipat’
Bagi yang sering melalui kawasan pembinaan, pandangan anda pasti tidak akan terlepas dari melihat kren yang tinggi di kawasan itu. Pun begitu, pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana semua kren tersebut dialihkan daripada kawasan itu selepas semua bangunan siap dibina? Untuk pengetahuan anda, ada sesetengah kren yang dibawa oleh trak atau kren mudah alih dan ia sebenarnya […]
(Video) Meriah Macam Taman, Akak Ni Kongsi Hasil Setiap Hari Selama 7 Bulan Tanam Pokok Bunga Di Laman Rumah
Salah satu keistimewaan apabila tinggal di rumah landed ialah apabila boleh bercucuk tanam di sekitar halaman rumah dan hasilnya boleh dinikmati seisi keluarga. Bayangkan rimbunan pokok-pokok dan sayur-sayuran yang tumbuh menghijau dengan hasil yang hanya tinggal untuk dipetik sahaja. Tidak cuma itu, ibu-ibu juga pasti tidak akan membiarkan halaman kosong tanpa pokok bunga, tetapi pokok […]
(Video) Abang Ni Saran & Tunjuk Cara Pasang ‘Tire Pressure Monitoring System’, Lebih Mudah Nak Pantau Tekanan Angin Tayar Kereta
Apabila memiliki kereta sendiri, banyak yang perlu dijaga dan diberikan perhatian iaitu bukan sahaja dari segi ‘kecantikan’ luaran tetapi juga berkaitan ‘kesihatan’ kereta. Ramai yang baru sedar mengenai sebarang kerosakan bila kereta sudah tidak boleh dihidupkan. Sama juga seperti tayar kereta, ia perlulah sentiasa diperiksa untuk mengelak daripada tayar pancit terutama jika ingin memulakan perjalanan […]

Adik Nurasniera Kekurangan Darah Jenis AB Positif, Ibu Rayu Orang Ramai Derma Darah Di Hospital Pitas
Seorang ibu merayu bantuan orang awam yang memiliki darah jenis ‘AB positif’ untuk tampil menderma agar dapat membantu anaknya yang menghidapi penyakit Hemophagoyctic Limphohistiocytosis. Menerusi perkongsian di Facebook, Noraine berkata, anaknya Nurasniera Faezah yang berusia satu tahun dua bulan kekurangan darah dan kini berada di Hospital Pitas, Kota Marudu, Sabah. Oleh itu, dia mengharapkan bantuan […]

TERKINI: 1,349 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan, Sarawak Kes Tertinggi Hari Ini
Sebanyak 1,349 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 350,959 kes setakat Ahad (4 April 2021), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiga (3) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iatu Sarawak dengan 419 kes diikuti Selangor 343 kes, Pulau Pinang 185 […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Beberapa Kawasan Di 10 Negeri Hingga 7 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka berlaku hingga jam 7 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada 4.45 petang itu melibatkan beberapa kawasan di 10 buah negeri di Malaysia. Berikut adalah kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir; Seluruh negeri Perlis, Kedah […]
JAHEAIK Pantau Enam Tadika Dimiliki Pengikut Ajaran Sesat Asmaul Husna
KOTA BHARU, 4 April – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kini memantau enam prasekolah di negeri itu kerana dikhuatiri mengadakan sesi pembelajaran menyalahi hukum Islam. Pengarahnya Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata ini berikutan pihaknya menerima laporan mendakwa pemilik tadika yang merupakan seorang wanita berusia 50-an, adalah antara pengikut ajaran “Asmaul Husna Wan Maseri” yang […]