Berita

(Video) Abang Antara 53 Kru Kapal Selam Yang Hilang, Adik Menangis Tonton Video Anak Kapal Nyanyi Lagu Sedih
Hari ini genap empat hari kehilangan kapal selama KRI Nanggala-402, namun nasib semua anak kapal masih menjadi tanda tanya. Walaupun beberapa barang dan serpihan milik kapal selam tersebut sudah dijumpainamun bagi anggota keluarga tiada istilah berhenti berharap, apatah lagi berhenti menunggu insan tersayang daripada menjelma di depan mata. Selain keluarga yang lain, Ur Vienna adik […]

Polis Nafi Pukul Individu Terlibat Demonstrasi PKPD Di Tawau
KOTA KINABALU, 25 April (Bernama) — Polis Sabah hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan anggotanya memukul bahu dan dada seorang individu yang ditahan ketika melakukan demonstrasi berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu yang disiar sebuah portal hari ini dan beliau telah mengarahkan […]
‘Pakar Penyelamat’ Kapal Selam, Ini Fakta Tentang Kapal MV Mega Bakti Malaysia Yang Ramai Tak Tahu
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Malaysia juga mempunyai sebuah kapal yang hebat khusus untuk menyelamatkan kapal selam sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Menerusi laman Twitter RMN Subforce, kapal MV Mega Bakti ini telah selamat tiba ke Bali untuk sertai SAR kapal selam KRI Nanggala-402 yang dilaporkan tenggelam di perairan Bali. Hari ini SK nak kongsikan […]

Isu Gari: Lelaki Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Bukan Dalam Tahanan Polis
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Polis menyeru orang ramai agar tidak memanipulasi isu seorang lelaki yang dibawa ke Mahkamah Jalan Duta tanpa bergari dan tidak berpakaian lokap bagi menghadapi pertuduhan kes mencederakan dua pengawal peribadinya, Jumaat lepas. Sebelum itu lelaki berkenaan pada Khamis lepas didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas beberapa pertuduhan antaranya memukul dan mengugut mangsa sama. Ketua Polis Daerah Dang Wangi […]

“Pasti Ada Keretakan Besar,” Operasi Mengangkat KRI Nanggala Di Kedalaman 850 Meter Sangat Sukar
Posisi kapal selam KRI Nanggala-402 yang berada pada kedalaman kira-kira 850 meter menyukarkan usaha pasukan mencari dan menyelamat untuk mengangkat kapal berkenaan ke permukaan. Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana Yudo Margono berkata, kedudukan kapal pada kedalaman tersebut sukar untuk diangkat menggunakan kapal selam atau ROV (kenderaan bawah air yang dikendalikan dari jarak jauh) selain keadaan […]

KRI Nanggala-402 Tenggelam Hampir Sama Tinggi Dengan Menara Burj Khalifa
Sehingga kini, kapal selam KRI Nanggala-402 tidak ditemui lagi namun Ketua Tentera Indonesia telah mengesahkan kapal tersebut sudah tenggalam sejauh 850 meter dalam satu kenyataan media semalam. Ketinggian tersebut hampir sama dengan bangunan tertinggi di dunia yang menjadi ikon kota Dubai iaitu Burj Khalifa. Ketinggian Burj Khalifa dianggarkan mencapai tinggi 828 meter bersamaan dengan 2 […]

Malaysia Sudah Sampai, MV Mega Bakti Milik TLDM Selamat Tiba Di Lokasi Pencarian KRI Nanggala 402
Laman Twitter RMN Subforce telah mengesahkan bahawa kapal penyelamat kapal selam, MV Mega Bakti telah selamat sampai di lokasi pencarian KRI Nanggala-402. Menurut RMN< kapal MV Mega Bakti sampai 3 jam 45 minit lebih awal seperti yang dijadualkan. “Mega Bakti Tiba Di Lokasi Bersedia Hulur Bantuan”, itulah cogan kata yang tersemat di dada anggota-anggota Tentera […]

(Video) Ribuan Dron Membentuk Kod QR, Orang Ramai Boleh ‘Scan’ Dan Main ‘Mobile Game’ Ini
Pada Sabtu, ratusan dron berterbangan di ruang udara Shanghai untuk membuat pertunjukan cahaya dan upacara kemuncak dengan membentuk satu QR Code yang boleh diimbas orang ramai QR Code itu adalah iklan dari sebuah syarikan penstriman video, Bilibili dalam menyambut ulangtahun syarikatnya yang pertama dan melancarkan permainan video mobile, Princess Connect. 1,500 drone digunakan bagi membentuk […]

Jual Murtabak Lebih 1,000 Keping Sehari Di Depan Tangga Rumah
KOTA BHARU, 25 April – Walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa di Kelantan ketika ini, ia tidak menjadi ‘penghalang’ rezeki buat keluarga penjual martabak menerima permintaan memberangsangkan pada bulan Ramadan ini. ‘Martabak Kadok’ yang dikenali penduduk di sekitar sini sejak 25 tahun lepas itu, hanya beroperasi di hadapan tangga rumah pengusahanya di Kampung Kadok, Jalan Ketereh-Kota Bharu, […]

10 Kru Warga Asing Terselamat Dalam Insiden Bot Karam Di Pulau Pisang
JOHOR BAHRU, 25 April (Bernama) — Seramai 10 kru kapal warga Indonesia nyaris maut selepas dua bot barter trade yang dinaiki mereka karam dalam dua kejadian di perairan Pulau Pisang, Pontian pada awal pagi semalam. Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kedua-dua bot terbabit yang membawa muatan kelapa bulat, dalam pelayaran dari […]

Lelaki Ditahan Seludup Pelbagai Haiwan Eksotik Bernilai Lebih RM60,000
KOTA BHARU, 25 April (Bernama) — Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) menahan seorang lelaki kerana disyaki menyeludup masuk pelbagai spesies haiwan eksotik bernilai lebih RM60,000 di Kampung Kebun dekat Pengkalan Kubor, Tumpat, malam tadi. Pegawai Pemerintah Medan PGA7 Supt Azhari Nusi berkata lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan pada 11.30 malam oleh sepasukan anggotanya yang menjalankan rondaan Op […]

Bazar Aidilfitri Di Melaka Dibenar Beroperasi Hingga 2 Pagi
MELAKA, 25 April (Bernama) — Kerajaan negeri Melaka hari ini memberi ‘lampu hijau’ kepada peniaga bazar Aidilfitri untuk beroperasi hingga pukul 2 pagi bermula hari ini. Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika mengumumkan perkara tersebut bagaimanapun mengingatkan penganjur, peniaga dan pengunjung agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha bersama mengekang penularan COVID-19. […]
(Video) Suami Ada Dalam Kapal Selam Nanggala, Isteri Sedang Hamil Rayu Netizen Doakan Suaminya
Tragedi yang menimpa KRI Nanggala-402 milik Tentera laut Indonesia (TNI) ternyata mendukacitakan ramai. Sinar harapan untuk menjumpai kru yang terselamat semakin pudar berikutan penemuan serpihan dipercayai kompenan kapal dan bebeberapa barangan oleh pasukan pencari. Panglima TNI, Hadi Tjahhanto dalam sidang media rasmi TNI berkata, status kapal berkenaan yang diletakkan sebagai ”submissed” sebelum ini atau hilang […]

(Video) “Orang Yang Berdosa Macam Saya…,” Sebak, Mengalir Air Mata Lelaki Ini Kenang Kisah Silam
Hidayah itu milik Allah SWT, Dia sahaja yang berhak berikan kepada sesiapa yang hambanya yang tanpa mengira latar belakang, usia, pangkat dan harta. Itulah yang didambakan oleh semua orang supaya ia akan membawa kepada pengakhiran yang baik. Ya setiap insan di dunia ini berhak untuk diberikan ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Begitulah juga bagi […]
“Ini Adalah Merupakan Kesalahan,” Peguam Ini Jelaskan Kenapa ‘Spotcheck’ Haid Pelajar Perlu Dihentikan
Hampir semua sekolah mewajibkan pelajar tunaikan solat Zohor secara berjemaah sebelum pulang ke rumah atau menyambung aktiviti kelas tambahan di sekolah. Bila sampai waktu, semua pelajar wajib solat, bagi pelajar lelaki pastinya tiada alasan untuk tunaikannya. Tetapi lain pula bagi pelajar perempuan yang mungkin sedang ada halangan kerana kitaran haid atau bahasa mudah datang bulan. […]

“Kereta Tak Berbumbung,” Viral Video Kancil Kuning, Akhirnya Kereta Dan Pemilik Ditahan Polis
Sebuah kereta kancil berwarna kuning tanpa bumbung dengan tayar kereta hadapan yang pecah tetapi masih dipandu di jalan raya oleh seorang individu pernah menjadi tular di media sosial. Susulan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah bertindak menahan kenderan berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati pemandu tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan selain […]

Segera Wartakan SMK Convent Bukit Nanas Sebagai Tapak Warisan Negara
KUALA LUMPUR, 25 April – Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (SMK CBN) yang telah memperoleh lanjutan tempoh pegangan pajakan tanah untuk 60 tahun lagi sewajarnya segera diangkat sebagai tapak warisan negara. Menyuarakan pandangan itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata adalah penting […]

Perhilitan Johor Rampas 1,070 Ekor Burung Murai
JOHOR BAHRU, 25 April (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas sebanyak 1,070 ekor burung murai yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran dalam operasi di sebuah rumah di Taman Wawasan, Kelapa Sawit, Kulai di sini, Jumaat lepas. Pengarahnya, Salman Saaban berkata operasi dijalankan melibatkan seramai tujuh pegawai dan anggota pada 7.30 malam. ”Hasil pemeriksaan di premis dan kenderaan yang berada di […]

Perhilitan Buru Beruk Liar Cederakan Wanita Di Taman Tasik Taiping
TAIPING, 24 April (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang memburu seekor beruk jantan liar yang mencederakan seorang wanita di Taman Tasik Taiping hari ini. Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata sepasukan anggota telah dikerah mencari beruk itu selepas menerima laporan orang awam mengenai kejadian mangsa cedera di betis kiri akibat dicakar haiwan tersebut ketika berjoging. “Kita telah menghantar anggota […]

Waktu Operasi Peniaga Makanan Dalam Kawasan PKP Di Sabah Ditambah Dua Jam
KOTA KINABALU, 24 April (Bernama) — Kerajaan Sabah hari ini memberi kelonggaran tambahan dua jam beroperasi bagi peniaga makanan di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Jurucakap kerajaan negeri mengenai COVID-19 itu berkata kelonggaran tersebut menyaksikan peniaga makanan antaranya pengusaha gerai, restoran dan kedai makan dapat menjalankan operasi mereka […]