Berita
(Video)”Dia Cuba Cabar Saya,” Lelaki Ini Bongkar Cara Mudah Keluarkan Gunting Dari Pemegang ‘Mug’, Raih 46 Juta Tontonan
Seorang lelaki yang mempunyai lebih 30 juta pengikut di laman Tiktok sering menarik perhatian ramai dengan simple trick yang dikongsikan olehnya. Namun, pada kali ini, dia dicabar untuk mengeluarkan gunting daripada pemegang mug yang pada awalnya seperti sukar. Pengguna TikTok bernama khaby.lame yang menyahut cabaran itu telah membongkarkan rahsia trick tersebut dengan mudah sahaja. Pada […]

‘Instafamous’ Mengaku Tidak Bersalah Miliki Beg, Kasut Dan Baju Berjenama Tiruan Untuk Jualan
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Seorang ‘instafamous’ wanita yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki pelbagai barangan tiruan antaranya beg Chanel, kasut Gucci dan baju Louis Vuitton bagi maksud perdagangan, sekali lagi menukar pengakuannya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Pada 8 April lepas, Nur Ilyana Mohtada, 27, atau lebih dikenali sebagai Illey, […]

Lelaki Didenda RM40,000 Miliki 14 Salinan Video Cetak Rompak Untuk Jualan
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Seorang pemilik kedai membaiki peralatan karaoke didenda RM40,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 14 salinan langganan muzik video cetak rompak bagi tujuan jualan. Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Wei Teck, 32, selepas tertuduh mengaku […]
Hospital Taiping Cari Waris Mayat Warga Emas Tidak Dituntut Sejak Hampir Dua Minggu Lalu
TAIPING, 30 April (Bernama) — Hospital Taiping (HTPG) sedang mencari waris seorang lelaki yang mayatnya tidak dituntut di Unit Perubatan Forensik hospital itu sejak hampir dua minggu lalu. Pengarah HTPG Dr Narimah Yusof berkata Lim Kwee Choon, 61, meninggal dunia di hospital berkenaan pada 3.03 pagi, 18 April lalu. “Lelaki itu beralamat terakhir di Taman […]
Pegawai Penguat Kuasa Jangan Terburu-Buru Keluarkan Kompaun – Mohd Redzuan
PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) — Pegawai penguat kuasa perlu memahami keadaan semasa dan tidak terburu-buru mengeluarkan sebarang kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan di bawah undang-undang adalah untuk mendidik pelaku agar sama-sama bertanggungjawab memerangi pandemik COVID-19. […]
TERKINI: 3,788 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan, 62.7% Kes Hari Ini Dari Selangor, Sarawak Dan Kelantan
Putrajaya, 30 April – Angka harian COVID-19 di Malaysia terus meningkat berbanding semalam dengan 3,788 kes baru dilaporkan hari ini. Menurut kemaskini KP Kesihatan, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 1,265 kes diikuti Sarawak (760) dan Kelantan (464). Terkini. 30 April. Kes baharu hari ini 3,788. 62.7% kes hari ini dari negeri Selangor, Sarawak dan Kelantan. […]

Agong Zahir Kegusaran Peningkatan Kes Positif Covid-19
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kegusaran terhadap peningkatan berterusan kes positif jangkitan harian COVID-19 di negara ini, yang mencecah lebih 3,000 kes. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan mengenai laporan penutupan beberapa sekolah […]

Luahan Pembaca: “Kalaulah Anak Saya BerPDPR Di Rumah, Kes Jangkitan Ni Tidak Akan Terubah Apa-apa”
Baru-baru ini Siakap Keli (SK) ada menerima surat kiriman daripada salah seorang pembaca setia di ‘Inbox’, meluahkan pandangan peribadinya mengenai isu pendidikan negara. Rasanya semua sudah maklum, isu pendidikan negara kini agak ‘bergolak’ dengan spekulasi; adakah sekolah perlu ditutup kerana kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat & pelajar kembali menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). […]
Sekurang-kurangnya 38 Maut Dalam Insiden Rempuhan Di Israel
BAITULMAQDIS, 30 April– Sekurang-kurangnya 38 orang maut dan 100 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di festival Israel pada tengah malam Khamis, lapor Xinhua, memetik media tempatan. Kejadian berlaku di Gunung Meron di utara Israel. Punca sebenar masih belum jelas. Perkhidmatan ambulans Israel Magen David Adom di Twitternya menulis telah merawat 50 mangsa, termasuk 20 […]
APMM Kelantan Tumpaskan Aktiviti Penyeludupan Rokok Putih Bernilai RM 1.6 Juta
PASIR PUTEH, 30 April – Sekumpulan penyeludup lari meninggalkan 1.8 juta batang rokok putih bernilai RM1.6 juta setelah kegiatan mereka dihidu anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, kira-kira satu batu nautika dari muara Kuala Senok, dekat sini pada Rabu lepas. Pengarah APMM Kelantan Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata sepasukan pegawai dan […]

Video Tular Dua Lelaki Dipukul: Polis Panggil Dan Kesan Individu Terlibat
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Polis akan mengesan dan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan berhubung rakaman video yang tular baru-baru ini di media sosial memaparkan dua lelaki dipukul dua lelaki lain di sekitar Chow Kit, di sini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata video berdurasi 54 saat itu memaparkan dua lelaki memukul menggunakan […]

(Video) Kenal Dua Hari Je Terus Ajak Tunang, Gadis Teruja Bakal Suami Berani Jumpa Mak Ayah Lepas ‘First Date’
Inilah yang dinamakan jodoh. Bertahun-tahun mencari pasangan hidup apabila sudah sampainya ‘seru’, sekejap sahaja sudah ke jinjang pelamin. Ya, jodoh itu rahsia Allah yang sudah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi. Selain jodoh, ajal maut juga menjadi rahsia Allah. Tidak dinafikan jika seseorang itu menjadi pasangan hidup mestilah inginkan yang terbaikkan dan ada yang sanggup […]
Sunnah Hari Jumaat, Berapa Kali Sebenarnya Kita Kena Potong Kuku Dalam Seminggu?
Selain wajah yang berseri dan pakaian yang bergaya, penjagaan kuku juga perlulah dititikberatkan. Manakan tidak, ia merupakan anggota badan yang paling banyak digunakan seharian. Bayangkan berapa banyak kotoran dan kuman yang terdapat di dalam kuku jika ia tidak dijaga dengan baik. Seperti yang diketahui, umat Islam disaran untuk memotong kuku pada hari Jumaat kerana ia […]

Sembilan Warga China Ditahan Dalam OP Pelican
MELAKA, 30 April (Bernama) — Sembilan warga China termasuk empat wanita diberkas dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pinjaman wang, dalam serbuan serentak di tiga rumah banglo di Alai Perdana pada Rabu lepas (28 April). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Supt E Sundra Rajan berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu ditahan dalam Op Pelican. ”Siasatan awal mendapati kegiatan terbabit […]

APMM Kelantan Tumpaskan Aktiviti Penyeludupan Rokok Putih Bernilai RM1.6 Juta
PASIR PUTEH, 30 April (Bernama) — Sekumpulan penyeludup lari meninggalkan 1.8 juta batang rokok putih bernilai RM1.6 juta setelah kegiatan mereka dihidu anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, kira-kira satu batu nautika dari muara Kuala Senok, dekat sini pada Rabu lepas. Pengarah APMM Kelantan Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata sepasukan pegawai […]
6 Terbunuh Di Myanmar Sejak Konsensus Asean Dicapai
JAKARTA, 30 April (Bernama) — Sekurang-kurangnya enam orang dibunuh tentera Myanmar sejak berakhirnya Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN di Jakarta minggu lalu, lapor Agensi Anadolu memetik kumpulan hak asasi pada Khamis. Mesyuarai itu mencapai kesepakatan mengenai lima konsensus untuk menamatkan keganasan pasca rampasan kuasa di negara itu Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), pasukan keselamatan juga […]
Tak Boleh Berenggang & Semua Nak Sama, Kembar Seiras Ini Nekad Berkongsi Teman Lelaki
Dua orang adik-beradik perempuan yang dikenali sebagai kembar paling seiras di dunia telah mendedahkan bahawa mereka tidak boleh berenggang dan perlu melakukan semuanya bersama termasuk mempunyi teman lelaki yang sama. Anna dan Lucy DeCinque mengaku mempunyai ‘kegelisihan’ jika berlaku sebarang perpisahan di antara mereka. Mereka membahagikan semua secara adil termasuk teman lelaki yang berusia 37 […]
Tiada Ambulans, Keluarga Ini Terpaksa Apit Mayat Ibu Mangsa COVID-19 Naik Motor Untuk Dikebumikan
INDIA- Seorang lelaki dilaporkan membawa jasad ibunya yang telah mati disebabkan wabak Covid-19 dengan menaiki sebuah motorsikal di New Delhi, India. Video yang viral itu menunjukkan mayat diapit oleh dua lelaki yang dipercayai ahli keluarga mangsa. Berdasarkan video yang diungkah oleh seorang polis, lelaki itu (penunggang) mengatakan ibunya meninggal kerana terkena Covid-19. Tambahnya, dia terpaksa […]

Orang Taiping Boleh Beli, Mak Cik Hidap Kanser Ini Jual Kuih 5 Biji RM 1, Cari Rezeki Untuk Duit Rawatan
Walau sudah berada di usia senja, kegigihan seorang warga emas dalam mencari rezeki yang halal dengan menjual kuih-muih harus diberikan pujian. Malah, ramai yang terkejut apabila mengetahui kuih-muih berkenaan dijual dengan harga murah iaitu RM1.00 bagi 5 ketul. Harga yang dikatakan ‘tidak balik modal’ jika mengikut peredaran zaman. Menerusi perkongsian oleh Ridzuan Abdullah di Facebook, […]
SOP Aidilfitri, Rentas Daerah Dijangka Diumum Minggu Depan – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 30 April – Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan dijangka memutuskan beberapa perkara berkaitan sambutan Hari Raya antaranya prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dan rentas daerah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SOP yang bakal dikeluarkan itu berdasarkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM). “Hari ini Jawatankuasa Teknikal akan berbincang, kemudian ia akan dibentangkan dalam sidang khas MKN pada […]