Berita

TERKINI COVID-19: 1,149 Kes Di Selangor Antara 3,807 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 3,807 kes positif COVID-19 baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 444,484 kes. Berdasarkan data yang dikeluarkan, Selangor mencatatkan angka positif harian tertinggi hari ini dengan 1,149 kes, diikuti Sarawak dengan 649 kes dan Kelantan 329 kes. Maklumat lanjut menyusul. […]
Mansuh ‘Exam’, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Macam Mana Pencapaian Anak-Anak Dinilai Lepas Ni
Satu Malaysia telah digemparkan dengan berita ‘UPSR dimansuhkan, PT3 dibatalkan’ tahun 2021. Realitinya pasti ada yang bersetuju dan ada juga yang kurang bersetuju. Lebih-lebih lagi pada ibu bapa dan warga pendidik. Kalau sebelum ni, anak-anak perlu belajar di rumah tapi kali ini peperiksaan besar pula dibatalkan. Namun begitu, keputusan dibuat Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr […]
“Sekadar Untuk Perhatian Team Media Sosial..,” MITI Jelaskan Isu Hanya ‘Tag’ PDRM Di Twitter Nak Sampaikan Info
Hari ini tular satu ciapan dari laman Twitter Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang hanya memberi info kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa surat kebenaran bekerja tidak perlu cop polis melalui laman Twitter sahaja. Tindakan menerima pelbagai reaksi dari pelbagai pihak kerana ramai mempertikaikan penyampaian info melalui media sosial kemungkinan tidak sampai kepada anggota […]

Maklum Kepada Polis Jika Jiran Langgar SOP Aidilfitri – KP Perlis
KANGAR, 10 Mei – Orang ramai dinasihatkan agar memerhati kawasan kejiranan mereka dan memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa, kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad. Beliau berkata maklumat sedemikian diperlukan bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang masih berdegil dan tidak mematuhi Prosedur Operasi […]
Arab Saudi Rancang Benarkan Ibadah Haji
RIYADH, 10 Mei – Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk membenarkan ibadah haji pada tahun ini dengan peraturan langkah pencegahan yang ketat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan jemaah, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik Agensi Berita Saudi pada Ahad. Pihak berkuasa kesihatan negara itu masih menilai keadaan dan mengambil semua langkah untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai, kata […]

GSC Umum Tutup Semula Semua Pagung Wayang Bermula Hari Ini
Kesemua panggung wayang Golden Screen Cinemas (GSC) akan mula ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa pada hari ini, 10 Mei 2021. Perkara ini disampaikan menerusi laman Facebook rasmi GSC dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menyatakan bahawa pawagam merupakan tempat yang telah disenarikan […]

Kanak-Kanak Lelaki Yang Tergelincir Ke Dalam Longkang Di Seremban 2 Ditemui Mati
SEREMBAN, 10 Mei – Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas akibat tergelincir ke dalam sebuah longkang di Flat Cempaka Avenue, Seremban 2, Sabtu lepas, ditemukan terapung di kolam tadahan air dekat sini, pagi tadi. Ketua Zon Seremban Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan Khair Amir Ahmad berkata mayat Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, […]

(Video) Patutlah Durian Mahal, Gadis Ini Tunjuk Cara Nak Buat Caramel Kulit Durian
Selalu kita dengar kalau beli durian mahal, apa salahnya makan sekali dengan kulit kan? Kalau tak, rugilah beli durian itu kan, berat kulit lebih dari isinya. Rupanya ungkapan ‘makan kulit sekali’ ini benar-benar terjadi. Bagaikan tak percaya apabila melihat satu video yang dikongsikan di laman Tiktok menunjukkan rakaman video memasak kulit durian sebagai pencuci mulut. […]
Hantar Baju, Kuih Raya Antara Alasan Rentas Daerah, Negeri – Polis
PETALING JAYA, 10 Mei – Polis mengesan pengguna jalan raya menggunakan pelbagai alasan tidak munasabah seperti menghantar baju dan kuih raya untuk membolekan mereka merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya tidak mengenakan kompaun sebaliknya mengarahkan individu terlibat untuk berpatah balik. Beliau berkata bagi pemandu yang ingkar, tindakan kompaun akan dikenakan serta-merta […]
Sekurang-kurangnya 90 Dilapor Cedera Pada Hari Kedua Pertembungan Antara Rakyat Palestin Dan Polis Israel
Sekurang-kurangnya 90 individu dilaporkan cedera semasa pertembungan antara rakyat Palestin dengan polis Israel di Baitul Maqdis malam tadi, lapor CNN. Memetik kenyataan persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, kesemua yang tercedera merupakan warga Palestin yang terkena peluru getah atau stun grenades milik Israel. Enam daripadanya merupakan individu berusia bawah 18 tahun, termasuk seorang kanak-kanak 1 tahun. Sebelum ini, […]

Remaja Dilapor Maut Terjatuh Di Ketika Berjalan Menuruni Lereng 100 Kaki Untuk Melihat Air Terjun Bersama Rakan
Seorang remaja terbunuh ketika jatuh 100 kaki di gunung ketika menyaksikan air terjun dengan rakan-rakannya, lapor Daily Mail. Remaja berusia 18 tahun yang tidak disebutkan namanya, ketika itu sedang menuruni lereng curam di gunung Pen-Pych di Lembah Rhondda, South Wales. Di tempat kejadian itu jugalah dia terjatuh. Dilaporkan, khidmat kecemasan termasuk helikopter telah bergegas ke […]
Siasatan Kes Langgar SOP: Polis Melaka Akan Panggil Awie
MELAKA, 9 Mei (Bernama) — Polis Melaka akan memanggil beberapa individu, termasuk selebriti yang juga penyanyi rock Datuk Ahmad Azhar Othman, atau dikenali ramai sebagai Awie, bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengambil bahagian dalam satu progam misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di sini baru-baru ini. Ketua Jabatan […]

(Video) “Tak Mampu Buat Kerja Lain,” Pasangan OKU Buka Saluran Youtube Untuk Jana Pendapatan
Halangan dari segi fizikal tidak memutuskan semangat pasangan kelainan upaya (OKU) Fatima dan Aijaz untuk terus mencari rezeki. Berbekalkan semangat kental dan gajet yang mereka ada, pasangan ini membuka saluran Youtube untuk berkongsi kisah kehidupan mereka sehari-hari. Kisah pasangan ini telah dikongsikan seorang individu bernama Umar di Twitter. “Fatima dan Aijaz merupakan pasangan OKU yang […]
TERKINI: 3,733 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Selangor Tertinggi Dengan 1,278 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 3,733 kes positif COVID-19 baharu yang dicatatkan hari ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, 3,733 kes positif baharu itu menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 440,677. Selangor sekali lagi merupakan negeri yang tertinggi mencatatkan kes positif baharu pada […]
(Video)Guna Kamera Telefon Je, Ini Cara Nak ‘Snap’ Gambar Raya ‘Perfect’ Dan Idea OOTD Raya
Mesti ramai diantara kita yang tak sabar nak pakai baju raya baru kan? Dah beli mahal-mahal dan cantik-cantik, rugilah kalau tak OOTD dengan ahli keluarga semua. Dah la warna semua sedondon, kalau tangkap gambar mesti cantik. Tapi macam mana caranya nak ambil gambar OOTD korang tu bagi lawa? Mesti korang tengah pening nak cari idea […]
Ingkar SOP: 47 Termasuk Pemilik Pusat Hiburan Dikompaun RM280,000
GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) — Seramai 47 individu termasuk pemilik sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini dikenakan kompaun berjumlah RM280,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dalam serbuan awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, […]
Waspada, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 10 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang […]
Warga Emas Menyamar Bekas ‘ACP’ Bergelar ‘Datuk’ Semasa Mohon Rentas Negeri Ditahan
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditahan selepas didapati menyamar sebagai bekas pegawai kanan polis berpangkat ACP bergelar ‘Datuk’ ketika membuat permohonan rentas negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 65 tahun itu hadir ke balai […]

Bekalan Air Percuma Kepada 1.33 Juta Rakyat Terengganu Sempena Aidilfitri – Menteri Besar
KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada 1.33 juta rakyat Terengganu sepanjang bulan ini. Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bekalan air percuma kepada isi rumah kategori rumah tangga itu bertujuan membantu rakyat meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam situasi ekonomi yang […]
Cuaca Diramal Mendung, Hujan Pada Hari Raya Aidilfitri, Dijangka Berlarutan Hingga Raya Ketiga
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca mendung di seluruh negara dengan kemungkinan hujan di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sabah pada Hari Raya Aidilfitri minggu depan. Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata pada sebelah petang pula dijangka hujan di kawasan pedalaman negeri-negeri pantai timur Semenanjung. “Secara keseluruhannya, dijangka […]