Berita

Macam Dalam Filem Anime, Tempat-tempat Ini Wujud Di Dunia Sebenar
Bagi peminat anime, bukan sahaja jalan cerita yang mindblowing dan di luar kotak yang membuatkan kita jatuh cinta, tapi juga kualiti visual yang ditunjukkan. Tengok makanan yang dimakan pun dah buatkan kita terliur, apatah lagi bila lihat pemandangan yang serba indah di latarnya. Jangan terkejut, sebenarnya banyak makanan dan pemandangan cantik macam dalam anime tu […]
“Jika Dibanding 2020, Langsung Tiada Bazar…,” Peniaga Akur Tutup Bazar Beberapa Hari Sebelum Raya Demi Keselamatan Semua
Benarlah kata pepatah, panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Selepas kerajaan memutuskan penutupan semua bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula semalam (Isnin), mendatangkan pelbagai reaksi peniaga ada yang menyokong tidak kurang ramai yang tidak bersetuju dengan penutupan bazar. Biarpun keputusan dibuat kerajaan itu disambut […]
Setakat Mei, 70 Buah Kilang Sudah Diarah Tutup Kerana Melanggar SOP- Ismail Sabri
Operasi perkilangan masih dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berdasarkan langkah penambahbaikan dan penilaian risiko yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, KKM akan melakukan pengesanan kontak rapat apabila berlakunya kes di kilang. “Mereka yang didapati positif akan diasingkan dan dirawat dan mereka yang kontak […]
Pemuda Indonesia Dilaporkan Meninggal Dunia Selepas Terima Vaksin Astrazeneca
JAKARTA, 11 Mei (Bernama) — Seorang pemuda berusia 22 tahun di Indonesia dilapor meninggal dunia pada Jumaat lepas, sehari selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca. Menurut laporan media tempatan, pemuda bernama Trio Fauqi Virdaus berasal dari Buaran, Jakarta itu menerima suntikan vaksin berkenaan pada Khamis lepas (6 Mei) dan mengalami demam. Beliau disahkan meninggal dunia pada keesokannya ketika menerima rawatan di hospital. Jurucakap Kementerian […]
TERKINI: PKP 3.0 Tak Seketat PKP 1.0 Kerana Tidak Mahu Susahkan Rakyat
Kerajaan tidak melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti PKP 1.0 kerana tidak mahu menyusahkan rakyat untuk teruskan hidup. Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap keputusan yang dibuat itu perlulah mengimbangi antara keperluan kesihatan dan juga kehidupan rakyat. “Negara kehilangan RM2.4 bilion sehari apabila kita tutup kesemua sektor ekonomi. “Dan seperti […]

TERKINI COVID-19: 3,937 Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, Dukacita 22 Kes Kematian Turut Dilaporkan
Sebanyak 3,937 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini dengan 5 kes import 3,968 kes tempatan. Ini menjadikan jumlah kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 448,457 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media hari ini, kes sembuh pula adalah sebanyak 2,848 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 408,236 […]

TERKINI: Hanya 1 Standard SOP Untuk Seluruh Negara, Libatkan Seluruh Kementerian – Ismail Sabri
Hanya satu sahaja standard prosedur operasi standard (SOP) untuk seluruh negara yang libatkan seluruh kementerian, umum Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail berkata, SOP baharu yang dipersetujui itu meliputi protokol aktiviti-aktiviti dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi perkhidmatan awam dan swasta, protokol kesihatan umum, aktiviti keagamaan, […]

TERKINI: Dalam Sejarah, Sidang Media MKN Bergabung Dengan KKM Pukul 5 Petang Ini
Satu sidang media khas bersama Menteri Kanak Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dijadualkan bakal berlangsung pada pukul 5 petang ini. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah sidang media yang mempunyai dua jurucakap berkaitan kesihatan dan tidak berkaitan mengadakan sidang media bersama. Saksikan sidang media […]
(Video) Jangan Buat ‘Personal Loan’, Ini 2 Cara Menabung Kalau Nak Kawin Lagi 2 Hingga 3 Tahun
Bila bercakap tentang perkahwinan, perkara utama adalah merancang majlis perkahwinan perlu betul kerana kalau tersilap ia akan melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi. Sebab itu, ramai yang suka sediakan tabung khas untuk perkahwinan. Lebih-lebih lagi mereka yang tidak mahu menggunakan wang keluarga serta berhutang dengan mana-mana pihak. Jadi, bakal pengantin perlu memikirkan cara yang paling berkesan […]
Berat Badan Naik Lepas Raya? Jangan Risau Ikut Petua Diet Seminggu Ini, Pasti Kurus
Selalu ikut petua kurus tetapi kelihatan tidak begitu berkesan? Apa kata anda cuba cara untuk kurus dalam masa seminggu yang kami kongsikan di bawah ini. Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini. 7 petua kurus dalam masa seminggu yang berkesan Terdapat pelbagai kaedah atau pelan diet yang mungkin pernah anda […]

Persiapan Aidilfitri Musnah, Rumah Terbakar Di Teluk Intan
TELUK INTAN, 11 Mei – Persiapan empat keluarga untuk menyambut Aidilfitri pada Khamis ini musnah selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Padang Tembak di sini, terbakar malam tadi. Menceritakan detik cemas itu ketika ditemui pemberita, seorang daripada mangsa, Bahudin Kulop Wahab, 70, berkata ketika kejadian dia sedang berehat sebelum tiba-tiba mendengar percikan api dipercayai […]

Lelaki Rugi RM187,000 Dipercayai Ditipu Suspek Yang Menyamar Sebagai ‘Datuk Syafiq’
Seorang lelaki yang juga merupakan penjawat awam telah mengalami kerugian sebanyak RM187,000 akibat terjerat dengan sindiket penipuan ‘Datuk Syafiq’ yang suspek mengaku dirinya dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor Bharu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamad berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang lelaki yang berusia 40-an baru-baru […]
Ijm Land Menghulurkan Bantuan Kepada Keluarga Yang Kekurangan Melalui ‘Program Mesra Ramadan’ Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yang Akan Datang
Seremban, 10 Mei 2021 – Bagi umat Islam di seluruh dunia, bulan Ramadan adalah masa untuk meningkatkan penghayatan ibadah mereka dengan mendirikan solat, bersedekah, berbuat baik sesama manusia di samping meluangkan masa dengan keluarga dan rakan. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah golongan yang mengalami kesusahan di bulan yang mulia ini. Sehubungan dengan itu, IJM Land Seremban […]

14 Tahun Tidur Bawah Pokok Tepi Jalan, Ebit Lew Sewakan Rumah Buat Mak Cik Pengutip Besi
Ebit Lew, insan hebat yang dikenali ramai ini tidak pernah mengenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau pastinya turun padang membantu. Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada […]

Polis Serbu Kondominium Di Mont Kiara, Beroperasi Sebagai Pusat Panggilan Judi & Penipuan Pelaburan Saham
KUALA LUMPUR, 11 Mei – Polis menahan empat lelaki warga China disyaki menjalankan sindiket pusat panggilan perjudian dalam talian dan penipuan pelaburan saham, di sebuah unit kondominium di Mont Kiara, di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata kesemua suspek berumur 26 hingga 32 tahun itu yang ditahan pada […]
McDonald’s Malaysia Dan Astro Jalin Kerjasama Santuni Masyarakat Sempena Ramadhan Melalui McDelivery Berbakti
KUALA LUMPUR, 10 Mei 2021 – McDonald’s Malaysia bekerjasama dengan Astro menerusi McDelivery Berbakti, satu inisiatif yang menyaksikan penghantaran makanan dan keperluan harian kepada keluarga asnaf dan petugas barisan hadapan negara sempena bulan suci Ramadhan. Pada bulan April, McDonald’s dan Astro telah menyertai program Ziarah Ramadan anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), […]

(Video) Bos ‘Senyap-Senyap’ Pasang Kamera Rakam Reaksi Pekerja Menangis Tak Dapat Balik Raya Buat Ramai Sebak
Diam tak diam, Ramadan sudah sampai ke penghujung. Kali ini, sudah memasuki tahun kedua Syawal, rentas negeri untuk pulang beraya ke kampung halaman tidak dibenarkan. Buat anak perantauan, semakin dekat takbir bergema, semakin berkecamuk rasa di dada. Dah terbayang wajah ibu dan ayah yang menunggu di pintu, kemeriahan adik beradik dan sanak-saudara yang selalu dirindu. […]
Ada Lawak Ada Sedih & Ada Pengajaran, Ni Antara Iklan Raya Yang Wajib Korang Tengok Tahun Ni
Dah nak nak dekat raya ni, korang semua yang tengah free tu mesti tengak belek belek YouTube tengok iklan raya kan? Kadang-kadang tengok iklan raya ni dah jadi macam rutin tiap-tiap tahun dah. Banyak iklan-iklan yang ada dekat YouTube ni power power. Ada yang sedih, ada yang kelakar dan macam-macam lagi lah. Tapi pada korang […]

Israel Lancarkan Serangan Udara, Balas Serangan Roket Hamas, 20 Penduduk Gaza Maut
Sekurang-kurangnya 20 orang termasuk sembilan kanak-kanak terbunuh setelah tentera Israel melancarkan serangan udara di seluruh Gaza, Palestin, pada malam tadi. Serangan tersebut dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke Israel pada Isnin oleh Hamas, parti pemerintah Islam bersenjata di Gaza. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang bertemu dengan pegawai keselamatan […]
TERKINI: Letupan Kedengaran Di Israel, HAMAS Mengaku Bertanggungjawab Lancar Serangan Roket
Beberapa letupan kedengaran di sekitar Israel hari ini setelah pejuang bersenjata HAMAS melancarkan serangan roket dari Gaza. Merujuk laporan Independent, letupan tersebut dilapor disusuli dengan bunyi siren yang bergema membingitkan kota berkenaan pada lewat petangnya. Dalam laporan sama, turut kedengaran siren-siren amaran roket dibunyikan di selatan Jerusalem. Jurucakap HAMAS berkata, mereka bertanggungjawab atas kejadian itu […]