Berita
Petronas Umum Penemuan Gas Kedua Di Perairan Cetek Balingian
PETRONAS mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali ‘wildcat’ Kulintang-1, Blok SK438 yang terletak di perairan cetek daerah kecil Balingian, kira-kira 230 km dari pesisir Miri, Sarawak. Menerusi kenyataan media syarikat itu, telaga berkenaan telah berjaya digerudi sehingga mencecah kedalaman 2,238 meter pada April 2021. Sementara itu, gas berkenaan telah ditemui di takungan batu pasir […]

Guna Dua Bahan Je, Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Almond Nibs’ Sampai Dapat 7.6k Perkongsian
Mungkin sudah pelbagai kuih raya yang telah masuk ke dalam mulut, namun masih ada kuih-kuih raya yang masih ditunggu-tunggu. Antaranya ialah seperti kuih daripada coklat badam yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Bagi yang teringin nak makan ‘cookies’ ala2 Ferrero Rocher bolehlah ikuti resepi daripada perkongsian ini. Perkongsian resepi daripada Puan Eyraa ini telah pun mendapat […]
TERKINI: Pelaksanaan PKP Menyeluruh Di Selangor Tertakluk Kepada Keputusan MKN Dan Kerajaan Persekutuan – MB Selangor
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Selangor tertakluk kepada keputusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Persekutuan. Kenyataan itu telah dimaklumkan olehnya sendiri di Sidang Media Khas COVID-19 Selangor sebentar tadi. Perlaksanaan #PKP menyeluruh di Selangor tertakluk kepada keputusan MKN dan kerajaan Persekutuan – […]

5 Cara Ini Mungkin Boleh Bantu Anda ‘Hapuskan’ Ketulan Ais Di Peti Ais Dengan Pantas
Bahan mentah seperti ayam atau daging atau makanan frozen kita sering letakkan di freezer peti ais. Tetapi rauang freezer selalu dipenuhi gumpalan atau bungaan ais yang menyukarkan kita untuk mengambil bahan yang disimpan. Kompas.com mendedahkan beberapa tips mudah bagi membersihkan bunga ais tersebut yang dilaporkan oleh Trijun. Letakkan periuk kecil yang berisi air panas Cara […]

Harga RON95 Dan Diesel Kekal, RON97 Naik Satu Sen
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Mei. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu petrol RON97 bermula esok ialah RM2.61 seliter. Menurut kenyataan itu, harga berkenaan […]

Dua Lelaki Aktif Samun Dan Cederakan Mangsa Ditahan
BUKIT MERTAJAM, 19 Mei (Bernama) — Polis menahan dua lelaki aktif menjalankan kegiatan samun dan ragut termasuk mencederakan mangsa ketika melakukan jenayah, dalam serbuan berasingan di Bukit Mertajam, di sini pada malam dan awal pagi tadi. Dua lelaki yang tidak bekerja itu dengan suspek pertama berumur 27 tahun ditahan pukul 11.30 malam di Taman Seri Pengkalan, […]

Kelantan Akur Sekiranya Perlu Laksana PKP Penuh – Mohd Amar
KOTA BHARU, 19 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Kelantan akur dan memahami sekiranya perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. “Kerajaan Kelantan akan sentiasa menerima apa-apa sahaja keputusan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kerajaan negeri sekarang tiada kuasa memandangkan kita masih […]
Hospital Musnah & Bekalan Elektrik Mungkin Habis, Sistem Penjagaan Kesihatan Gaza Di Ambang Kehancuran
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Tatkala Palestin masih bergelut dengan wabak COVID-19, serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza sejak 10 Mei lalu, menambahkan lagi kesengsaraan dan sistem penjagaan kesihatan kini di ambang kehancuran. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Medhat Abbas ketika dihubungi Bernama pada Selasa berkata hospital di Gaza kini sesak dan mengalami kekurangan […]
“Jangan Hangus, Awas Tuhan Nampak”, Terima Arahan ‘Keras’, Abang Foodpanda Tegur Jangan Suka-suka Nak Main Nama Tuhan Masa “Order”
Kalau korang ingat lagi, sebelum ni viral di media sosial ada segelintir ‘customer’ yang pesan makanan melalui aplikasi Foodpanda guna nama ‘Allah’ dalam arahan pembelian. Jika tak silap, ‘customer’ tu guna ayat yang berbunyi lebih kurang, “Jangan tipu, Allah nampak’. Pada awalnya ia mungkin nampak kelakar, tapi bila lama-lama, ada lagi individu lain yang turut […]
Penganggur Guna Rumah Mak Saudara Jadikan ‘Port’ Lepas Gian, Transit Daun Ketum
ARAU, 19 Mei (Bernama) — Lapan orang penganggur dipercayai penagih dadah ditahan di sebuah rumah di Kampung Guar Sanji dalam serbuan 7 pagi tadi. Seorang daripada suspek yang ditahan menggunakan rumah mak saudaranya yang menetap di ibu negara sebagai ‘port’ untuk melepaskan gian dadah dan membungkus daun ketum sejak dua bulan lepas. Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata […]
Insiden Gempar, Wanita Dilapor Jatuh Dari Tingkat 4 Pusat Beli-belah 1 Utama
Pusat beli-belah 1 Utama di Petaling Jaya hari ini digemparkan dengan tragedi seorang wanita jatuh dari tingkat empat dalam satu kejadian tengah hari tadi. Pengurusan 1 Utama memaklumkan, individu berkenaan telah dikejarkan ke hospital oleh pasukan tindakan kecemasan pusat beli-belah berkenaan, serta kes turut diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan. Makluman tersebut turut menasihatkan […]
Dapat Hadiah Percuma Sampai RM598, Ni Antara ‘Laptop’ Terbaik Tahun 2021 Bateri Tahan Sampai 19 Jam
Komputer riba atau laptop sememangnya merupakan peranti yang paling penting untuk golongan pelajar pada masa kini. Mana taknya, semenjak kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan virus COVID-19, semua sekolah terpaksa ditutup. Oleh sebab itu, semua pembelajaran terpaksa dilakukan secara online. Nak belajar secara online pun kalau laptop tu laptop lama atau […]

TERKINI: Kes Baharu Covid-19 Cecah 6,075 Buat Kali Pertama Hari Ini, Selangor Catat 2,251 Kes
Sebanyak 6,075 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini, tertinggi pernah dilaporkan di negara ini setakat Rabu (19 Mei 2021), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 2,251 kes, diikuti Johor 699 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 660 kes, Kedah 445 kes, Kelantan 441 kes, Sarawak […]
Polis Melaka Tahan Penjawat Awam Dakwa Sokong Israel
MELAKA, 19 Mei – Polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 31 tahun, yang didakwa menyokong Israel menerusi satu video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Ketua Polis Daerah Melaka Tengan ACP Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 11.13 pagi semalam sebelum lelaki itu dipanggil untuk direkodkan keterangan, beberapa […]

Menteri Besar Nafi Perak Laksana ‘Full Lockdown’ Jumaat Ini
IPOH, 19 Mei (Bernama) — Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad menafikan mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat atau ‘full lockdown’ akan dilaksanakan di seluruh negeri Perak Jumaat ini. Beliau berkata hingga hari ini, kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan dan masih mengadakan perbincangan lanjut berkenaan hal tersebut. ”Saya tidak pasti (dari) mana datangnya sumber maklumat itu. Yang pastinya, kita […]
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria Positif COVID-19
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria bersama empat lagi kakitangan di Jabatan Mufti dilapor disahkan positif COVID-19. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perak, memetik laporan ringkas BERNAMA petang ini. Berita lanjut menyusul. Perak Mufti Dr Harussani Zakaria and four staff in the state Mufti Department confirmed positive for COVID-19 – Perak Deputy Mufti pic.twitter.com/Asy1Lvc9Sh […]

PKP Penuh Di Selangor Perlu Dipertimbangkan Kerana Kes Covid-19 Tak Terlalu Parah – Dr Dzulkefly
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh yang dikatakan akan dilaksanakan di Selangor susulan peningkatan kes Covid-19 perlu dipertimbangkan kerana kes di negeri itu tidak terlalu parah jika mengikut data, menurut Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Menurut beliau, Selangor tidak boleh dikatakan negeri paling parah menerima jangkitan kes Covid-19 kerana mempunyai […]
Reaksi Muka ‘Selamber’ Buat Ramai Terhibur, Tapi Siapa Sebenarnya Gadis Cantik Bersama Khaby Lame Ni ?
Khaby Lame adalah seorang bintang TikTok dan akaun TikTok miliknya kini mempunyai sekitar 50.3 juta pengikut. Dia sangat popular kerana ekspresi wajahnya melalui video-video yang dimuat naik olehnya. Selain daripada itu, Khaby juga adalah seorang gamer, selebriti di Instagram. Dia telah menjadi popular selepas salah satu video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular. Dilahirkan […]

Jangan Tak Tahu, 6 Benda Ni Dikatakan ‘Lebih Kotor’ Dari Tandas, Termasuk ‘Handphone’ Dan Papan Pemotong
Di mana sahaja kita berada, pastinya kita tidak akan terlepas daripada kuman dan bakteria kerana ia ada di sekeliling kita. Jika kebersihan tidak dijaga, kita akan mudah dijangkiti olehnya walaupun kita hanya berada di rumah. Siapa sangka, sebenarnya banyak peralatan di rumah kita yang didiami oleh sejumlah kuman dan bakteria yang banyak selain di dalam […]

“Khidmat Bakti Tidak Mengira Tempat,” Polis Trafik Bantu Alihkan Batu-Batu Blok Dari Tengah Jalan Tuai Pujian Ramai
Sesuatu kebaikan yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran pahala walau di mana sahaja dan sekecil apa pun kebaikan itu. Malah di jalan raya juga kita boleh melakukan kebaikan seperti membuang penghadang yang menganggu kenderaan lalu lintas demi keselamatan sejagat, baik kayu, batu dan lain-lain. Begitulah yang boleh digambarkan menerusi satu perkongsian video yang memaparkan anggota […]