Berita
Fenomena Istiwa A’dzam Petang Ini, Jom Semak Arah Kiblat Guna 7 Langkah Dan 3 Peralatan Ini
Hari ini bakal berlakunya fenomena Istiwa A’dzam di mana umat Islam boleh menyemak arah kiblat di rumah masing-masing. Menurut Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), peristiwa ini dijangka berlaku tepat jam 5.16 petang ini (28 Mei) Bagi membantu orang ramai menyemak arah kiblat, JAKIM telah berkongsi peralatan yang diperlukan dan cara untuk tujuan tersebut. Peralatan […]
“Kudrat Yang Ada Tak Setara Mana Lagi”, Ibu Ini Perlukan Sumbangan Anda Untuk Bina Bilik Air Dalam Bilik, Mudahkan Urusan Jaga Anak Hidap Cerebral Palsy & Suami Pula Terlantar Sakit
Baru-baru ini aktivis kemanusiaan yang aktif berbakti di utara tanah air, Natipah Abu berkongsi satu lagi kes bantuan kemanusiaan. Sedekah Jumaat kali ini pula adalah tentang saudara Shahril, pemuda berusia 26 tahun yang menghidap Cerebral Palsy. Kisah si Shahril ini sangat menyentuh hati kita semua. Bayangkanlah, dia melalui siang dan malam sepanjang hayatnya hanya di […]

Polis Tembak Lelaki ‘Amuk’ Serang Warga Emas Guna Parang
KULIM, 27 Mei – Polis menembak mati seorang lelaki yang mengamuk serta menyerang seorang lelaki warga emas menggunakan sebilah parang di Kampung Ulu Mahang dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata kejadian berlaki pada kira-kira 11 pagi tadi, selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai satu kejadian amuk […]

Covid: Wanita Lengkap Dua Dos Vaksin Cetus Kluster Di Sabah
KOTA KINABALU, 27 Mei – Seorang wanita berumur 53 tahun yang telah lengkap menerima dua dos vaksin pada Mac lepas, dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, Kluster Desa Ranggu di Tawau itu tercetus […]
Anak Nafi Isa Samad Meninggal Dunia
SEREMBAN, 27 Mei – Anak kepada bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, menafikan khabar angin yang mengatakan bapanya telah meninggal dunia, malam ini. Mohamad Najib Mohd Isa yang juga Ketua Pemuda UMNO Port Dickson ketika dihubungi Bernama memaklumkan perkara itu dan menyatakan bapanya kini masih sihat. “Saya difahamkan ada audio yang tersebar […]

(Video) “Rasa Macam Ada Yang Perhati..,” Gadis Ini Terakam ‘Lembaga’ Bertegek Atas Bumbung Bangunan
Siapa yang pernah mengalami pengalaman seram di rumah atau di mana-mana saja? Mesti rasa seram sejuk kan. Ye, tambah-tambah lagi kalau berada di tempat yang gelap atau bangunan yang telah ditinggalkan lama bertahun. Tidak dinafikan perkara mistik ini sering terjadi kerana bukan sahaja manusia yang menghuni dunia ini. Ada juga makhluk Allah yang lain turut […]

Jarum Picagari ‘Hilang’ Lepas Disuntik, Doktor Ini Jelaskan Ke Mana Sebenarnya Jarum ‘Pergi’
Sehingga hari ini, negara-negara seluruh dunia sedang giat menjalankan program vaksinasi untuk melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 dan mencapai komuniti kelompok termasuk Malaysia. Dalam upaya melawan wabak ini, banyak juga berita-berita palsu yang beredar dan membuat masyarakat ragu-ragu untuk divaksinasi. Pernah tersebar beberapa video di media sosial yang menunjukkan jarum pada picagari ‘hilang’ selepas disuntik. Video-video […]

Lelaki Ini Berjaya Tamatkan Perlumbaan Triathlon Yang Perlu Berenang, Berbasikal Dan Berlari
Berat badan 125 kilogram (kg) tidak menjadi penghalang buat seorang lelaki untuk menyertai Kejohanan Triathlon di China baru-baru ini sekaligus berjaya menyelesaikan semua perlumbaan hanya dalam tempoh 3 jam 30 minit. Guan Zunyu yang berusia 26 tahun mengambil masa untuk berenang sepanjang 1.5 kilometer (km) selama 49 minit 43 saat, berbasikal 40 km selama 1 […]
Jumlah Jemaah Solat Jumaat, Fardu Di Wilayah Persekutuan Dihadkan
KUALA LUMPUR, 27 Mei – Bermula esok, hanya 50 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Wilayah Persekutuan bagi masjid dan surau Jumaat yang berkapasiti 1,000 jemaah ke atas, manakala 20 jemaah bagi yang berkapasiti 1,000 ke bawah, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata bagi solat fardu di […]

Lebih 1,000 Pesakit Covid-19 Di Kelantan Adalah Kanak-Kanak
KOTA BHARU, 27 Mei – Seramai 1,078 atau 18 peratus daripada 5,921 pesakit COVID-19 di Kelantan adalah golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin. Beliau berkata antara daerah yang mencatatkan angka tinggi ialah daerah Kota Bharu yang menjangkau 517 kes, diikuti Pasir Mas (132 kes), serta Tumpat (120 […]
Boeing 737 Israel Untuk Demo Produk Komersial – ST Engineering
SINGAPURA, 27 Mei – Pesawat ‘perisik’ Israel yang mendarat di pangkalan tentera Singapura pada Isnin sebenarnya adalah Boeing 737 yang digunakan untuk demonstrasi produk komersial. “Demonstrasi untuk ST Engineering Aerospace oleh Israel Aerospace Industries (IAI) telah selesai dan pesawat berkenaan sedang membuat persiapan untuk berangkat dari Singapura,” kata jurucakap ST Engineering hari ini menjawab pertanyaan media. “Pesawat […]

Sejuta Tontonan, Video Gadis ‘Selamba’ Makan Telur Ketam ‘Fresh’ Buat Ramai Rasa Nak Cuba
Ketam antara makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Jika pandai pilih, dapatlah ketam yang segar, banyak isi dan telur. Dimasak lemak cili padi, goreng cili, mahupun direbus bersama serai dan bawang pun sudah cukup membangkitkan selera! Namun, lain pula caranya bagi seorang gadis dari Pulau Langkawi yang menikmati telur ketam secara segar terus dari laut. […]
Kluster Tempat Kerja Sumbang 39 Peratus Jumlah Kluster Aktif – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Negara kini berdepan kes jangkitan COVID-19 kluster tempat kerja tertinggi selain kluster perayaan dan rentas negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Berkongsi maklumat melalui akaun Facebooknya, beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 233 kluster tempat kerja yang masih aktif direkodkan melibatkan 16,785 kes aktif. Ini menurutnya menyumbang kepada 39 […]

Video Kak Siti Bayar Untuk Masuk Malaysia: Imigresen Lapor SPRM
PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) — Jabatan Imigresen hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung video bertajuk “Kak Siti kena bayar ‘pelincir’ untuk masuk ke Malaysia” yang tular di media sosial, kerana kandungannya menjejaskan imej dan nama baik jabatan itu. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan berkata, Jabatan […]

PKP Di Seluruh Sarawak 29 Mei Hingga 11 Jun
KUCHING, 27 Mei (Bernama) — Seluruh negeri Sarawak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Sabtu ini hingga 11 Jun, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa COVID-19 yang semakin meruncing dan juga situasi fasiliti […]
Pengguna Aplikasi MySejahtera Dijangka Boleh Pilih Jenis Vaksin Tidak Lama Lagi – KJ
Dalam sidang media khas mengenai vaksinasi hari ini, YB Khairy Jamaludin mengemukakan rancangan untuk membolehkan rakyat Malaysia memilih jenis vaksin yang akan disuntik. MySejahtera berkemungkinan digunakan sebagai platform untuk perlaksanaan pemilihan vaksin ini selepas beberapa masalah yang dihadapi pengguna laman web rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV). Tambah Khairy lagi, dengan menggunakan aplikasi […]

TERKINI: Vaksin AstraZaneca Akan Dimasukkan Dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
Vaksin AstraZeneca akan dimasukkan kembali ke dalam senarai vaksin arus perdana Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19, berikutan sambutan memberangsangkan orang ramai terhadap vaksin itu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 Khairy Jamaluddin. Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan kaedah sukarela atau ‘opt-in’ dibuat, setelah melihat keengganan dalam kalangan masyarakat menerima vaksin AstraZeneca, disebabkan laporan mengaitkan vaksin […]

“Saya Mohon Maaf,” KJ Minta Maaf Kesulitan Dapatkan Slot Vaksin AstraZeneca
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon maaf kepada semua berikutan kesulitan untuk mengakses sistem pusingan kedua tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca untuk rakyat negara ini berusia bawah 60 tahun yang dibuka, semalam. Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah berjaya […]

TERKINI: Pemberian Vaksin Dijangka Dapat Diberikan Pada Kadar 150,000 Suntikan Sehari Mulai Jun
Kerajaan menjangka pemberian vaksin dapat diberikan pada kadar 150,000 suntikan sehari pada Jun ini. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaludin dalam satu sidang media khas mengenai vaksinasi negara. Selain itu, Vaksin AstraZeneca akan dimasukkan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Berita lanjut bakal […]
Siti Nurhaliza, Menteri Agama Antara Dikompaun Langgar SOP – Ketua Polis Selangor
SHAH ALAM, 27 Mei – Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa mengadakan majlis tahnik anak mereka awal bulan ini. Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang turut dikenakan ke […]