Berita
(Video)“Sangat Cepat Dan Terang,” Tular Foto Cahaya ‘Misteri’ Didakwa Meteor Jatuh Di Puncak Gunung Merapi
Satu foto yang menunjukkan cahaya terang yang disyaki sebagai meteor jatuh di puncak Gunung Merapi telah menjadi tular di media sosial pada Jumaat. Dalam perkongsian foto tersebut, cahaya berwarna biru kehijauan (cyan) kelihatan. Foto tersebut telah dimuat naik oleh akaun Twitter @merapi_uncover. “Meteor Jatuh di Puncak Gunung Merapi, Kali Adem, Cangkringan, Yogyakarta (27 Mei 2021),” […]

Gempa Bumi Berkekuatan 5.5 Skala Richter Melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.5 dilapor melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi kira-kira jam 9.25 pagi waktu tempatan, sebentar tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang berpusat di latitud 1.3 darjah Utara dan longitud 120.2 darjah Timur itu menghasilkan gegaran berkedalaman 12 kilometer. Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 245 kilometer Utara dari Palu, Indonesia. Walau […]

Lelaki Ditemukan Maut Atas Jalan Raya Selepas Bergaduh Angkara Parkir
SEREMBAN, 28 Mei (Bernama) — Mayat seorang lelaki ditemukan terbaring di atas jalan raya yang berhadapan dengan sebuah rumah di Jalan Temiang di sini selepas mangsa dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan malam ini. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7.17 malam. Beliau berkata […]

Sabah Laksana ‘Total Lockdown’ Seperti Persekutuan – Ketua Menteri
KOTA KINABALU, 28 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown seperti yang diputuskan Kerajaan Persekutuan dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. Beliau berkata sehubungan itu kerajaan negeri akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi langkah tersebut dalam masa terdekat termasuk […]

Tangkap Layar Malaysia Tak Sertai Olimpik Adalah Berita Palsu – MSN
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Tangkap layar yang tular mendakwa penyertaan Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo ditolak adalah berita palsu, kata Majlis Sukan Negara (MSN). MSN menegaskan Malaysia akan tetap ke temasya itu. “Ini adalah berita palsu. Kontinjen Malaysia tetap akan ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020,” kata MSN menerusi hantaran terbaharu laman Facebooknya malam ini. Penafian […]
Lelaki Jual Lagu Dan Filem Secara Haram Dihukum Mati, Ditembak Depan Keluarganya Di Korea Utara
Seorang lelaki Korea Utara dihukum mati dihadapan 500 penduduk dan ahli keluarganya kerana menjual muzik dan filem secara haram di negara tersebut. Bahkan, pihak berkuasa melabelkan lelaki tersebut sebagai ‘elemen anti-sosialis’ iaitu mempunyai niat untuk menghancurkan fahaman terhadap pemerintah. Memetik daripada laporan Mirror UK, ketika hukuman mati dijalankan, ahli keluarga mangsa dikatakan dipaksa berdiri di […]

Pakej Bantuan Untuk Rakyat Dan Sektor Ekonomi Yang Terkesan Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat
Susulan daripada keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Hal ini dijelaskan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini. Bagaimanapun, pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat. Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus […]
Jika ‘Total Lockdown’ Fasa 1 Berjaya Kurangkan Kes Covid-19, Ini Dua Lagi Fasa Yang Perlu Kita Hadapi
Sebentar tadi, kerajaan telah mengumumkan mengenai perlaksaaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bermula 1 Jun ini sehingga 14 Jun depan. Dalam kenyataan media Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa terdapat tiga fasa ‘lockdown’ akan dilaksanakan di negara ini. Menerusi total lockdown fasa pertama, kerajaan akan menutup semua […]

Ini Rupanya Teknologi Canggih Yang Digunakan Supaya Air Paip Kita Selamat Dan Bersih
Dalam kita memacu kemajuan teknologi, operator air juga telah menerokai pelbagai inisiatif yang inovatif dalam merawat air mentah kepada air yang boleh diminum. ini kerana menyediakan bekalan air yang bersih dan selamat adalah komitmen berterusan bagi operator air. Beberapa langkah telah diambil dalam memastikan bekalan air yang diagihkan kepada pengguna mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum […]

TERKINI: ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama Di Seluruh Negara Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021
Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bermula 1 Jun ini sehingga 14 Jun depan. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media berkata, sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk […]

“Langkah Yang Perlu Diambil Dalam Situasi Begini, Bukanlah Jalan Yang Mudah,” – Ismail Sabri
Susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak sehingga melepasi angka 8 ribu pada hari ni, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengusulkan satu cadangan kepada pihak kerajaan. Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau sebentar tadi, Ismail berkata, langkah yang perlu diambil dalam situasi ini bukanlah satu jalan yang […]
Bot Karam Di Laut Kuning, Pencarian Tujuh Anak Kapal Hilang Diteruskan
SHENYANG (China), 28 Mei – Pasukan penyelamat maritim China meneruskan pencarian tujuh anak kapal yang hilang daripada sebuah bot nelayan yang terbalik pada Selasa di perairan di timur laut wilayah Liaoning, China di Laut Kuning, kata pihak berkuasa maritim tempatan pada hari Jumaat. Kerajaan Tempatan Donggang dan Pentadbiran Keselamatan Maritim Dandong telah menggerakkan anggota pasukan […]

287 Kluster Tempat Kerja Dilaporkan Dari 1 April-26 Mei, Ini Langkah-Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 Di Tempat Kerja
Sehingga kini, pandemik COVID-19 sudah melanda negara kita setahun lebih dan Malaysia sudah mengadakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang ketiga. Pada PKP 3.0 ini, ekonomi tetap berjalan kerana rakyat masih dibenarkan untuk keluar ke tempat kerja walaupun sudah ramai yang Bekerja Dari Rumah (BDR). Walau bagaimanapun, pelbagai inisiatif telah dijalankan termasuk inisiatif baru yang disambut […]
Fenomena Istiwa’ A’dzam Petang Ini Beri Peluang Umat Islam Semak Arah Kiblat
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) – Umat Islam di negara ini boleh melakukan semakan berhubung arah kiblat yang tepat di premis masing-masing susulan fenomena dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam pada 5.16 petang ini. Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Mohd Adnan berkata ketika fenomena ini berlaku, kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu tepat di atas Kaabah […]

Guna Nama Allah Dalam Lirik Lagu “Muk bang” Remix, Jay Park Tampil Mohon Maaf
Sejak kebelakangan ini, kecoh nama seorang penyanyi, Jay Park di Twitter dipercayai kerana bait-bait lirik yang dinyanyikan olehnya didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Perkara tersebut dipercayai melibatkan Remix bertajuk “Mukbang” (2020) yang dikatakan menggunakan nama Allah di dalam liriknya. Susulan itu, artis berkenaan kini tampil mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas tindakannya tersebut. “Dalam lagu remix […]
Lebih 13k Perkongsian, JPN Kongsi Tips Palang Salinan Kad Pengenalan Yang Betul
Kad pengenalan atau pun IC adalah suatu bentuk dokumen peribadi penting yang perlu disimpan secara rapi. Ini kerana, IC ini mempunyai maklumat peribadi yang mungkin boleh digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk membuat kerja-kerja jenayah. Bukan sahaja itu, kad pengenalan yang telah di fotostat juga perlu dijaga atas faktor keselamatan serta disalahguna. Justeru daripada […]

Sudah Berbulan Siling Bocor Tidak Dibaiki, Keluarga Ini ‘Cuak’ Dapati Ada Sarang Ular ‘Atas Kepala’ Setiap Hari
Hidup dengan serangan tikus, lipas dan lebah sudah cukup sulit bagi Harry Pugliese sekeluarga. Bukan itu sahaja, apabila siling di rumah telah runtuh setelah berbulan-bulan bocor, bayangkan betapa ngerinya ketika mereka mendapati ular juga ‘bersarang’ di dalamnya. Menurut portal Metro.co.uk, Harry mengatakan bahawa dia memaklumkan pada tuan rumahnya, mengenai bumbung yang bocor. Pada bulan Februari […]
Dua Lelaki Ditahan Bersama 105 Kg Syabu Bernilai RM3.83 Juta
GEORGE TOWN, 28 Mei (Bernama) — Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua nelayan termasuk seorang warga Indonesia bersama 105 kilogram (kg) syabu bernilai RM3.83 juta dalam serbuan ke jeti haram di Bagan Bukit Tambun, Simpang Ampat dekat sini semalam. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata lelaki berusia 57 tahun dan pembantunya […]
Hospital Selayang Pula Guna Kontena Simpan Jenazah Pesakit COVID-19
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19. Ketua Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang Dr Zairee Omar berkata kapasiti peti sejuk untuk penyimpanan mayat yang ditempatkan di unit forensik hospital itu hanya mampu menampung 16 mayat dalam satu-satu masa. […]
Kanak-kanak Beribukan Warga Filipina, Bapa Rakyat Malaysia Gagal Dalam Rayuan Berhubung Kerakyatan
PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) — Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 4-3, hari ini menolak rayuan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun, yang bapanya warganegara Malaysia dan ibunya rakyat Filipina, bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf yang menyampaikan keputusan mahkamah itu berkata kanak-kanak tersebut tidak memenuhi kriteria yang diperlukan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang. Kanak-kanak itu dilahirkan […]