Berita

Berita
Insiden LRT: Penumpang Diminta Tampil Untuk Selaras Bantuan – Prasarana
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meminta penumpang yang terlibat dalam insiden kemalangan tren perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Isnin lepas supaya menghubungi pihaknya jika masih belum berbuat demikian, untuk menyelaras bantuan kepada mangsa. Prasarana dalam kenyataan hari ini berkata sehingga pukul 8.00 pagi ini, masih ada 83 penumpang yang tidak berjaya dikesan, dan mereka diminta menghubungi saluran khas 014-7371330 atau e-mel [email protected] bagi tujuan berkenaan. […]
Berita
Polis Shah Alam Nafi Berita ‘Polis Kena Tawan’ Tahanan
SHAH ALAM, 29 Mei (Bernama) — Polis Shah Alam menafikan kejadian ‘ditawan tahanan’ sepertimana tajuk berita ‘Polis Kena Tawan’ yang diterbitkan sebuah akhbar tempatan hari ini. Dalam berita itu menyatakan seorang anggota polis berpusat di Shah Alam berdepan detik cemas apabila ditawan dan diserang sekumpulan tahanan lokap hingga cedera ketika mangsa bersama dua anggota polis lain melakukan pemeriksaan mengejut terhadap semua sel lokap. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat […]
Kesihatan
Lebih 1 Juta Individu Lengkap Dua Dos Vaksin COVID Setakat Semalam
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini telah melebihi 1 juta orang iaitu 1,014,342 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata seramai 1,771,810 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di […]
Berita
Belajar Dari PKP 1.0, Rakyat Lebih Tenang Hadapi Sekatan Pergerakan Penuh
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Belajar daripada pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lalu, rata-rata rakyat Malaysia lebih tenang dengan pengumuman pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini. Pengumuman berkenaan bukan sahaja melegakan mereka, memandangkan kes harian COVID-19 negara yang melepasi 9,000 kes hari ini, malah mereka juga tidak panik bagi menghadapi sekatan pergerakan penuh […]
Berita
22 Maut Minum Arak Beracun Di Uttar Pradesh, India
NEW DELHI, 29 Mei (Bernama) — Jumlah korban akibat meminum arak beracun di Uttar Pradesh, utara India kini meningkat kepada 22 orang, lapor Agensi Berita Xinhua. Kejadian itu berlaku di daerah Aligarh, kira-kira 416 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh. “Setakat ini 22 orang meninggal dunia sebab minum arak beracun dan beberapa lagi […]
Berita
KPDNHEP P.Pinang Terus Pemantauan Harga, Jamin Bekalan Makanan Mencukupi
GEORGE TOWN, 29 Mei (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang memberi jaminan bekalan makanan akan mencukupi, dan akan menjalankan pemantauan harga barang keperluan asas secara harian, sepanjang pelaksanaan Fasa Pertama penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bermula 1 Jun ini. Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, hasil pemantauan […]
Berita
Barangan Keperluan Mencukupi, Tidak Perlu Pembelian Panik – Nanta
PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini memberi jaminan bahawa, bekalan makanan keperluan di seluruh negara masih stabil dan mencukupi bagi menghadapi ‘total lockdown’. Beliau berkata, seperti mana pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas yang tidak merekodkan sebarang kes bekalan barangan keperluan […]
EAIC Pandang Serius, Siasat Isu Kematian Dalam Tahanan
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memandang serius isu kematian dalam tahanan termasuk tiga kes seperti yang dilaporkan sebuah portal berita tempatan semalam. EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan kajian menyeluruh dan mendalam sedang dilakukan mengenai sebarang isu berhubung kes kematian dalam tahanan seperti yang dilaporkan. Pada 1 Mei lepas, EAIC menubuhkan Jawatankuasa […]
Berita
COVID: Jemaah Masjid Gagal Patuh SOP Sebabkan Kluster Patuma
KOTA KINABALU, 29 Mei (Bernama) — Kegagalan jemaah Masjid Al Falah, Kepayan di sini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, telah menyebabkan Kluster Patuma yang sehingga ini menjangkiti 11 orang, kata Menteri Kerajaan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap rasmi berkaitan COVID-19 Sabah berkata, kluster berkenaan mula direkodkan pada 18 Mei lepas, menerusi saringan bergejala […]
Berita
KKM Dedah Senarai Negeri Catat Sub-Kluster Perayaan Sambutan Aidilfitri Termasuk Kelantan Dengan 5 Kluster
Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang dipercayai berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri. Negeri-negeri tersebut adalah Sabah dengan 7 kluster, diikuti Kelantan (5), serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan WP Labuan dengan 2 kluster. Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri: ✅ Sabah – […]
Berita
Rapid KL Saran Penumpang Jalani Saringan Ekoran Pengakuan Positif COVID-19 Di Twitter
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Penumpang yang menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang dari Wangsa Maju pada waktu puncak pagi semalam disaran membuat saringan kesihatan jika terdapat gejala berkaitan COVID-19. Pengendali perkhidmatan LRT, MRT dan monorel Rapid KL iaitu Rapid Rail Sdn Bhd menerusi kenyataan hari […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: Paling Tinggi Pernah Direkodkan, 98 Kes Kematian Baharu Termasuk Lelaki 18 Tahun
Putrajaya, 29 Mei – Sebanyak 98 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kumulatif kes kematian di Malaysia 2,650. Menurut Kenyataan Akhbar KPK 29 Mei 2021, 98 kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan 14 buah negeri. Sebanyak 98 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 27 kes di Selangor, masing-masing 14 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan […]
Berita
Pesawat Israel Tidak Berlegar-Legar Di Ruang Udara Malaysia – MOT
PUTRAJAYA, May 29 (Bernama) — Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini mengesahkan bahawa sebuah pesawat Israel telah melintasi ruang udara Malaysia baru-baru ini namun menyatakan tiada corak penerbangan yang tidak normal atau dilihat berlegar-legar di ruang udara Malaysia. Mengikut kenyataan yang mengambil maklum keresahan orang ramai berhubung insiden sebuah pesawat berdaftar Israel yang melintasi ruang […]
Berita
“Abah Saya Aliran Pondok, Tapi..,” Bapa Punya Semangat Nak Ambil Vaksin, Lagi Laju ‘Refer’ ke Doktor Berbanding Anaknya
Berdasarkan laporan, puluhan ribu individu disahkan gagal hadir ke janji temu vaksin termasuk hampir 10,000 di Kelantan, Kedah (10,827), Johor (14,144), Perak (9,000) dan Negeri Sembilan (6,200) biarpun sudah mendapat tarikh vaksinasi. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman, antara alasan yang diberikan ialah tidak mengetahui tarikh janji temu, tidak sihat, berada […]
Kesihatan
COVID: Jabatan Penjara Tangguh Lawatan Sempena Pesta Kaamatan, Gawai
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Jabatan Penjara menangguhkan sesi lawatan sempena Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) serta Perayaan Hari Gawai yang melibatkan ahli keluarga, peguam dan lain-lain pihak bagi mencegah penularan wabak COVID-19 dalam penjara. Jabatan itu dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan bagi tujuan penggantian kepada sesi perjumpaan sempena perayaan berkenaan, mereka adalah dibenarkan menggunakan telefon prabayar atau sidang video. “Pihak keluarga hendaklah […]
Kesihatan
COVID: Hospital Labuan Beroperasi Pada Kapasiti Maksimum Untuk Pesakit Berisiko Tinggi
LABUAN, 29 Mei (Bernama) — Kadar penggunaan katil untuk rawatan COVID-19 di Hospital Nukleus Labuan telah mencapai kapasiti maksimum, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari. Beliau berkata satu-satunya pilihan yang ada adalah untuk memaksimumkan (kapasiti) dan menggunakan sepenuhnya ruang hospital untuk menampung pesakit berisiko tinggi COVID-19 yang meningkat setiap hari. “Walaupun terdapat peningkatan harian dalam jumlah kes […]
Kesihatan
“Rangsang Daya Lawan Jangkitan..,” Ini Sebenarnya Definisi Vaksin Yang Mungkin Ada Belum Tahu
Sebagaimana yang kita sudah maklum, vaksin dijadikan sebagai usaha untuk mencegah penularan wabak virus COVID-19 ketika ini. Baru-baru ini juga, orang ramai di negeri yang tertentu dibenarkan untuk mendaftar vaksin AstraZeneca bagi pusingan kedua secara dalam talian. Walaupun fungsinya sudah diketahui umum, mungkin ada di kalangan kita yang masih belum memahami erti vaksin dalam kata […]
Kesihatan
“Ada Pantang Larang Tak Doktor?” Ini Antara Soalan-Soalan Lazim Kerap Ditanya Ketika Di PPV
Peningkatan kes COVID-19 kini makin menjadi-jadi dan membuatkan rakyat semakin bimbang. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mencegah virus ini, salah satunya ialah vaksin. Kini, vaksin telah banyak diedarkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri. Pun begitu, pelbagai pertanyaan mengenai vaksin yang berlegar di media sosial. Mungkin kurang kepastian yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antara […]
Berita
GBKL Sahkan Harga Enam Produk Gardenia Alami Kenaikan
SHAH ALAM, 29 Mei (Bernama) — Syarikat pengeluar roti ternama Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) mengesahkan harga enam produk mereka dinaikkan berkuat kuasa 1 Jun ini. GBKL dalam kenyataan hari ini memberitahu produk Gardenia yang akan mengalami perubahan harga ialah Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 200g; Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 375g dan Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 200g. Selain itu, […]
Berita
Kabinet Akan Putuskan Sama Ada Jemaah Dibenarkan Tunai Haji – Ahmad Marzuk
KOTA BHARU, 29 Mei (Bernama) — Satu mesyuarat Kabinet bakal diadakan dalam tempoh terdekat untuk memutuskan sama ada kerajaan akan meneruskan penghantaran jemaah haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Beliau berkata pihaknya turut difahamkan sudah ada beberapa negara yang telah memutuskan untuk tidak menghantar jemaah menunaikan haji […]