Berita
TERKINI: Pergerakan Rentas Daerah Dan Negeri Tidak Dibenarkan Bagi Pasangan Jarak Jauh – Ismail Sabri
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan, pasangan jarak jauh tidak terkecuali daripada sekatan merentas negeri dan daerah. Katanya ketika menjawab soalan wartawan, pasangan jarak jauh turut perlu berkorban selama dua minggu ini. “Semua rakyat perlu berkorban. Ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa tutup kilang mereka untuk dua minggu ni. […]
TERKINI: Kompleks Beli-Belah Ditutup Kecuali Premis Pasar Raya Jualan Makanan Dan Keperluan Asas – Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kompleks beli belah akan ditutup kecuali premis pasar raya jualan makanan dan keperluan asas sahaja. Beliau menyatakan berkenaan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung. Kompleks beli-belah ditutup kecuali premis pasar raya jualan makanan dan keperluan asas – Ismail Sabri — BERNAMA TV 🇲🇾 […]
TERKINI: Semua Sektor Perkilangan Tidak Dibenarkan Kecuali 12 Yang Dibenarkan – Ismail Sabri
Kesemua kilang tidak dibenarkan sepanjang sekatan pergerakan menyeluruh, kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini. Semua sektor perkilangan tidak dibenarkan kecuali 12 yang dibenarkan – Ismail Sabri — BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 30, 2021 Bagaimanapun, terdapat 12 sektor pengilangan yang dibenarkan beroperasi iaitu: Aeroangkasa Perkilangan makanan dan minuman […]
TERKINI: Pergerakan Tidak Melebihi Radius 10km Dari Kediaman, Hanya Dua Orang Dibenarkan Keluar Dari Rumah – Ismail Sabri
Hanya dua orang dari setiap rumah dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan sepanjang sekatan pergerakan penuh, kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri. Katanya, pergerakan itu tertakluk dalam radius 10 kilometer sahaja. Tambahnya, orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah atas tujuan membeli barang makanan, keperluan, asas dan kesihatan. Pergerakan tidak melebihi radius 10km dari […]

KDN Pandang Serius, Tak Akan Kompromi Dengan Pihak Keluar Kenyataan Hina Atau Persenda YDP Agong Dan Institusi Diraja
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memandang serius akan kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang menghina atau mempersendakan Yang Di-Pertuan Agong dan Institusi Diraja, dan tidak akan berkompromi dengannya. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin ini, perbuatan tersebut merupakan suatu jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam. Ianya berikutan […]

Pejabat LHDN Temerloh Ditutup Sementara Untuk Disanitasi
PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup sementara cawangan pejabatnya di Temerloh, Pahang bermula esok (31 Mei) bagi tujuan sanitasi. LHDN, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya akan mengumumkan tarikh pembukaan semula cawangan tersebut apabila proses sanitasi selesai dijalankan. Sekiranya orang ramai ingin medapatkan maklumat mengenai senarai pejabat atau cawangan yang ditutup sementara, LHDN menyarankan mereka merujuk ke […]
Hina Agong Adalah Jenayah, Boleh Akibatkan Ketidaktenteraman Awam – Hamzah
PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) — Perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah satu jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan pemilik akaun Facebook ‘Iswardy Morni’ yang dipercayai mengeluarkan kenyataan mempersenda serta menghina Seri Paduka mengikut […]
Lebih 3,900 Individu Terlibat PKPD Di Sabak Bernam
SABAK BERNAM, 30 Mei (Bernama) — Kira-kira lebih 3,900 individu terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Pertama, Taman Serendah dan Taman Prima, di sini yang berkuatkuasa selama dua minggu bermula hari ini. Pegawai Daerah Sabak Bernam Amri Ismail berkata, secara keseluruhan terdapat 876 isi rumah yang majoritinya dalam kalangan kakitangan kerajaan dari hospital, institusi […]
Terengganu Mohon Penanaman Padi Dibenarkan Sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh
KUALA TERENGGANU, 30 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri memohon supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan aktiviti penanaman padi baharu dilaksanakan di negeri ini, sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara bermula 1 Jun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti penanaman padi baharu bagi musim […]
1,000 Klinik, Hospital Swasta Jadi PPV Sebelum Akhir Jun Ini
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Kerajaan meletakkan sasaran untuk menjadikan 1,000 klinik perubatan am swasta (GP) dan hospital swasta sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum 30 Jun ini. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata ini membolehkan PPV swasta itu mampu memberi vaksin dengan sasaran kira-kira 40,000 dos sehari, tertakluk kepada bekalan […]
Kewangan Mampan, Sinergi Perangi COVID-19 Tumpuan Sesi IFF 2021
BEIJING, 30 Mei (Bernama) — Kewangan mampan serta sinergi global memerangi COVID-19 menjadi tumpuan sesi Forum Kewangan Antarabangsa (IFF) 2021 yang membuka tirai di sini pada Sabtu. Peserta forum menyeru supaya kerjasama multilateral diperhebat dalam kempen vaksinasi COVID-19, pemulihan ekonomi, pembangunan masa depan dan lain-lain. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam ucapannya […]
Tidak Perlu Undang-undang Baharu Tangani Golongan Antivaksin – Takiyuddin
KOTA BHARU, 30 Mei (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani golongan penghasut antivaksin. Ini kerana katanya undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dikuatkuasakan ke atas golongan berkenaan. “Semasa darurat berkuat kuasa ketika […]
Tianzhou-2 Berjaya Dicantum Dengan Modul Teras
BEIJING, 30 Mei (Bernama) — Kapal angkasa kargo Tianzhou-2 yang membawa bekalan seperti makanan, peralatan dan bahan dorong berjaya dicantum dengan modul teras stesen angkasa Tianhe, awal pagi ini. Menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), Tianzhou-2 dan Tianhe mengambil masa kira-kira lapan jam untuk melengkapkan proses bertemu dan bercantum secara automasi pada 5.01 pagi. […]
Kanak-kanak Lelaki Ditemukan Maut Terhidu Asap Kebakaran
SEREMBAN, 30 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan maut dalam timbunan baju di sebuah bilik dipercayai akibat lemas kerana terhidu asap selepas rumah didiaminya di Kampung Teluk Pelandok, Port Dickson dekat sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi. Ketua Balai Bomba Teluk Kemang Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya bergegas ke lokasi […]
Suntikan Vaksin COVID-19: Kami Semua OK- Pesakit Kronik
JITRA, 30 Mei (Bernama) — Menghidap pelbagai penyakit kronik seperti masalah buah pinggang dan terpaksa bergantung pada rawatan dialisis sememangnya bukan perkara enteng, apatah lagi jika penghidapnya merupakan warga emas. Justeru, apabila diberitahu oleh petugas kesihatan bahawa mereka perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, pelbagai perasaan muncul, sementelah pelbagai cerita kurang enak ‘singgah’ di telinga masing-masing […]
Dimomokkan Konon Bakal Mandul Lepas Dapat Suntikan Vaksin, Doktor Ini Kongsi Bukti Sebaliknya
Pelbagai dakwaan mengenai keburukan vaksin muncul di media sosial tidak kira Facebook, WhatsApp mahupun Instagram. Antaranya ialah kononnya vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kemandulan kepada individu yang mengambilnya. Baru-baru ini, seorang doktor perubatan Seksual dan Reproduktif, Dr Ahmad berkongsi kisah di mana seorang lelaki yang dimomokkan bapa mentua sendiri kononnya vaksin boleh menyebabkan kemandulan. Namun, selepas […]
Lockdown: Pemuda PN Cadang Empat Bantuan Kurangkan Beban Rakyat
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Pemuda Perikatan Nasional (PN) hari ini mencadangkan empat bantuan yang boleh dilaksanakan kerajaan, sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang berkuatkuasa mulai Selasa ini, bagi mengurangkan beban rakyat. Ketuanya Khairil Nizam Khirudin dalam kenyataan hari ini berkata, cadangan bantuan itu ialah skim bantuan bersasar B40 dan M40, pemberian moratorium automatik tanpa cas faedah selama dua bulan, subsidi upah pekerja […]
5 Lagi PPV Mega Di Lembah Klang, Tingkatkan Pemberian Vaksin – Khairy
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Kerajaan akan menambah lima lagi pusat pemberian vaksin (PPV) mega di Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti pemberian vaksin bermula 7 Jun ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 Khairy Jamaluddin. Beliau berkata sebanyak tiga PPV mega akan dibangunkan di Selangor dan dua lagi di Kuala Lumpur. “Badan Bertindak Imunisasi […]
Kes Kewarganegaraan Anak Tidak Sah Taraf Akan Dibangkitkan Kepada Kerajaan – Zuraida
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) Datuk Zuraida Kamaruddin akan membangkitkan kes berhubung kewarganegaraan seorang anak tidak sah taraf yang gagal dalam kesnya di mahkamah kepada menteri bertanggungjawab atau Kabinet. Beliau berkata ini bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan. Katanya beliau mengambil maklum […]
MAQIS P.Pinang Rampas Kayu Dari Australia Bernilai RM361,769
BUTTERWORTH, 30 Mei (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang, merampas 59.163 meter kubik (MTQ) kayu spesis Tasmanian Oak Timber bernilai RM361,769.70, kerana didapati gagal mematuhi syarat import Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini dua hari lepas. Pengarahnya Noriah Dahlan berkata, pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan kontena NBCT, pihak MAQIS […]