Berita
(Video) Tak Lepas Genggam Tangan, Ibu Nike Ardilla Sebak Bertemu Gadis Mirip Wajah Anaknya
Selepas kehilangan anak gadisnya yang meninggal dunia pada usia 19 tahun, Nining Nigsihrat tidak dapat menahan sebak apabila bertemu dengan seorang gadis mirip arwah lebih dua dekad kemudian. Kongsi Kompas.com, ibu kepada penyanyi Indonesia, Allahyarham Nike Ardilla itu dilihat beberapa kali mengesat air matanya sambil menggenggam tangan gadis bernama Amel yang mirip arwah. Menerusi video […]

Pergerakan Rentas Daerah & Makan Di Kedai Akan Dibenarkan Pada Fasa Tiga PPN
Orang ramai dibenarkan untuk makan di kedai dan merentas daerah ketika fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan datang, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya dalam kenyataan rasmi kementerian, semua aktiviti ekonomi adalah dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi seperti spa, pub dan kelab malam. “Pergerakan rentas daerah dibenarkan sepanjang […]

Lima Orang Dilapor Maut Setelah Belon Udara Panas Dinaiki Terhempas Pada Kabel Kuasa
Lima individu dilaporkan maut selepas belon udara panas dinaiki terbakar dan terhempas di New Mexico. Lapor Daily Star, belon itu telah berlanggaran dengan wayar elektrik sebelum terbakar, menyebabkan ia jatuh ke tanah dalam kejadian pada Sabtu. “Malangnya, apabila pegawai polis tiba di tempat kejadian, empat daripada mereka sudah meninggal dunia,” kata jurucakap polis tempatan, Gilbert […]
TERKINI: Kedai Makan & Restoran Dibenar Beroperasi Bermula 6 Pagi Hingga 10 Malam Bermula Esok – Ismail Sabri
Kedai makan dan restoran dibenar beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam berkuatkuasa esok, menurut Ismail Sabri memetik ciapan di laman Twitter Bernama sebentar tadi. Dalam perkembangan yang sama, Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri turut memaklumkan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kekali hingga tiga indikator nilai ambang utama […]

Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Membadai 12 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri di Malaysia. Menerusi infografik yang dikongsikan, terdapat 12 buah negeri yang dijangka terlibat dalam amaran ribut petir dan hujan lebat berkenaan. Menurut jabatan berkenaan, negeri dan wilayah yang dijangka menerima hujan lebat sehingga 9 malam ini adalah seperti berikut: Kedah (Yan, Pendang, Kuala […]

“Tu Bukan Abang Mad…” Ada Individu Dipercayai Menyamar Jadi ‘Abang Mad’, Minta Pinjam Duit Kat Kawan-Kawan
Kes penipuan ini diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita. Boleh dikatakan hampir setiap hari kes-kes penipuan ini disiarkan di media sosial. Kali ini, ada lagi kes scammer melalui Whatsapp yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dan merupakan salah seorang mangsa penipuan. Menurut perkongsiannya, scammer telah menggunakan namanya untuk modus operandi mereka […]
(Video) Hampir Dapat Terkam, ‘Pak Belang’ Pelik Si Itik Mangsa Tiba-Tiba Hilang, ‘Helah’ Bijak Selamatkan Diri
Tular satu rakaman yang memaparkan seekor harimau bagaikan terpinga-pinga apabila mangsanya si itik menghilangkan diri secara tiba-tiba. Perkara itu berlaku ketika Pak Belang itu sudah semakin dekat dan hampir-hampir dapat menerkam haiwan tersebut. Namun, haiwan garang itu bagaikan tercari-cari itik yang menjadi sasarannya itu setelah ianya tidak kelihatan dalam sekelip mata sahaja. Walau bagaimanapun, itik […]

TERKINI: Lagi 5,586 Kes Baharu Covid-19 Direkodkan Setakat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 27 Jun – Jumlah kes harian positif COVID-19 baharu di negara ini mencatatkan sedikit penurunan sepanjang 24 jam lepas dengan 5,586 kes berbanding 5,803 kes semalam. Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menunjukkan pengurangan sebanyak 217 kes. Perkembangan terbaharu itu […]
Daging Ternakan Dijangkiti LSD Boleh Dimakan – Jabatan Veterinar
PUTRAJAYA, 27 Jun – Karkas atau daging daripada ternakan yang dijangkiti Lumpy Skin Disease (LSD) tidak berbahaya kerana LSD bukan penyakit zoonotik, iaitu tidak menjangkiti manusia sama ada secara langsung atau melalui daging, jelas Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini. Menurut kenyataan jabatan itu, daging ternakan yang dijangkiti boleh dimakan setelah menjalani proses pemeriksaan oleh pihak berkuasa […]

“Abang Kata Macam Mimpi,” Adik Dapat Jumpa Semula Abang Kandung Lepas 20 Tahun Terpisah
Mungkin ini takdir yang perlu dilalui oleh seseorang yang rindukan pelukkan kasih sayang seorang abang. Pastinya mereka merindui saat gurau senda bersama abang tercinta. Seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini di laman Facebooknya berkata dia sangat bersyukur apabila menemui abangnya yang terpisah sejak 20 tahun lalu. Terdahulu, wanita ini yang dikenali sebagai Faziera Tarmizhi […]

Korban Covid-19 Terkini Di Singapura Libatkan Wanita Berusia 84 Tahun
SINGAPURA, 27 Jun – Singapura melaporkan korban COVID-19 ke-36 pada Sabtu, melibatkan wanita tempatan berusia 84 tahun, menurut Kementerian Kesihatan. “Wanita itu disahkan positif COVID-19 pada 15 Jun, belum menerima vaksin dan mempunyai sejarah penyakit kanser, hipertensi dan hyperlipidaemia,” kata kementerian malam tadi. Dikategorikan di bawah Kes 64255, warga emas itu menjalani ujian saringan COVID-19 […]
Bawa Dadah Bernilai Lebih RM60 Juta, Dua Lelaki Ditahan Di SJR
IPOH, 27 Jun – Polis merampas dadah seberat 128.78 kilogram (kg) bernilai RM6.439 juta apabila dua lelaki tempatan ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gopeng di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, kedua-dua suspek berumur 41 dan 47 tahun yang menaiki kereta mewah […]

TERKINI: PKP Tidak Tamat Esok, Fasa Pertama Terus Sehingga Nilai Ambang Kurang 4,000 Kes – Muhyiddin
Perintah Kawalan Pergerakan (PKO) tidak tamat esok, fasa pertama terus sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes maklum Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini. Tambahnya lagi, kerajaan akan umum bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada Isnin atau Selasa. Berita lanjut bakal menyusul #PKP tidak tamat esok, fasa pertama terus sehingga nilai ambang kurang 4,000 […]
Lelaki Dikehendaki Polis Maut Ditembak
GEORGE TOWN, 27 Jun – Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes jenayah ditembak mati selepas dia cuba menyerang polis dengan parang dalam serbuan di kawasan kebun di Air Terjun Bayan Lepas, dekat sini awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima laporan berhubung keberadaan lelaki berumur 34 tahun […]

Bagai Kisah ‘Puteri Yang Tertukar’, 20 Tahun Terpisah Rupanya Ini Pasangan Kembarnya Yang Sebenar
KUALA LUMPUR, 27 Jun – Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan. Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah […]
“Ayah Teramat Rindu Akan Susuk Tubuh Ini..” 20 Tahun Terpisah, Adik Rayu Cari Abang
Kehilangan insan tersayang sememangnya amat memeritkan. Apatah lagi si dia adalah darah daging kita sendiri. Begitulah yang dirasai oleh Faziera Tarmizhi setelah terpisah dengan abang kandungnya sendiri sejak kecil. Menerusi kiriman di ruangan mesej Siakap Keli, Faziera memerlukan bantuan kita semua untuk menjejaki semula abangnya yang dikenali sebagai Mohamad Nor Fitrah bin Mohd Tarmizhi. Dalam […]
Kes Hina Institusi Diraja, Kerajaan: Polis Cari Pemilik Akaun Facebook
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman serta jelik terhadap Institusi Diraja dan kerajaan, yang tular di media sosial, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kenyataan itu dilihat mampu menyebabkan […]

Kes Tular Remaja OKU Hilang Di Rawang Bukan Diculik – Polis
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Tiada elemen penculikan melibatkan kes tular di media sosial kononnya seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU), dibawa lari seorang lelaki tidak dikenali dengan menaiki kereta di Bandar Country Homes, Rawang, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil siasatan lanjut sebaliknya mendapati remaja OKU […]

Ahli Perniagaan Malaysia Ditemui Mati Dalam Kereta Di Thailand
BANGKOK, 26 Jun (Bernama) — Seorang ahli perniagaan dari Malaysia dijumpai mati dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah kuil di Bang Phli di wilayah Samut Prakan. Timbalan ketua penyiasat balai polis Bang Phli Pol, Kapten Pongnarin Nontanok berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai di tempat duduk pemandu dengan keadaan enjin masih […]
Lelaki Mabuk Serang Pemandu Bas Dengan Tidak Semena-Mena Ditahan
SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) — Seorang lelaki mabuk yang bertindak menyerang pemandu bas di tepi pondok hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Port Dickson, dekat sini, semalam, ditahan oleh pemandu berkenaan sebelum diserahkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam semasa pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di […]