Berita
Lagi Rompakan Kumpulan “Hacker”, Matawang Kripto Hampir RM 423 Juta Lesap Disapu
Sebuah syarikat pertukaran matawang kripto di Jepun, Liquid Global dilapor menjadi mangsa rompakan dipercayai didalangi kumpulan penggodam, lapor BBC. Berikutan kejadian berkenaan, Liquid Global menanggung kerugian besar selepas selepas matawang kripto bernilai sekurang-kurangnya USD 100 juta (RM 423 juta) lesap begitu sahaja. ”Kami dengan ini memohon maaf dan ingin membuat pengumuman bahawa #LiquidGlobal ‘warm wallet’ […]
(Video) Berang Dihukum Penjara 3 Tahun, Aktivis Antimask Serang Ketua Hakim Selepas Keputusan Dibacakan
Seorang aktivis anti pelitup muka di Banyuwangi, Indonesia dilaporkan telah menyerang ketua panel hakim setelah dia dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan berkaitan Kuarantin Kesihatan dan Undang-Undang ITE. Menurut Detik News, lelaki itu juga dilihat tidak memakai pelitup muka ketika perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Daerah Banyuwangi pada 19 Ogos lalu. Difahamkan, lelaki […]

Ini Adalah Cabaran Untuk Kita Bekerja Lebih Gigih Bagi Menghadapi PRU-15 – Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili pihak pembangkang menjunjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas pemilihan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini. Bagaimanpun, Presiden PKR itu menegaskan, ini merupakan cabaran bagi pihak pembangkang untuk bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). “Kami […]
“Saya Mungkin PM Paling Pendek Memegang Jawatan..” – Amanat Terakhir Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan amanat terakhirnya kepada pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri. Situasi pilu yang menyelubungi suasana ketika itu turut dirakam dan dikongsikan ke laman Facebook rasminya hari ini. Dalam amanat tersebut, Muhyiddin dengan rendah hati mengakui bahawa tempoh pimpinannya mungkin tidak sepanjang Perdana Menteri lain. “Saya mungkin adalah Perdana Menteri […]

Rakyat Korea Utara Didakwa Dilarang Berbincang Mengenai Penurunan Berat Badan Kim Jong Un
Rakyat Korea Utara didakwa dilarang untuk berbincang mengenai penurunan berat badan pemerintahnya, Kim Jong Un yang kini dipercayai telah susut, lapor Daily Mail. Spekulasi mengenai kesihatan Kim bermula apabila beberapa keping foto yang memaparkan penampilan baharu beliau yang dikatakan lebih kurus, tersebar sejak bulan lepas. Ketika itu, Kim yang bersama dengan ketua-ketua dan pegawai politik […]

Pemimpin, Ahli Politik Ucap Tahniah Kepada Ismail Sabri Atas Pelantikan Sebagai PM
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Pemimpin dan ahli politik pelbagai parti menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri kesembilan hari ini. Rata-rata mereka menzahirkan ucapan tahniah itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter rasmi masing-masing. Antaranya, Presiden UMNO Datuk Seri […]

Banjir Yan: Dua Mangsa Hilang Masih Belum Ditemui
YAN, 20 Ogos (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini belum berjaya mengesan dua lagi mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air yang berlaku pada Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata operasi pada hari ini masih tertumpu di lokasi kedua-dua […]

”Saya Berasa Kecil Hati Dan Terguris..” – Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menzahirkan penghargaan atas pelantikan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau berasa terguris hati apabila pihak yang sepatutnya mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Ke-14 lalu tidak berjaya memperoleh mandat itu semula kali ini. ”Saya mengalu-alukan perlantikan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri. […]

PDRM Mohon Bantuan Interpol Kesan Caprice, Nadir Al-Nuri
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan penyanyi rap Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata permohonan bantuan itu dikemukakan pada 16 Ogos lepas bagi merakam […]

Ismail Sabri TPM Paling Cepat Dilantik PM
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Tidak sampai dua bulan mengisi jawatan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin nombor satu negara. Pelantikan Ahli Parlimen Bera itu adalah bagi mengisi kekosongan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri kelapan pada 16 […]

Kenyataan Penuh Istana Negara Berhubung Titah YDPA Mengenai Pelantikan PM Ke-9
Debaran menanti Perdana Menteri yang bakal dipilih akhirnya terjawab apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, menurut kenyataan rasmi Istana Negara, sebentar tadi. Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah Ismail Sabri mendapat jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk […]

Ismail Sabri Angkat Sumpah PM Ke-9 Esok
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada esok (Sabtu), jam 2.30 petang di lstana Negara. BACA: Ismail Sabri Dilantik Menjadi Perdana Menteri Ke-9 Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda […]

TERKINI: Ismail Sabri Dilantik Menjadi Perdana Menteri Ke-9
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. BACA: Ismail Sabri Angkat Sumpah PM Ke-9 Esok Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda telah […]
MOTAC Nafi Tetapkan Harga Lantai Pakej Umrah
PUTRAJAYA, 20 Ogos (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menafikan pihaknya telah menetapkan harga lantai antara RM8,000 hingga RM9,000 bagi pakej umrah. Menerusi satu kenyataan, MOTAC berkata dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kementerian telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah pada harga berkenaan adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai. “Kementerian menafikan sebarang bentuk […]
Teruslah Berdoa Agar Negara Kembali Pulih Daripada COVID-19 – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak rakyat supaya terus berdoa agar keadaan negara kembali pulih daripada pandemik COVID-19. “Berdoalah agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari virus COVID-19 dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik ini. “Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan […]
Kecoh Ikan Puyu Naik Ke Darat, Betul Ke Petanda Tak Baik? Ini Penjelasan Pegawai Penyelidik Perikanan Tentang Sifat Ikan Puyu
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan puluhan ikan puyu yang naik ke darat berdekatan sebuah surau di daerah Tanjong Karang. Dianggap jarang berlaku, ramai yang tertanya-tanya mengenai ‘fenomena’ tersebut dan ada yang mula menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk mengatakan ia sebagai tanda-tanda bakal berlakunya bencana. Susulan itu, Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu […]
TERKINI: 23,564 Kes Positif COVID-19 Baharu Dicatatkan, Angka Paling Tinggi Sejak Pandemik Melanda
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 20 Ogos 2021, terdapat 23,564 kes COVID-19 baharu dilaporkan. Difahamkan juga jumlah kes yang dicatatkan pada hari ini adalah tertinggi pernah direkodkan. Sehingga 20 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 23,564 kes (1,513,024 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor – 6,974 (545,120)WPKL – […]
Lelaki Warga India Didakwa Rogol Dan Bunuh Warga Emas
SHAH ALAM, 20 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki gelandangan wargan India dihadapkan ke dua mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan membunuh seorang wanita warga emas bulan lepas. Di Mahkamah Majistret, P. Ponloganadhan, 60, didakwa membunuh wanita tempatan berusia 63 tahun itu di lorong belakang sebuah kedai di Jalan Damai 25/60 Taman Sri […]
Kelesuan Pandemik Dalam Masyarakat Semakin Kritikal – Pakar
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Kelesuan pandemik yang dialami masyarakat di negara ini dilihat oleh pakar kesihatan dan psikologi sebagai semakin kritikal dan pada tahap membimbangkan. Malah, mereka melihat peningkatan kes sekarang turut disumbangkan oleh kelesuan pandemik apabila sebahagian ahli masyarakat sudah muak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan sejak Mac tahun lepas. Masakan tidak, di […]
Jabatan Perangkaan Dedah Malaysia Hadapi Hakisan Garis Pantai Sepanjang 1,347 Km
Garisan pantai di Malaysia dilaporkan telah mengalami perubahan dan hakisan sejak beberapa tahun yang lalu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pesisir pantai merupakan kawasan yang cenderung untuk terdedah kepada pelbagai ancaman terutama hakisan. Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengatakan bahawa garis pantai Malaysia ialah 8,840.0 km dan 1,347.6 […]