Berita
Jangan Kongsi Sijil Vaksinasi Anda Di Media Sosial, Berisiko Buka Ruang Kepada ‘Pencuri Identiti’
Mungkin ramai yang tidak sedar, bahawa terdapat implikasi negatif sekiranya dengan senang hati berkongsikan sijil lengkap vaksinasi di media sosial. Ia seolah-olah menjadi trend terkini masyarakat memuat naik gambar sijil tersebut di media sosial dengan perasaan bangga kerana sudah mendapatkan vaksin yang lengkap. Akan tetapi, tahukah anda, boleh dikatakan sijil vaksinasi sama pentingnya seperti kad pengenalan […]
‘Fenomena Lebihan Lelaki’ Di Jepun, Lebih 3.4 Juta Lelaki Tak ‘Dapat’ Berkahwin Kerana ‘Kekurangan’ Wanita
Lebih 3.4 juta lelaki yang masih bujang di Jepun dilaporkan tidak akan bertemu dengan pasangan hidup dan berkahwin kerana perbezaan populasi lelaki dan wanita yang ketara di negara itu. Menurut laporan Yahoo News Japan, dari usia 15 hingga 74 tahun, dapat dilihat bahawa populasi lelaki Jepun lebih ramai daripada wanita. Kebanyakan lelaki yang belum berkahwin […]

(Video) Harimau Bintang ‘Struggle’ Nak Tangkap Landak, Akhirnya Mengalah Lepas ‘Ditembak’ Dengan Duri
Terbayang wajah harimau bintang dengan taringnya yang tajam, pasti buatkan kebanyakan kita meremang. Namun bagi seekor landak, ia berjaya ‘menewaskan’ si harimau bintang yang lebih besar daripadanya sekaligus menyelamatkan diri dari menjadi santapan si pemangsa. Menurut Daily Mail, harimau itu dilihat sedang mengekori seekor landak di Kruger National Park, di Aftika Selatan sebelum menyerang haiwan […]
Polis Tahan Penganggur Disyaki Terlibat Kes Samun Dan Pecah Masuk Stesen Minyak, Kedai
PORT DICKSON, 25 Ogos (Bernama) — Polis menahan seorang penganggur yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan pecah masuk stesen minyak serta beberapa kedai di sekitar Port Dickson, Seremban dan Nilai membabitkan kerugian berjumlah RM69,713. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata dalam insiden pada kira-kira 3.27 pagi semalam, pihaknya menerima panggilan […]
Bengkak Pada Leher Tapi Tak Sakit? Awas, Ia Mungkin Tanda Awal Penyakit Hashimoto
Bengkak pada bahagian leher kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit tiroid, namun ramai yang tidak sedar bahawa tidak semua pesakit menunjukkan gejala tiroid. Bagi yang belum tahu, penyakit tiroid juga ada pelbagai jenis dan yang paling dialami oleh semua orang adalah Hipertiroid dan hipotiroid. Pun begitu, ada satu lagi penyakit yang berkait dengan tiroid yang jarang diketahui […]
TDM Pertimbang Serap Kembali Anggota Yang Dipecat Jika Terima Vaksin
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipecat kerana menolak vaksin COVID-19 akan dipertimbangkan untuk diserap semula jika dia bersedia menerima suntikan vaksin itu, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain. Beliau berkata namun, keputusan memberhentikan anggota berkenaan masih kekal setakat ini. Zamrose berkata anggota tentera berkenaan […]
Timbul Dakwaan Premis Starbucks Malaysia Disahkan Haram, JAKIM Tampil Perjelaskan
Bahagian Hab Halal JAKIM mengesahkan premis makanan Starbucks Malaysia mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perkara ini kembali berbangkit apabila terdapat tuduhan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa bahawa premis makanan berkenaan telah disahkan haram oleh JAKIM. “Perlu diketahui bahawa Starbucks Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah dan dakwaan […]
‘Bayi’ Kulit Album Ini Saman Nirvana, Malu Gambar ‘Bogelnya’ Dieksplotasi Mendiang Kurt Cobain & Rakan-rakan
Bagi yang lahir pada tahun 90-an, korang mesti akan ingat dengan cover album Nevermind dari kumpulan Nirvana yang memaparkan seorang bayi sedang berenang dalam kolam. Gambar itu boleh dikatakan agak legend jugalah sampaikan ia masih lagi menjadi perbualan sehingga ke hari ini. Manakan tidak, ramai yang tertanya-tanya mengenai identiti bayi itu termasuk umur dan keberadaannya. […]
Agong Berkenan Serah Kunci Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah
PEKAN, 25 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyerahkan kunci rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada penerima di Kampung Sungai Gangchong, Acheh dan Kampung Tanjung Pulai, di sini. Ketibaan baginda diiringi anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad […]
10 Lokaliti Di Sabah, Satu Di Pahang Dikenakan PKPD Mulai Jumaat
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Sebanyak 10 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini hingga 9 Sept manakala satu lokaliti di Johor iaitu Kampung Orang Asli Kuala Masai di Johor Bahru dikenakan PKPD bermula esok hingga 8 Sept. Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad […]
ATM Terima Lebih 3,600 Insiden Ancaman Keselamatan Siber Sehingga April – Affendi Buang
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Lebih 3,600 insiden ancaman keselamatan siber dilaporkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang. Beliau berkata angka yang tinggi itu membimbangkan perancang dan pengamal pertahanan. “Berikutan kewujudan dan kemunculan bahaya tersebut, pihak kerajaan dan ATM […]
Thailand Jangka Hasilkan Vaksin COVID-19 Tempatan Menjelang Akhir Tahun
BANGKOK, 25 Ogos (Bernama) — Vaksin tempatan RNA messenger (mRNA) COVID-19 Thailand dikenali ChulaCov19 dijangka tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Wakil jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata calon vaksin, yang dibangunkan Universiti Chulalongkorn itu sedang di fasa ketiga ujian klinikal dan menunjukkan kemajuan memberangsangkan. “Jika terbukti berjaya, Thailand mungkin menjadi negara pertama di ASEAN menghasilkan […]
Jiran-jiran Buat Aduan, Wanita Didenda Lebih RM17 Ribu Sebab Bagi Burung Makan
Seorang wanita dilaporkan telah didenda sebanyak £ 3,000 (RM17 ribu ringgit) setelah jirannya membuat aduan kepada pihak berkuasa. Jirannya itu terpaksa bertindak sedemikian dipercayai akibat tidak tahan dengan sikap wanita itu yang memberi makan kepada burung-burung secara berlebihan. Menurut laporan, perbuatan memberi makan kepada burung-burung selama bertahun-tahun itu telah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada jiran-jirannya sehingga […]
(Video) Bandar Ini Bina “Portal” Seakan Dalam Filem, Hubungkan Penduduk Di Poland & Lithuania
Musim semua duduk rumah ni, mesti dah rasa rindu sangat untuk keluar dan berjalan-jalan kan. Bayangkan kalau ada alat yang boleh bawa kemana saja korang suka ketika ini, korang akan pilih untuk pergi mana? Mungkin tak masuk akal, tapi sebenarnya ada je alat atau ‘pintu’ yang dah pun dicipta untuk menghubungkan penduduk di dua bandar. […]
Bayaran i-Sinar Bagi Bulan September Akan Dibuat Bermula 26 Ogos – KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar bagi bulan September 2021 akan dibuat bermula esok, 26 Ogos 2021. Seperti yang dikongsikan di laman sosial rasmi mereka, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah daalm tempoh 1-3 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank. Bayaran i-Sinar bagi bulan September 2021 akan dibuat […]
(Video) Ngeri, Detik-Detik Rakus Ikan Jerung Melapah Bangkai Ikan Paus Berjaya Dirakam
Satu rakaman mengerikan memaparkan seekor ikan jerung melapah bangkai seekor ikan paus berjaya dirakam di pelabuhan di Australia. Video yang dirakam di Pelabuhan Outer di Adelaide pada Selasa itu menunjukkan seekor ikan jerung sedang merobek bangkai paus di persisiran pantai. Laporan menyatakan bahawa ikan paus tersebut mati akibat dilanggar oleh kapal, dengan kru menemui haiwan […]
Percaya Kebolehan Taliban Stabilkan Negara, Ratusan Pelarian Mahu Pulang Ke Afghanistan
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan suasana tegang di lapangan terbang Kabul hingga memakan korban nyawa. Ribuan orang berasak-asak untuk keluar dari Afghanistan selepas penguasaan Taliban terhadap negara itu. Pun begitu, kira-kira 200 pelarian Afghanistan di Pakistan memilih untuk pulang ke negara asal mereka. Memetik laporan AFP, pelarian-pelarian ini percaya akan kebolehan Taliban menstabilkan kembali negara […]
Paralimpik Tokyo: “Saya Boleh Pecah Rekod Asia Jika Tak Batal” – Nur Syaiful
TOKYO, 25 Ogos (Bernama) — Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, berpotensi memecah rekod Asia baharu sekiranya penyertaannya dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal), tidak dibatalkan pada Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini. Nur Syaiful yang membuat penampilan sulung dalam temasya berprestij itu, menamatkan perlumbaan di tangga kelima daripada enam pelumba […]
Masyarakat Perlu Bertindak Secara Bertanggungjawab Patuhi SOP
KANGAR, 25 Ogos (Bernama) — Masyarakat perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dalam setiap tindakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengakui bahawa masih terdapat segelintir individu yang tidak berdisiplin melanggar SOP dan ia memberi kesan negatif termasuk peningkatan jumlah kes positif di Perlis sejak […]
Mahkamah Rayuan Kekal Denda RM20,000 Dalam Kes Guru Cabul Kehormatan Murid
PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) — Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman denda RM20,000 terhadap guru matematik yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang murid lelakinya berumur 11 tahun. Panel tiga hakim diketuai Datuk Suraya Othman membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Kamarul Azamin Mohamad terhadap sabitan dan hukuman dalam kes itu. Panel […]