Berita
Pernah Masuk ICU, Abang Arwah Siti Sarah Dedah Paru-paru Kanan Rosak Akibat COVID-19
Bertarung nyawa dan terlantar di ICU beberapa minggu lalu, abang arwah Siti Sarah, Ahmad Firdous, yang dijangkiti COVID-19 kini sudah semakin pulih. Bagaimanapun, paru-parunya dipercayai telah rosak akibat daripada jangkitan virus tersebut. Berkongsikan keadaannya di Facebook, Ahmad Firdous meluahkan rasa syukur dengan apa yang berlaku ke atas dirinya dan mengatakan mungkin akan mengambil masa selama […]

“Kepada Ziyad, Anda Tetap Juara Di Hati Kami” – PM
Penarikan semula pingat emas Ziyad Zolkefli dalam acara akhir lontar peluru di Paralimpik Tokyo 2020 cukup memberi kesan buat seluruh Malaysia. Ziyad sebelumnya dinobatkan juara di acara tersebut, malah berjaya memecahkan rekod dunia dengan lontaran 17.94 meter. Pun begitu, emas buat Malaysia sirna apabila Ziyad diprotes oleh atlet Ukraine yang mengatakan atlet itu lewat memasuki Call […]
Lebih 14.8 Juta Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Vaksin Covid-19 – JKJAV
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Seramai 14,886,006 individu atau 63.6 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, seramai 19,621,799 individu atau 83.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi […]
265 Kes Varian Delta Dikesan Dalam Tempoh Dua Minggu
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Kajian berterusan oleh tiga institut penyelidikan di negara ini telah mengenal pasti 265 kes varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) sejak 16 hingga 29 Ogos. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 39 kes varian Delta, Integrative Pharmacogenomics […]
Berkumpul Ketika Majlis Pengebumian Cetus Kluster 32 Kes Di Sabah
KOTA KINABALU, 31 Ogos (Bernama) — Aktiviti berkumpul beramai-ramai dalam majlis pengebumian di Kampung Nasakot, Ranau, telah mencetuskan kluster melibatkan 32 kes jangkitan COVID-19 setakat hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kes indeks bagi kluster jenis komuniti itu merupakan seorang wanita berusia 40 tahun yang dikesan positif semasa saringan […]

“Protes Daripada Ukraine Masih Diterima,” Bantahan Balas Dari 3 Negara Akan Dibawa Ke Mesyuarat CDM Esok
Atlet paralimpik lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli diprotes penyertaanya oleh atlet Ukraine dalam saingan akhir lontar peluru lelaki F20. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, protes daripada pihak Ukraine masih diterima pihak penganjur Paralimpik Tokyo 2020. “Counter protest daripada tiga negara akan dibawa ke mesyuarat CDM (Chef de Mission) esok pagi.” “Kita […]
Apa Sepatutnya Jadi Kalau Lambat? Ini Peraturan ‘Call Room’ Dalam Olahraga Korang Patut Tahu
Sebentar tadi, negara dikejutkan dengan penarikan semula pingat emas kedua negara di Paralimpik Tokyo 2020 sumbangan Ziyad Zolkefli. Ziyad diprotes atlet Ukrain yang mengatakan atlet itu lambat memasuki Call Room untuk acara akhir lontar peluru F20. Menurut Peraturan 4.4 dalam Peraturan Teknikal Paralimpik, atlet yang diprotes lewat memasuki Call Room akan dikategorikan sebagai Did Not Start (DNS). Pun […]

Bekas Presiden ABIM Siddiq Fadzil Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Datuk Dr Siddiq Fadzil, meninggal dunia di Hospital Pakar An-nur, Bangi, Selangor petang tadi. Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz ketika dihubungi berkata Allahyarham Siddiq, 74, yang juga Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi 2018 menghembuskan nafas terakhir pada 6.32 petang akibat jangkitan paru-paru. Dalam […]
PKPD Di Empat Lokaliti Di Pahang, Sabah Mulai Khamis Ini – MKN
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Empat lokaliti, masing-masing dua di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 2 hingga 15 Sept ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad. Beliau berkata lokaliti di Pahang melibatkan Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian di mukim Bebar […]
Individu Ditemukan Rentung Dalam Kemalangan
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Seorang individu ditemukan rentung dalam kereta dipandunya yang terbabas lalu merempuh lori dan penghadang jalan sebelum terbakar di Kilometer 407, Lembah Beringin – Tanjung Malim, Lebuhraya PLUS (arah utara) dekat sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.14 petang tadi […]
Palestin Namakan Lokasi Di Barat Gaza Sebagai “Jalan Malaysia”
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di barat bandar raya itu sebagai ‘Jalan Malaysia’ sempena Hari Kebangsaan negara ke-64, pada Selasa. Berkongsi pengumuman itu menerusi kemas kini Twitter, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran menyatakan, papan tanda jalan berkenaan terletak di bulatan Ansar, ke barat Bandar Raya […]
SPRM Pandang Serius Kegiatan Rasuah Doktor Untuk Sijil Vaksin
PUTRAJAYA, 31 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan berlakunya kegiatan merasuah doktor bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin COVID-19. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata siasatan berhubung perkara itu sedang dilakukan dan jika ia benar-benar berlaku, perbuatan tersebut bukan saja menjejaskan reputasi profesion pengamal perubatan malah […]
Kedutaan Terus Kerjasama Pastikan Rakyat Malaysia Di Thailand Dapat Suntikan Vaksin
BANGKOK, 31 Ogos (Bernama) — Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Thailand untuk memastikan rakyat Malaysia yang bermastautin di negara itu mendapat suntikan vaksin COVID-19. Dutanya, Datuk Jojie Samuel berkata sejak beberapa bulan lepas pihak kedutaan telah berkongsi dan mengemas kini maklumat program imunisasi yang ditawarkan kepada warga asing yang […]

”Ini Adalah Keputusan Yang Memalukan, Pingat Emas & Rekod Dunia Dicuri” – Khairy Jamaluddin
Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia. BACA: Emas Ziyad Ditarik: ”Tiga Negara Sedang Counter Protes, Doakan” – Menteri KBS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut, malah tegasnya ia adalah perkara yang memalukan. “Ini adalah keputusan yang memalukan. […]

Emas Ziyad Ditarik: ”Tiga Negara Sedang Counter Protes, Doakan” – Menteri KBS
Isu pembatalan pingat emas ke atas Ziyad Zolkefli dalam perlawanan sebentar tadi kini dalam proses perbincangan, umum Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu. Faizal menerusi satu ciapan di Twitter berkata, perbincangan tersebut melibatkan tiga negara yang terlibat dalam bantahan yang dikemukakan. “Update Tokyo – masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter […]
Dua Individu Ditahan Tipu Jual Beli Barangan Elektronik Di Instagram – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Dua individu ditahan di Pulau Pinang pada 8 Ogos lepas kerana disyaki menjadi dalang utama sindiket penipuan jual beli barangan elektronik melalui platform media sosial Instagram melibatkan nilai kerugian sebanyak RM153,759. Tanpa mendedahkan butiran lanjut tempat suspek ditahan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md […]
RASMI: Pingat Emas Ziyad Ditarik Balik, Sekretariat Malaysia Pula Buat Bantahan Rasmi
Pihak Paralimpik Tokyo 2020 mengesahkan pingat Emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukrain, Maksym Koval selepas diprotes. Penyertaan Ziyad dibatalkan dalam acara lontar peluru lelaki F20 sebentar tadi dan dikategorikan sebagai Did Not Start (DNS). Ziyad diprotes atlet Ukrain yang mengatakan jaguh lontar peluru negara itu lambat memasuki […]

Agong Berkenan Sertai Operasi SAR Anggota Tentera Hilang Di Sungai Pahang
BERA, 31 Ogos (Bernama) — Sikap prihatin dan berjiwa rakyat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini terserlah apabila baginda berkenan mencemar duli menaiki bot meskipun dalam keadaan hujan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang di Sungai Pahang semasa mengikuti Eksesais PARA Predator siri […]

”Bagai Mimpi Jadi Kenyataan..” Ronaldo Luah Rasa Teruja Dapat Kembali Ke Manchester United
Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo akhirnya ‘melepaskan’ rasa terujanya apabila telah kembali ke pangkuan kelab legendanya, Manchester United. Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini, Ronaldo yang turut dikenali sebagai CR7 itu berkata, rasa cintanya terhadap Manchester United tidak pernah pudar selama ini. “Semua yang kenal saya, tahu tentang rasa cinta saya yang […]

Kedah Harap Langkawi Dibuka Untuk Gelembung Pelancongan 16 Sept Ini
YAN, 31 Ogos (Bernama) — Kerajaan negeri Kedah berharap Pulau Langkawi akan dibuka untuk gelembung pelancongan bermula 16 Sept ini bersempena sambutan Hari Malaysia. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata perkara itu sudah dibincang dengan Lembaga Pembangunan Langkawi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Majlis Keselamatan Negara. Bagaimanapun, beliau berkata pembukaan Langkawi tertakluk kepada penilaian Jabatan […]