Berita
Azhar Nafi Tolak Usul Mengosongkan Jawatan Speaker Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Datuk Azhar Azizan Harun nafi dakwaan bahawa beliau menolak usul supaya meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat daripada dibahas di Dewan Rakyat. Dalam kenyataan hari ini, beliau mengakui pejabatnya telah menerima usul berkenaan daripada beberapa pengusul, namun telah mengutus surat kepada semua pengusul bahawa beliau tidak akan membuat sebarang […]
TERKINI: Semporna, Sabah ‘Digoncang’ Gempa Bumi, Gegaran Mungkin Dirasai Sekitar Semporna & Kunak
Satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala richter dilaporkan berlaku di Semporna, Sabah. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian direkodkan berlaku pada 1.45 petang tadi dengan pusat gempa bumi terletak pada kedudukan 4.6° U & 118.3° T dengan kedalaman 10 km. Tambah MetMalaysia, gegaran dipercayai boleh dirasai di sekitar Semporna dan Kunak manakala mereka akan terus […]
Polis Kenal Pasti Individu Terlibat Ajaran Sesat PMYT- KPN
KOTA KINABALU, 2 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti individu yang terlibat dengan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dan sedang melakukan siasatan lengkap terhadap perkara itu, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau berkata PDRM kini sedang dalam perancangan untuk memanggil individu tertentu bagi membantu […]
Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk ‘Keluarkan’ Sijil Vaksinasi Ke ‘Dependent’ Punya Telefon Bimbit
Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bagaimana caranya untuk kita memindahkan sijil vaksinasi ke dalam aplikasi MySejahtera milik dependent kita dalam telefon bimbit mereka. Jika nama mereka didaftarkan dalam telefon bimbit kita, maka sijil tersebut akan berada dalam telefon bimbit kita. Cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @Addykunze ini membolehkan kita untuk memindahkan sijil […]
TERKINI: Harga Siling Kit Ujian Pantas COVID-19 Ditetapkan Pada RM19.90 Untuk Runcit & RM 16 Untuk Borong
Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa harga siling bagi satu set kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) telah ditetapkan pada RM16.00 (harga borong) dan RM19.90 (harga runcit). Menerusi kenyataan media yang dikongsikan Bernama TV, Khairy bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Putrajaya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi […]

Betul Ke Kilat Tak Sambar Tempat Sama 2 Kali, Rakaman Ini Papar Kilat Sambar Satu Tiang 11 Kali Berturut-turut
Adakah benar bahawa kilat tidak akan menyambar pada satu-satu tempat lebih daripada sekali? Perkara seperti ini pernah menjadi persoalan bagi segelintir orang terutamanya seperti yang diperkatakan oleh orang yang lebih berumur. Pun begitu, terdapat satu rakaman menakutkan panahan kilat di sebuah tiang di timur China telah menarik perhatian orang ramai di Facebook. Berdasarkan video dimuatnaik Daily […]
(Video) Gelagat Anak Gajah ‘Struggle’ Nak Panjat Tebing Sungai Jadi Perhatian, Nasib Sempat Dibantu
Sebuah kejadian yang mengharukan berjaya dirakam di mana seekor anak gajah yang tersekat di tebing sungai telah dibantu oleh ibunya. Kejadian tersebut dirakam oleh seorang pembuat filem, Kim Wolhuter, 62 tahun yang sedang berkunjung ke Mashatu Game Reserve di Botswana. Menurutnya, dia melihat anak gajah itu tersekat dan berusaha mengikuti ibunya di tebing Sungai Majale. […]

Emas Muhammad Ziyad: Peraturan Untuk Dipatuhi, Bukan Dilanggar
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Hampir mustahil untuk Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) mengubah keputusan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan kejayaan gemilang jaguh kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli ‘dirompak’. Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berpendapat sukar bagi IPC untuk merombak keputusan tersebut, selain […]
(Video)”Terima Kasih Naik Teksi Ayah Saya,” Lelaki Bawa Anak 4 Tahun Cari Rezeki Setelah Berpisah Dengan Isteri
Seorang bapa tunggal di Shenzhen China, membawa anak perempuannya bersama-sama mencari rezeki sebagai pemandu teksi. Dia yang dikenali sebagai Wang terpaksa bertindak sedemikian memandangkan tidak ada sesiapa yang boleh menjaga anaknya di rumah. Dalam sebuah video, kelihatan kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun itu duduk di kerusi belakang untuk menemani ayahnya bekerja. Kanak-kanak yang bernama, […]
Penduduk Kampung Di Jogja Gempar, Temui ‘Kuali Gergasi’ Tertanam Dalam Tanah Sedalam 3 Meter
Penduduk di Kretek Jambidan, Jogjakarta dilaporkan telah menemukan satu objek berbentuk ‘kuali besar’. Menurut CNN Indonesia, objek itu berjaya diangkat ke tanah setelah tertanam sedalam kira-kira tiga meter. Penyewa tanah di kawasan itu, Supardi, mengatakan bahawa kuali tersebut ditemukan pada Selasa lalu ketika salah seorang pekerja sedang melakukan penggalian di kawasan tanah di situ yang […]
Polis Kesan Suspek Lakukan Ugutan Jenayah Melalui Khidmat Kurier
SHAH ALAM, 2 Sept (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang suspek yang melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita untuk menyimbah asid dan membakar rumahnya melalui nota di dalam bungkusan kurier yang dikirimkan ke sebuah alamat di Kampung Saim, Klang dekat sini, Isnin lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohd Khairi Shafie berkata suspek […]
Hadiah Paling ‘Besar’ Dari Palestin Sempena Merdeka, Abadikan Nama Malaysia Sebagai Jalan Di Bumi Gaza
Rakyat Malaysia sememangnya mempunyai hubungan yang mesra dengan warga Palestin. Pelbagai NGO dari negara kita juga seringkali berkunjung ke sana untuk menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan. Mungkin disebabkan itu, warga Palestin di sana mahu memberikan sesuatu kepada Malaysia sebagai tanda berterima kasih di atas semua bantuan yang dihulurkan selama ini. Sempena hari Kemerdekaan Malaysia […]

Misteri Bangkai Kambing Tanpa Kepala Dalam Sungai, Saksi Dengar Bunyi Percikan Waktu Malam
Penemuan bangkai kambing tanpa kepala di Sungai Chattahoochee, Georgia menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk tempatan dan pencinta alam. Memetik Daily Star, bangkai-bangkai tersebut dipercayai berkait dengan kumpulan kultus yang mengorbankan haiwan tersebut sebagai sebahagian daripada ritual mereka. Salah seorang saksi yang juga merupakan pencinta alam sekitar, Jason Ulseth berkata, dia pernah melihat sekitar 30 ekor […]
Bangunan Di Abu Dhabi, UAE Dilimpahi Cahaya Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan Ke-64
Tarikh keramat 31 Ogos yang lalu menandakan bahawa sudah 64 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara, kemerdekaan pada tahun ini pastinya disambut dalam keadaan norma baharu. Tiada lagi sambutan ambang merdeka dan himpunan atau perarakan secara besar-besaran. Namun, ia bukan alasan untuk kita tidak menyemai rasa cinta pada negara […]
Tuduh Isteri Curang, Lelaki Tergamak Jahit Kemaluan Isteri Sebagai Balasan
Seorang lelaki di Madhya Pradesh, India tergamak menjahit kemaluan isterinya gara-gara mengesyaki bahawa isterinya itu curang. Tindakan kejam itu dilaporkan dibuat kerana ingin membalas dendam. Wanita tersebut kini sedang dirawat di hospital sementara suaminya itu masih sedang diburu pihak polis. Doktor menyatakan bahawa mangsa sedang berada dalam keadaan stabil. “Kes telah difailkan terhadap suspek setelah […]
Warga Emas Rentung Kereta Terbakar Langgar Pokok
MIRI, 2 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas rentung apabila kereta jenis Honda yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Taman Awam di sini, lewat malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira pukul 10.50 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan […]

Menakjubkan, Tukang Kebun Berjaya Tanam Lemon ‘Gergasi’ 2.6kg, Bagi Pada Chef Dan Ini Pendapatnya
Biasanya, kita akan melihat lemon yang bersaiz lebih kecil daripada tapak tangan, namun tahukah anda, sebenarnya wujud spesies lemon bersaiz gergasi? Memetik Daily Mail, seorang tukang masak, Melissa Palinkas berkongsi keterujaan ketika menerima sebiji lemon bersaiz besar daripada seorang kenalan di Australia. Seperti yang dikatakan oleh portal berkenaan, lemon gergasi itu telah berjaya ditanam oleh […]

Abang Ni Sampai Kena ‘Bungkus’ Gerai Akibat Diganggu, Nampak ‘Cik Ponti’ & ‘Gula-Gula’ Kat Pokok
Dalam adat berniaga, ada macam-macam cabaran yang terpaksa dihadapi peniaga. Selain kena ambil risiko tentang untung rugi, mereka juga berhadapan dengan karenah masyarakat di sekeliling. Pasti ada yang tahu tentang isu dengki dalam perniagaan sampai melibatkan gangguan misteri. Begitulah yang dialami oleh pengguna Facebook, Asri Sparepart apabila gerai niaganya sering diganggu makhluk halus. Lebih menyedihkan, […]

Pengalaman Seram Satu Keluarga Nampak Kelibat Polis Buat ‘Roadblock’ Tapi Bila Sampai..
Siapa ada pengalaman seram diganggu makhluk ghaib ketika sedang memandu kenderaan di jalan raya? Situasinya pasti bertambah cemas apabila ia berlaku pada waktu malam yang sunyi. Seperti pengalaman seram yang dikongsikan oleh Naziera Afandi apabila dia dan keluarganya mendakwa diganggu ketika mereka dalam perjalanan dari Kampar ke Kuala Lumpur. Ketika itu, mereka yang berhenti di […]

Annuar Pelawa Netizen Beri Cadangan Kepada KKMM
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa membuka ruangan di akaun Twitternya untuk orang ramai menyuarakan cadangan dan harapan bagi menambah baik kementerian berkenaan. Katanya beliau menjangka dalam minggu pertama berada di kementerian, saban hari beliau akan diberikan taklimat oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi […]