Berita

Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands Ditutup Akibat Tanah Runtuh
IPOH, 18 Sept (Bernama) — Laluan Persekutuan FT 185 Seksyen 43.9 di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menghala ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan atas faktor keselamatan, akibat hujan lebat yang berterusan hari ini. Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta dalam satu kenyataan malam ini menyatakan notis penutupan itu berkuat kuasa pukul 9.00 malam ini […]

TERKINI: Masjid Di Perlis Dibuka Sepenuhnya Mulai Subuh 22 September
Masjid-masjid di seluruh negeri Perlis diarahkan untuk dibuka sepenuhnya dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan diperketatkan berkuat kuasa mulai waktu Subuh 22 September ini. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah sedemikian setelah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin […]

11 Lagi R&R Dan Hentian Sebelah PLUS Dibuka Untuk ‘Dine-In’
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sebanyak 11 lagi medan selera di pusat Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dibuka semula hari ini. Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, pembukaan itu adalah susulan arahan keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan pengoperasian pada kapasiti penuh atau 100 peratus berikutan 80 peratus kakitangan […]

Lelaki Lemas Cuba Selamat Rakan Tergelincir Ketika Berswafoto
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba membantu rakannya yang tergelincir ketika berswafoto berdekatan kawasan empangan di jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mayat mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang. Terdahulu, pihaknya menerima panggilan pada […]

Kaunter JPJ Dah Dibuka, Ini Panduan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
Kerajaan baru-baru ini telah membenarkan kaunter-kaunter perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk beroperasi semula. Justeru, pasti ramai yang mahu berurusan seperti memperbaharui lesen, mendaftar lesen dan sebagainya. Menyentuh mengenai pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), setiap permohonan yang dibuat boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar lesen berkenaan ataupun wakil. Dalam proses permohonannya di kaunter JPJ, mereka perlu […]

Isu Muhammad Ziyad: MPM Sudah Peroleh Rakaman CCTV Dari Penganjur
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sudah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Olimpik Tokyo daripada pihak penganjur Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Sabtu lepas, berhubung isu melanda Muhammad Ziyad Zolkefli. Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata rakaman CCTV itu diyakini mampu membantu pihaknya merungkai persoalan di […]

Polis Nafi Dakwaan Kesan Bengkak Di Badan Tahanan Lokap IPD Kuala Langat
SEPANG, 18 Sept (Bernama) — Polis Selangor menafikan terdapat kesan bengkak pada badan seorang tahanan yang meninggal dunia di lokap ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada Isnin lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata dakwaan yang dibuat oleh isteri tahanan terbabit adalah tidak benar dan polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara […]
Pakar Diet Klinikal Bidas Dakwaan Susu Untuk Pesakit Yang Diintubasi Boleh Sebabkan Kebuluran, Ini Fungsi Sebenar Orang Awam Kena Tahu
Bila keadaan sudah semakin kritikal, pesakit-pesakit COVID-19 kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam ICU dan diintubasi bagi menyalurkan oksigen ke paru-paru mereka. Ketika itu, pesakit ditidurkan atau berada dalam keadaan ‘koma’ dan jika diizinkan Allah, pesakit akan dapat diselamatkan dan berpeluang untuk sembuh semula. Namun, ada juga yang tidak dapat bertahan dan meninggal dunia. Dalam keadaan […]
KJ Diam-diam Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Kajang, Staf Kesihatan Puji “Macam Ni Baru Tahu Keadaan Sebenar”
Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin telah melakukan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang, hari ini. Foto-foto ketika beliau berada di hospital itu telah tular di media sosial dan difahamkan beliau hanya membawa seorang sahaja pegawai untuk mengiringinya. Dengan memakai pakaian biasa dan tanpa sebarang protokol rasmi, beliau dilihat menyapa petugas dan melihat keadaan di […]

Gara-Gara Nak Ukur Berapa ‘Panjang’, Wayar Kabel USB Tersekat Dalam Zakar Remaja
Seorang remaja 15 tahun di London terpaksa menjalani pembedahan apabila sebuah kabel USB didakwa tersumbat di dalam lubang zakarnya. Remaja yang tidak dikenali itu mendakwa, tujuan dia memasukkan kabel tersebut sebelum itu adalah untuk mengukur panjang alat kelaminnya. Bagaimanapun ‘eksperimen’ itu gagal apabila kedua-dua penyambung kabel USB berkenaan tersekat dalam saluran dan tidak boleh dikeluarkan […]
(Video) Akak Ni ‘Bakar’ Roti Gardenia Inti Dalam “Air Fryer”, Hasilnya Sedap & Buat Anak-anak Teruja
Musim pandemik ini membuatkan para ibu bapa lebih kreatif dalam melakukan aktiviti bersama anak-anak agar mereka tidak bosan dan merasa tertekan ketika berada di rumah. Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah memasak. Tidak perlu memasak makanan yang rumit, terkadang hanya membakar kek dan roti juga boleh membuatkan anak-anak teruja. Bercakap mengenainya, seorang pengguna […]
COVID-19: 15,549 Kes Dicatatkan Hari Ini, Sarawak Tertinggi Dengan 2,929 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 15,549 kes baharu COVID-19 yang telah dicatatkan pada hari ini. Pertambahan kes harian itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 2,082,876 kes. Menurut data yang dikongsikan olehnya di Twitter, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu dengan 2,929 kes, […]
Ini Cara Nak Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Berkahwin
Perkahwinan merupakan satu ikatan suci dan perlu dijaga sebaiknya. Namun perkahwinan tidaklah semudah dan seindah seperti yang ditayangkan di dalam drama atau filem, ia memerlukan komitmen dan kepercayaan yang tinggi antara pasangan masing-masing. Menjelang hari perkahwinan, pasti banyak persediaan yang perlu dilakukan iaitu bukan sahaja mengenai kelancaran majlis tetapi dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan juga. Pun […]
Ratusan Bangkai Burung Ditemui Bergelimpangan, Dipercayai Mati Akibat Langgar Pencakar Langit Di New York
Ratusan burung migrasi dilaporkan mati setelah merempuh menara World Trade Centre (WTC) di New York beberapa hari yang lalu. Menurut New York Post, bangkai-bangkai kesemua burung itu dilihat bertebaran di kaki lima di bawah menara tersebut. Difahamkan, sekurang-kurangnya 291 burung termasuk spesis warblers hitam dan putih, American redstart dan burung oven ‘bingung’ dengan lampu dan […]
Bau Busuk Ketika Berkebun, Lelaki Terkejut Temui Kemaluan Lelaki Dalam Botol
Seorang tukang kebun dikejutkan dengan penemuan kemaluan lelaki dalam balang kaca susulan bau busuk yang dihidunya ketika sedang berkebun di tanah didakwa milik ibunya. Menurut laporan Daily Star, kejadian yang dilaporkan berlaku di Balcarce di Buenos Aires, Argentina kini dalam siasatan pihak polis di sana. Lelaki berkenaan ketika kejadian dilaporkan sedang merapikan semak-samun sebelum secara […]
Bola Sepak: Mohd Sharbinee Digantung Lima Perlawanan, Denda RM7,000
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Penjaga gol utama Sarawak United FC, Mohd Sharbinee Allawee Ramli menerima padah apabila digantung lima perlawanan susulan tindakan ‘ganasnya’ pada aksi Liga Premier menentang Negeri Sembilan FC di sini, pada 10 Sept lepas. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Baljit Singh Sidhu berkata bagi pertuduhan pertama, […]
Hampir Mustahil Nak Buka Pintu Bila Kereta Baru Nak Tenggelam, Lelaki Ini Jelaskan Kenapa
Mungkin kita merasakan bahawa segala langkah pencegahan dan keselamatan telah dilakukan namun tiada siapa yang akan tahu bila perkara buruk akan berlaku dalam hidup ini. Bak kata peribahasa, malang tidak berbau. Sama juga situasinya bila memandu kereta, mungkin kita sudah memandu dengan cermat dan selamat tetapi terkadang kemalangan tetap berlaku sehingga meletakkan kita di dalam […]
Ragut 10 Nyawa Orang Awam, Amerika Mohon Maaf & Mengaku Serangan Dron Di Kabul “Satu Kesilapan Tragis”
Kerajaan Amerika Syarikat melalui Pentagon mengakui kesilapan pihaknya dalam satu serangan dron di Kabul, Afghanistan pada bulan lepas yang meragut nyawa 10 orang awam termasuk 7 kanak-kanak. “Sebagai seorang ketua, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas serangan dan kejadian malang ini,” kata Komander Angkatan Marin AS, Jeneral Kenneth McKenzie. Beliau kemudian turut mengucapkan takziah dan memohon […]
Syarikat Ini Cari Peminat Filem Seram, Nak Bagi Upah RM 5,000 Untuk Tonton 13 Filem Seram
Anda peminat filem seram? Ini ada satu kerja kosong untuk anda. Sebuah syarikat pembekal maklumat kewangan atas talian, FinanceBuzz yang berpangkalan di Amerika Syarikat dilapor ingin mengupah seorang individu untuk menonton 13 filem paling seram pernah dihasilkan. Individu berkenaan akan dibayar sebanyak USD 1,300 (RM 5,400). Menurut laporan Penn Live, FinanceBuzz dikatakan membukan tawaran jawatan […]
(Video) “Allahuakbar, Mak Bangun Mak,” Pegawai Polis Menangis Hiba, Dapat Tahu Mak & Ayah Terpaksa Ditidurkan Kerana COVID-19
Detik-detik insan tersayang ditidurkan dan dipasangkan oksigen merupakan satu ‘episod’ duka yang perlu dilalui oleh kebanyakan orang ketika era COVID-19 ini. Pastinya perasaan takut dan sedih datang menerjah ketika mengucapkan salam dan selamat tinggal kepada mereka sebelum dimasukkan ke ICU. Ketika itu, hanya doa dan tangisan yang mampu diiringi bersama dengan harapan agar insan tersayang […]