Berita

(Video) Kanggaru Seakan ‘Bersalam’ Dengan Penyelamat Lepas Terperangkap Dalam Air, Mungkin Berterima Kasih
Seekor kanggaru yang terperangkap di sebuah tasik di Canberra telah menarik perhatian ramai apabila dilihat seakan ‘bersalaman’ dengan individu yang menyelamatkannya. Menurut Daily Mail, dua lelaki telah menghampiri haiwan berkenaan yang dipercayai sedang ketakutan sebelum menghulurkan tangan kepada haiwan tersebut. Sebaik berjaya memaut tangan kanggaru berkenaan, lelaki tersebut telah mengalihkannya ke tempat selamat dan disambut […]
Kanak-kanak Lelaki Dua Tahun Dikesan Kes Indeks Kluster Lungkidau Di Sabah
KOTA KINABALU, 21 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikesan menjadi kes indeks bagi satu kluster baharu iaitu Kluster Lungkidau di Ranau melibatkan jangkitan 134 kes direkodkan setakat hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ia dikesan hasil daripada saringan pra kemasukan wad pada 7 Sept lalu […]
Negeri Sembilan FC Tamatkan Kemarau Trofi, Muncul Juara Liga Premier 2021
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Negeri Sembilan FC akhirnya menamatkan kemarau panjang tanpa trofi apabila mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2021 selepas menewaskan PDRM FC 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Ia merupakan kejuaraan pertama diraih skuad Hobin Jang Hobin selepas memenangi Piala Malaysia musim 2011 diikuti Piala Sumbangsih pada 2012, selain […]
(Video) Viral Askar Veteran ‘Mengamuk’ Depan Mantan Presiden Amerika, Dakwa Menipu Untuk Ceroboh & Perang Dengan Iraq
Seorang askar veteran Amerika Syarikat yang berkhidmat semasa perang Iraq, Mike Prysner, telah bertindak menuntut bekas presiden Amerika Syarikat iaitu George W. Bush mohon maaf. Video yang memaparkan lelaki tersebut menjerit dalam sebuah majlis yang diadakan di Beverly Hills yang disertai oleh bekas presiden Amerika Syarikat itu telah menjadi tular di media sosial. “Encik Bush, […]
Lebih 60 Penguin Spesis Terancam Ditemui Mati, Mata Dipercayai Disengat Lebah
Puluhan penguin yang dikategorikan sebagai spesis yang terancam dilaporkan mati setelah disengat oleh lebah. Menurut The Sun, sebanyak 63 penguin ditemui telah disengat di bahagian mata. Difahamkan, sengatan serangga itu ditemui semasa bedah siasat yang dijalankan ke atas penguin itu, malah, seekor penguin mati dengan kesan 27 sengatan pada badannya. Bangkai kesemua penguin itu ditemui […]
(Video) Tindakan Wanita Hamil Ini Nekad Mencuri Telefon Bimbit Berjaya Dirakam Kamera CCTV
Tindakan seorang wanita hamil nekad mencuri telefon bimbit daripada sebuah kedai di Kota Bukittingi, Sumatera Barat, Indonesia berjaya dirakam kamera CCTV. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai telefon bimbit yang terdapat di Jalan Sutan Syahrir, Desa Tarok Dipo, Kota Bukittinggi. Suspek difahamkan mengambil kesempatan daripada kelengahan penjaga kedai yang keluar untuk menukar duit. Dalam video […]

(Video) Mungkin Tertekan, ‘Paus Paling Sunyi’ 40 Tahun Terkurung Dirakam Hentak Kepala Di Kaca Tangki
Dipercayai tertekan, seekor ikan paus pembunuh atau turut dikenali sebagai paus orca dilihat menghantukkan kepalanya ke tangki selepas kehilangan lima anaknya, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, rakaman dikongsikan aktivis di MarineLand yang menentang kurungan haiwan itu telah dimuatnaik ke media sosial bagi menggesa pembebasan haiwan tersebut. “Para aktivis anti pengurungan telah ke MarineLand dan melihat Kiska, […]
Ingat Resdung, Lelaki Menderita Hidung Berdarah & Bau Busuk, Terkejut Doktor Periksa Temui…
Ramai yang menganggap bahawa sakit di dalam hidung adalah disebabkan oleh resdung dan membiarkannya saja tanpa dirawat. Namun, sakit sehingga berdarah dan mengeluarkan bau yang busuk perlulah dirujuk kepada doktor pakar kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan penyakit yang berbahaya. Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, penyakit itu dikenali sebagai ‘rhinolith’. […]
(Video) “Selak Cari Gigi Dia…”, Ramai Tertanya-tanya, Wanita Kongsi Cara Siang Udang Galah
Sebut sahaja pasal udang, pasti akan mula terbayang keenakannya apabila sudah dimasak. Lagi-lagi kalau buat masak lemak cili api, memang tak cukuplah nasi sepinggan. Tapi sebelum masak tu, udang tersebut perlulah disiang dan dibersihkan dengan betul terutama bila masak udang galah yang bersaiz besar. Bagi yang tak biasa, memang agak susah juga sebenarnya nak siang […]
98.2 Peratus Kes Baharu COVID-19 Babitkan Kategori Satu Dan Dua – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Daripada 15,759 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini, 288 kes atau 1.8 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 15,471 kes atau 98.2 peratus lagi terdiri daripada kategori satu dan dua, yakni melibatkan pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor […]
JPA Kemuka Cadangan Tindakan Terhadap Penjawat Awam Enggan Divaksin Kepada MKN
PUTRAJAYA, 21 Sept (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengemukakan cadangan berhubung tindakan yang boleh diambil terhadap penjawat awam yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). JPA dalam kenyataan hari ini memaklumkan beberapa pilihan tindakan dan pendekatan telah dibawa kepada MKN untuk diputuskan termasuk cadangan arahan mewajibkan semua penjawat awam mengambil vaksin kecuali […]
Gara-gara Enggan Berjual-beli Dengan Lelaki Tak Pakai Topeng Muka, Pekerja Stesen Minyak Maut Ditembak
Seorang pekerja kedai telah dibunuh di Jerman gara-gara enggan menjual minuman keras kepada pelanggan yang tidak mahu memakai pelitup muka. Petugas stesen minyak yang berusia 20 tahun itu telah ditembak mati oleh seorang lelaki berusia 49 tahun yang pulang ke rumah untuk mengambil pistolnya selepas bertengkar dengan pekerja tersebut pada Sabtu, kata polis. Suspek dilaporkan […]
7 Negeri Dijangka ‘Dibadai’ Ribut Petir & Hujan Lebat Hingga 10 Malam Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di tujuh negeri di Malaysia sehingga 10 malam ini. Berikut adalah senarai kawasan dan negeri yang dijangka terlibat berdasarkan kenyataan pada jam 6.45 petang tadi. Perlis Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik) Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, […]

“Komunikasi Terakhir Dengan Abah Jam 1:27pm Tadi..,” Bapa MB Selangor Meninggal Dunia
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari iaitu Shari Mokhsin menerusi laman Twitternya memaklumkan bahawa insan bergelar abah meninggal dunia pada jam 5.30 petang tadi. Amirudin memaklumkan berita duka sedemikian menerusi satu ciapan ringkas di Twitternya sebentar tadi. “Komunikasi terakhir dengan abah jam 1.27 pm tadi melalui WhatsApp, jam 5.30 pm dapat berita abah meninggal […]
(Video) Ngeri, Lava Gunung Berapi Dilapor ‘Telan’ Rumah Penduduk, ‘Mengalir’ Di Jalan
Satu letusan gunung berapi di Canary Islands, Sepanyol menyebabkan lava memenuhi jalanan di kawasan perumahan, memaksa sekitar 6,000 penduduk tempatan melarikan diri, lapor Daily Star. Menurut portal itu, dalam kejadian 3 petang waktu tempatan pada Ahad lalu (19 September), cairan lava telah ‘memakan’ bangunan-bangunan di lokasi terlibat. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian letusan […]
Kebenaran Rentas Negeri Perlu Dibuat Secara Bertanggungjawab-Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Keputusan kebenaran merentas negeri perlu dibuat secara bertanggungjawab dengan memastikan ia benar-benar selamat, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menggunakan slogan #reopeningsafely berhubung isu kebenaran rentas negeri, beliau berkata pelbagai faktor perlu dipertimbang termasuk jumlah peratusan vaksinasi dan kemampuan hospital di negeri dalam menangani COVID-19 sekiranya […]
Peminat BTS Lancar ‘Kempen’, Mahu Bintang K-Pop, ‘Oppa’ Jungkook Diberi Watak Superhero Marvel
Dikenali sebagai ‘maknae’ dalam kumpulan BTS, Jungkook membuktikan bahawa dia boleh melakukan apa sahaja termasuk menyanyi, menari dan rap dalam satu lagu. Pun begitu, selain bakatnya dalam industri muzik, para peminatnya juga teringin untuk melihatnya berperanan sebagai superhero dalam filem Marvel. Menurut Music Times, Jungkook sejak kebelakangan ini sering menyebut mengenai beberapa watak dari Marvel […]

Ekuinoks September: Seluruh Dunia Akan Alami Waktu Siang & Malam Sama Panjang Khamis Ini
Orang ramai di seluruh dunia termasuk di Malaysia bakal menyaksikan kejadian ‘unik’ tempoh siang dan malam yang sama panjang selama 12 jam pada 23 September ini. Laman Facebook rasmi Planetarium Negara menjelaskan, hal tersebut adalah disebabkan fenomena ekuinoks September iaitu kedudukan matahari yang berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. “Pada Khamis, 23 September 2021 mulai […]
Khairy Beri Jaminan Cari Titik Penyelesaian Isu Doktor Kontrak
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi jaminan akan mencari titik penyelesaian interim yang lebih baik berhubung isu serta permasalahan yang dihadapi pegawai kesihatan lantikan kontrak. Khairy menyatakan komitmen itu menerusi perbincangannya bersama Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang diadakan secara maya tengah hari tadi. “Beberapa perkara telah dibangkitkan termasuklah kaedah penilaian […]
Portal Dedah Maklumat Tiga Pegawai Kanan SPRM Menyeleweng Disiasat-Bukit Aman
RAWANG, 21 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat pemilik sebuah portal berhubung pendedahan maklumat mengenai tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mencuri wang tunai bernilai jutaan ringgit. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan daripada pemilik portal berkenaan […]