Berita
Aliran Trafik Dilapor Mulai Perlahan Arah Utara Dari Terowong Menora – Sungai Perak, Permatang Pauh – Plaza Tol Sg. Dua
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebentar tadi melaporkan keadaan semasa trafik di lebuhraya ke arah utara. Menerusi ciapan di Twitter, aliran trafik arah Utara dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua dilaporkan mulai perlahan dan sesak. Peningkatan aliran trafik ini mungkin disebabkan oleh orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing kerana cuti hujung […]

Bagi Kawan Baik Pinjam Kereta, Lepas 2 Tahun Baru Lelaki Ini ‘Jumpa’ Keretanya Semula
Bila sebut pasal kawan baik kita jadi tak kisah nak bagi pinjam apa pun kan? Sebab kita dah percaya dengan kawan baik kita dan pasti dia tak akan mengambil kesempatan ke atas kita. Tapi lain pula kisahnya seorang lelaki yang kisahnya dimuatnaik di TikTok. Lelaki ini ditipu rakan baiknya selepas beri pinjam keretanya kepada rakan […]

Tempoh Kuarantin Untuk Pengembara Lengkap Vaksin Yang Pulang Ke Malaysia Dipendekkan Dari 14 ke 7 Hari
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memendekkan tempoh kuarantin untuk pengembara yang pulang atau kembali ke Malaysia dari 14 hari ke 7 hari sahaja. Kesitimewaan ini hanya terpakai untuk pengembara yang sudah lengkap vaksinasi sahaja. Manakala bagi tempoh isolasi untuk kontak rapat bagi penerima vaksin lengkap dipendekkan dari 10 ke 7 […]
Bau Durian Punca Penduduk Canberra, Di Australia Cemas Hingga Diarah Jauhi Kawasan Sekitar
Laporan ‘kebocoran gas’ dengan bau yang pelik dan busuk disebuah kedai di Canberra, Australia pada 15 Oktober lalu telah mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan Agensi Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Ibu Kota Australia (ACT) ‘campur tangan’. Menurut laporan media tempatan, anggota bomba dan penyelamat telah dikerah untuk menyiasat punca kebocoran serta menggesa orang awam untuk menhindari kawasan tersebut. […]
“Kenal Tak Siapa Dalam Gambar Ni?..Masuk Masjid Takde Escort Apa-Apa”
Perkongsian seorang individu di TikTok dengan menggunakan username @rahimazhari menarik perhatian netizen apabila berkongsi foto dipercayai seorang sosok terhormat sedang mendirikan solat di Masjid Putrajaya yang difahamkan tanpa pengiring. Nak tanya semua, kenal tak siapa dalam gambar ni? Tadi saya solat Jumaat di Masjid Putrajaya, saya nampak sosok tubuh ni dia masuk masjid, mula-mula saya […]
(Video) Wanita Datang Balai Polis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal
Seorang wanita di China terpaksa meminta bantuan di balai polis untuk membuka lock basikal yang terkunci pada bahagian lehernya. Menurut Oddity Central, lock tersebut terkunci selepas anaknya yang berusia 4 tahun itu terlupa kod untuk membukanya. Pada 7 Oktober lalu, wanita tersebut telah hadir ke balai polis di Huai’an, China sambil terdapat sebuah lock berwarna kuning dan […]
Makmal Tersilap Buat Ujian, 43,000 Warga England Terima Keputusan Negatif Diarah Jalani Ujian COVID-19 Semula
Ujian pengesanan COVID-19 di sebuah makmal Wolverhampton dilaporkan telah ditangguh susulan daripada kesilapan yang dilakukan mereka berkaitan keputusan negatif yang melibatkan kira-kira 43,000 orang di England. Menurut Sky News, NHS Test and Trace mengganggarkan bahawa 400,000 sampel ujian diproses melalui makmal Klinik Kesihatan di situ dan dianggarkan 43,000 orang mungkin telah mendapat keputusan yang salah […]
(Video) “Hey, Jangan Curi..Bagi Balik”, Laju Buat ‘Keje’, Oyen Tiba-tiba Datang & Larikan Barang Akak Ni
Siapa tidak kenal dengan gelaran ‘Oyen’ buat si comel yang satu ini. Pernah dahulu tular video kucing-kucing comel berwarna jingga maka dari situ lekatlah nama ‘Oyen’ pada mereka. Kucing ialah satu makhluk ciptaan Allah yang sangat comel jadinya tidak pelik kalau semua orang geram dengan tingkah comel dan nakal mereka. Tambahan lagi, semua memang maklum […]
Lelaki Dilapor Maut Dipijak Gajah, Anak Hanya Mampu Tengok Dari Jauh
Seorang pelancong dilaporkan telah dipijak hingga mati oleh seekor gajah di sebuah taman safari di Zimbabwe. Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di hadapan anak lelaki itu yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya. Menurut Daily Mail, mangsa, 71, dan anaknya, 41, dikatakan keluar berjalan-jalan di taman itu pada waktu pagi. Difahamkan, mereka telah memarkir […]
“Ni Bukan ‘Filter’ Eh Guys,” Pelakon, Harris Annuar Masuk Wad, Bibir Kena Sengat Tebuan
Pelakon terkenal, Harris Annuar menderita bengkak besar pada bahagian bibir selepas disengat dengan seekor tebuan. Menurutnya, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang bangun pagi untuk mandi. Ketika dia telah selesai mencuci muka, ada seekor tebuan difahamkan telah menghinggap di tualanya. “Aku tengah mandi, dan tengah-tengah mandi tu, aku cuci muka pukul 6 pagi. And then ada […]
(Video) Ingat Sebut “Boleh..Boleh..Boleh”, Viral Kat TikTok, Ini Kisah Disebalik Lagu ‘Love Nwantiti’
TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial paling popular terutama dalam kalangan anak muda yang menghasilkan pelbagai kandungan video sehingga ada yang menjadi tular di seluruh dunia. Di samping akaun-akaun pengguna yang sentiasa mendapat jumlah tontonan yang banyak, lagu-lagu yang menjadi ‘runut bunyi’ untuk video di aplikasi itu juga sering menjadi perhatian ramai. Ia […]
KJ Maklumkan KKM Sudah Buat Laporan Polis Terhadap Kumpulan Antivaksin
Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin. Menurutnya, pihak KKM berharap agar tindakan susulan berkaitan perkara itu dilakukan segera. “Kami harap tindakan susulan (siasatan, pendakwaan dan lain-lain) dapat disegerakan. “Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying,” katanya menerusi […]
TERKINI COVID-19: Kes Baharu Hari Ini Lebih Rendah Berbanding Semalam
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 7,420 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini. Dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 2,377,033 kes. Kes pada hari ini juga menurun sedikit berbanding semalam yang mencatatkan 8,084 kes. Maklumat terperinci mengenai kes […]
Kisah Tiga Lelaki Ini Jana Pendapatan Dijangka Mampu Beri Inspirasi Kepada Orang Ramai
Umum telah mengetahui bahawa wabak pandemik COVID-19 ini telah tersebar ke serata dunia. Ekoran daripada itu, pelbagai sektor terpaksa menghentikan seketika operasi mereka. Hal itu telah membuatkan banyak syarikat-syarikat besar ‘gulung tikar’. Akibat daripada itu, ramai yang terputus rezeki akibat hilang pekerjaan. Walau bagaimanapun, jika dilihat daripada sudut positif, wabak pandemik COVID-19 ini juga turut […]
Polis Tahan Lelaki Edar 388 Karton Rokok Seludup Di Batu Pahat
BATU PAHAT, 15 Okt (Bernama) — Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup di sekitar kawasan Parit Raja, Batu Pahat dengan tertangkapnya seorang lelaki warga tempatan dan merampas 388 karton rokok tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM80,587.80 pada pukul 8 pagi, semalam. Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt Dimin Awang berkata turut […]
(Video) Macam ‘Berjalan’ Atas Air, Tular Lelaki Selamba Tarik Kereta Guna Bot ‘Belah’ Tasik Banding Bawa Balik Kampung
Tidak pernah dilihat sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehebatan beberapa lelaki yang ‘menarik’ kereta mereka di dalam tasik menggunakan bot yang kecil. Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Abdul Mutalib Ahmad di Facebook, kereta itu ditarik untuk dibawa balik ke kampung halaman mereka. Apa yang membuatkan orang ramai terpegun adalah apabila kereta itu dilihat […]
PGA7 Rampas Seluar Sukan Berjenama Tiruan Bernilai Lebih RM80,000
RANTAU PANJANG, 15 Okt (Bernama) — Sebanyak 1,149 helai seluar sukan berjenama tiruan bernilai RM80,430 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA), susulan penahanan seorang lelaki tempatan di tepi Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas, di sini semalam. Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 PGA Supt Azhari Nusi berkata dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, anggotanya yang sedang melakukan rondaan telah […]
Terduduk Sayu Disebalik Tirai Besi, Warga Emas Ditahan Kerana Pukul Pencuri Untuk Pertahan Diri
Seorang warga emas berusia 74 tahun di Demak, Indonesia telah ditahan pihak polis kerana didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang pencuri. Kes yang melibatkan lelaki itu bermula ketika dia menangkap seorang pemuda berusia 30-an yang sedang mencuri ikan di kolam yang dijaganya pada 7 September 2021 lalu. Kolam ikan itu terletak di Desa Pasir, Kecamatan Mijen, […]
Elon Musk Pun ‘Layan’ Anime Rupanya, Dedah Minat 7 Anime Ini & Saran Netizen Tonton
Menjadi individu yang terkaya di dunia, Elon Musk sentiasa ‘menuai’ perhatian pengguna media sosial terutama di Twitter. Apa saja yang diciap olehnya pasti akan menjadi topik hangat dan diulang kicau oleh jutaan netizen. Bahkan, ada sesetengah darinya yang memberikan keuntungan kepada pasaran saham. Untuk rekod, pengasas Tesla dan SpaceX itu pernah menjadi punca kepada peningkatan […]
‘Degil’ Sangat, Presiden Filipina Cadang Suntik “Antivac” Dengan Vaksin Waktu Mereka Tidur
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mencadangkan satu cara bagi memastikan mereka yang belum dan masih ragu-ragu berkenaan vaksin COVID-19 supaya disuntik walaupun ianya tidak diwajibkan. “Masalahnya ialah mereka yang tidak mahu mendapatkan vaksin ini. Carilah mereka di kampung anda, ayuh ke sana semasa mereka sedang tidur dan suntik mereka ketika mereka sedang tidur supaya kita […]