Berita

Luar Negara
Apple Dilapor Memadam Aplikasi Al-Quran Popular Dalam AppStore Pasaran China
Apple dilapor telah memadam aplikasi Al-Quran popular, Quran Majeed yang digunakan puluhan juta umat Islam di seluruh dunia daripada App Store untuk pasaran China. Menurut laporan BBC, aplikasi berkenaan dipadam kerana mengandungi teks keagamaan yang tidak dibenarkan. Cubaan BBC untuk mendapatkan komen daripada kerajaan China bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas setakat ini. ‘Kehilangan’ aplikasi […]
Berita
Kilang Terlebih Capai “Target”, Pemuda Kongsi Bos Hadiahkan Semua Staf Ipad & Sony Earbuds
Selain mendapat gaji dan bonus, ada sesetengah syarikat yang melakukan inisiatif dengan memberikan ganjaran kepada pekerja bagi menghargai usaha mereka yang telah berhempas pulas mencapai target yang diinginkan. Ia sekaligus boleh meningkatkan lagi motivasi dan produktiviti para pekerja. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada berkongsikan mengenai perkara tersebut sehingga mendapat perhatian warganet. Menerusi ciapan ringkas […]
Berita
Pelbagai Kesulitan Menanti Mereka Yang Enggan Menerima Vaksin – Khairy
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun katanya bagi yang tidak dapat divaksin atas alasan kesihatan, mereka tidak akan menghadapi dengan apa-apa kesulitan kerana mereka akan diberikan pengecualian digital MySejahtera. “Maaf saya […]
Berita
Pertama Kali Dalam Sejarah, Tazkirah Tentang Nabi Muhammad SAW Selama 24 Jam Tanpa Henti 18 Oktober Esok
Pejam celik pejam celik, kita semakin menghampiri sambutan ulang tahun hari keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW untuk tahun 1443H pada 19 Oktober ini. Sebagai umat Baginda, jom kita selawat satu kali dulu? اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد Di kebanyakan negara Islam, terdapat banyak cara untuk menyambut sambutan Maulidur Rasul pada setiap […]
Berita
(Video) Gigih Tadah Air Dalam Kolam Nak Simpan, Wanita ‘Redha’ Tengok Anak & Suami Sedap Berenang
Sebanyak 998 kawasan di sekitar Lembah Klang telah terjejas kerana ketiadaan air yang disebabkan oleh henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) bermula 13 Oktober lalu. Susulan itu, rata-rata penduduk terpaksa menadah air dan menggunakannya dengan cermat. Sama seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang menadah air di dalam kolam anaknya […]
Berita
Jumlah Kenderaan Guna Jambatan P.Pinang Meningkat 90 Peratus
GEORGE TOWN, 16 Okt (Bernama) — Jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang meningkat lebih 90 peratus sejak kebenaran merentas negeri diumumkan Isnin lepas. Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid berkata kira-kira 61,000 kenderaan sehari direkodkan menyeberangi jambatan tersebut dan jumlah itu dijangka terus bertambah […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: Kes Baharu Hari Ini Lebih Tinggi Berbanding Semalam
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 7,509 kes baharu COVID-19 yang telah dicatatkan pada hari ini. Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia adalah sebanyak 2,384,542 kes. Semalam, negara mencatat sebanyak 7,420 kes baharu. Maklumat terperinci mengenai kes harian di setiap negeri serta kes […]
Berita
Dibayar Hampir RM 50k Setahun Sejak 1998, New Zealand Dilapor Pecat ‘Ahli Sihir’ Rasmi Negara
New Zealand dilaporkan telah memecat ‘tukang sihir’, Ian Brackenbury Channell, selepas tular mengenai komennya terhadap isu memukul wanita. Menurut New York Post, gaji yang diperolehi oleh Channell sejak dia berkhidmat dengan kerajaan adalah sekitar AUD 16,000 (RM49,349) setiap tahun. Tugasnya adalah melakukan ‘persembahan magik’ untuk membantu mempromosikan Christchurch. Berkhidmat sejak tahun 1998, Channell mendakwa bahawa […]
Berita
Tunjuk Poster Terus Cam, Anjing Tolong Bantu Cari Kucing Akak Ni Yang Hilang
Sesiapa saja pasti akan merasa sedih dan risau apabila kucing kesayangan hilang dan tidak dapat dijejaki. Manakan tidak, haiwan comel itu sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri dan mempunyai ikatan kasih sayang yang sangat sukar untuk digambarkan. Walaupun kucing turut dikenali sebagai haiwan yang sangat nakal, namun kehilangannya membuatkan rumah tidak lagi ‘meriah’ dan ceria […]
Berita
Hilang 300,000 Pengikut, Baim Wong Jumpa Pak Suhud Mohon Maaf & Mengaku “Tak Beradab”
Industri hiburan negara seberang sebelum ini dikejutkan dengan satu isu viral melibatkan pelakon, Baim Wong dengan seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhud. Isu yang melingkari kedua-dua individu berkenaan bukan sahaja menjadi buah mulut masyarakat disana, malah turut mendapat perhatian netizen dari Malaysia juga. Baim Wong yang menerima banyak kritikan daripada peminatnya turut kehilangan […]
Luar Negara
3 Pencuri Berputih Mata, Bersusah-payah Curi Kereta Sekali Tak Pandai Bawa Kereta ‘Manual’
3 orang pencuri yang masih lagi muda remaja mendapat pengajaran terbesar dalam hidup mereka apabila tersalah memilih mangsa ketika cubaan untuk melarikan sebuah kereta, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat. Selain tidak pandai memandu kenderaan dengan transmisi manual, mereka juga diberi tentangan hebat oleh mangsa samun yang kebetulan merupakan seorang pengamal ilmu seni […]
Berita
(Video) Gempa Bumi ‘Goncang’ Pulau Bali Pagi Tadi, Sekurang-kurangnya 3 Terbunuh Dilaporkan Setakat Ini
Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan telah terkorban dalam kejadian gempa bumi yang melanda Bali pada awal pagi tadi. Menurut Antara Sulsel, gempa yang berkekuatan 4.8 Skala Richter itu berpusat pada jarak 8 kilometer dari barat laut Kabupaten Karangasem. “Ada dua orang yang meninggal dunia di Kabupaten Bangli dan seorang meninggal dunia di Kabupaten Karangasem,” kata ketua […]
Berita
Aliran Trafik Dilapor Mulai Perlahan Arah Utara Dari Terowong Menora – Sungai Perak, Permatang Pauh – Plaza Tol Sg. Dua
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebentar tadi melaporkan keadaan semasa trafik di lebuhraya ke arah utara. Menerusi ciapan di Twitter, aliran trafik arah Utara dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua dilaporkan mulai perlahan dan sesak. Peningkatan aliran trafik ini mungkin disebabkan oleh orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing kerana cuti hujung […]
Gaya hidup
Bagi Kawan Baik Pinjam Kereta, Lepas 2 Tahun Baru Lelaki Ini ‘Jumpa’ Keretanya Semula
Bila sebut pasal kawan baik kita jadi tak kisah nak bagi pinjam apa pun kan? Sebab kita dah percaya dengan kawan baik kita dan pasti dia tak akan mengambil kesempatan ke atas kita. Tapi lain pula kisahnya seorang lelaki yang kisahnya dimuatnaik di TikTok. Lelaki ini ditipu rakan baiknya selepas beri pinjam keretanya kepada rakan […]
Berita
Tempoh Kuarantin Untuk Pengembara Lengkap Vaksin Yang Pulang Ke Malaysia Dipendekkan Dari 14 ke 7 Hari
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memendekkan tempoh kuarantin untuk pengembara yang pulang atau kembali ke Malaysia dari 14 hari ke 7 hari sahaja. Kesitimewaan ini hanya terpakai untuk pengembara yang sudah lengkap vaksinasi sahaja. Manakala bagi tempoh isolasi untuk kontak rapat bagi penerima vaksin lengkap dipendekkan dari 10 ke 7 […]
Berita
Bau Durian Punca Penduduk Canberra, Di Australia Cemas Hingga Diarah Jauhi Kawasan Sekitar
Laporan ‘kebocoran gas’ dengan bau yang pelik dan busuk disebuah kedai di Canberra, Australia pada 15 Oktober lalu telah mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan Agensi Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Ibu Kota Australia (ACT) ‘campur tangan’. Menurut laporan media tempatan, anggota bomba dan penyelamat telah dikerah untuk menyiasat punca kebocoran serta menggesa orang awam untuk menhindari kawasan tersebut. […]
Berita
“Kenal Tak Siapa Dalam Gambar Ni?..Masuk Masjid Takde Escort Apa-Apa”
Perkongsian seorang individu di TikTok dengan menggunakan username @rahimazhari menarik perhatian netizen apabila berkongsi foto dipercayai seorang sosok terhormat sedang mendirikan solat di Masjid Putrajaya yang difahamkan tanpa pengiring. Nak tanya semua, kenal tak siapa dalam gambar ni? Tadi saya solat Jumaat di Masjid Putrajaya, saya nampak sosok tubuh ni dia masuk masjid, mula-mula saya […]
Berita
(Video) Wanita Datang Balai Polis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal
Seorang wanita di China terpaksa meminta bantuan di balai polis untuk membuka lock basikal yang terkunci pada bahagian lehernya. Menurut Oddity Central, lock tersebut terkunci selepas anaknya yang berusia 4 tahun itu terlupa kod untuk membukanya. Pada 7 Oktober lalu, wanita tersebut telah hadir ke balai polis di Huai’an, China sambil terdapat sebuah lock berwarna kuning dan […]
Luar Negara
Makmal Tersilap Buat Ujian, 43,000 Warga England Terima Keputusan Negatif Diarah Jalani Ujian COVID-19 Semula
Ujian pengesanan COVID-19 di sebuah makmal Wolverhampton dilaporkan telah ditangguh susulan daripada kesilapan yang dilakukan mereka berkaitan keputusan negatif yang melibatkan kira-kira 43,000 orang di England. Menurut Sky News, NHS Test and Trace mengganggarkan bahawa 400,000 sampel ujian diproses melalui makmal Klinik Kesihatan di situ dan dianggarkan 43,000 orang mungkin telah mendapat keputusan yang salah […]
Berita
(Video) “Hey, Jangan Curi..Bagi Balik”, Laju Buat ‘Keje’, Oyen Tiba-tiba Datang & Larikan Barang Akak Ni
Siapa tidak kenal dengan gelaran ‘Oyen’ buat si comel yang satu ini. Pernah dahulu tular video kucing-kucing comel berwarna jingga maka dari situ lekatlah nama ‘Oyen’ pada mereka. Kucing ialah satu makhluk ciptaan Allah yang sangat comel jadinya tidak pelik kalau semua orang geram dengan tingkah comel dan nakal mereka. Tambahan lagi, semua memang maklum […]