Berita

Berita
Harga Minyak RON97 Naik Lagi, Sudah Cecah Lebih RM3 Seliter, RON95 & Diesel Kekal
Harga runcit bagi minyak petrol RON97 naik sebanyak sembilan sen seliter dan harga terkini yang ditetapkan adalah RM3.06 seliter, umum Kementerian Kewangan. Bagaimanapun harga runcit bagi minyak petrol RON95 dilapor tiada kenaikan dan harga kekal pada paras RM2.05 seliter. Manakala harga runcit bagi minyak diesel juga turut tiada kenaikan dan harganya masih pada paras RM2.15 […]
Berita
TERKINI: YDP Agong Beri Perkenan Supaya Proklamasi Darurat Bagi Negeri Sarawak Ditamatkan – Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara, perkenan itu telah diberikan selepas menimbang permohonan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan memperhalusi sembah nasihat Perdana Menteri serta sembah […]
Berita
PM Rasmikan 2,000 Unit ‘Fully Furnished’ Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah melancarkan 2,000 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera Darat (RKMAT) ‘fully furnished‘ di Taman LTAT, Bukit Jalil. Unit perumahan itu mempunyai empat blok pangsapuri 38 tingkat itu menempatkan para pegawai sehingga tempoh bersara kelak. Kesemua 2,000 unit berkenaan mempunyai tiga bilik dengan keluasan 850 kaki […]
Berita
Undi 18 Tidak Dilaksanakan Segera Berikutan Banyak Perkara Perlu Diselesaikan, COVID-19
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana banyak perkara […]
Berita
Kereta Langgar Lembu Sebelum Dirempuh Lori, Bayi 14 Hari Dilaporkan Maut Di Tempat Kejadian
Sebuah kereta Perodua Kancil dilaporkan bertembung dengan lori membawa muatan tanah selepas melanggar dua ekor lembu di Kampung Gelung Gajah, Manjung. Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar, dalam kejadian kira-kira jam 6.24 pagi itu, seorang bayi lelaki berusia 14 hari dilaporkan maut di tempat kejadian. Bapa bayi berkenaan dan tiga […]
Berita
Kontraktor Rugi Lebih RM300,00 Diperdaya Pelaburan Dalam Talian
SEREMBAN, 3 Nov (Bernama) — Seorang kontraktor di sini mendakwa kerugian RM303,084 selepas diperdaya tawaran skim pelaburan dalam talian tidak wujud yang diperkenalkan rakan media sosial, dikenalinya dua bulan lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata lelaki berusia 54 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Lilina […]
Kesihatan
TERKINI: 5,291 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,291 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,486,630 kes. Catatan kes positif harian hari ini walaubagaimanapun menunjukkan peningkatan berbanding 5,071 kes semalam. Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, […]
Berita
Berita Baik Untuk Penggemar Buku, POPULAR Ada Buat ‘Sale’, Tawar Diskaun Sehingga 60%
Dah nak masuk hujung-hujung tahun ni, mesti ramai kaki shopping yang automatik akan cuba cari barangan yang menawarkan potongan diskaun yang tak masuk akal. Sebab apa, time hujung tahun ni lah biasanya banyak jenama akan tawarkan harga yang rendah. Kepada penggemar buku, ada berita baik untuk anda. Kedai buku terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai […]
Berita
(Video) Peguam Ini Jawab ‘Ringkas’ Kenapa Semua Pelaku Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati 302
Seperti yang kita tahu, kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, telah selesai semalam setelah empat tahun nasib 18 pelaku menjadi tanda tanya. Kesemua 18 penuntut UPNM yang terlibat membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Allahyarham telah dijatuhkan hukuman mengikut keputusan yang dibaca Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah […]
Berita
Fenomena Air Pasang Besar Bermula Esok, 11 Lokaliti Di Klang Berisiko Banjir
Susulan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula esok hingga 7 November nanti, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengenal pasti 11 kawasan yang berisiko dilanda banjir. Memetik laporan Bernama, 11 lokaliti di Klang yang dijangka terlibat banjir adalah: Kampung Tok Muda Kampung Sungai Pinang di Pulau Indah Pandamaran Taman Selat Damai di Pelabuhan […]
Berita
Gempa Bumi Berkekuatan 5.9 Magnitud Dilapor Landa Laut Banda
Satu gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Laut Banda pada jam 12.34 pagi tadi dengan magnitud 5.9 skala Richter. Menerusi ciapan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berlaku di koordinat 6.96° S dan 130.51° T dengan jarak 444km Tenggara dari Ambon,Indonesia. Bagaimanapun, gempa dengan kedalaman 108km itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi […]
Berita
Diplomat, Ekspatriat Dibenarkan Masuk Ke Sabah Mulai Esok
KOTA KINABALU, 2 Nov (Bernama) — Diplomat dan ekspatriat termasuk tanggungan mereka yang sedang bermastautin di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, dibenarkan masuk ke Sabah bagi tujuan lawatan sosial tanpa memerlukan kelulusan khas kerajaan negeri, berkuat kuasa esok (3 Nov). Bagaimanapun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kumpulan berkenaan, wajib memiliki pas Imigresen […]
Berita
(Video) Tular Hanya Sebuah Kereta Dibasahi Hujan Tapi Yang Lain Tidak, Ini Penjelasan Badan Meteorologi
Fenomena hujan yang hanya membasahi satu kawasan kecil saja sememangnya sering berlaku. Namun, hujan yang melanda di Indonesia ini membuatkan orang ramai bingung kerana ia hanya membasahi sebuah kereta di parkir. Video mengenai kejadian itu telah tular di negara tersebut sejak minggu lalu. Mendedahkan mengenai punca kejadian itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisia (BMKG) telah […]
Luar Negara
(Video) Khaby Lame Tunjuk Cara Selamat Lintas Jambatan Kaca ‘Squid Game’, Sekali ‘Surrender’ Bila Jumpa Zlatan
Siapa yang tak tahu filem ‘Squid Game’ kan? Drama aksi Korea itu telah tular dan menjadi fenemona sejak September lalu. Drama siri tersebut menceritakan seramai 456 orang peserta yang bermain untuk mendapatkan ganjaran berbentuk wang pada akhir permainan. Manakala bagi mereka yang terkeluar akan ditembak sehingga mati. Berdasarkan drama tersebut, seorang selebriti TikTok @khaby.lame menggunakan […]
Berita
Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Gerik
IPOH, 2 Nov (Bernama) — Dua wanita antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan yang bertembung di Kilometer 64, Lebuhraya Timur Barat berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di Gerik, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada […]
Berita
“Tiber Rajin Sangat..,” Lelaki Cuak Silap Iron ‘Dress’ Corak Pleated Milik Isteri Sampai Hilang ‘Kedut’
Suami bukan saja bertanggungjawab mencari nafkah kepada isteri dan anak-anak tetapi turut memainkan peranan menguruskan segala hal dalam rumah tangga. Walaupun sibuk dengan kerja, ada sesetengah suami yang ringan tulang membantu isteri menyelesaikan keperluan di rumah termasuk membasuh, menjemur dan menggosok baju. Bagus tu memanglah bagus tetapi jangan tersilap langkah pula ya sebab nanti mungkin […]
Berita
“Iman Baliklah, Ibu Tunggu..,” Abang Hilang Tanpa ‘Berita’ Sejak 29 Okt, Gadis Mohon Doa Ramai Supaya Abang Selamat Pulang
Seorang lelaki, Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain dilapor hilang tanpa jejak selepas bertolak ke Terengganu sekitar pukul 1.30 pagi pada 29 Oktober baru-baru ini, menurut perkongsian Izz Anisaa di laman Facebook. Menerusi hebahan orang hilang yang dimuat naik adiknya, Izz Anisaa di Facebook, turut disertakan foto Iman bergambar di depan kereta Nissan model Grand Livina berwarna […]
Sukan
Antonio Conte Sah Jadi Pengurus Baharu Tottenham, Bercita-cita ‘Tinggi’ Bersama Kelab Baharu
Bekas pengurus Juventus, Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte, 52, kini secara rasminya dilantik menjadi pengurus baharu di Tottenham Hotspur. Laman rasmi Tottenham Hotspur memaklumkan, pelantikan Conte bagi mengemudi kelab itu adalah secara kontrak sehingga musim panas 2023 kelak dan ada pilihan untuk dilanjutkan. Conte menerusi laporan ESPN berkata, dia sangat gembira kerana dapat kembali […]
Berita
Yahoo Dilapor Tamatkan Perkhidmatan Di China
Yahoo dilaporkan telah menamatkan semua perkhidmatan dalam taliannya di China pada Isnin lalu. Penamatan tersebut menandakannya sebagai firma internet Amerika Syarikat terakhir yang berundur dari negara itu, beberapa minggu selepas LinkedIn Microsoft Corp mengumumkan untuk ‘keluar’ daripada ekonomi kedua terbesar di dunia itu kerana keperluan pematuhan yang lebih besar. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa […]
Angkara Cemburu, Lelaki Pukul, Tanam Mayat Teman Wanita Di Tepi Sungai
IPOH, 2 Nov (Bernama) — Angkara cemburu, seorang penganggur yang juga Orang Pengawasan Polis (OPP) bertindak membunuh teman wanitanya sebelum menanam mayat mangsa di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping pada 27 Okt lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata polis menahan suspek lelaki berusia 34 tahun itu pada Jumaat (29 Okt) selepas penemuan rangka […]