Berita

Ngeri, Jerung Bagai ‘Zombie’ Dirakam Tanpa Separuh Badan Masih ‘Bertahan’ 20 Minit Sebelum Mati
Seekor jerung dilaporkan kehilangan separuh badannya tetapi masih lagi ‘berdaya’ untuk mempertahankan diri sebelum mati akibat daripada serangan kanibal yang berlaku, memetik laporan Daily Star. “Jerung itu bergelut selama kira-kira 20 minit sebelum akhirnya mati akibat kecederaan yang ada pada badan jerung itu.” kata Dr. Lebtrato, seorang penyelidik. “Jerung makan jerung itu memang perkara biasa, […]
Kebersamaan Penduduk Tangani Pandemik Julang Nama Kg Talang Hulu
KUALA KANGSAR, 25 Nov (Bernama) — Permuafakatan antara penduduk Kampung Talang Hulu dalam menguruskan pandemik COVID-19 telah menobatkan kampung itu sebagai pemenang pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 Kategori Luar Bandar (Kampung Tradisional) bagi negeri Perak baru-baru ini. Kemenangan itu antara lain melayakkan kampung itu mendapat hadiah RM50,000 dalam bentuk projek bagi melaksanakan pembangunan di kawasan tersebut. Hadiah disampaikan Perdana Menteri […]
Seni Bina Memukau UTS Sibu Gamit Perhatian Ramai
SIBU, 25 Nov (Bernama) — Sesiapa sahaja pertama kali menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini pasti terpegun melihat kecantikan dan keunikan seni bina serta landskap universiti itu yang memukau perhatian dengan konsep moden dan futuristik namun mengekalkan kehijauan. Begitulah dirasai wartawan Bernama ketika dibawa meninjau universiti yang baru mendapat status universiti penuh itu, […]
“Bandar Ini Sangat Besar, Ada 25 Ribu Rumah”, Digelar Semenanjung Emas, Catatan Peta Berusia 505 Tahun Dedah Kemegahan Kota Melaka
Seperti yang diketahui, Melaka pernah menjadi satu empayar yang sangat terkenal di dunia dan mempunyai keunikan sejarah yang kekal diingati sehingga kini. Ia dikenali sebagai pusat perdagangan yang maju sehingga menarik perhatian pedagang dari seluruh dunia termasuk Arab, Parsi dan China. Pelbagai barangan dan rempah ratus yang diperdagangkan di pelabuhan negeri itu termasuk emas, sutera […]
Terkejut Dengar Muzik Kuat Dari Pesta Kahwin, Lebih 60 Ekor Ayam Dilapor Mati Terkena Serangan Jantung
Panik dengan muzik kuat yang dimainkan dalam perarakan perkahwinan, 63 ekor ayam dilaporkan mati disyaki terkena serangan jantung di sebuah ladang ayam di daerah Balasore, India pada malam Ahad. Insiden aneh itu terbongkar selepas pemilik ladang, Ranjit Kumar Parida membuat aduan kepada balai polis Nilagiri pada Selasa. Dalam aduannya, Parida menyatakan bahawa perarakan yang lengkap […]
(Video) Suhu Menjunam Kepada 7 Celcius, Salji Dilapor Turun Di Utara Arab Saudi
Bahagian utara Arab Saudi dilaporkan telah dilitupi lapisan hujan batu dan salji halus sejak Ahad lalu. Memetik laporan Arab News, suhu di negara itu menjunam kepada kira-kira 7 Celcius. Salah satu bandar yang dilanda cuaca itu adalah Qurayyat yang terletak di wilayah Al Jawf, iaitu kira-kira 30 kilometer dari sempadan Jordan. Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi […]
Seludup Masuk Salinan Drama Squid Game Dari China, Lelaki Korea Utara Dilapor Dijatuhi Hukuman Mati
Seorang lelaki warga Korea Utara yang telah menyeludup salinan drama bersiri popular Korea Selatan, Squid Game dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati selepas pihak berkuasa telah menangkap beberapa orang pelajar sekolah yang menonton drama itu. Memetik laporan portal Variety, drama bersiri itu dipercayai telah diseludup masuk dari China dengan menggunakan pendrive. Difahamkan, pesalah berdepan hukuman mati […]

Lebih 75,000 Tan Sampah Dikeluarkan Dari Sungai Klang Sejak 2016
SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) — Sungai Klang yang pernah disenaraikan sebagai antara sungai terkotor di dunia kini berubah secara drastik dan menjadi lebih bersih. Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd Syaiful Azmen Nordin berkata ini susulan lebih 75,000 tan metrik sampah dikeluarkan dari sungai itu sejak 2016 hingga September lepas menerusi projek Gerbang Maritim Selangor (SMG), satu inisiatif mega […]
Lisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19, 3 Ahli Lain Masih Tunggu Keputusan Ujian Saringan
Salah seorang ahli kumpulan K-pop terkenal, Blackpink dilaporkan positif virus COVID-19 selepas melakukan ujian saringan tengah hari semalam, lapor media tempatan. Memetik laporan Soompi, keadaan terkini kesihatan Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa diumumkan oleh agensi mereka, YG Entertainment, melalui hebahan media tempatan semalam. Menurut portal tersebut, tiga ahli kumpulan yang lain iaitu Jisoo, […]

Elak Didenda JPN: 68 Individu Buat Laporan Polis Palsu
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Mendakwa menjadi mangsa samun dan ragut, itu antara alasan digunakan 68 individu yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan kad pengenalan diri (MyKad) sejak Januari hingga 21 Nov lepas. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua individu berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun itu sebenarnya menggunakan alasan itu bagi mengelakkan […]
Cuti Krismas Dan Tahun Baharu Dibeku Bagi Membendung Covid-19 Di Indonesia
Kerajaan Indonesia telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan pembekuan cuti sambutan Krismas dan tahun baru. Larangan tersebut telah dikeluarkan kepada penjawat awam dan pekerja di syarikat swasta yang dimiliki oleh kerajaan tersebut. Menurut laporan daripada The Strait Times, pembekuan cuti tersebut diambil bagi membendung peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 akhir-akhir ini. Arahan tersebut akan melibatkan kira-kira 4.2 […]
NASA Lancar Kapal Angkasa ‘Pemburu’ Asteroid, Dakwa Bakal ‘Selamatkan’ Bumi Dari Dihentam
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) bertindak melancarkan sebuah kapal angkasa Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) hari ini, dipercayai untuk menghentikan asteroid yang mungkin menghentam bumi pada masa akan datang. Menurut Independent, DART dilancarkan dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg, California pada Rabu, sekitar jam 6.20 pagi waktu tempatan. Kapal angkasa berkenaan lepas landas dengan misi […]
Polis Nafi Kenyataan Rakyat Singapura Akan Diragut Apabila Sempadan Dibuka
JOHOR BAHRU, 24 Nov (Bernama) — Polis Johor menafikan kenyataan yang tular di media sosial berhubung kemungkinan rakyat Singapura akan diragut di daerah ini apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita […]
Dua Lelaki Ditahan Disyaki Tipu Ubah Suai Rumah
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Polis menahan dua lelaki warga asing awal bulan ini kerana disyaki menipu pengubahsuaian dalaman rumah dan pembelian perabot serta barangan elektrik melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara dengan kerugian RM84,550. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua warganegara Singapura dan Bangladesh berusia lingkungan […]

Gadis Dakwa Jadi Mangsa ‘Scammer’, Tak Sengaja Dedah Data Peribadi Dalam Game Online
Benarlah kata sesetengah orang, dalam dunia media sosial ni kita tak boleh jujur sangat. Sebab ada berjuta orang di luar sana yang kita tak kenal. Nama pun alam maya kan, dunia tanpa sempadan. Bercakap tentang ‘jujur’ ni, ia sebenarnya merujuk kepada data peribadi kita sendiri. Anda pasti biasa kan isi maklumat peribadi dalam platform tertentu? […]
Mayat Seorang Lelaki Ditemui Di Tepi Jalan Ladang Sawit TSK Kuala Kuang
Mayat seorang lelaki telah ditemui di tepi jalan dekat Ladang Sawit TSK Kuala Kuang, Kupang, Baling. Mayat yang sedang terbaring itu ditemui kira-kira 12 tengah hari pada hari Rabu. Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat melaporkan bahawa mangsa dikenali sebagai Rodzi Md Rejab dari Kampung Masjid Kuala Kuang, Baling. Polis telah menerima panggilan daripada […]
Kos Makanan Punca Harga Telur Ayam Di Perak Meningkat
IPOH, 24 Nov – Kenaikan harga telur ayam di Perak adalah disebabkan oleh tindakan pengeluar yang terpaksa menaikkan kos di ladang. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata pemeriksaan pihak berkuasa mendapati kenaikan harga itu berpunca daripada peningkatan kos makanan ayam di […]
Restoran Hameediyah Beri Penjelasan Harga Dua Ekor Sotong RM100
GEORGE TOWN, 24 Nov – Restoran nasi kandar tertua di Pulau Pinang, Restoran Hameediyah yang tular menerusi media sosial kerana menjual dua ekor sotong goreng berharga RM100 hari ini mempertahankan harga tersebut berdasarkan kos bahan mentahnya. Pengarah Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata beliau terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung harga dua […]
Mufti Perjelaskan Hukum Menjual Barangan Tiruan Atau ‘Copy Ori’
Jika dilihat pada zaman sekarang, barangan tiruan terutamanya yang berjenama popular begitu banyak di pasaran bebas. Ya, kita hanya boleh dapatkan di pasar malam, melalui atas talian malah boleh dapatkan barangan tersebut di negara jiran. Seperti mana yang kita tahu, barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru tanpa kebenaran si pencipta. Kita boleh lihat, […]
Layak Dapat Diskaun 10%, Ini 8 Langkah Mudah Daftar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Secara ‘Direct Debit’
Graduan universiti dan mereka yang kembali bekerja dan merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan era selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan membuktikan yang ia tidak terlepas pandang akan isu ini. Peka dengan masalah anak-anak muda ini, Bajet dengan […]