Berita

Luar Negara
(Video) Puting Beliung Mengganas Di AS, Dua Dilapor Maut
Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan maut selepas lima negeri di Amerika Syarikat dilanda 19 puting beliung dahsyat, semalam. Memetik laporan CNN, kejadian itu juga telah menyebabkan banyak kerosakan kepada bangunan dan rumah penduduk. Pusat Ramalan Ribut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan berkata puting beliung itu berlaku di Arkansas, Missouri, Tennessee, Kentucky dan Illinois. “Lebih 55 juta […]
Berita
SOP Sambutan Thaipusam Diumumkan Dalam Masa Terdekat
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Prosedur operasi standard (SOP) Hari Thaipusam termasuk bagi perarakan kavadi dan pedati, akan diumumkan oleh Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique dalam tempoh terdekat. “Semalam, Halimah telah mengadakan perjumpaan dengan wakil pemimpin agama Hindu dan kuil selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, dan pelbagai perkara telah dibincangkan,” kata Menteri Sumber Manusia […]
Berita
Diskaun Saman JPJ Dilanjut Hingga Rabu Depan
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Tempoh pengurangan kompaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 80 peratus yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 15 Dis depan. Permakluman mengenai perkara berkenaan dibuat melalui laman Facebook rasmi JPJ tengah malam tadi. Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan kaunter diskaun pembayaran saman Polis Diraja Malaysia dan JPJ yang […]
Berita
Lebih 20 Negeri Di AS Kesan Kes Varian Omicron
WASHINGTON, 11 Dis (Bernama) — Sekurang-kurangnya 22 negeri di Amerika Syarikat (AS) telah mengesan kes varian Omicron termasuk beberapa kes membabitkan penularan dalam komuniti, lapor Xinhua memetik laporan terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Jumaat. Daripada 43 kes satu kemasukan ke hospital dan tiada kematian dilaporkan, menurut CDC. Gejala paling biasa dilaporkan ialah batuk, keletihan dan […]
Berita
Singapura: Ujian Awal Kesan Tiga Lagi Kes Varian Omicron
SINGAPURA, 11 Dis (Bernama) — Singapura mengesan tiga lagi kes COVID-19 yang hasil ujian saringan awal mendapati positif varian Omicron, satu daripadanya jangkitan tempatan melibatkan seorang lagi pekerja barisan hadapan di lapangan terbang manakala dua lagi kes import. “Ketiga-tiga kes telah lengkap divaksin dan tanpa gejala dan beransur pulih ketika menjalani pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan […]
Berita
Harga Barangan Keperluan Harian Dijangka Stabil Menjelang Januari
BUKIT MERTAJAM, 11 DIS (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan harga barangan keperluan harian, akan kembali stabil sepenuhnya menjelang bulan Januari depan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihaknya ketika ini mendapati, harga barangan mula stabil […]
Kesihatan
TERKINI: Kes COVID-19 Baharu Hari Ini Menurun Berbanding Semalam, Bawah 5k
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pada 11 Disember 2021, terdapat sebanyak 4,626 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan. Angka kes baharu yang dicatatkan pada hari ini menurun berbanding kes baharu yang dicatatkan semalam iaitu sebanyak 5,058 kes. Pertambahan kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang […]
Berita
Giliran Muhammad Erry Menyinar Di Uzbekistan
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Skuad angkat berat kebangsaan terus menyinar apabila giliran Muhammad Erry Hidayat pula merangkul pingat perak, pada Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 di Tashkent, Uzbekistan, malam tadi. Bersaing dalam kategori 73 kilogram (kg), Muhammad Erry melakukan angkatan 136kg bagi acara ‘snatch’ dan 165kg untuk ‘clean and jerk’, dengan keseluruhan angkatan seberat 301kg. Pingat […]
Berita
Kerajaan Lepasi Sasaran Sediakan 500,000 Peluang Pekerjaan – PM
BERA, 11 Dis (Bernama) — Kerajaan telah berjaya melepasi sasaran menyediakan 500,000 peluang pekerjaan tahun ini disebalik cabaran COVID-19 dan ekonomi dihadapi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negara juga dijangka akan bertambah baik tahun hadapan, hasil kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Apabila saya ambil alih (sebagai […]
Berita
Perancis Gubal Undang-undang Baharu, Pembuli Di Sekolah Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun & Denda RM 715k
Perancis dilaporkan telah menggubal satu undang-undang baharu berkaitan kes buli di sekolah bermula Februari tahun depan. Ia menjadi kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun. Memetik laporan Vice, undang-undang baharu itu dibentangkan selepas beberapa kes buli yang tragik menjadi tajuk utama di negara itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ahli parlimen Perancis […]
Gaya hidup
(Video) “Elakkan Sabun Yang Banyak Buih,” Doktor Ini Jelaskan Punca Bayi Mudah Kena Penyakit Ekzema
Kulit yang sihat, bersih dan licin sentiasa menjadi idaman setiap orang, apa saja produk pasti akan digunakan untuk mengekalkan kesihatan kulit. Namun ada yang tidak bernasib baik kerana menghidap penyakit kulit sejak dari bayi lagi. Penyakit kulit seperti ekzema, ruam dan alahan sering dihidapi oleh kebanyakan bayi di seluruh dunia walaupun telah menggunakan pelbagai produk […]
Berita
Dipercayai Sungai Ke-53 Tercemar Di Dunia, Mesin Kutip Sampah Ini Bakal Tiba Di Sungai Tebrau?
Walaupun pelbagai kempen telah dijalankan, kecaknaan terhadap kebersihan sungai masih lagi rendah dalam kalangan masyarakat di negara ini. Sehingga hari ini beberapa sungai di dalam negara dicemari dengan sampah sarap sehingga ‘mencacatkan’ pemandangan di sungai itu. Memetik laporan Utusan pada 24 November, sebanyak 75,000 tan metrik sampah berjaya dikumpulkan dari Sungai Klang antara tahun 2016 […]
Berita
MRSM Gantung Pelajar Buli Serta Merta Dan Dicadang Untuk Ditamatkan Pengajian
PADANG TERAP, 11 Dis. – Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli, digantung serta merta selama dua minggu persekolahan. Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamat pengajian mereka di institusi itu. “Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM telah […]
Berita
“Sebulan Sekali Masukkan Air Panas Ke…”, Abang Ni Kongsi Tips Bagi Mesin Basuh Tahan Lama, Jimat Duit Tak Perlu Tukar Baru
Mesin basuh adalah alat yang paling berguna dan wajib ada di dalam rumah setiap orang. Tanpanya, segala urusan membasuh baju tidak akan berjalan lancar dan memenatkan. Pun begitu, mesin basuh juga kebiasaannya akan mula ‘meragam’ bila terlalu lama digunakan terutama bagi yang selalu menggunakannya hampir setiap minggu. Bila sudah rosak, kos untuk membaiki mesin basuh […]
Gaya hidup
Isteri Hamil Buat Hal Mengidam Nak Tv Sama Macam Jiran, Suami Terpaksa Ketuk Pintu Rumah Sebelah Tengah Malam Tanya, Rupa-rupanya…
“Abang, petang semalam kan sayang tengok jiran sebelah, suami dia usung Tv baru masuk rumah, kita punya ni bila nak tukar?” “Abang beli la Tv macam tu jugak.” Ahh sudah, malam-malam macam ni tiba-tiba pulak isteri mengidam nak Tv, nak sama macam jiran pulak tu. Tak dilayan, isteri tengah hamil anak sulong, nanti merajuk jenuh […]
Berita
(Video) Macam Histeria, Aksi Remaja ‘Menggelepur’ Atas Jalan Selepas Ayah Lempar Telefonnya Gara-gara Kantoi ‘Berpacaran’ Raih Perhatian Netizen
Aksi seorang remaja perempuan yang menangis histeria sehingga berbaring di atas jalan menjadi tular di media sosial. Difahamkan bahawa remaja itu menangis kerana telefon bimbitnya telah dibuang oleh ayahnya sendiri. Dalam video yang dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @memomedsos, tampak seorang lelaki yang dipercayai sebagai bapa kepada remaja perempuan itu telah membuang telefon bimbit […]
Berita
(Video) Nyawa Di Hujung Tanduk, Detik 3 Beranak Nyaris Maut Digilis Kereta Api, Motor Tersangkut Atas Landasan
Satu video rakaman CCTV yang memaparkan detik-detik seorang wanita bersama dengan dua kanak-kanak hampir dilanggar kereta api telah tular di media sosial. Motosikal yang dinaiki oleh ketiga-tiga mereka itu dilaporkan secara tiba-tiba mati di tengah-tengah landasan kereta api tersebut. Dalam video itu, dapat dilihat bahawa terdapat seorang wanita yang membawa dua orang kanak-kanak bersamanya sedang […]
Berita
“Benda Baharu Bagi Kami”, Saintis Dilapor Berjaya Rakam Bunyi ‘Pelik’ Sekitar Ekosistem Terumbu Karang
Kajian terbaharu yang diketuai oleh penyelidik dari Universiti Exeter dan Universiti Bristol telah mengesan bunyi yang tidak pernah direkodkan sebelum ini dalam ekosistem terumbu karang di Kepulauan Spermonde, Sulawesi, Indonesia. Bagaimanapun, bunyi ‘pelik’ itu memperlihatkan bahawa projek pemulihan terumbu karang di kepulauan itu berjaya. Menurut Phys.org, ribuan meter persegi karang sedang ditanam di terumbu yang […]
Gaya hidup
Kadang Malas Fikir, ‘Try’ 5 Cara Ni Kalau Nak Buat ‘Last Minute Surprise’ ‘Confirm’ Disayang
Semua orang yang hidup di muka bumi ni semestinya akan rasa sangat suka kalau ada yang bagi hadiah kat korang kan. Lagi-lagi kalau hadiah tu datang dari orang yang tersayang. Selain daripada asik dapat hadiah, kadang-kadang mesti ada terfikir jugak kan yang korang nak jugak balas pemberian orang lain. Lagi-lagi kalau dapat buat kejutan sendiri […]
Berita
Tak Patuh SOP, Penganjur Majlis Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia Dikompaun RM1000-KJ
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa penganjur majlis Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan. Menterinya, YB Khairy Jamaluddin menerusi satu kenyataan mengatakan bahawa majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu yang sepatutnya mempamerkan pencapaian 100 hari kerajaan serta semua kementerian […]