Berita
1 Maut Manakala 13 Cedera Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Texas
HOUSTON (Amerika Syarikat): Kejadian tembakan rambang di sebuah majlis di Baytown, dekat Houston, Texas pada Ahad lepas telah mengakibatkan seorang maut manakala 13 yang lain cedera. Lapor Agensi Berita Xinhua yang dipetik daripada akhbar Houston Chronicle, mangsa telah disahkan meninggal dunia di hospital dan tiga yang lain telah dilaporkan cedera pada tahap kritikal. Menurut Syerif […]

Jangan Cemas Dengar Tembakan, Itu Latihan PASKAL Di Lumut Jumaat Ini
IPOH, 13 Dis – Orang ramai dan penduduk di sekitar Lumut diminta untuk tidak cemas sekiranya mendengar bunyi tembakan kerana ia adalah latihan oleh Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (PASKAL) pada Jumaat ini. Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memaklumkan latihan praktikal Menyelamat Tebusan bagi Kursus Tempur Jarak Dekat PASKAL Siri […]

Pegawai SPRM Direman Disyaki Terbabit Kes Rompakan RM700,000
KUALA LUMPUR, 13 Dis – Dua individu termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman, masing-masing tiga dan empat hari bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan kerugian RM700,000. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kedua-dua individu berumur lingkungan 30 tahun itu ditahan pada Sabtu dan semalam oleh sepasukan anggota daripada […]

TERKINI: Kes Covid-19 Menurun Lagi, Hari Ini Catat 3,504 Kes Positif
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kes positif Covid-19 pada hari ini sebanyak 3,504 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,695,143 kes. Perkara ini dimaklum terus dari laman Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham. Pada 13 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,504 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,695,143 […]
17 Keluarga Orang Asli Berpindah, Khuatir Serangan Harimau Belang
GUA MUSANG, 13 Dis (Bernama) — Seramai 17 keluarga Orang Asli dari Kampung Remau, Pos Bihai di sini, terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing susulan ternampak kelibat tiga ekor harimau belang dewasa di sekitar kebun dan kawasan kediaman mereka, sejak Jumaat lepas. (10 Dis). Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang Azman Ngadiron berkata rata-rata penduduk […]
Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa Positif COVID-19
JOHANNESBURG: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa telah disahkan positif COVID-19 pada Ahad (12 Dis) dan sedang menerima rawatan bagi gejala ringan. Pada mulanya, Ramaphosa yang telah menerima vaksin sepenuhnya berasa tidak sihat selepas meninggalkan upacara peringatan negeri untuk bekas timbalan presiden F W de Klerk di Cape Town pada awal hari tetapi berada dalam keadaan […]
Pindaan Akta 342: Syarikat Langgar SOP Boleh Dikompaun Hingga RM1 Juta – Khairy
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Syarikat, kilang dan agensi kerajaan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan wabak COVID-19 boleh dikompaun hingga RM1 juta selepas pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342). Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata itu antara inti pati pindaan Akta 342 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat […]
22,774,778 Populasi Dewasa Di Malaysia Lengkap Divaksin Sehingga Semalam
KUALA LUMPUR, 13 Dis – Sebanyak 22,774,778 individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam, semalam (12 Dis). Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 98.7 peratus atau 23,096,370 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, 86.5 peratus […]

Diskaun Saman 80% Dilanjutkan, Ini Cara Bayar Saman Guna Mesin ATM Maybank
Seperti yang sedia maklum, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melanjutkan pembayaran saman 80% sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Namun, ramai yang mengeluh terpaksa beratur panjang di Ibu Pejabat Polis dan keadaannya terlalu sesak. Bukan itu sahaja, kalau nak bayar guna atas talian, tahu-tahu lah kalau dah ramai yang masuk […]
Perdana Menteri Britain Memaklumkan Bahawa Dua Dos Vaksin Tidak Mencukupi Bagi Mengatasi Gelombang Omicron
LONDON: Satu amaran daripada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah dikeluarkan bagi memmdendung wabak Omicron Koronavirus di negara tersebut. Amaran tersebut mengatakan bahawa negara tersebut sedang berdepan gelombang varian Omicron yang dasyat sehingga dua dos vaksin masih tidak mencukupi untuk membendungnya. Kini, Johnson mempercepatkan program dos penggalak kepada semua rakyatnya di negara itu. Menurut Johnson, program […]

(Video) Tular Rakaman Lori Tangki Ambil ‘Jalan Pintas’, Guna Lorong Kecemasan Di Port Dickson, Ini Amaran Tegas PDRM
Semalam, sempat tular rakaman video pendek dilaman sosial Facebook yang menunjukkan sebuah lori tanker memotong barisan kenderaan menggunakan lorong kecemasan. Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Port Dickson Supritendan Aidi Sham Mohamed, kejadian dipercayai berlaku semasa jalan sesak di KM 27 – KM 28 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) dari arah Seremban ke Port Dickson, 11 […]

Polis Terengganu Kutip Bayaran Saman Lebih RM6 Juta Dalam Tempoh Empat Hari
KUALA TERENGGANU, 13 Dis – Polis Terengganu merekodkan kutipan saman berjumlah RM6.09 dalam tempoh empat hari menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata bermula Khamis lepas hingga 8 malam tadi, sebanyak 371,042 saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dilunaskan orang ramai di kaunter bayaran […]

Pegawai Bomba Meninggal Dunia Akibat Terkena Letupan Kebakaran Kilang
JOHOR BAHRU, 13 Dis – Pegawai Bomba Mohd Firdaus Sulaiman yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat, Sabtu lepas, meninggal dunia di Hospital Segamat, awal pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata Allahyarham meninggal […]
Sekeluarga Risau, Kanak-kanak Ini Didakwa Telah ‘Dikhatankan Oleh Jin’
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kota Pasuruan dikatakan telah disunatkan oleh jin, memetik laporan Detik News. Menurut laporan, keluarga kepada kanak-kanak itu berkongsikan kebimbangan dan ketakutan mereka selepas kejadian ‘aneh’ itu. “Neneknya sangat terkejut, saya pun turut risau, ibunya apatah lagi.” jelas Rusman, 41 tahun bapa kepada kanak-kanak itu. Kejadian itu dikatakan berlaku pada […]
Misteri Buffa di Perrero, ‘Rumah Paling Sunyi di Dunia’ Yang Tertanam Di Tepi Banjaran Terpencil
Kita semua pernah berfikir nak tinggal di satu kawasan yang jauh, sunyi daripada kebisingan dan jiran yang menjengkelkan. Namun, terdapat satu tempat yang menepati ciri tersebut, iaitu salah satunya di Buffa di Perrero. Digelar sebagai ‘rumah paling sunyi di dunia’, Buffa di Perrero dipercayai terletak tinggi di Monte Cristallo di Pergunungan Dolomite. Reka struktur rumah […]

Tular Penghuni Penjara Cuci Kenderaan Anggota, Ini Penjelasan Jabatan Penjara Malaysia
Tular baru-baru ini mengenai gambar seorang penghuni penjara sedang mencuci kenderaan salah seorang anggota penjara. Ambil maklum berkaitan perkara tersebut, Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan memberikan enam penjelasan bagi mengelakkan salah faham berikutan hal ini. Jabatan Penjara Malaysia menjelaskan bahawa perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka kepada orang awam yang hendak menggunakan perkhidmatan tersebut dengan kadar […]
Pelajar Perempuan Diterkam Buaya Ketika Hendak Keluar Dari Tandas
Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah di Kabupaten Indragiri Hilir, Riau dilaporkan cedera akibat ‘diterkam’ buaya selepas keluar dari tandas yang terletak di tepi sungai belakang rumahnya, memetik laporan Tribun News. Menurut seorang saksi iaitu Nelpa, kejadian itu dikatakan terjadi pada hari Selasa lalu iaitu pada jam 7:00 pagi sebelum pelajar perempuan tersebut pergi ke sekolah, […]
OP Samseng Jalanan: 20 Lelaki Ditahan
KUALA LUMPUR, 12 Dis – Polis menahan 20 lelaki tempatan atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar pusat bandar dan beberapa lebuh raya, di sini semalam. Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal dari pukul 9 malam hingga 4 pagi itu bermula sejak Jumaat lepas dijalankan di Jalan Ipoh, Jalan […]

(Video) Gunung Merapi Jawa Tengah Muntahkan Abu Panas Setinggi 2,000 Meter
Tular satu rakaman video yang menunjukkan Gunung Merapi di Jawa Tengah sedang melepaskan abu panas tular di media sosial. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan asap tebal telah menutupi kawasan gunung tersebut. Menurut laporan daripada Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida dalam satu kenyataan di Twitter, kejadian Gunung Merapi memuntahkan abu panas […]
TERKINI: Terus Catat Penurunan, 3,490 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 3,490 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,691,639 kes. Kes positif harian di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan sejak beberapa hari kebelakangan ini. Malah jumlah kes yang dicatatkan setakat petang 12 Disember […]