Berita
Awas, MBSJ Keluar Amaran Paras Air Tinggi Di IOI Puchong & USJ 13
Kawasan sekitar IOI Puchong dan USJ 13 masing-masing telah menerima amaran paras air yang tinggi di kedua-dua lokasi hari ini. Amaran tersebut dikeluarkan melalui kadar bacaan Sistem Pengawasan Paras Air dari Pusat Kawalan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Bagi IOI Puchong, paras air yang tinggi direkodkan iaitu 1.62 sentimeter, manakala USJ 13 juga mencatatkan paras […]

Bantu Rakan Baiki Kereta Sebelum Jadi Korban Nahas – Adik
SHAH ALAM, 18 Dis (Bernama) — “Saya sempat berbual dengan abang kira-kira pukul 10 malam tadi ketika beliau pulang dari kerja dan bersiap-siap untuk keluar semula difahamkan bagi membantu rakannya yang mengalami kerosakan kereta di jalan raya,” kata Muhamad Farhan Rolex. Muhamad Farhan, 24, adik kepada Mohamad Rahimi Rolex, 27, yang merupakan seorang daripada 10 mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri berhampiran kawasan Rehat & Rawat […]

KKM Kesan 11 Lagi Kes Varian Omicron Di Negara Ini – KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 11 lagi kes COVID-19 varian Omicron dikesan di negara ini. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 11 kes tersebut adalah kes import dari lima negara. Justeru, jumlah kumulatif bagi kes import yang disahkan varian Omicron di Malaysia setakat ini adalah 13 kes. Dalam pada […]

Kemalangan Maut Lebuhraya Elite: Pemandu Lori Ditahan Bantu Siasatan – Polis
Pemandu lori yang terlibat dengan kemalangan maut melibatkan 10 individu di Lebuhraya Elite malam tadi telah ditahan untuk membantu siasatan. Perkara tersebut dimaklumkan pihak polis menerusi laporan ringkas Bernama, sebentar tadi. Sebelum itu, 10 individu dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite menghala Shah Alam, pada […]
Kes COVID-19 Hari Ini Catat Penurunan Berbanding Semalam
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 4,083 kes COVID-19 baharu pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini turut meningkat kepada 2,715,847 kes setakat ini. Difahamkan, jumlah kes baharu hari ini agak menurun berbanding semalam yang mencatatkan 4,362 kes. Dalam pada itu, jumlah kes sembuh dan kematian terbaharu akan dimaklumkan […]
Awas, Hujan Lebat Berterusan Bakal Melanda 9 Negeri Dan 2 Wilayah Sehingga Esok
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Hujan lebat berterusan diramal berlaku di Kelantan dan Pahang sehingga esok menyebabkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga di dua negeri itu. Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, kawasan terlibat di Kelantan ialah Gua Musang manakala Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang. […]

Indonesia Sahkan Dua Lagi Kes Varian Omicron
JAKARTA, 18 Dis (Bernama) — Indonesia mengesan dua lagi kes varian Omicron menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak tiga kes, kata pegawai Kementerian Kesihatan. Dua kes baharu itu melibatkan lelaki berusia 42 tahun yang tiba dari Afrika Selatan dan lelaki berusia 50 tahun dari Britain, dikaitkan dengan lima kes disyaki Omicron yang diumumkan pada Khamis. “Kes […]

Kemalangan Lebuhraya Elite: PM Ismail Ucap Takziah
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam semalam. Menerusi catatan di akaun Facebook hari ini beliau berkata perkhabaran itu diterima dengan rasa sedih dan pilu. “Takziah kepada ahli keluarga mangsa dan saya doakan mereka tabah […]

Kenderaan Terkandas Akibat Banjir, Pemandu Tidur Dalam Kereta
SHAH ALAM, 18 Dis (Bernama) — Puluhan pemandu terpaksa bermalam di dalam kenderaan masing-masing malam tadi apabila laluan untuk pulang ke rumah mereka di Setia Alam di sini serta Bukit Raja dan Meru di Klang ditenggelami air berikutan hujan lebat di Lembah Klang sejak pagi semalam. Jalan-jalan utama di Setia Alam yang menghubungkan Meru dan […]

Akaun Instagram ‘@dghisham’ Adalah Palsu – Dr. Noor Hisham
Akaun Instagram @dghisham yang dibuat atas nama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah adalah palsu. Noor Hisham menafikan akaun itu miliknya, selain turut mendedahkan senarai beberapa nama asal akaun Instagram tersebut. “Untuk makluman, akaun Instagram dghisham ini adalah palsu dan bukan dikendalikan oleh saya mahupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. “Dilampirkan nama-nama […]

(Video) Belum Ada Tanda Nak Reda, Warganet Kongsi Rakaman ‘Bandar Tenggelam’ Di Sekitar Shah Alam & Klang
Cuaca hujan yang berterusan sejak semalam masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Malah beberapa kawasan dan negeri di sekitar Semenanjung pula telah pun dinaiki air banjir. Semalam, warganet merakamkan beberapa foto dan video memaparkan keadaan hujan lebat, banjir dan pokok tumbang di Kuantan, Pahang. Antara lokasi utama yang terjejas termasuklah Gambang, Bandar Kuantan, Pekan […]

Tragis, 8 Kanak-Kanak Antara 10 Terkorban Dalam Kemalangan Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler
10 individu dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat, lapor Sinar Harian. Menurut laporan, lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang lelaki serta perempuan dewasa antara mangsa yang dikenalpasti terkorban dalam nahas tersebut. BACA: Kemalangan Maut Lebuhraya Elite: […]
Keputusan SWN Pelaksanaan 5G Diketahui Dalam Masa Terdekat – Annuar Musa
KOTA BHARU, 17 Dis (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kewangan akan membentangkan kertas kerja Jemaah Menteri berhubung keputusan menggunakan Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) bagi pelaksanaan 5G dalam masa terdekat. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata pihaknya sedang menunggu laporan terakhir hasil pertemuan dengan pembangkang di Dewan Rakyat semalam. “Minggu […]
UNESCO Senaraikan Gamelan Indonesia Sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara
JAKARTA, 17 Dis (Bernama) — UNESCO telah menyenaraikan muzik gamelan, genderang dan peralatan muzik tradisonal gamelan Indonesia ke dalam senarai warisan budaya tidak ketaranya. Kerajaan Indonesia menghantar inskripsi gamelan pada 2019 dan kini ia diangkat menjadi warisan budaya ke-12 negara yang diiktiraf oleh agensi itu. “Saya dengan bangga mengalu-alukan inskripsi ini. Gamelan sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat di pelbagai […]
(Video) TERKINI: Port Klang Dilanda Banjir, Tular Rakaman Keadaan Semasa Dinaiki Air
Susulan hujan lebat yang melanda sejak siang tadi, kawasan pelabuhan Klang dipercayai telah dilanda banjir kilat sehingga menganggu pergerakan lalu lintas. Menerusi beberapa video dan gambar yang dimuatnaik oleh pengguna media sosial, air dilihat memenuhi jalan raya dan jambatan, menyebabkan orang ramai ‘tersadai’ dan tidak dapat melalui jalan tersebut. Individu yang dari tempat kerja juga […]
TMJ Berkenan Taja Hasrat Budak Derita Jantung Terbalik Ke Legoland
Tular di media sosial berkenaan hasrat seorang kanak-kanak yang menderita penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia untuk menjejakkan kakinya ke taman tema Legoland sebelum akhir hayatnya baru-baru ini. Menurut portal Kosmo, Mohd Adam Amsyar, 9, telah meluahkan hasratnya itu ketika ditemui pemberita di rumahnya yang terletak di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang, Johor pada semalam. […]
Kecederaan Jadi Batu Penghalang Buat Zii Jia Buru Gelaran Juara Dunia
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Kemaraan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia untuk memburu gelaran juara dunia pada Kejohanan Dunia BWF 2021 berakhir selepas beliau terpaksa menarik diri dalam set ketiga perlawanan suku akhir menentang Anders Antonsen dari Denmark di Huelva, Sepanyol hari ini. Dalam perlawanan yang berlangsung di Palacio de los Deportes Carolina Marin, […]
Menggerunkan, Tentera Laut AS Berjaya Uji & ‘Tayang’ Kehebatan Senjata Laser Baharu Di Teluk Aden
Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa ujian senjata laser yang dilakukan ke atas satu sasaran terapung di Teluk Aden berjaya dilakukan. Menurut laporan, sistem itu mampu digunakan untuk menyasarkan bot dron yang digunakan oleh pemberontak Houthi Yaman. USS Portland telah menembak senjata laser pada Selasa lalu di laluan air yang memisahkan semenanjung Arab […]
World Championship’21: Beregu Negara Jinakkan Juara Olimpik Tokyo, Berjaya Mara Ke Separuh Akhir
Pemain Beregu profesional negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dalam pentas Kejohanan Dunia sebentar tadi. Pasangan negara itu telah melunaskan dendam ke atas pasangan dari Taiwan yang menewaskan rakan senegara iaitu Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei pada peringkat sebelumnya. Ee Yi dan Yew Sin telah […]
CEO Buat Hal, ‘Selamber’ Pecat 900 Orang Pekerja Melalui Aplikasi Zoom
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat hartanah dilaporkan telah ‘dicutikan’ berkuat kuasa serta-merta selepas video yang memaparkannya memecat 900 pekerja tular di media sosial. Memetik laporan portal Vice, perkara tersebut dimaklumkan oleh lembaga pengarah syarikat itu menerusi emel yang dihantar kepada pekerja pada Jumaat. “Kami ingin memberikan kemas kini kepada pekerja susulan daripada […]