Berita
TERKINI: Semakin Menurun, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Di Paras 2k
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jumlah kes COVID-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan 2,589 kes berbanding semalam, iaitu 3,108 kes. Menerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara sebanyak 2,721,544 kes. Dalam masa yang sama, kes baharu yang dicatatkan hari ini dilaporkan menurun […]
Saranan Menganjurkan Solat Hajat Dan Doa Untuk Kesejahteraan Malaysia
KUALA LUMPUR, 19 Disember 2021 – Berdasarkan situasi semasa musibah banjir yang melanda khususnya di Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat Hajat dan bacaan Doa Selamat selepas solat Maghrib malam ini bagi memohon perlindungan […]

TERKINI: Semua Hutan Lipur Di Negeri Sembilan Ditutup Sementara Mulai Hari Ini
Semua hutan lipur di Negeri Sembilan akan ditutup sementara bermula hari ini susulan bencana banjir yang berlaku. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaluddin, melalui ciapan Bernama berkata kerajaan Negeri Sembilan sudah mengarahkan semua hutan lipur ditutup sementara bermula hari ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Maklumat lanjut bakal menyusul. Semua hutan lipur […]
MAPIM Salur Bantuan Untuk Mangsa Banjir Di Klang
KLANG : Sejumlah 200 kotak bantuan dan 100 botol air minuman berkapasiti lima liter disumbangkan MAPIM Malaysia tiba di Kompleks Pejabat Daerah, Tanah Klang kira-kira jam 8.30 malam tadi. Keperluan asas ini akan diberikan terus kepada mangsa banjir yang berada di sekitar kawasan Klang. Selepas ini, pihak MAPIM Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Klang […]
TERKINI: Tujuh Mayat Ditemukan Manakala Seorang Masih Hilang Di Kawasan Banjir Di Seluruh Selangor Setakat Petang Ini
Tujuh mayat ditemui manakala seorang lagi masih hilang di kawasan banjir di seluruh Selangor setakat petang ini, lapor Bernama. Menurut bomba melalui ciapan Bernama, empat mayat ditemui di kawasan banjir di Taman Sri Musa, Shah Alam setakat petang ini. Maklumat lanjut bakal menyusul. [TERKINI] 📌 #Banjir: Tujuh mayat ditemukan manakala seorang masih hilang di kawasan […]
Laluan LKSA Kini Dibuka Semula Kepada Pengguna
Kuala Lumpur, 20 Disember 2021 – Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (PLSASB) syarikat pengendali Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) telah membuka semula laluan nya di kilometer 4.1 bagi kedua-dua arah kepada pengguna lebuh raya bermula jam 5:30 pagi tadi setelah ditutup akibat kejadian banjir kilat yang turut menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam. Walaubagaimanapun […]
TERKINI: 181 Kes Dikesan Positif COVID-19 Di PPS, Kebanyakan Daripada Kategori Satu Dan Dua – Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 181 kes positif Covid-19 hasil saringan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir. Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan kes positif tersebut daripada kategori satu dan dua. Dalam pada itu, KKM menjangkakan pertambahan kes positif Covid-19 mungkin berlaku di Pusat Permindahan Banjir. Sumber: BERNAMA
Tiga Mayat Dipercayai Mati Lemas Ditemukan Dalam Insiden Banjir Di Taman Sri Muda – Polis
Tiga mayat dipercayai mati lemas telah ditemukan dalam insiden banjir di Taman Sri Muda. Perkara itu telah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia, seperti yang dikongsikan Bernama di laman Twitter rasmi. Dalam pada itu, kedalaman paras air di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam kini pada paras 2 kaki setakat 11.50 pagi. Walau bagaimanapun, masih […]
Bekalan Air Dari LRA Semenyih 2 Pulih Sepenuhnya Malam Ini
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Air dari Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 dibekalkan semula kepada pengguna di kawasan terjejas secara berperingkat dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan setakat 7 pagi ini operasi LRA Semenyih 2 telah dimulakan manakala operasi […]
Plaza Tol & Persimpangan Bertingkat Shah Alam Dibuka Semula Kepada Laluan Trafik
Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam kini dibuka semula secara berperingkat kepada semua pelanggan lebuh raya. Menerusi kenyataan media yang dikongsikan PLUS Malaysia, kerja-kerja pembersihan, pengalihan kenderaan yang terkandas, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan akan segera dijalankan ke atas aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak akibat banjir. Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS […]
HOMEVEST Dan Huawei Malaysia Menandatangani MoU Solusi Bandar Pintar Dan Lestari.
Syarikat Homevest Sdn Bhd (HOMEVEST) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi perkongsian strategik untuk melaksanakan penyelesaian inovatif dalam pembangunan bandar pintar. Dengan termeterainya MoU tersebut, Bandar Pintar HOMEVEST bakal dilengkapi dengan infrastuktur ICT canggih yang dibekalkan oleh Huawei bagi mengoptimumkan kedayatahanan ekonomi serta persekitaran sekali gus […]
Maybank Tawar Bantuan Banjir Termasuklah Penangguhan Bayaran Pinjaman, Pengurangan Ansuran Bulanan
Susulan daripada bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri, pihak Maybank tidak ketinggalan menawarkan bantuan banjir kepada pelanggan mereka yang terjejas. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Maybank, bantuan yang diberikan adalah termasuk dengan penangguhan pembayaran atau pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik. Selain itu, Maybank juga menawarkan pengecualian yuran dan […]
Taburan Hujan Sejak Jumaat, Menyamai Purata Taburan Sebulan, Hanya Terjadi 100 Tahun Sekali
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Hujan lebat yang berterusan dalam tempoh 24 jam sejak lewat malam Jumaat menyamai jumlah taburan purata hujan di Lembah Klang untuk tempoh sebulan dan ia umpama fenomena yang berlaku setiap 100 tahun sekali. Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata fenomena berkenaan terjadi susulan faktor luruan monsun […]

Operasi Pindahkan Mangsa Banjir Di Bukit Kemuning Dan Seri Muda Diteruskan Malam Ini – MB Selangor
SHAH ALAM, 19 Dis (Bernama) — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata lebih banyak bot akan digunakan untuk membawa keluar dan memindahkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Bukit Kemuning dan Seri Muda, di sini malam ini. “Proses penyelamat akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri […]
450 Individu Terkandas Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Diselamatkan
KUANTAN,19 Dis (Bernama) — Kira-kira 450 individu terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan yang terkandas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akibat tanah runtuh dan banjir sejak semalam, telah dibawa keluar secara berperingkat termasuk menggunakan bot Lebuhraya Pantai Timur, dalam operasi bermula awal pagi ini. Jurucakap ANIH Berhad memaklumkan khidmat lori tunda akan digunakan esok bagi mengeluarkan kenderaan yang tersangkut di […]

Mayat Lelaki Ditemukan, Dipercayai Mangsa Lemas Banjir Pertama
SHAH ALAM, 19 Dis (Bernama) — Satu mayat lelaki, dipercayai mangsa lemas pertama banjir di Selangor, ditemukan di jalan masuk utama ke Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 dekat sini malam ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an, yang merupakan penghuni Pangsapuri Residensi […]

(Video) Ada Suara Ramai Minta Tolong Dipercayai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda, Shah Alam
Seperti yang kita tahu, beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini sedang terjejas bencana banjir yang serius termasuk kawasan Lembah Klang. Hari ini, sempat beredar khabar mengatakan masih ramai mangsa yang terkandas dan belum menerima bantuan. Malah beberapa jam lalu, sempat tular di media sosial video berlatar hitam yang hanya terdengar suara orang meminta tolong, dipercayai […]
5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan Smart Tunnel Semalam-Dr Zaini Ujang
KUALA LUMPUR: Air banjir sebanyak 5 juta meter padu berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam. Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, lencongan itu mula diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu. “Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak […]
(Video) Belum Selesai Banjir, Flat Sri Johor, Cheras Pula Terbakar
Satu kebakaran dilaporkan melibatkan blok 31 Flat Sri Johor di Cheras, dekat sini, malam ini. Kejadian itu difahamkan berlaku pada kira-kira jam 9:30 malam tadi. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penduduk telah selamat dipindahkan lebih awal. Berita lanjut menyusul. Flat Sri Johor block 31 cheras.Hope everyone is ok. Lets pray for them. […]

Harimau Terkulai Layu, Malaysia Dibelasah Indonesia Dan Tersingkir Dari AFF Suzuki Cup 2020
Malaysia diaibkan pasukan Indonesia dengan kekalahan 4-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup 2020. Ini adalah kekalahan pertama ke atas Indonesia sejak 11 tahun yang lalu sekaligus Malaysia tersingkir dari kejohanan terbesar Asia Tenggara ini. Malaysia bermula baik dalam perlawanan malam ini dengan mempertaruhkan Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Ariff Aiman dan Kogileswaran sebagai […]