Berita
Datang Nak Bersiar-siar, Warga Emas Dilaporkan Maut Terjatuh Dalam Gunung Berapi Di Hawaii
Mayat seorang lelaki Hawaii berusia 75 tahun ditemui selepas dia dilaporkan terjatuh 100 kaki ke dalam kawah gunung berapi paling aktif di Hawaii, kata pihak berkuasa. Penduduk Hilo yang tidak dikenali itu telah hilang di Hawaii Volcanoes National Park yang popular itu lewat malam Ahad dan keluarganya melaporkan bahawa lelaki tersebut telah hilang pada Isnin, […]
Matahari Tiruan China Catat Rekod Baharu Sekali Lagi, Dilapor Beroperasi 5 Kali Lebih Panas Dari Matahari Selama 1,056 Saat
Matahari tiruan China atau dikenali sebagai Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) dilaporkan telah mencapai rekod baharu dalam operasi plasma suhu tinggi berterusan iaitu selama 1,056 saat dalam percubaaan terbaharu pada Khamis. Ia merupakan masa operasi paling lama seumpamanya atau lebih panas dari matahari yang berada di dunia. Memetik laporan China Daily, kejayaan itu telah diumumkan […]
Israel Dilapor Catat Kes Pertama Florona, Dipercayai Jangkitan ‘Berganda’ COVID-19 Dan Influenza
Israel dilaporkan telah merekodkan kes pertama Florona yang merupakan jangkitan berganda COVID-19 dan influenza. Memetik laporan Business Insider, kes pertama tersebut telah dikesan di negara itu pada 31 Disember 2021 pada seorang wanita yang baru bersalin dan tidak mendapat suntikan vaksinasi COVID-19. Difahamkan, Florona bukan penyakit yang baru ditemui dan bukan disebabkan oleh virus yang […]

Wajah Jadi Cacat & Hampir Buta, Wanita Tetap Kahwini Bekas Kekasih Yang Pernah Simbah Asid Ke Wajahnya
Seorang wanita berusia 20 tahun di Turki menimbulkan perdebatan orang ramai apabila berkahwin dengan bekas kekasihnya yang menyimbah asid pada wajah, tulis Oddity Central. Menurut portal itu, wanita tersebut telah berkahwin dengan bekas teman lelaki, 23, yang melemparkan asid pada wajahnya dua tahun lalu selepas mereka memutuskan hubungan. Akibatnya, wajah wanita tersebut telah berubah menjadi […]
Parit Tersumbat Akibat Banjir, Anggota Bomba Menyelam Setengah Jam Tolong Cuci
Parit dipercayai tersumbat akibat banjir, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dilaporkan terpaksa menyelam antara lima hingga 10 minit untuk membersihkannya. Memetik laporan Sinar Harian, itu antara operasi yang dilaksanakan pada Isnin selepas kampung yang dilanda banjir masih tidak surut walaupun keadaan sudah pulih sepenuhnya. Salah seorang anggota yang terlibat dalam […]
Seakan ‘Terbang’ Ke Masa Lalu, Pesawat Dari Beijing Ini Berlepas 1 Jan 2022 & Mendarat Di Los Angeles 31 Dis 2021
Menakjubkan, sebuah pesawat dari China dilaporkan telah berlepas pada 1 Januari 2022 dan mendarat di Los Angeles pada 31 Disember 2021. Mungkin kelihatan pelik dan tidak masuk akal namun ia sememangnya satu ‘fenomena’ yang biasa kerana terdapat perbezaan zon waktu di sesebuah negara. Bagaimana ia boleh berlaku? Memetik laporan portal Shkmgmcnuh, keadaan itu mungkin disebabkan […]

Kenderaan JPJ Iring Lori Balak Di Kelantan Merupakan Operasi Khas
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Video tular menerusi media sosial memaparkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengiringi beberapa lori balak di kawasan Gua Musang, Kelantan sebenarnya sebahagian Operasi Khas Lori Balak yang dilaksanakan JPJ Kelantan, semalam. JPJ dalam kenyataan memaklumkan tindakan kenderaan JPJ mengiringi lori-lori itu untuk ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang adalah […]

(Video) Deretan Kedai Motor Di Petaling Utama Hangus Dijilat Api Marak
Deretan premis perniagaan dua tingkat yang menempatkan bengkel motosikal dan kedai alat ganti kenderaan di Petaling Utama, Jalan PJS 1/2, Petaling Jaya terlibat dalam kejadian kebakaran sebentar tadi. Memetik daripada laporan berita tempatan, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam dan pasukan bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran. Bagaimanapun, jumlah premis yang terlibat dalam kebakaran tersebut […]
Polis Kesan Sindiket Penipuan Dalam Talian Guna Wajah Pegawai Polis
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Polis mengesan satu sindiket penipuan dalam talian ‘Macau Scam’ yang disyaki membuat panggilan video palsu menggunakan gambar wajah pegawai polis bagi memaklumkan mangsa terlibat kes pengubahan wang haram dan rasuah. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata anggota sindiket berkenaan akan memperkenalkan diri sebagai pegawai insurans sebelum disambungkan kepada […]
Pelantar Minyak Petronas Berisiko Meletup Dilanggar Kapal Hanyut Indonesia
Lapan pelantar minyak di Telok A milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dikatakan berdepan risiko meletup jika dilanggar kapal pesisiran Indonesia, Winposh Rampart yang dilaporkan hanyut ke perairan Terengganu hari ini. Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksmana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, kapal pesisir Winposh Rampart sepanjang 72 meter itu awalnya ditunda oleh kapal Limin […]
Gunakan Wajah Pegawai Polis Ketika ‘Video Call’ Untuk Perdaya Mangsa, Ini Taktik Terbaru Macau Scam
KUALA LUMPUR – Pihak polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tindak-tanduk sindiket Macau Scam yang kini menggunakan taktik baharu untuk memperdayakan mangsanya. Sindiket Macau Scam tersebut dikatakan menggunakan taktik baharu apabila menggunakan wajah Pegawai Polis ketika membuat panggilan video dengan mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya telah menerima […]
Tidak Lagi Berfungsi, Sistem Operasi BlackBerry Rasmi Ditamatkan Hari Ini
Bagi mereka-mereka yang membesar pada zaman 2000-an, model telefon Blackberry mesti pernah jadi telefon ‘idaman’. Kalau korang ingat masa-masa tu, siapa yang pakai telefon BlackBerry ni memang flex habis la dekat kawan-kawan. Manakan tidak, pengguna Blackberry ni siap ada saluran permesejan khas lagi iaitu BBM. Sebelum wujudnya model-model telefon pintar versi sentuhan skrin seperti sekarang, […]
PKPD Di Felda Keratong 5 Bermula Khamis Ini
KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKP) akan dilaksanakan di Felda Keratong 5 di Rompin, Pahang mulai Khamis (6 Jan) hingga 19 Jan. Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan trend jangkitan Covid-19 di kawasan itu. Dalam satu kenyataan […]

58 Lagi Disahkan Kes Omicron, 4 Daripadanya Adalah Penularan Tempatan
Sebanyak 58 kes lagi disahkan varian Omicron melalui jujukan genom penuh (WSG) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata daripada jumlah tersebut 54 kes merupakan jangkitan import manakala empat lagi adalah penularan tempatan. Berdasarkan kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, empat penularan tempatan […]
Pengecualian Bayaran Bil Januari Untuk Semua Mangsa Banjir Di Selangor – Air Selangor
KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa pihaknya akan memberikan pengecualian bayaran bil bagi bulan Januari kepada pelanggan akaun domestiknya (Kod Tarif 10) di Selangor yang terkesan akibat bencana banjir pada baru-baru ini. Menurut Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Basri, keputusan untuk memberikan pengecualian bayaran bil air tersebut merupakan sebahagian daripada […]
Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Landa Beberapa Kawasan Di 11 Negeri Sehingga 8 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 5:05 petang tadi mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia hingga jam 8 malam ini. Menurut makluman terkini di laman web rasmi MetMalaysia, amaran tersebut dijangka sehingga 9 malam ini. Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di seluruh kawasan di Melaka, […]

Inilah Watak Penting Dalam Pembangunan Ekonomi Di Malaysia
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mula berakar umbi pada April 1956 yang dikenali sebagai Kementerian Perdagangan dan Perusahaan pada ketika itu. Pada waktu itu, peranan Kementerian adalah untuk memudahkan pembangunan perniagaan komoditi, terutama pada timah dan getah. Setelah negara mencapai kemerdekaan, pemerintah Tanah Melayu pada masa itu berusaha untuk memperluas eksport negara daripada komoditi […]
Suami Lapor Polis, Terkejut Besar Dapat Tahu Isteri Berselingkuh Dalam Rumah Dengan 2 Lelaki Serentak
Tular di media sosial berkenaan seorang isteri yang curang dengan dua lelaki sekaligus. Kisah itu diperoleh daripada perkongsian akaun Instagram bernama @penajamterkini_net. Dari keterangan yang ditulis oleh admin, wanita yang bernama SD itu berumur 48 tahun. Kegiatannya itu terbongkar ketika warga setempat menyerbu rumahnya yang berada di Sungai Nilo, Desa Nilo Dingin, Indonesia pada Isnin […]
Bayaran i-Citra Adalah Untuk 5 Bulan, Bergantung Bila Permohonan i-Citra Dibuat – KWSP
Pembayaran akhir i-Citra bergantung kepada tarikh permohonan dilakukan, demikian jawapan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika menjawab pertanyaan mengenai pembayaran terakhir tersebut. Menurut KWSP, pembayaran i-Citra dilakukan dalam tempoh lima bulan. Justeru, pembayaran terakhir adalah pada bulan kelima selepas permohonan dilakukan. “Bayaran i-Citra adalah untuk 5 bulan; bergantung pada bila permohonan i-Citra dilakukan. Sekiranya bayaran […]
Tular Isu Paku Bungkus Makanan, Peniaga Boleh Didakwa Di Mahkamah, Denda Tidak Lebih RM10k, Penjara
Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan dengan isu penggunaan paku bagi membungkus makanan adalah sangat membahayakan kepada orang ramai. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam kenyataan akhbar yang dikongsikan, penularan isu ini telah membimbangkan pelbagai pihak terhadap keselamatan pengguna. Mengikut di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh menyimpan, […]