Berita

Berita
COVID: Malaysia Tidak Mampu Laksana ‘Lockdown’ – Khairy
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat sekiranya melaksanakan lockdown (sekatan pergerakan) untuk mengekang penularan COVID-19. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, sebaliknya berkata strategi kerajaan untuk menyekat penularan wabak tersebut adalah dengan melaksanakan strategi mitigasi. “Tidak dinafikan pendekatan China (melaksanakan lockdown) berkesan. “Namun strategi mereka iaitu containment (pembendungan) […]
Berita
Trafik Dilapor Sesak 2.8 km Sebelum Hentian Sebelah Gombak Ke MRR2
Aliran trafik daripada Kuala Lumpur ke Karak dilaporkan sesak petang ini, lapor Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Trafik sebentar tadi. Menurut LLM, kesesakan bermula sekitar 2.8 kilometer sebelum Hentian Sebelah Gombak ke MRR2. Terdahulu, trafik dilaporkan perlahan sekitar 5 kilometer dari RnR Genting Sempah ke Gombak dan sebelum keluar Plaza Tol Gombak ke MRR2. 6.40pm🔹KL-KARAK@E8 : […]
Berita
(Video) Dah Dibantu Naik, Kambing Biri-Biri Buat ‘U-turn’ Terjatuh Balik Dalam Parit
Simpati dengan nasib seekor kambing yang terjatuh ke dalam parit, seorang individu telah mengangkat haiwan berkenaan untuk keluar daripada lokasi tersebut. Pun begitu, setelah bersusah payah menyelamatkannya, si kambing malang berkenaan sekali lagi terjatuh ke dalam lubang yang sama, dipercayai selepas cuba menyeberangi parit berkenaan. Video dikongsikan Living in 2077 itu telah ditonton lebih 3 […]
Berita
Perkhidmatan Feri Penumpang Dari Butterworth Ke Pulau Diawalkan Bermula Esok
GEORGE TOWN, 9 Jan – Perkhidmatan feri penumpang iaitu untuk pejalan kaki akan diawalkan bagi perjalanan pertama dari Butterworth ke bahagian pulau negeri ini bermula esok berikutan pembukaan sesi persekolahan. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng berkata feri akan bertolak setengah jam lebih awal iaitu pukul 6.30 pagi berbanding pukul 7 […]
Berita
Mantan Imam Masjid Kapitan Keling, Tuan Guru Dato’ Syeikh Abdullah Bukhari Meninggal Dunia
Tokoh ulama terkenal di Pulau Pinang, Tuan Guru Dato’ Syeikh Abdullah Bukhari menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini. Berita duka ini disampaikan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu perkongsiannya di laman Twitter peribadinya. Allahyarham Tuan Guru Dato’ Syeikh Abdullah Bukhari juga merupakan mantan Imam Masjid Kapitan Keling. Sesungguhnya beliau adalah antara ulama’ tua Pulau […]
Berita
Paling Unik Dan ‘Seram’, Pasangan Ini Pilih Tema ‘Pre-Wedding’ Guna Perkakas Upacara Pengebumian
Setiap pasangan yang bakal berkahwin pastinya gemar untuk sematkan memori mereka bersama dalam pelbagai jenis bentuk dan juga platform. Agar semua kenangan manis tidak terhapus di hari tua. Oleh sebab itu, ramai yang sanggup mengupah jurufoto atau juruvideo untuk merakam gambar pre-wedding bersama pasangan mereka untuk dijadikan kenangan. Tambahan boleh dijadikan sebagai memori untuk dikenang bersama […]
Berita
Selangor Kekal SOP, Solat Berjarak Di Masjid Dan Surau
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor masih tetap dengan pendirian untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika solat berjemaah iaitu solat berjarak seperti yang ditetapkan sebelum ini. Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, ketetapan itu dibuat oleh pihak autoriti agama terutama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah […]
Berita
300 Sekolah Terjejas Banjir, Pelajar Terlibat Dibenarkan Memakai Baju Biasa Untuk Ke Sekolah
SEGAMAT – Terdapat lebih 300 sekolah di seluruh negara telah terjejas akibat banjir dengan sebahagiannya telah dibuka bagi sesi persekolahan penggal ketiga bermula hari ini untuk kumpulan A. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, terdapat beberapa sekolah yang masih belum dibuka disebabkan masih digenangi air, dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) ataupun masih dalam […]
Berita
Kadar Tarif Baharu Elektrik Dijamin Tidak Bebankan Rakyat – Takiyuddin
KOTA BHARU, 9 Jan (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan tarif baharu elektrik yang akan diumumkan dalam masa terdekat bagi tahun ini sehingga 2024 tidak akan membebankan rakyat, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Beliau berkata tarif baharu itu juga akan memberi manfaat khususnya kepada hampir 85 peratus daripada lapan juta pemilik […]
Berita
Jari Kanak-kanak Tersepit Di Eskalator, JKKP Keluar Notis Larangan Operasi
KOTA BHARU, 9 Jan (Bernama) — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan telah mengeluarkan notis larangan operasi eskalator kepada pengurusan sebuah pasar raya di bandar ini selepas jari kaki seorang kanak-kanak perempuan tersepit pada peranti pengangkutan itu, Jumaat lepas. Pengarah JKKP Kelantan Abdul Aziz Salim berkata notis yang berkuat kuasa hari ini tidak membenarkan […]
Berita
Jangan Sentuh Obor-Obor Beracun Di Pantai Kelulut Dan Pantai Pulau Kerengga, Terengganu
KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) — Pengunjung Pantai Kelulut dan Pantai Pulau Kerengga di Marang dekat sini, dinasihatkan supaya lebih berhati-hati berikutan penemuan obor-obor beracun yang dikenali sebagai Portuguese Man o’ War atau nama saintifiknya ‘physalia physalis‘, petang semalam. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata tinjauan kakitangan jabatan di dua lokasi pantai tersebut […]
Luar Negara
Jangkitan Omicron Di Indonesia Meningkat Sebanyak 318 Kes
JAKARTA, 8 Jan – Varian baharu COVID-19 Omicron kian merebak di Indonesia, apabila jumlah kes positif meningkat kepada 318 selepas 57 orang lagi dijangkiti virus itu setakat Jumaat. Kes baharu itu membabitkan 50 jangkitan import dan tujuh jangkitan tempatan, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Dr Siti Nadia Tarmidzi dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata terdapat […]
Berita
Tun Mahathir Berjaya Jalani Prosedur Perubatan Elektif – IJN
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) – Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menjalani prosedur perubatan elektif dan kini semakin pulih, menurut Institut Jantung Negara (IJN). IJN dalam satu kenyataan hari ini berkata prosedur yang dijalankan oleh sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam, berjalan dengan lancar seperti dirancang. “Beliau telah sedar dan […]
Berita
Suami Isteri Rentung, Tujuh Melecur Dalam Kebakaran 40 Rumah Di Tawau
TAWAU, 9 Jan – Sepasang suami isteri rentung manakala tujuh lagi melecur dalam kebakaran membabitkan kira-kira 40 rumah di Kampung Sungai Buaya, Jalan Tawau Lama di sini tengah malam tadi. Mayat Saiful Rosli, 32, dan isterinya Jumaidah M Jida, 36, ditemukan anggota bomba awal pagi tadi selepas kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi ditamatkan pada 6.20 […]
Berita
KTMB Gantung Tugas Staf Terlibat Selepas 100 Pelajar Gagal Hadir Ke Sekolah Kerana Keretapi Tak Berhenti
KOTA BHARU, 9 Jan – Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Berhad menggantung tugas kakitangan yang terlibat dalam kejadian tren Shuttle Timuran No 51 tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kuala Krai pagi tadi. KTMB menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook hari ini memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya berlaku kecuaian […]
Berita
Lelaki Berperwatakan Wanita Lindungi Long Tiger Dipenjara 5 Bulan
SUNGAI PETANI, 9 Jan – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap seorang lelaki kerana melindungi Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang melarikan diri dari Mahkamah Tangkak, Johor pada Disember lepas. Majistret Nurul Ainna Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Rusli Mat, 47, yang bekerja sendiri selepas […]
Luar Negara
(Video) Detik Cemas Runtuhan Bongkah Batu ‘Gergasi’ Hempas Bot Bawa Orang Awam, 7 Dilaporkan Maut
BRAZIL – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, sembilan cedera parah dan tiga orang masih hilang apabila dinding batu runtuh di atas bot bermotor di bawah air terjun di tenggara Brazil, kata jabatan bomba, semalam. Sebuah menara batu tiba-tiba pecah dari dinding ngarai dan terhempas ke atas beberapa bot santai hingga menyebabkan ombak besar ke atas tasik […]
Berita
Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.0 Gegar Papua New Guinea
PORT MORESBY – Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud telah mengegarkan Wilayah New Britain di Papua New Guinea pada ahad. Menurut Pusat Seismologi Eropah Mediterranean (EMSC), gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 15 kilometer. Berita lanjut menyusul. Sumber: Astro Awani
Berita
Kami Menyokong Kepimpinan Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Bin Baki – SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengeluarkan memorandum terhadap sokongan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial SPRM hari ini. Menurut kenyataan tersebut, SPRM menegaskan pendirian mereka menyokong pimpinan di bawah Azam Baki dan menganggap spekulasi yang beredar terhadap beliau sekadar bertujuan menjatuhkan imej SPRM. […]
Berita
KPM Lanjut Pengecualian Sewaan Kantin – Radzi
KOTA BHARU, 9 Jan – Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju melanjutkan pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun 2022. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata lanjutan pengecualian sewaan juga diberikan untuk tempoh yang sama bagi sewaan premis, kedai buku, koperasi, kedai dobi, mesin minuman air (vending machine) di sekolah di […]