Berita
Tiada Kenaikan Tarif Elektrik: Pengguna Domestik Lega
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Keputusan kerajaan untuk mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung hingga 31 Dis 2024 seperti diumumkan Suruhanjaya Tenaga (ST) semalam sememangnya melegakan lebih sembilan juta pengguna kategori itu. Banyak pihak termasuk pengguna domestik sendiri memberi reaksi positif terhadap keputusan kerajaan kerana langkah itu tentunya akan meringankan […]

Pegawai Palestin Beri Amaran Gaza Berhadapan Bencana Akibat COVID-19
GAZA (Palestin), 28 Jan (Bernama) — Seorang pegawai kesihatan Palestin pada Jumaat berkata Semenanjung Gaza sedang melalui situasi “sukar dan bencana” berikutan penularan pantas varian Omicron COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua. “Keluk jangkitan meningkat pada kadar yang pantas berbanding sebelum ini,” kata penasihat kepada menteri kesihatan Palestin Fathi Abu Warda kepada pemberita di Gaza. Menurut beliau, 95 pesakit […]

Cuti Anggota JPJ Seluruh Negara Dibeku Sehingga 8 Februari – JPJ
KUALA PILAH, 29 Jan (Bernama) — Kesemua cuti 2,500 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan sepanjang tempoh penguatkuasaan khas sempena Tahun Baharu Cina (TBC) bermula Selasa lepas (25 Jan) hingga 8 Feb ini. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata ia bertujuan memastikan […]

KKM Rekod Lagi 5,139 Kes Covid-19 Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,139 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,861,069 kes. Semalam, negara mencatatkan kes harian lebih tinggi berbanding hari ini iaitu sebanyak 5,522 kes sekaligus menjadi kes harian tertinggi dalam bulan Januari […]
Jual Sijil Covid-19 Palsu, Sultan Selangor Zahir Dukacita
SHAH ALAM, 29 Jan (Bernama) – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dan sangat prihatin apabila diberitahu mengenai kegiatan tidak bermoral segelintir pengamal perubatan swasta di negeri ini yang didapati menawarkan serta menjual sijil digital vaksin COVID-19 palsu kepada orang ramai. Istana Alam Shah menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook Selangor […]

Hampir 3 Juta Kucing Di Britain Alami Masalah Obesiti, Lebih 50 Ribu Derita Kencing Manis Sejak PKP
Satu kajian yang dijalankan mendapati lebih tiga juta ekor kucing di negara Britain mempunyai berat badan berlebihan dan lebih 50,000 ekor dikesan menghidap diabetes. Menerusi tinjauan terbaharu yang dijalankan oleh organisasi Cats Protection, lebih dari satu perempat daripada 2,000 pemilik kucing yang ditinjau mengaku memberi makanan berlebihan kepada haiwan kesayangan mereka sejak perintah berkurung Covid-19 […]

(Video) Tol Gombak Sesak Lebih 3 Jam, Nahas Lebih 5 Kenderaan Di Lebuhraya KL-Karak
Satu nahas membabitkan 11 kenderaan termasuk sebuah lori kontena dilaporkan berlaku di Kilometer 40, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur kira-kira jam 9.30 pagi tadi, lapor Awani. Insiden tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan hampir tiga jam dari Gombak ketika ini memetik Astro Radio Traffic. Menurut kenyataan di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, nahas melibatkan lori kontena […]
“Tak Yakin La Nak Beli Ke Tak”, Ini Manfaat Yang Golongan B40 & M40 Tak Tahu Bila Cakap Tentang Nak Beli Rumah
Keputusan beli rumah ni selalu membuatkan ramai orang terutamanya golongan B40 dan M40 berada dalam keadaan dilema. Semestinya ramai yang akan fikir, patut ke membeli atau menyewa rumah? Dalam fikiran korang mestilah nak membeli sebuah rumah untuk keselesaan korang serta keluarga, betul tak? Membeli sebuah rumah memang satu pilihan yang menarik dan pastinya akan disukai […]
Saya Sempat Dengar Isteri Sebut Allahuakbar Sebelum Dirempuh – Suami
KOTA BHARU, 29 Jan (Bernama) – “Saya hanya sempat mendengar arwah isteri menyebut Allahuakhbar sebelum kami dirempuh kenderaan itu,” demikian diceritakan Mohd Nazri Hamid, 44, mengenai kejadian kemalangan yang meragut nyawa isteri serta tiga anaknya di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, Pahang petang semalam. Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki mereka sekeluarga dirempuh […]
50 Peratus Populasi Dewasa Telah Terima Dos Penggalak
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Sebanyak 11,710,970 individu atau 50 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW. Sementara itu, sebanyak 22,923,144 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 mereka, […]
Syed Saddiq Sahkan MUDA Tanding PRN Johor
JOHOR BAHRU, 29 Jan (Bernama) — Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan parti itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata ia sekali gus menjadikan PRN Johor sebagai negeri pertama parti itu bertanding. “MUDA secara rasminya akan bertanding dalam PRN […]

TERKINI: Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Mohammad Salahuddin Meninggal Dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin Abang Barieng meninggal dunia. Menurut menantu, Wan Ibrahim Omar memaklumkan bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Pusat Perubatan Normah, Kuching 11.47 malam tadi. Jenazah bakal disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang esok. Tun Salahuddin lahir pada 27 […]
JPJ Nafi Penglibatan Pegawai Dalam Sindiket Lesen Terbang
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan penglibatan pegawainya dalam sindiket ‘lesen terbang’ seperti ditularkan menerusi hantaran dimuat naik oleh pemilik sebuah akaun Twitter. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata pemilik akaun berkenaan berkongsikan tangkap layar akaun Instagram menggunakan nama Smart Driving Academy dipercayai menawarkan khidmat mendapatkan lesen dengan kadar […]
Trafik Sesak 9 Kilometer, Kemalangan Di KM251.9 Arah Utara Dari Terowong Ke Kuala Kangsar
Aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan sesak berikutan kemalangan di kilometer 251.9 arah utara dari Terowong ke Kuala Kangsar. Menerusi perkongsian daripada Plus Trafik memaklumkan bahawa kemalangan terbabit telah menghalang laluan kiri menyebabkan trafik perlahan. Status terkini, lorong kiri masih terhalang menyebabkan sesak 9 kilometer. Bagaimanapun, pengguna lebuhraya PLUS dinasihatkan untuk berhati-hati dan pandu dengan […]
Pemandu Nissan Navara Rempuh Toyota Velfire Didapati Positif Dadah
Pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang terlibat satu kemalangan ngeri sehingga mengakibatkan empat sekeluarga maut di simpang empang Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) didapati positif dadah jenis opiate, amphetamine dan methamphetamine. Memetik laporan Utusan, pihak polis turut menjumpai tiub straw lutsinar pada pemandu kenderaan pacuan empat roda […]
PKPD Di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bermula Esok – MKN
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb. Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan […]
Pihak Masjid, Keluarga Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Berdamai
SUNGAI BULOH, 28 Jan (Bernama) – Kes remaja yang videonya tular di media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat mencuri tabung masjid, selesai selepas keluarga remaja itu Daniel Iskandar Mohd Nasir dan pihak pengurusan Masjid Al Islahiah, Kuang di sini memilih untuk berdamai. Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata setelah […]
Ribut Petir, Hujan Dijangka Berlaku Di Beberapa Negeri Minggu Depan – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan terutamanya pada sebelah petang, akan berlaku di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan. Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia Lim Ze Hui berkata ribut petir dan hujan pada sebelah petang itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri […]
Kerajaan Cadang Perkenal Undang-Undang Larang Jual Tembakau & Produk Rokok Kepada Individu Lahir Selepas 2005
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi komitmen untuk melaksanakan undang-undang melarang penjualan tembakau dan rokok lain kepada individu yang lahir selepas tahun 2005. Pihaknya merasakan ia memberi impak besar dalam mencegah dan mengawal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan […]
Empat Sekeluarga Maut Dirempuh Kenderaan Langgar Lampu Merah
KUANTAN, 28 Jan (Bernama) — Kegembiraan lima beranak untuk menghadiri kenduri kahwin berakhir tragedi selepas empat daripada mereka maut apabila kenderaan dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu merah di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian pada 3.10 petang itu […]