Berita

Agong, Raja Permaisuri Timang Dua Cucu Serentak
Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang dua orang cucunda baru-baru ini. Khabar gembira itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaklumkan bahawa Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada […]

Isu Vaksin: Khairy Fail Saman Fitnah Terhadap Lokman Adam, Ustaz Abu Syafiq
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Lokman Noor Adam dan Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin COVID-19 yang dimuat naik di media sosial. Khairy, 46, selaku plaintif memfailkan dua saman itu secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan […]

(Video) Vaksin Kanak-kanak: “Semalam Saya Sendiri Telah Membuat Tempahan Untuk Anak Saya” – Khairy
Sebelum ini tular isu mengenai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang didakwa menolak vaksin dos penggalak. Namun beliau menyatakan bahawa ia adalah video lama. Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan mengenai pelaksanaan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak baru-baru ini. Justeru menerusi sidang media KKM, Khairy memaklumkan bahawa dia sendiri telah menempah satu slot untuk anaknya mendapatkan dos […]
Lepas ‘Upgrade’ Line, Celcom Terus Nak Bagi Rebat RM250 & Promo ‘Phone’ 5G Kat Negeri Ni
Khas untuk penduduk Pulau Pinang, kalau korang tengah rancang nak tukar pelan internet korang dan juga tengah mencari pelan tanpa had terbaik dengan sambungan serta liputan yang lebih baik, Celcom mungkin adalah pilihan yang tepat. Sebabnya, Celcom kini telah menambah baik rangkaian dorang dekat sana tau. Nak pilih pelan internet ni tak semudah yang disangka. […]

Pickids Sukarela, Tiada Sekatan Untuk Kanak-Kanak Tidak Divaksinasi – Khairy
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) – Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) akan dilakukan secara sukarela dan tiada sekatan akan dikenakan untuk kanak-kanak tidak divaksinasi. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu bagi membina keyakinan ibu bapa kerana pihaknya sedar masih terdapat ramai ibu bapa yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat […]
Pengecualian Bayaran UPUOnline Diteruskan – Noraini
KUALA LUMPUR, 3 Feb – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata melalui usaha itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus di laman sesawang […]
Dulu Tukang Jahit Kini Jutawan, Kisah Kejayaan Wanita Ini Jadi Inspirasi Ramai
Kesusahan dan pergelutan hidup seharusnya menjadi pembakar semangat untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya sekali gus menaikkan taraf hidup. Pun begitu, semua itu tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha, kesungguhan, doa serta niat yang betul. Kisah pemilik empayar perniagaan kosmetik Sobella, Wan Nur Syuhada Wan Norzie ini juga cukup menginspirasikan. Paling membanggakan adalah apabila dia […]
Peringatan, R&R Seremban Arah Selatan Ditutup Buat Masa Ini
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan di KM274.6 Lebuhraya Utara Selatan ditutup 14 bulan bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf bermula 13 Oktober 2021 lalu. PLUS Malaysia Bhd dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini telah memaklumkan bahawa kerja tersebut akan membabitkan keseluruhan premis yang dijangka hingga 31 Disember 2022. Bagaimanapun […]
Kerajaan Diharap Segera Muktamadkan Pemberian Subsidi Penternak Ayam
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berharap kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada penternak ayam tempatan dimuktamadkan segera bagi memastikan mereka kekal berdaya saing. Presiden BRO Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata ini susulan penetapan harga maksimum runcit bagi ayam standard yang dikurangkan sebanyak 20 sen […]
Bekalan Telur Terhad Bagi Gred Tertentu Sahaja – KPDNHEP Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 Feb (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menafikan laporan mendakwa bekalan telur di negeri itu telah kehabisan. Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata bagaimanapun pihaknya mengakui bekalan telur bagi gred tertentu adalah terhad berikutan jumlah stok yang dibekalkan pengeluar kepada pemborong dan pihak pasar raya buat masa […]
Mayat Warga Asing Ditemukan Terapung Di Sungai Plentong
JOHOR BAHRU, 2 Feb (Bernama) — Mayat wanita dipercayai warga asing ditemukan terapung di Sungai Plentong, Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat berusia 64 tahun itu daripada orang awam kira-kira pukul 10.45 pagi. “Polis turut mengesan […]
Abu Sayyaf: Pasukan Komando UTK Digerakkan Ke Pantai Timur Sabah
PASIR MAS, 2 Feb (Bernama) — Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan itu bagi menunjukkan kehadiran anggota keselamatan di kawasan berkenaan […]
(Video) Tak Hirau Hujan Lebat, Tindakan ‘Rider’ Dan Abang Lori Ni Bantu Alihkan Penghadang Jalan Raih Pujian
Satu video yang memaparkan dua orang penunggang motosikal berusaha untuk mengalihkan penghadang jalan telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok bernama @deklan_kecik Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan raya lain, dua penunggang motosikal itu sanggup memberhentikan motosikal mereka di tepi jalan di dalam hujan […]
Ayam Buat Pasukan Keselamatan Pentagon Cemas, Ceroboh Zon Kawasan Keselamatan Tertinggi
Seekor ayam telah berjaya ditangkap selepas menyebabkan pengawal bersenjata di zon keselamatan tertinggi Pentagon cemas kerana menceroboh kawasan tersebut pada Isnin (31 Januari) lalu. Apparently, the answer to "why did the chicken cross the road" is to get to the Pentagon?! This chicken was caught sneaking around the security area at the Pentagon (we're not […]
Gara-Gara Isteri Dah Tak Mampu, Lelaki Tergamak Lepaskan Nafsu Ke Atas Kanak-Kanak Terencat Akal
Unit Siasatan Jenayah Polis Tuban (Sat Reskrim) dilaporkan berjaya menahan lelaki berusia 53 tahun di Jatirogo, Kabupaten Tuban, Jawa Timur, Indonesia kerana didakwa melakukan jenayah rogol terhadap seorang kanak-kanak terencat akal. Ketika suspek melakukan perbuatan kejinya itu, kedua-dua ibu bapa mangsa yang juga merupakan rakan kepada suspek baru sahaja meninggalkan rumah. Menyedari bahawa mangsa tinggal […]
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan Petang Ini
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pada petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dari utara dilapor perlahan bermula dari Sungai Petani, Kedah ke Bertam, Pulau Pinang dan Juru ke Bukit Tambun. “Keadaan trafik […]
Dakwa Perlu Masuk Kerja ‘Time’ Cuti, Lelaki Nekad Bakar Pejabat Isterinya
Seorang lelaki nekad membakar bangunan pejabat Badan Perancang Kemajuan Wilayah (Bappeda) di Riau, Jalan Gajah Muda, Pekanbaru, Indonesia hanya kerana berang terhadap isterinya, lapor portal Kumparan. Lelaki tersebut didakwa geram terhadap isterinya yang tetap pergi bekerja meskipun pada Selasa (1/2/2022) adalah cuti Tahun Baru Cina. “Saya marah,” ujar lelaki itu ketika diiring anggota polis menuju […]
Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka ‘Menghempas’ 10 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET malaysia) pada jam 5.05 minit petang mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak. Negeri yang terlibat sehingga jam 8.oo malam ini, 2 Februari adalah Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan […]

(Video) Rupanya Boleh Mengadu Kat Polis Kalau Jiran Buat Bising, Peguam Ini Jelaskan Caranya
Hidup berjiran sudah semestinya ada pasang surutnya, sama juga seperti dalam sesebuah keluarga. Namun kita sedia maklum bahawa terdapat akta perundangan bagi hal-hal keluarga. Tapi pernah tak kita tahu yang hidup berjiran juga termaktub dalam akta perundangan? Menerusi perkongsian peguam hartanah Syazwan Mohd Jafri, beliau kongsikan adab dan hak antara jiran yang mungkin belum kita […]

TERKINI: Makin Membimbangkan, Kes COVID-19 Terus Naik Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 5,736 kes COVID-19 baharu yang direkodkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini kian meningkat. Difahamkan, kes baharu hari ini juga turut lebih tinggi berbanding semalam yang hanya mencatatkan 5,566 kes. Dalam pada itu, jumla kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan dalam laporan […]