Berita

Berita
Kes Kemalangan Sepanjang Tahun Baharu Cina Menurun 26 Peratus – KPN
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) – Kes kemalangan jalan raya yang direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat bersempena Tahun Baharu Cina tahun ini menurun sebanyak 26 peratus kepada 11,325 kes berbanding 15,382 kes pada tahun lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sepanjang Op Selamat yang bermula pada 28 Jan hingga Sabtu […]
Berita
Jaga-Jaga, 6 Negeri Termasuk Sabah Sarawak Dilanda Ribut Petir Hingga 11 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET malaysia) pada jam petang ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatakan negeri-negeri semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak. Negeri yang terlibat sehingga jam 11.oo malam ini, 8 Februari adalah Perak ( Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta) dan Kelantan. Ia turut melanda […]
Berita
(Video) Viral Ratusan Motosikal Terpaksa Berhenti Atas Jambatan Pulau Pinang, Disyaki Sebab Angin Kencang
Hari ini tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan puluhan (malah mungkin ratusan) motosikal yang berhenti beramai-ramai di atas sebuah jambatan. Berdasarkan perkongsian netizen, kejadian ‘pelik’ tersebut didakwa dirakam di atas Jambatan Pulau Pinang kira-kira petang tadi. Merujuk video tular itu, ratusan motosikal tersebut terpaksa berhenti di bahu jalan di jambatan dipercayai disebabkan ribut […]
Hiburan
Shila Amzah, Suami Sah Bercerai
Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah dilapor telah sah bercerai dengan suaminya, Haris Idraki Elias hari ini. Shila memaklumkan perkhabaran duka tersebut menerusi satu perkongsian ringkas di laman Instagramnya sebentar tadi. “Alhamdulillah, kes Sha dan bekas suami dah selesai tadi. Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila. “Terima kasih […]
Berita
Operasi Bazar Ramadan Diberikan Di Wilayah Persekutuan
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) – Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan beroperasi pada tahun ini dengan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sedia ada, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. Beliau berkata lesen bagi pengoperasian Bazar Ramadan akan diberikan kepada individu yang ingin berniaga bagi menggerakkan […]
Berita
(Video) Pokok Tumbang Dan Bumbung Tercabut Di Beberapa Tempat Di Pulau Pinang Akibat Ribut
GEORGE TOWN, 8 Feb (Bernama) – Hujan lebat dan angin kuat yang melanda beberapa kawasan di bahagian pulau di Pulau Pinang menyebabkan banyak kejadian pokok tumbang dan struktur bumbung tercabut hari ini. Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu. Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon […]
Berita
SOP Baharu Wajib Dos Penggalak Bagi Jemaah Umrah – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) – Jemaah umrah kini diwajibkan menerima dos penggalak yang merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) baharu, berkuat kuasa 14 Feb ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata selain itu, jemaah umrah dibenar menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan portal Permohonan Kuarantin Di […]
Berita
SOP Pemeriksaan Suhu Dimansuhkan Bermula 11 Februari Ini
Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu di premis bermula 11 Februari ini. Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi laman Twitternya sebentar tadi. Dalam kenyataannya berkata, langkah yang dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Taking into account @Khairykj & @KKMPutrajaya's briefing […]
Berita
Bayi Baharu Lahir Maut Dengan Kesan Cedera Di Dada
KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Bernama) – Seorang bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan, ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di dada, dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam, di sebuah rumah di Felcra Seri Bandi, Chukai di Kemaman pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 pagi tadi berhubung […]
Berita
Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 9,000 Pil Yaba Bernilai RM90,000
TUMPAT, 8 Feb (Bernama) – Polis menahan dua lelaki bersama 9,000 biji pil yaba bernilai RM90,000 dalam dua kes berasingan di Wakaf Bharu dan Pasir Pekan, di sini, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Mohd Azmir Damiri berkata serbuan pertama dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan […]
Berita
Dakwa Hanya Bercakap Selama 16 Minit, Lelaki Hampir Pengsan Lepas Tahu Dicaj Bil Telefon Sejuta
Seorang lelaki hampir pengsan apabila mengetahui bil telefon yang dikenakan terhadapnya mencecah 200,000 pound sterling (RM1,133,755.34) semasa bercuti bersama keluarga selama empat hari di Turki. Lelaki yang berasal dari Skelmersdale di Lancashire itu mendakwa dia hanya menghantar beberapa e-mel dan menghabiskan hanya 16 minit dalam panggilan telefon semasa perjalanannya ke Marmaris pada bulan Oktober lalu. […]
Berita
(Video) Dah ‘Ready’ Dari Awal, Pemancing Berputih Mata, Ikan Terlepas Disambar Si Bulus
Memancing boleh dikatakan sebagai aktiviti atau hobi yang sangat popular bagi golongan lelaki. Walaupun ada sesetengah pemancing melepaskan semula ikan yang diperolehi, namun mereka tetap akan merasa puas. Bagaimanapun, lain pula yang berlaku kepada seorang pemancing di Indonesia ini yang nampaknya terpaksa ‘berputih mata’ setelah ikan yang dipancing olehnya terlepas dalam sekelip mata saja dan […]
Berita
“Tiada Demam Atau Sakit-Sakit Badan,” Diane Danielle Kongsi Keadaan Dua Anak Lepas Divaksin
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Lembah Klang bermula 3 Februari lalu. Pemberian vaksin itu melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Ia dilakukan secara sukarela dan tiada sekatan akan dikenakan untuk kanak-kanak yang tidak divaksinasi. Rata-rata pengguna media sosial yang telah membawa anak masing-masing untuk […]
Berita
Sistem Ujian Dan Isolasi Kini Sudah Diautomasi Secara Digital – Khairy Jamaluddin
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa sistem ujian dan isolasi COVID-19 kini sudah diautomasi secara digital. Jelas beliau, seseorang yang mendapat keputusan positif COVID-19, perlu melapor terus di aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan Arahan Pemantauan di rumah (HSO) secara digital. ”Jika tiada gejala atau gejala ringan (2A) tak perlu pergi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Kementerian Kesihatan. […]
Berita
MPN Setuju Buka Sempadan Negara Sepenuhnya Tanpa Kuarantin Wajib Mulai 1 Mac
Pembukaan sepenuhnya sempadan negara tanpa kuarantin wajib telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini dan akan dikuatkuasakan bermula 1 Mac 2022. Menurut Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi sidang media sebentar tadi, keputusan tersebut dibuat selepas mendengar cadangan yang dikemukakan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. “Majlis (MPN) […]
Berita
Muhammad Sajjad Dikehendaki Polis, Bantu Siasatan Jadi Saksi Kes Penipuan Tukar Maklumat Kad Pengenalan
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai ‘Sajat’ dikehendaki polis bagi membantu siasatan satu kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan. Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini Muhammad Sajjad yang merupakan saksi dalam perbicaraan kes tipu itu di Mahkamah Ampang Jaya, perlu hadir pada prosiding itu […]
Berita
TERKINI: Cecah Angka 13 Ribu, Kes COVID-19 Terus Melonjak Hari Ini
Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 13,944 kes baharu COVID-19 dan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,939,198 kes. Pertambahan kes baharu itu telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kiriman di Twitter sebentar tadi. Menurutnya, maklumat terperinci mengenai kes-kes baharu itu akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW. Trend peningkatan kes ini […]
Berita
Kita Tak Boleh Kenakan ‘Total Lockdown’ Sekali Lagi – Azmin Ali
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa kerajaan tidak lagi akan melaksanakan total lockdown di negara ini. Menurutnya, kerajaan juga memberi jaminan tidak akan menutup mana-mana sektor ekonomi terutama industri kecil dan sederhana (IKS), walaupun kes COVID-19 menunjukkan peningkatan mendadak, lapor Astro Awani. Langkah itu juga adalah dengan mengambil […]
Berita
“Ramai Panas Hati Bila Air Takde,” Video Abang Ni Round Satu Rumah Tutup Air Buat Sesetengah Orang ‘Terasa’
Satu rumah round nak cari sape pakai air… Ramai panas hati bila air takde. Masakan tidak, ketiadaan air dalam masa-masa getir memberi kesan besar bukan sahaja secara individu atau isi rumah malah menjejaskan perniagaan serta industri berkaitan. Tapi, bila sampai masa disalurkan semula, pakat bergembira semuanya sampai terlebih-lebih guna air. Kita tak sedar, tabiat harian […]
Berita
Latif Romly Kini Bergelar Datuk, Terima Pingat Panglima Mahkota Wilayah
Atlet Para Olahraga, Abdul Latif Romly dilaporkan telah menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW), hari ini. Menurut perkongsian Majlis Sukan Negara (MSN), penganugerahan pingat itu kepada Latif membawa gelaran ‘Datuk’. “Tahniah!!! Datuk Latif Romly. Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’,” kata MSN. Latif Romly telah […]