Berita

Luar Negara
Ukraine Minta Adakan Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan PBB
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba meminta diadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor Al-Jazeera. Hal ini berhubung rayuan terbaru puak pemisah yang menyebelahi Rusia untuk mendapatkan bantuan ketenteraan dari kerajaan pimpinan Vladimir Putin itu. Perkara tersebut turut dimaklumkan Kuleba melalui laman Twitter miliknya hari ini. “Ukraine telah meminta diadakan mesyuarat tergempar Majlis […]
Berita
Arab Saudi Isytihar 22 Februari Sebagai Hari Penubuhannya
Kerajaan Arab Saudi telah mengisytiharkan bahawa 22 Februari pada setiap tahun sebagai hari cuti umum untuk memperingati penubuhan negara itu pada 1727 oleh Imam Muhammad bin Saud, bapa pengasas negara itu. Pengumuman tersebut telah ditetapkan menerusi titah diraja yang dikeluarkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud menerusi laman Twitter rasminya sebagai memperingati […]
Berita
TERKINI: Amerika Dilapor Beri Amaran Kepada Ukraine, Sumber Perisikan Dakwa Rusia Akan Serang Dalam Tempoh 48 Jam Lagi
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dilapor telah memberi amaran kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan mendakwa Rusia akan memulakan serangan terhadap negara itu dalam masa 48 jam lagi. Memetik daripada laporan Newsweek, pegawai perisikan AS memaklumkam bahawa penampakan pesawat Rusia telah memasuki ruang udara Ukraine pada awal hari ini. Mereka mendakwa kemungkinan ia merupakan pesawat […]
Berita
Kambing Jiran Naik Tangga Rumah, Jangan ‘Memandai’ Buat Tindakan Sendiri
Polis menasihati orang ramai yang terkesan atau mengalami kerugian harta benda akibat haiwan ternakan milik penternak lain yang berkeliaran supaya tidak mengambil tindakan sendiri. Menurut Bernama, tindakan sendiri yang dimaksudkan termasuklah mencederakan atau menganiaya haiwan tersebut. Malah sebaliknya mereka perlu membuat aduan dan laporan kepada pihak berwajib. “Perbuatan itu merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh […]
Luar Negara
Iran Kecam Campur Tangan AS, NATO Di Ukraine
Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian berkata, negara itu “tidak gembira” dengan perkembangan di Ukraine dan menuduh AS serta pakatan tentera NATO pimpinan Washington membuat “langkah provokatif”, lapor Al-Jazeera. Menurut Al-Jazeera, Hossein Amir-Abdollhian berkata sedemikian dalam sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatan dengannya dari Oman, Sayyid Bard di Tehran, Iran baru-baru ini. “Dalam panggilan telefon saya […]
Luar Negara
UK Bakal Hantar Bantuan Tentera & Senjata Ke Ukraine – PM
United Kingdom (UK) dilapor akan menghantar bantuan ketenteraan ke Ukraine ekoran krisis Ukraine-Russia yang kian memuncak akhir-akhir ini, lapor Aljazeera. Perdana menterinya, Boris Johnson memaklumkan sedemikian menerusi satu sidang media di Parlimen hari ini. “Memandangkan tindak-tanduk Russia yang semakin mengancam Ukraine, UK tidak lama lagi akan sediakan ‘pakej’ ketenteraan lanjut kepada Ukraine. “Ia merangkumi senjata […]
Berita
Tong Gas Kimpalan Meletup, Ruang Bangunan Terbakar – Bomba
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) – Sebahagian kecil ruang belakang sebuah bangunan berdekatan Jalan Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak yang dalam pembinaan dekat sini, terbakar 70 peratus selepas tong gas kimpalan di ruangan itu meletup dan terbakar. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada […]
Berita
TERKINI: Rusia Dilapor Mula Bawa Keluar Semua Kakitangan Diplomatiknya Dari Ukraine
Rusia dilapor mula memindahkan kesemua kakitangan diplomatiknya dari Kyiv, Ukraine, hari ini. Berita pemindahan semua kakitangan diplomat itu dilaporkan oleh Economic Times yang memetik sumber dalaman Kedutaan Rusia di Ukraine. Berdasarkan laporan Kementerian Luar Rusia pada Selasa, keutamaan pertama mereka adalah menjaga diplomat Rusia dan kakitangan kedutaan dan Konsulat Jeneral, bahkan mereka melindungi nyawa dan […]
Berita
TERKINI: Majlis Keselamatan Ukraine Gesa Darurat Diisytiharkan Di Seluruh Negara
Kerajaan Ukraine digesa untuk mengisytiharkan darurat selama 30 hari di seluruh negara berikutan konflik yang melanda negara itu dengan Rusia. Gesaan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Ukraine pada Rabu itu meminta agar proklamasi darurat dilaksanakan seluruh negara tersebut kecuali di wilayah Timur iaitu di Donetsk dan Luhansk yang dikawal oleh pemisah pro-Rusia. Pengisytiharan darurat ini […]
Luar Negara
TERKINI: Ukraine Gesa Rakyat Tinggalkan Russia Segera, Tentera Simpanan Dipanggil Bertugas
Kerajaan Ukraine dilapor menggesa rakyatnya untuk meninggalkan Russia dalam kadar segera berikutan ancaman pencerobohan Russia yang boleh menjatuhkan kemampuan Kyiv dalam menyediakan perkhidmatan konsular. Memetik The Moscow Times, pengumuman tersebut dibuat selepas Presiden Russia, Vladimir Putin mengiktiraf dua wilayah pemisah Ukraine; Donetsk dan Luhansk serta meletakkan tentera pengaman di sana. “Disebabkan peningkatan pencerobohan Russia terhadap […]
Berita
Tumbuk Muka Abang Kandung: Penulis Blog Dihukum Penjara 14 Hari, Denda RM2,500
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) – Akibat menumbuk muka abang kandung sehingga lebam kerana enggan memberikan RM400 kepadanya untuk membaiki motosikal, seorang penulis blog dihukum penjara 14 hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini. Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Zailan Yunus, 55, mengaku bersalah […]
Berita
Harga RON97 Naik Dua Sen, RON95 Dan Diesel Kekal
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) – Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga bagi RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 24 Feb hingga 2 Mac ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.27 kepada RM3.29 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan […]
Berita
Nour Rania Asyifaa Tidak Pernah Tidur Dalam Buaian – Bapa
SEREMBAN, 23 Feb (Bernama) – Kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri yang meninggal dunia selepas kepalanya dipercayai tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, di sini semalam tidak pernah ditidurkan dalam buaian. Bapanya, Yuseri Yusoff, 39, berkata semalam merupakan kali pertama anaknya diletakkan di dalam buaian […]
Berita
Kolej University Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) Naik Taraf Universiti Penuh
PUTRAJAYA, 23 Feb. – Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur, KUPTM, mencatat sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai universiti penuh. Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KUPTM kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia, UPTM. “KUPTM sebelum itu dikenali sebagai Kolej Poly-Tech MARA, KPTM, yang ditubuhkan pada 1987 yang kemudiannya dinaiktaraf kepada kolej universiti […]
Berita
Dapat Ulasan Tak Memuaskan Gara-Gara Ujian Mendengar SPM, Ini Respon Dari Salang Sayang Resort
Baru-baru ini tular mengenai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang dipercayai ‘menyerang’ sebuah resort di Kuala Rompin Pahang setelah mereka tidak mendengar dengan jelas nama tempat tersebut di dalam ujian mendengar bagi subjek bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Menerusi tangkap layar yang dimuatnaik oleh beberapa orang pengguna media sosial, ramai calon SPM yang […]
Berita
Adakah Merokok Membatalkan Wuduk? Ini Jawapan Dr Zulkifli
Wuduk merupakan asas paling penting yang diperlu dijaga oleh seseorang muslim jika ingin melakukan sebarang ibadah terutamanya solat. Tanpa wuduk, solat seseorang itu tidak sah. Namun begitu, timbul persoalan berkenaan status wuduk seseorang muslim yang menghisap rokok. Adakah dengan merokok boleh membatalkan wuduk tersebut? Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri […]
Berita
Dua Produk Rumusan Bayi Dari AS Dikesan Mengandungi Bakteria Cronobacter Sakazakii & Salmonella
Dua produk rumusan bayi keluaran Abbott Nutrition’s Sturgis dari Amerika Syarikat dikesan mengandungi bakteria Cronobacter Sakazakii dan Salmonella Newport. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan dari Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA). Menurutnya, bakteria Cronobacter Sakazakii terdapat […]
Gaya hidup
ShopeeFood Kini di Johor Bahru
JOHOR BAHRU, 23 FEBRUARI 2022 – Selepas pelancaran di Lembah Klang pada 2021, ShopeeFood Malaysia memperluaskan perkhidmatannya ke Johor Bahru. Pengguna Shopee kini boleh mula memesan makanan menerusi ShopeeFood pada aplikasi Shopee mulai 24 Februari. Penghantaran akan meliputi kawasan utama di Johor seperti Johor Bahru, Tampoi dan Setia Tropika. Perkhidmatan baharu ini akan menampilkan pelbagai […]
Gaya hidup
Hasil Kerja Ayah & Anak Buat Ramai Kagum, Berjaya Siapkan Kolam Dewasa Dalam Tiga Bulan
”Kami tak pandai tapi kami cuba dengan semangat kental,” demikian kata-kata seorang ayah yang menunjukkan proses penghasilan kolam renang dewasa yang dibuat bersama anak-anaknya. Menerusi satu hantaran di Facebook Tukang Apa Hari Ini, pemilik akaun Azhar Bin Abd Rahman berkongsi beberapa gambar dan video dari awal pembikinan kolam renang tersebut sekaligus membuatkan ramai kagum. Menurut […]
Berita
Hanya Jemaah Lengkap Dua Dos Vaksin & Dos Penggalak Dibenar Hadir Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Selangor
Bagi mengawal penularan pandemik COVID-19, hanya jemaah yang lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat di masjid seluruh negeri Selangor bermula 25 Februari ini, lapor Astro Awani. Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi ketetapan terkini yang diedarkan secara dalaman kepada pengurusan masjid, surau dan musolla […]