Berita

TERKINI: (Video) Asap Berkepul, Detik-detik Lapangan Terbang Di Ukraine Saat ‘Dibedil’ Helikopter Dipercayai Mi-8 Rusia
Lapangan Terbang Kyiv Hostomel yang merupakan tapak dimana syarikat penerbangan Antonov beroperasi dilapor diserang hari ini. Menerusi satu rakaman video di Youtube menunjukkan serangan daripada helikopter yang dipercayai Mi-8 dari Rusia itu telah menyebabkan sebuah pesawat tentera Ukraine, Antonov An-225 terhempas. Berdasarkan laporan lepas, pesawat tentera Ukraine Antonov An-26 telah terhempas berhampiran ibu kota, Kyiv […]

TERKINI: Ukraine Belum Reda, Ruang Udara Taiwan Pula Diceroboh 9 Pesawat China
Keadaan krisis yang semakin hangat antara Russia dan Ukraine masih lagi tidak menemukan jalan pengakhiran. Kini, timbul pula isu ruang udara Taiwan yang didakwa telah dicerobohi oleh China. Menurut Kementerian Pertahanan Nasional Taiwan, beberapa buah pesawat udara dipercayai milik China dilapor telah memasuki ruang udara negara tersebut. “Sembilan pesawat PLA (Y-8 RECCE dan J-16*8) telah […]
Kenapa Rusia Serang Ukraine?
Presiden Rusia, Vladimir Putin menggariskan dua alasan utama kenapa Rusia serang Ukraine dengan memasuki Donbas, wilayah yang dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Moscow. Dakwaan Ukraine akan menyerang wilayah Donbas Memetik daripada laporan media tempatan, alasan pertama kenapa Rusia serang Ukraine adalah kerana pemimpin pemisah pro-Moscow telah meminta bantuan selepas mendakwa Ukraine akan menyerang wilayah mereka. Jelasnya […]
Harga Minyak Dunia Melonjak 8 Peratus Selepas Rusia Serang Ukraine, Harga Minyak Brent Lepasi RM 420 Per Barel
Harga minyak mentah melonjak pada Khamis berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dengan harga Brent mencecah USD 100 (RM 420) setong buat kali pertama sejak 2014, lapor CNBC. Serangan itu dijangka mempunyai implikasi yang meluas untuk pasaran tenaga memandangkan Russia merupakan pengeluar gas asli kedua terbesar di dunia dan salah satu negara pengeluar minyak terbesar […]
Pesawat Tentera Ukraine Bawa 14 Penumpang Terhempas, Sekurang-Kurangnya 5 Dipercayai Terkorban
Sekurang-kurangnya 5 orang penumpang dipercayai maut selepas sebuah pesawat tentera Ukraine terhempas berhampiran Kyiv. Memetik daripada laporan khas dari Indiatoday, kejadian ini disahkan oleh Perkhidmatan Kecemasan Ukraine yang menyatakan pesawat yang membawa 14 penumpang tersebut terhempas berhampir ibu negara, Kyiv. Tidak dapat dipastikan punca kemalangan tersebut. Difahamkan, kira-kira 40 orang tentera Ukraine dilapor terkorban setakat […]

(Video) TERKINI: Tentera Ukraine Tangkap Dua Penceroboh Russia, Salah Seorangnya Baru Berusia 20 Tahun
Dua penceroboh tentera Russia yang dipercayai terlibat dalam pencerobohan ke atas Russia hari ini dilapor berjaya ditawan sebentar tadi. Kementerian Pertahanan Ukraine mengesahkan penahanan dua penceroboh tersebut menerusi satu laporan ringkas di Twitter sebentar tadi. “Tentera Ukraine dari Brigef Mechanized Ke-93 telah menangkap dua penceroboh Russia,” maklum jabatan tersebut. Berdasarkan laporan itu, turut dirampas ialah […]
Malaysia Akan Pindahkan 11 Rakyatnya Dari Ukraine – PM Ismail Sabri
PHNOM PENH, 24 Feb (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata 11 rakyat Malaysia yang berada di Ukraine kini dalam proses untuk dipindahkan, berikutan keadaan tidak menentu di rantau itu. “Kedutaan Besar Malaysia’s (di Kyiv) kini sedang berhubung dengan rakyat Malaysia. Mereka yang berada di luar Kyiv sedang dalam perancangan […]

(Video) Bagai Letupan Besar, Kilang Di Pasir Gudang Terbakar Petang Tadi
Hari ini tular sebuah video di media sosial berdurasi 43 saat yang memaparkan detik-detik cemas sebuah api besar bagai ‘letupan’ menjulang ke udara. Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh orang awam itu, kelihatan kepulan asap hitam ‘gergasi’ naik ke udara ekoran api yang sedang marak. Menurut laman Facebook Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru, kejadian […]
Seru Rakyat Bersedia Pertahan Tanah Air, Presiden Ukraine Pesan, “Kami Akan Beri Senjata Kepada Sesiapa Yang Mahu Berjuang”
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy hari ini menyeru rakyat Ukraine bersedia untuk berperang dan akan membekalkan senjata kepada sesiapa sahaja yang mahu keluar mempertahankan negara daripada pencerobohan Rusia. Beliau berkata demikian ketika mengumumkan bahawa Ukraine telah memutuskan hubungan dengan Rusia susulan insiden pencerobohan tersebut. ”Kami akan berikan sejanta, kepada sesiapa sahaja yang mahu berjuang. Bersiap sedialah […]

TERKINI: Finland Sedia Terima Pelarian Ukraine Jika Perang Semakin Teruk – Marin
Finland dilapor sedia menerima pelarian-pelarian dari Ukraine sekiranya peperangan menjadi semakin genting, lapor Aljazeera. Perdana menterinya, Sanna Marin menganggarkan akan ada sejumlah besar pelarian dari Ukraine yang cuba melarikan dari ke Kesatuan Eropah. “Kementerian Dalam Negeri (Finland) dalam bahagiannya sedang bersedia menerima pelarian-pelarian dari Ukraine,” kata Marin, memetik Aljazeera. Dalam pada itu, Marin dan juga […]
TERKINI: Ukraine Lapor Sekurang-kurangnya 40 Askarnya Terkorban & Berdozen Lagi Cedera Setakat Ini
Penasihat Presiden Ukraine memaklumkan lebih 40 orang tenteranya terkorban dan berdozen-dozen lagi cerdera setakat ini sejak Rusia memulakan serangan pada pagi Khamis. Sebanyak 10 orang awam juga dilaporkan terbunuh. Memetik daripada laporan Livemint mendakwa tentera Rusia telah melancarkan serangan peluru berpandu dan senjata berat secara bertubi-tubi ke arah beberapa lokasi di Ukraine sejak awal pagi […]
Remaja Perempuan Didakwa Bunuh Bayi Fail Semakan Untuk Diikat Jamin
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama)- Seorang remaja perempuan berdepan pertuduhan membunuh bayi lelakinya yang baharu dilahirkan minggu lepas memfailkan permohonan bagi mencabar keputusan mahkamah tidak membenarkan dia diikat jamin. Peguam Sangeet Kaur Deo berkata pihaknya telah memfailkan permohonan itu bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Kemaman yang tidak membenarkan remaja terbabit dibebaskan dengan ikat jamin sementara […]

TERKINI: Presiden Ukraine Seru Rakyat Keluar Berperang
Berikutan krisis pergolakan antara Russia Dan Ukraine yang semakin genting ketika ini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengarahkan semua rakyat mereka bersedia untuk berperang. “Zelenskyy telah menyeru semua rakyat yang bersedia untuk mempertahankan negara daripada tentera Russia dan tampil berdepan dengan mereka. “Beliau mengatakan Kyiv akan mengeluarkan dan memberikan senjata kepada semua orang yang ingin berdepan […]

Tukang Rumah Maut Terkena Renjatan Elektrik
ALOR SETAR, 24 Feb ( Bernama) – Seorang tukang rumah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian menimpa mangsa Khairul Hadi Abu Hassan, 39, lebih […]
TERKINI: Penerima Sinovac Perlu Dapatkan Dos Penggalak Untuk Kekal Status Vaksinasi Lengkap Sebelum 31 Mac
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagi penerima vaksin primer Sinovac berusia 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang sudah menerima semua vaksin, mereka perlu dapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap. Jelasnya, tempoh masa sebelum ini adalah 28 Februari, tapi untuk memudahkan golongan ini mendapat dos penggalak dan status […]
TERKINI: SOP Kontak Rapat, Penerima Dos Penggalak 18 Tahun Ke Atas & Tak Bergejala, Tak Perlu Kuarantin
Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan tentang prosedur terkini kontak rapat kepada kes positif melibatkan penerima dos penggalak yang berusia 18 tahun dan ke atas dimana mereka tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya tidak mempunyai gejala pada hari pertama. Bagaimanapun, mereka perlu melaksanakan ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes indeks. […]
PICKids: Kerajaan Perluas ‘Outreach’ Sekolah
KUALA BERANG, 24 Feb (Bernama) — Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan program ‘outreach’ sekolah di seluruh negara sebagai langkah meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata setakat ini sebanyak 392 pasukan telah digerakkan ke 1,244 sekolah di seluruh negara. “Pasukan ‘outreach’ ini bergerak dari […]
TERKINI COVID-19: PKRC MAEPS Akan Dibuka Semula Mulai 25 Februari Ini
Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang akan dibuka semula pada 25 Februari ini bagi kes risiko rendah. Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaludin pada sidang media KKM sebentar tadi. Menurut beliau, pengaktifan semula operasi PKRC MAEPS adalah bagi kes risiko rendah. Pembukaan itu juga kerana […]
”Dunia Ada Bersama Kita” – Presiden Ukraine
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dikatakan masih berunding dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan dalam cubaan menghentikan pencerobohan Russia ke atas negara mereka. “Saya sambung berunding dengan para pemimpin. (Ukraine) peroleh sokongan dari pemimpin Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani. Dunia bersama kita,” katanya. Pada masa yang sama, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden turut mengutuk tindakan Rusia […]
Dua Lelaki Ditahan Edar Dadah Bernilai Lebih RM60,000
PETALING JAYA, 24 Feb (Bernama) — Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas ganja bernilai lebih RM60,000 dalam operasi di Damansara di sini dan Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki pertama berusia 34 tahun ditahan di dalam sebuah […]