Berita

“Resipi Mexico Yang Diasimilasi Dengan Amerika”, Wanita Ini Kongsi Resipi Jalapeno Propers Ala-ala Amerika
Rakyat Malaysia sudah biasa disajikan dengan pelbagai makanan asia yang sememangnya lazat dan menyelerakan. Namun begitu, pernahkah anda terfikir untuk mencuba resipi daripada Mexico pula? Menerusi satu hantaran di Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), pemilik akaun Siti Hazneza Abdul Hamid berkongsi beberapa gambar dan resipi dari awal pembuatan Jalapeno poppers, resipi Mexico yang diasimilasi […]

(Video) Bertahun-tahun ‘Berentap’ Di AJL, Akhirnya ‘Sentuhan’ Magis Stacy Terbukti Dalam Lirik Lagu ‘Cinta’
Semalam telah berlangsung Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 36 yang menampilkan barisan penyanyi, penulis lirik dan komposer yang ‘hebat-hebat’ lagi berpengalaman dalam industri muzik tanah air. Seperti yang sedia maklum, Pelukan Angkasa yang dibawakan oleh Sekumpulan Orang Gila bersama Shila Amzah telah dinobatkan sebagai juara. Tidak lupa juga kepada naib juara, lagu Cinta yang dibawakan […]

7 Individu Termasuk Penganjur Berpelukan Di AJL 36 Dikompaun, Didakwa Langgar SOP – Polis
Seramai tujuh individu termasuk penganjur Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) semalam telah dikenakan kompaun sebanyak RM7,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP). Hal ini dimaklumkan menerusi kenyataan media Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supritendan Naazron Abdul Yusof menerusi laman Facebook Polis Dang Wangi sebentar tadi. Menurut kenyataan itu, pihak polis telah mengesan […]

(Video) Dahsyat, Rangkuman Video Banjir Kilat Di Sekitar Lembah Klang Dikongsi Netizen
Hujan lebat berpanjangan yang melanda ibu negara hari ini telah menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami banjir kilat yang agak ‘parah’. Ekoran banjir tersebut, antara kawasan utama seperti Masjid Jamek dilapor tenggelam, selain beberapa lagi kawasan lain seperti KLCC dan Jalan Kuchai Lama juga turut terjejas. Selain itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula terpaksa […]

Tindakan Polis Tahan Ambulans Elak Risiko Besar Kemalangan
JOHOR BAHRU, 7 Mac (Bernama) – Tindakan polis menahan sebuah ambulans di susur Jalan Danga Bay ke Jalan Johor Bahru ketika melakukan kawalan lalu lintas pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Angsana Johor Bahru Mall di sini Sabtu lepas, bertujuan mengelakkan risiko besar kemalangan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid […]
Jaga-jaga, Sungai Klang Di Taman Sri Muda Antara 4 Sungai Melepasi Paras Bahaya Setakat Ini – Data JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini telah memaklumkan mengenai status paras air di beberapa sungai utama di Selangor. Menurut data terkini yang dikeluarkan JPS setakat 9.30 malam sebentar tadi, terdapat empat sungai di Selangor yang berada pada paras bahaya. Keempat-empat sungai berkenaan antaranya ialah Sungai Klang di Taman Sri Muda dengan status paras […]

Hampir Seluruh Pantai Barat Semenanjung Dijangka Dilanda Ribut Petir Hingga 10 Malam Ini – Met Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 10 malam ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada pukul 7 malam sebentar tadi. Di Kedah, kawasan dijangka terjejas dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah di Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan […]

Susulan Banjir, TNB Tutup 40 Pencawang Elektrik Sekitar KL & Ini Senarainya
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan pihaknya akan tutup beberapa pencawang elektrik di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur hari ini. Jelas TNB, penutupan tersebut dibuat berikutan kejadian banjir kilat yang berlaku di banyak tempat di sekitar Lembah Klang sebentar tadi. Berikut di bawah adalah notis pengumuman tersebut. Pelanggan yang dihargai, Susulan hujan dan diikuti banjir kilat […]
Senarai 23 Lokasi Terjejas Banjir Kilat Sekitar Kuala Lumpur Setakat 5 Petang Tadi
Terkini, berikutan hujan lebat berterusan yang berlaku hari ini, beberapa kawasan di Lembah Klang telah dilanda banjir kilat hingga menjejaskan beberapa kawasan laluan trafik utama. Antara lokasi yang terjejas termasuklah kawasan di sekitar KLCC, Masjid Jamek dan juga Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Malah tidak kurang juga, ada yang ‘tersangkut’ di pejabat masing-masing. Hal itu […]

(Video) TERKINI: Tidak Hanya KL, Beberapa Kawasan Di Kulai, Johor Turut ‘Ditenggelami’ Banjir Kilat
Ekoran hujan lebat yang melanda beberapa beberapa kawasan di Lembah Klang, di Johor juga turut mengalami situasi yang sama. Hal ini menyebabkan beberapa kawasan di sana turut mengalami banjir kilat. Terbaharu, beberapa kawasan di daerah Kulai, Johor dilapor mengalami banjir kilat. Perkara ini dimaklumkan menerusi laman rasmi Facebook Community Roda Johor – CRJ. Menurut laman […]
(Video) “Turun Bawah Tengok-Tengok Kereta Nampak Bumbung Je..” Gadis Kongsi Banjir Kilat Di Wisma UOA 2
Terkini, berlaku banjir kilat yang melanda kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa jam lalu. Dalam pada itu, ramai warganet turut mengambil kesempatan merakam detik cemas terperangkap dalam banjir yang dialami mereka sendiri sebentar tadi. Menerusi akaun Twitter Hana Samsudin, beliau memuat naik keadaan terkini banjir di kawasan pejabatnya di Wisma […]

TERKINI: Terowong SMART Ditutup Sepenuhnya, Ini Sebabnya
TERKINI, Terowong SMART di Kuala Lumpur dilapor telah ditutup sepenuhnya hari ini bagi persediaan operasi banjir. Smart Tunnel menerusi Twitter memaklumkan sedemikian dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi. Sementara itu, beberapa lokasi utama di sekitar Lembah Klang dilapor terjejas dengan kejadian banjir kilat. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan kenderaan-kenderaan di laluan utama dipercayai terganggu. Dalam masa […]

(Video) TERKINI: NADMA Senarai Lokasi 9 Jalan & Sungai Paras Bahaya Sekitar KL
Kini terdapat beberapa lokasi utama di sekitar Lembah Klang yang dinaiki banjir kilat ekoran cuaca hujan yang berlangsung pada petang ini. Bernama TV menerusi Twitter dan Facebook turut berkongsi beberapa rakaman terkini memaparkan keadaan semasa lokasi terjejas. Antara salah satu rakaman yang dimuat naik adalah seperti di bawah. Kelihatan beberapa kenderaan didapati terpaksa meredah banjir […]
Awas, Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Landa Kuala Lumpur dan Beberapa Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 7 malam ini. Menurut MetMalaysia, negeri yang terlibat adalah seluruh Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka. Selain itu, daerah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim […]

(Video) TERKINI: Masjid Jamek & Beberapa Kawasan Di Bandaraya KL ‘Ditenggelami’ Air
Hujan lebat berterusan yang melanda Lembah Klang pada petang ini telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk di sekitar Kuala Lumpur. Peningkatan paras air yang berlaku dengan cepat menyebabkan orang ramai terkandas dan kenderaan milik mereka juga tenggelam. Menerusi perkongsian orang awam di media sosial, kawasan Masjid Jamek dan KLCC turut ditenggelami air banjir. […]
TERKINI: Kuchai Lama Dilanda Banjir Kilat
Satu kejadian banjir kilat dipercayai telah berlaku di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur sekitar pukul 4.15 petang tadi. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Berita RTM di Twitter, beberapa kenderaan dilihat terperangkap dan tenggelam di dalam banjir tersebut. Banjir kilat itu mungkin berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang melanda Kuala Lumpur pada petang ini. Bagaimanapun, maklumat […]
Rusia Umum Gencatan Senjata Untuk Pindahkan Orang Awam
MOSCOW, 7 Mac (Bernama) — Rusia pada Isnin mengumumkan akan mengisytiharkan gencatan senjata di bandar Kyiv, Mariupol, Kharkiv dan Sumy di Ukraine mulai 10 pagi waktu tempatan (0700GMT) untuk memindahkan orang awam. Konflik Rusia dengan Ukraine telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa menyaksikan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas […]
(Video) Pelik, Petugas Kesihatan Hairan Jarum Suntikan Vaksin Tak Boleh Tembus Kulit Budak Ini
Tular satu video di Indonesia yang memaparkan proses suntikan vaksin ke atas seorang kanak-kanak, yang didakwa tidak dapat menembusi kulit bahunya. Memetik laporan Suara.com, kanak-kanak tersebut berasal dari suku kaum Baduy yang didakwa mempunyai ilmu kebal. Menerusi video tersebut, kanak-kanak yang memakai baju sekolah itu dilihat sedang duduk di atas kerusi dan bersedia untuk disuntik. […]
TERKINI: China Rekod Lebih 500 Kes Baharu Hari Ini
China dilaporkan telah mencatatkan sebanyak 526 kes COVID-19 baharu pada Isnin iaitu jumlah jangkitan terbesar sejak wabak itu bermula di Wuhan, lapor Bloomberg. Daripada jumlah itu, 312 jangkitan adalah tanpa gejala dengan 50 jangkitan dicatatkan di bandar Shanghai. Bandar pelabuhan Qingdao pula mencatatkan sebanyak 163 kes dan selatan Dongguan dengan 153 kes. Kes baharu itu […]
Eskalator LRT Ampang Hangus, Kebakaran Mungkin Daripada Litar Pintas
Eskalator di LRT Ampang hangus dalam satu kebakaran yang dilapor kira-kira pukul 5 pagi tadi. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.16 pagi. “Kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas pada kotak suis kawalan eskalator terbabit. “Sepasukan polis kereta peronda (MPV) digerakkan […]